Anda di halaman 1dari 22

BAB 3:

KANAK-KANAK
BERMASALAH
PENDENGARAN DAN
PERTUTURAN

SEC 3623 – KANAK-KANAK DENGAN KEPERLUAN KHAS


HILANG PENDENGARAN

 Terjadi apabila terdapat masalah dengan satu atau lebih bahagian di dalam
sebelah telinga atau kedua-duanya sekali.
 Seseorang yang hilang pendengaran mungkin boleh mendengar sebahagian
bunyi atau tidak boleh mendengar langsung.
 Individu yang mengalami kerosakan atau masalah pendengaran seringkali
dianggap sebagai pekak.
 Tanggapan ini sebenarnya salah, kerana bukan semua orang yang mengalami
masalah pendengaran tidak boleh mendengar.
 Ada individu yang pendengaran mereka tidak jelas tetapi boleh dibantu
dengan menggunakan alat bantuan mendengar.
 Individu yang mengalami masalah pendengaran ini akan menyebabkan
perkembangan pertuturan dan bahasanya akan terganggu atau lambat.
 Masalah akan lebih rumit sekiranya kanak-kanak tersebut langsung tidak
boleh mendengar, sudah pasti mereka tidak boleh bercakap atau
ditakrifkan sebagai bisu.
 Kebiasaanya kanak-kanak masalah pendengaran dibahagikan kepada dua
kategori iaitu pekak atau separa pekak.
BAGAIMANA
PENDENGARA
N BERFUNGSI
KATEGORI HILANG PENDENGARAN
(Sumber : Lindblade dan McDonald; Saunders 1994; Taylor 1993)

1)Pekak aliran/pengamatan (conductive)


Masalah di bahagian luar atau tengah telinga.
Getaran atau gelombang bunyi tidak sampai ke bahagian dalam telinga.
Hilang pendengaran yang ringan.
Mungkin boleh dirawat dan adakalanya bersifat sementara.
2) Pekak pengamatan 3) Pekak pusat (central)
(perceptive/sensorineur Masalah hubungan di antara koklea dan otak.
al) Sistem saraf pusat tidak bergerak dengan betul
atau mengalami kerosakan.
Koklea tidak berfungsi dengan
baik.
Tahap kerosakan bergantung
samada teruk atau tidak – 4)Psikogenik (psychogenic)
mungkin dengar tetapi tidak
Tidak boleh mendengar kerana mengalami
jelas, dengar sebahagian bunyi gangguan emosi yang terpendam.
atau tidak dengar langsung.
Hampir semuanya kekal.
SIMPTOM HILANG PENDENGARAN

 Kurang memberi perhatian di dalam kelas


 Kelihatan selalu berkhayal
 Butir-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal
 Kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang
 Kanak-kanak tidak memahami dan mengikut arahan yang diberi
 Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur
 Sering bertanya mengenai tugasan yang perlu dilakukan
 Pencapaian dalam pelajaran lemah terutama yang berkaitan dengan bahasa

(Sumber : Jamila K.A. Mohamed, 2005)


Faktor yang menyebabkan hilang pendengaran

 Kerosakan bahagian luar telinga – tumor, jangkitan dan masalah perkembangan


 Kerosakan bahagian tengah telinga – rosak lebih teruk namun ada kebarangkalian
untuk dirawati melalui perubatan dan pembedahan
 Kerosakan bahagian dalam telinga – biasanya disebabkan oleh keturunan, jangkitan
kekurangan oksigen
 Jangkitan
 Lain-lain faktor – pembentukan tidak sempurna dalam kandungan, pengambilan
alcohol, dadah yang berlebihan semasa mengandung, faktor usia, kekurangan berat
bayi semasa lahir
Kaedah di dalam pendidikan

 Pendekatan verbal oral-auditori – menggunakan alat bantu pendengaran


 Komunikasi total – menggunakan pergerakan isyarat, bahasa isyarat, ekspresi
muka, percakapan, membaca bibir, ejaan jari, membaca dan menulis
 Bacaan bibir – memahami percakapan dengan mengikut atau memerhatikan
pergerakan bibir orang yang bercakap
Bacaan bibir
American Sign Language
Rawatan

Ubatan
Pembedahan
Alat bantu pendengaran
Lain-lain alat bantu
Alat bantu pendengaran
Implan koklea

 Bagi individu yang tidak boleh mendengar atau memahami walaupun


dengan menggunakan alat bantu pendengaran.
 Satu alat elektronik yang kecil diletakkan di bahagian koklea melalui
pembedahan.
 Ia mengambil alih tugas sel rosak di dalam koklea dengan
menukarkan bunyi kepada isyarat elektrikal yang akan merangsang
saraf pendengaran.
MASALAH
PERTUTURAN

 Pertuturan yang menunjukkan ketidaksempurnaan,


sama ada dari segi bunyi, penguasaan bahasa atau
gangguan semasa bertutur
 Masalah pertuturan yang dialami memberi kesan
terhadap bunyi yang dikeluarkan oleh kanak-
kanak.
Kategori Masalah Pertuturan

1) Gangguan artikulasi
Disebabkan oleh kecacatan :
Lidah
Sumbing bibir & lelangit
Penyakit hidung & tekak
Peniruan yang salah semasa pembelajaran awal bahasa
2) Gangguan bunyi
 Berkaitan dengan nada dan kekuatan serta kualiti yang dikeluarkan oleh peti suara
 Suara yang tidak menyenangkan atau tidak normal akibat daripada alunan bunyi yg
tidak teratur
 Pengeluaran bunyi yang terlalu tinggi atau rendah
 Penyebutan perkataan yang kurang jelas
 Boleh dikesan melalui pengeluaran suara yang kasar, sengau, berbisik, serak & nyaring
 Kecacatan ini berlaku dalam bentuk pengeluaran bunyi & arahan bunyi suara
3) Gagap
 Penyebutan satu perkataan diulang-ulang, terhenti dan diikuti oleh ketegangan
otot tekak dan tulang dada

4) Kelewatan bertutur
Perkembangan pertuturan berlaku pada kadar yang lambat daripada keadaan
normal.
Kebolehan pertuturan adalah tidak sesuai dengan umur sebenar
Punca masalah ini adalah disebabkan oleh lembam, kurang motivasi dan lemah
kecerdasan otak

*** lembam – lambat terima pelajaran & sukar sesuaikan diri dengan kelas biasa @ kelas normal ***
5) Sumbing
 Kegagalan di antara tulang dan tisu lelangit janin untuk bercantum selepas tiga
minggu dalam kandungan.
 Kanak-kanak sumbing akan bertutur dengan suara yang sengau

*** Kurang pendengaran menyebabkan pertuturan seseorang itu menjadi tidak sempurna
*** Ianya boleh berpunca daripada kemalangan, kecederaan, penyakit atau semulajadi
sejak dilahirkan
Kaedah untuk pengesanan awal

Pengesanan pra-
linguistik – Pemerhatian tingkah
perkembangan laku
komunikasi non-verbal

Rakan sebaya –
Kemahiran bahasa interaksi semasa
bermain

Anda mungkin juga menyukai