Anda di halaman 1dari 18

SEC 3613

GAYA KEIBUBAPAAN DALAM


PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Topik 2
Kelahiran Bayi

Disediakan oleh:
Ahmad Muaz Bin Muhd Hairi
Pensyarah
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
Tahukah kita?

Kelahiran bayi adalah Menjadi kewajipan


suatu perkara yang kepada ibu bapa
amat Muslim untuk
menggembirakan menyambut kelahiran
pasangan yang sudah bayi mengikut syariat
berkahwin. Islam

Kebanyakkan wanita
yang sihat berpontensi
untuk hamil
Di akhir topik ini, pengajaran yang dapat
diperolehi ialah:

1) Definisi kelahiran bayi

2) Kepentingan mendapat zuriat

3) Panduan penerimaan cahaya mata


Definisi

Kelahiran bayi

Proses pada akhir kehamilan, janin keluar dari rahim ibu.


• Dalam surah Al-Mu’minun, ayat 12-14, Allah menyatakan
secara jelas mengenai proses kejadian manusia.
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati
(yang berasal) dari tanah, kemudian Kami jadikan ‘pati’ itu
(setitis) air benih pada penetapan yang kukuh, kemudian kami
ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, lalu Kami
ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian kami
ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian kami
balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna
kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat
keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah
sebaik-baik Pencipta”
PANDUAN KEPADA IBU BAPA APABILA MENERIMA
KELAHIRAN CAHAYA MATA

Bersyukur dan berkongsi kegembiraan dengan


orang ramai

Disunatkan mengazankan dan mengiqamatkan


anak

Disunatkan mentahnikkan anak selepas


dilahirkan

Disunatkan mencukur rambut anak


1. Bersyukur dan berkongsi kegembiraan dengan orang
ramai.

• Seorang Muslim disunatkan segera berkongsi kegembiraan


saudaranya ketika menerima kelahiran.
• Hikmahnya supaya dapat menguatkan hubungan dan
melebarkan sayap kasih sayang antara keluarga.
• Allah SWT menyebut beberapa ayat dalam Al-Quran
perihal kegembiraan menyambut kelahiran anak.
“Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberi khabar gembira
buatmu dengan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami
tidak pernah namakan sebelumnya”
(Surah Maryam, ayat 7)
2. Disunatkan Mengazankan dan Mengiqamatkan Anak

 Sejurus selepas anak dilahirkan, antara syariat yang diajar oleh


Islam ialah mengucapkan azan di telinga kanan anak dan
iqamat di telinga kirinya.
 Berdasarkan hadith yang direkodkan oleh Imam Abu Daud dan
At-Tirmidzi daripada Abu Rafi’, beliau berkata, “Aku melihat
Rasulullah SAW mengazankan Hasan bin Ali di telinganya,
ketika Fatimah melahirkannya”
 Imam Al-Baihaqi dan Ibnu Sunni merekodkan daripada Hasan
bin Ali, daripada Rasulullah SAW, Baginda mengatakan,
“Sesiapa yang dikurniakan anak, dan membacakan azan di
telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, anak itu tidak
akan dimudaratkan oleh Ummu Sibyan”
3. Disunatkan Mentahnik Anak selepas Dilahirkan

 Maksud tahnik ialah perbuatan mengunyah buah kurma,


menggosok kunyahan itu di lelangit anak.
 Sekiranya tidak ada kurma, boleh digantikan dengan apa-apa
bahan manisan.
 Perbuatan ini adalah sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah
SAW, maka sewajarnya kita sebagai umat Baginda mengikuti
dan menghidupkan sunnah ini.
 Antara hikmah tahnik ialah dapat menguatkan otot mulut
dengan menggerakkan lidah, lelangit, dan dua rahang .
 Sebaiknya tahnik ini dilakukan oleh orang yang dikenali
ketakwaan dan kesolehannya, dengan harapan anak itu juga
akan menjadi orang yang bertakwa dan soleh.
4. Disunatkan Mencukur Rambut Anak

• Antara hukum yang disyariatkan ketika menyambut kelahiran


anak adalah mencukur rambut anak pada hari ketujuh.
• Mendermakan perak seberat rambut yang dicukur kepada
fakir miskin dan golongan yang memerlukan.
• Imam Malik merekodkan dalam kitabnya Muwatta’ daripada
Jaafar bin Muhammad, daripada ayahnya, beliau berkata,
“Fatimah r.a. menimbang rambut Hasan, Husin, Zainab, dan
Ummu Kalthum, kemudian mendermakan perak mengikut
harga timbangan rambut mereka”
• Dalam membincangkan hukum mencukur rambut, timbul isu
qaza’, iaitu mencukur sebahagian daripada rambut bayi dan
meninggalkan sebahagian yang lain.
• Larangan ini jelas dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Al-
Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar r.a yang
melaporkan, “Rasulullah SAW melarang qaza”
• 4 jenis qaza’ yang ditegah oleh Nabi Muhammad SAW:
1) Mencukur sebahagian daripada rambut di beberapa tempat.
2) Mencukur bahagian tengah kepala, dan membiarkan bahagian
tepinya.
3) Mencukur bahagian tepi kepala, dan membiarkan bahagian
tengah.
4) Mencukur bahagian hadapan kepala, dan membiarkan
bahagian belakang.
Akikah
• Terdapat banyak hadith yang menjelaskan pensyariatan akikah
bagi anak yang baru lahir ke dunia.
• Imam Bukhari merekodkan dalam kitab Shahih daripada
Salaman bin Ammar Ad-Dhabbi, beliau berkata, Rasulullah
SAW menerangkan, “Bersama seorang anak itu akikah, maka
curahkanlah untuknya darah (akikah), dan buanglah
kesakitan padanya (mencukur rambut)”
• Imam Ahmad dan At-Tirmidzi merekodkan daripada Umm
Karz Al-Ka’biyah, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW
perihal akikah lalu Baginda menjawab, “Dua ekor kambing
untuk bayi lelaki, dan seekor kambing untuk bayi perempuan.
Tidak jadi masalah kepada kamu sama ada kambing itu
jantan ataupun betina”
• Terdapat beberapa hikmah yang dapat kita perolehi
daripada akikah yang dijalankan, iaitu:
1) Ibadah korban dapat mendekatkan diri anak kepada Allah,
sebagai amalan pertama seawal menghirup udara dunia.
2) Melahirkan rasa gembira dalam menegakkan syiar Islam
atas kelahiran seorang Muslim.
3) Mengukuhkan hubungan kemesraan dan kecintaan dalam
kalangan masyarakat.
Pemilihan Nama Anak
• Para pengarang kitab-kitab Sunan merekodkan daripada Samurah,
beliau berkata, Rasulullah SAW mengatakan, “Setiap anak tergadai
dengan akikahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuh,
diberi nama pada hari yang sama dan mencukur rambutnya”
• Diharuskan diberi nama pada hari pertama kelahiran, dan
diharuskan juga melewatkan sehingga hari akikah dilakukan.
• Ibu bapa juga seharusnya tidak memberikan nama yang menjatuhkan
maruah anak dan mengundang ejekan serta gurauan.
• Imam Abu Daud merekodkan dengan isnad hasan daripada Abu Darda’
r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW menerangkan, “Kamu akan dipanggil
pada hari kiamat nanti dengan nama kamu, nama nenek moyang kamu.
Maka pilihlah nama-nama yang baik”.
KESIMPULAN
Kelahiran bayi adalah suatu nikmat yang Allah
kurniakan kepada manusia.

Anak merupakan tanggungjawab yang Allah


amanahkan kepada ibubapa.

“Anak ibarat kain putih, ibubapalah yang akan


mencoraknya”

Anda mungkin juga menyukai