Anda di halaman 1dari 25

FAKTOR PERSEKITARAN YANG

MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
PENGENALAN
Definisi Persekitaran
 Persekitaran adalah keadaan yang berada di sekeliling
termasuk keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan
interaksi diantara manusia sesama manusia dan alam
sekitarnya.
 Menurut Rahil & Habibah (2002), persekitaran atau“nurture”
ialah segala rangsangan yang mempengaruhi perkembangan
individu.
 Coon (2000) pula memberikan definisi bahawa persekitaran itu
ialah “The sum of all external conditions affecting
development, especially the effects of learning”.
 Menurut W. Edgar Vinacke (1969) persekitaran adalah
segala kuasa kompleks yang boleh mempengaruhi
tingkah laku individu.

 Amram Schienfeld menyatakan persekitaran merujuk


kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya
bermula daripada peringkat persenyawaan.
 Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh
faktor persekitaran.
 Setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang
serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu
tetapi berbeza dari segi fizikal,kognitif,emosi, dan sosial.
 Berdasarkan definisi di atas dapat dikatakan bahawa
persekitaran adalah segala yang terdapat disekeliling mampu
mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak.
Teori Ekologi Bronfenbrenner 1977

No Sistem Huraian Contoh

1 Mikro Sebahagian besar sosial Sekolah, tempat kerja, keluarga


individu dihabiskan

2 Meso Pengalaman satu sistem Masalah tempat kerja bawa ke


Mikro mempengaruhi rumah
sistem Mikro lain
3 Ekso Pengalaman individu Pelajar pasif mempengaruhi
mempengaruhi individu penyediaan aktiviti guru dalam
lain pengajaran
4 Makro Sosial dalam masyarakat Budaya Melayu, Budaya Islam

5 Krono Sejarah perkembangan Kehidupan moden jadikan


sosial individu kanak2 lebih maju
TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Mikrosistem
 Persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak
mempunyai interaksi secara
langsung dan menghabiskan paling banyak masa.
 Kanak-kanak berkembang ke arah yang lebih
kompleks kerana terdapat banyak pengaruh luaran
 Contoh: ibu bapa, adik beradik.
Rakan-rakan, jiran dan guru.
Mesosistem
 Perhubungan antara 2 mikrosistem.

 Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh


mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang
lain.
 Misalnya keadaan rumah
boleh mempengaruhi tingkah laku individu di
sekolah
 Contoh: rumah-sekolah,
rumah-jiran, sekolah-jiran
 Kanak-kanak yang diberi galakan untuk berinteraksi
dan berkomunikasi akan menunjukkan prestasi
yang lebih baik daripada kanak-kanak yang tidak
diberi peluang
Eksosistem
 Pengalaman dengan persekitaran yang tidak
melibatkan murid secara langsung
tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran
tersebut memberi kesan kepada
kanak-kanak alam dewasa yang terlibat dengan
kanak-kanak tersebut.
 Kanak-kanak memainkan peranan secara pasif

 Contohnya,prestasi murid meningkat kerana


program yang dianjurkan oleh PIBG dengan pihak
sekolah.
Makrosistem
 Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-
norma, nilai dan amalan
masyarakat.
 Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan
jantina dititikberatkan
(Santrock, 200H).
 Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan
yang lebih
dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran
dan pekerjaan-pekerjaan yang
penting.
Kronosistem

 Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa.


 Misalnya kanak-kanak hari ini lebih
berfokus kepada permainan-permainan komputer
jika di bandingkan dengan kanak-
kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih
gemar bermain di persekitaran
rumah.
 Menekankan pada perubahan seseorang dan
perkembangan ekologi terhadap emosinya.
Faktor persekitaran
yang mempengaruhi
perkembangan
sosioemosi kanak-
kanak
KELUARGA

 Institusi keluarga memberi pengaruh yang amat kuat dan


utama terhadap proses perkembangan manusia.
 Unsur-unsur keluarga ini melibatkan corak kehidupan
mereka di rumah, makanan, asuhan dan status ekonomi.
 Faktor-faktor inilah yang akan mempengaruhi perbezaan
perkembangan setiap individu.
 Contohnya kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah
yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan
mengalami perkembangan emosi yang sihat.
 Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-
kanak memperkembangkan jasmaninya dengan
sempurna.
 Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang
baik akan mengalami perkembangan potensi,
tingkah laku dan emosi dengan sempurna.
PENGARUH RAKAN SEBAYA

 Pengaruh rakan sebaya merangkumi perkembangan


intelek, sahsiah, emosi dan sosial.
 Contohnya,kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya
yang rajin belajar akan mendorong perkembangan
intelek dan potensinya ke tahap optimum.
 Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya
yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni
yang positif dan pembentukan sahsiah yang baik
daripada mereka.
STATUS SOSIO-EKONOMI

 Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau


tinggi akan membantu perkembangan intelek
dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum.
 Contohnya ,ibubapa berupaya memberi
makanan berzat dan seimbang serta
kemudahan pendidikan yang sempurna kepada
anak-anak mereka.
GURU DAN SEKOLAH

 Guru turut berperanan dalam perkembangan pelajar dari segi


intelek, emosi dan sosialnya.
 Guru yang penyayang dan cekap menguruskan aktiviti
pengajaran dan pembelajarannya dalam bilik darjah akan
melahirkan pelajar yang berilmu, pintar, berakhlak dan
bertanggungjawab.
 Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan
kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran akan
membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor
kanak-kanak.
KEBUDAYAAN DAN KEPERCAYAAN
MASYARAKAT

 Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia.


 Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza
akan mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak dari
aspek sosio emosi, personaliti dan mental.
 Misalnya, perbezaan pegangan agama akan membezakan
corak hidup dan perlakuan.
SUMBER TEKNOLOGI
 Sumber teknologi merujuk kepada maklumat-maklumat yang
diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar,
majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer.
 Pendedahan kepada sumber teknologi yang sihat akan
meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosial
kanak-kanak.
 Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber
teknologi yang berunsur keganasan, kuning atau kezaliman,
akan membentuk sikap dan personaliti yang negatif.
PENGARUH MEDIA

 Media berfungsi untuk memberikan informasi mengenai


segala aspek di dunia ini.
 Ibu bapa yang terdedah dengan informasi mengenai
kesihatan, kehidupan dan budaya akan mementingkan
dan mengutamakan faktor pemakanan, dan pendidikan
anak-anak.
 Sebagai contoh, ibu bapa yang berpendidikan tinggi
sering menggunakan media seperti majalah, bahan
bacaan ilmiah dan internet sebagai sumber rujuk bagi
pemakanan dan pendidikan anak secara sihat.
 Ini dapat membantu anak-anak dalam mencapai
pertumbuhan dan perkembangan yang paling baik.
 Berbeza pula dengan ibu bapa yang kurang mengambil
berat tentang faktor ini.
 Gaya kehidupan yang kurang sihat dari segi
pemakanan, pendidikan akan membantutkan
pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.
PUSAT IBADAT

 Pusat ibadat juga merupakan salah satu daripada


faktor yang mempengaruhi perkembangan individu.
 Sebagai contoh, anak-anak yang tinggal
berhampiran dengan pusat ibadat dan sering
mengunjungi pusat ibadat mampu membentuk
sahsiah dan perkembangan jasmani dan rohani
yang lebih positif.
KESIMPULAN

 Dapat disimpulkan bahawa faktor persekitaran seperti


keluarga,rakan sebaya,status sosio-ekonomi, kebudayaan
dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan
sekolah mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan
seseorang individu.
 Jelaslah bahawa faktor persekitaran mempengaruhi
perjalanan kehidupan kanak-kanak, dan memberi impak
terbesar dalam pewatakan, pertumbuhan dan
perkembangan sosioemosi kanak-kanak terutama yang
sedang meningkat dewasa.

Anda mungkin juga menyukai