Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Kelahiran dan kematian adalah sesuatu yang pasti akan berlaku di dunia ini. Setiap bayi yang
lahir ke muka bumi pasti juga ada yang meninggal dunia pada masa yang sama. Setiap hari, pasti
ada suara tangisan bayi terdengar di salah satu belahan dunia. Bila seseorang meninggal, maka
perlu ada perkara yang perlu dilakukan antaranya adalah memandian jenazah, mengkafankan
jenazah, solat jenazah dan pengebumian. Begitu juga dengan bayi yang baru lahir. Setiap bayi
yang lahir akan disambut dengan kegembiraan. Di dalam agama Islam, setiap bayi yang baru
lahir akan dilakukan aqiqah iaitu sembelihan binatang yang dilakukan kerana menyambut
kelahiran bayi-bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Ibadah aqiqah telah wujud sejak zaman jahiliyah namun pelaksanaan aqiqah pada zaman
ini ialah penyembelihan seekor haiwan yang telah menjadi sebahagian daripada upacara
kelahiran yang sering dilakukan. Namun, pelaksanaan aqiqah pada zaman jahiliyah sangat
berbeza dengan apa yang telah diajar oleh Rasulullah SAW. Pada zaman jahiliyah, jika terdapat
sesiapa yang bakal menyambut bayi yang lahir maka mereka akan menyembelih kambing dan
meletakkan darah kambing di kepala bayi. Begitulah orang pada zaman jahiliyah melakukan
aqiqah kepada bayi yang baru lahir. Setelah kedatangan agama Islam, tata cara aqiqah tersebut
telah diubah dan sesuai dengan hukum aqiqah dalam Islam iaitu menyembelih binatang dan
mencukur rambut bayi yang baru lahir serta azan dan iqamat kepada bayi yang baru lahir.

Kesimpulannya, ibadah aqiqah adalah satu-satunya ibadah untuk menzahirkan rasa


syukur kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Selain itu, ibadah aqiqah juga dapat
memberi peluang kepada kita agar dapat menambah amal kebajikan dengan mengadakan kenduri
aqiqah untuk masyarakat sekitarnya. Bahkan aqiqah juga adalah cara untuk kita berkongsi
kegembiraan dengan masyarakat sekitar kerana bertambahnya keturunan orang Islam yang akan
memperbanyakkan umat Rasulullah SAW.
DEFINISI AQIQAH
Dari segi bahasa aqiqah berasal dari perkataan Al-Aqqu iaitu membelah atau memotong.
Aqiqah adalah ibadah yang mencukur rambut tumbuh di kepala bayi ketika bayi baru dilahirkan.
Dengan kata lain, aqiqah juga bermaksud sembelihan binatang yang dilakukan kerana
menyambut kelahiran bayi-bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah
SWT. Rambut yang tumbuh dikepala bayi yang baru dilahirkan dinamakan aqiqah kerana rambut
bayi itu akan dicukur dan dipotong dan haiwan sembelihan disebut sebagai aqiqah kerana ia
dipotong sama dengan waktu rambut bayi dicukur.

Rambut bayi disunatkan jika pemotongan rambut dilakukan pada hari ketujuh kelahiran
bayi dan disunatkan untuk mensedekahkan emas atau perak seberat timbangan rambut bayi yang
dicukur samaada bayi lelaki ataupun bayi perempuan. Seperti mana dari Hakim (4/237)
meriwayatkan dari Ali Bin Abi Talib r.a, ia berkata, “Rasulullah SAW , menyembelih aqiqah
untuk Hussein dengan satu ekor kambing, lalu berkata, “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya
dan bersedekahlah senilai timbangan rambutnya,” lalu kami menimbang rambutnya, dan
timbangannya senilai satu dirham.”

Waktu pelaksanaan aqiqah ialah dari hari lahir kelahiran bayi tersebut sehingga bayi itu
baligh. Waktu yang paling afdal melakukan aqiqah untuk bayi yang baru lahir ialah pada hari
ketujuh kelahirannya. Seperti mana dalam hadis riwayat Tirmizi (1552) dan dari Samurah r.a, ia
berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Anak yang baru lahir tergadaikan aqiqahnya, yang
disembelih pada hari ketujuh kelahirannya, lalu diberi nama dan dicukur rambut kepalanya.”
Namun sekiranya belum berkemampuan atau mempunyai halangan tertentu dalam tempoh
tersebut, ia dibolehkan ditunda dan dilakukan pada waktu yang lain. Menurut pendapat paling
kuat dalam mazhab Syafie, hukumnya kekal sunat sehingga anak itu baligh.
Walaubagaimanapun, sekiranya anak itu baligh dan belum juga sempat diaqiqahkan, maka sunat
bagi anak tersebut untuk mengaqiqahkan bagi dirinya sendiri
DALIL PENSYARIATAN

Aqiqah disyariatkan dalam agama Islam kerana ia merupakan salah satu cara untuk kita
bersyukur kepada Allah SWT atas kelahiran anak sebagai anugerah daripada Allah SWT di
samping untuk menjauhkan anak yang baru lahir daripada gangguan syaitan. Bukan itu sahaja,
ibadah aqiqah juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara keluarga bayi dengan
jiran serta masyarakat sekitarnya dan menggalakkan amalan sedekah dalam diri ibubapa yang
mendapat cahaya mata. Imam Syafi’e berpendapat bahawa melaksanakan aqiqah adalah sunat
muakkad. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW iaitu:

َّ ‫الْغُالَ ُم ُم ْرَت َه ٌن بِ َع ِقي َقتِ ِه يُ ْذبَ ُح َعْنهُ َي ْو َم‬


ُ‫السابِ ِع َويُ َس َّمى َوحُيْلَ ُق َرأْ ُسه‬

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan
aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi
nama”.
(Hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Selain itu, antara dalil pensyariatan aqiqah ialah Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu
adalah untuk memelihara bayi yang baru lahir daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan
akhirat. Seperti mana sabda Rasulullah SAW iaitu:

“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu
yang membahayakan daripadanya.” 
(Hadis riwayat Tirmidzi)

Kesimpulannya, setiap ibadah yang disyariatkan oleh Allah SWT tentu memiliki manfaat dan
hikmah yang besar bagi umat manusia. Bahkan dalam penciptaan langit dan bumi dan makhluk
yang paling kecil pun terdapat hikmah yang besar di dalamnya. Begitu juga dengan ibadah
aqiqah pasti banyak hikmah disebalik ibadah tersebut serta dapat memberi manfaat kepada
hambaNya.

Anda mungkin juga menyukai