Anda di halaman 1dari 13

'Aqiqah (Bahasa Arab: ‫ )عقيقه‬ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang

baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut
makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh
seminggu selepas kelahiran.

Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat ialah sunat muakkad. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w
kepada Fatimah ketika mengaqiqahkan Hasan:

"Hai Fatimah!, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin
seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu
itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham".
Syarat yang afdhal untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing yang cukup syarat; sampai umur, tidak
cacat, milik mutlak. Manakala bagi anak perempuan satu ekor. Hadith dari Ummu Khazr al-Ka’biyah
berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:

Maksudnya: "Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang mirip (sebaya dan seumur), dan untuk
anak perempuan satu ekor".
Aqiqah boleh dilakukan serentak di atas bahagian yang sama dengan korban. Pada hari aqiqah
disunatkan anak yang baru lahir diberi nama yang bagus dan dicukup rambutnya serta
bersedekah seberat timbangan rambutnya (bagi yang mampu) dengan perak.

PENGERTIAN ‘AQIQAH

 ‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru
dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.

HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH


 Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak
tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan
disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan
kepada tujuh bahagian.

WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH

 Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang
paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.

 Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

‫س َّمى‬ َ ‫غالَ ٍم َر ِه ْينَةٌ بِعَ ِق ْيقَ ِت ِه تُذْبَ ُح َع ْنهُ يَ ْو َم‬


َ ُ‫ َويُحْ لَ ُق َوي‬, ‫سا ِب ِع ِه‬ ُ ‫ ُك ُّل‬.
Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan
diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)

SYARAT ‘AQIQAH

1. Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.

2. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH

1. Berdoa semasa hendak menyembelih:

ٌ‫ اَللَّ ُه َّم َهذَا ِم ْنكَ َو ِإلَيْكَ َع ِق ْيقَة‬، ‫ اَهللُ أ َ ْكبَ ُر‬، ‫هللا‬
ِ ‫ ِبس ِْم‬... (sebut nama anak)
Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini
‘aqiqah…".

2. Menyembelih ketika matahari sedang naik.

3. Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.

4. Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-


sendinya.

5. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

6. Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

1. Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.

2. Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.


3. Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.

4. Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.

5. Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.

6. Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.

7. Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.

8. Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama
nilai dengan emas atau perak tersebut.
9. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

HIKMAH ‘AQIQAH

1. ‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:


2. Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
3. Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
4. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
6. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.

Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban:

1. ‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu
selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.

2. Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada
fakir miskin.

3. ‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala
qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.

4. Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah
dimasak.

AQIQAH UNTUK ANAK

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialahbinatang yang
disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t.sebagaimana
penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih
untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai
dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para
sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk
anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan.
bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor
kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Daging Aqiqah

Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan
supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya
ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang
telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka
itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana
aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging
aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu,
bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana
dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak
perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-
pecah tulangnya."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak
patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.

Waktu Aqiqah

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih.
Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri
dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan
pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu
‘anha katanya maksudnya :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh,
memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya
kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Hakim)
Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka
hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari,
bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu
ialah setelah terbit matahari.

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran

Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun
sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang
mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum
kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang
sembelihan biasa sahaja.

Syarat Sah Aqiqah

Syarat sah aqiqah ialah:


 Berniat aqiqah ketika menyembelih.
 Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
 Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
 Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
 Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
 Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:
Binatang Umur
Biri-biri/ 1 tahun atau lebih
Kambing 2 tahun atau lebih
Lembu/kenbau 2 tahun atau lebih
Unta 5 tahun atau lebih

Sunat-sunat Aqiqah ialah:

 Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran


 Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
 Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
 Memberi nama yang baik kepada bayi
 Berdoa ketika hendak menyembelih
 Daging dimasak manis.
 Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
 Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri

Hikmah Aqiqah

 Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
 Menggalakkan amalan sedekah.
 melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
 Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
 Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
 Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
 Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
 membiasakan berkorban bagi orang tua
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada
ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-
biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari
Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN

 Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat
Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap
individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta
berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun
tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

 Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.

 Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk
melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk
melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban".
Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya
adalah haram. Daging qurban wajib (nazar) tidak dibenarkan untuk dimakan
oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

DALIL PENSYARIATAN

 Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan


sembelihlah korban sebagai bersyukur".

 Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan
sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas
berdasarkan taqwa dari kamu".

 Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah


sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

 Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:


Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".
(Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

 Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada


Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia,


sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-
dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

 Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala


daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia
tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza
Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)

 Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal
yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih
korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya,
bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat
yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu
buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

 Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak


melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi
Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak


melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami"

HIKMAH BERQURBAN

 Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut


perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

 Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan


melimpah-ruah.

 Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN


 Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta
yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan
hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang
mengerjakan haji.

 Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH QURBAN

 Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada
kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging
atau memudaratkan kesihatan.

 Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.

 Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.

JENIS HAIWAN YANG BOLEH DIJADIKAN QURBAN

 Ulama' bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang
yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing
dan biri-biri sama ada jantan atau betina.

UMUR BINATANG QURBAN

1. Unta - berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.

2. Lembu/kerbau/kambing - 2 tahun masuk ke 3 tahun.

3. Biri-biri/kibas - Setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun
belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan.

KECACATAN YANG MENGHALANG SAHNYA QURBAN


 Hendaklah ia sejahtera daripada sebarang kecacatan seperti tiada telinga
atau terpotong ekor, gila, kudun, sangat kurus, buta dan sebagainya.

 Ada 4 kecacatan utama yang telah disepakati oleh Ulama'yang


menghalang sahnya qurban iaitu berdasarkan hadis riwayat Barra' bin Azib
iaitu sabda Rasullah Sallahallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya : "4 jenis kecacatan yang tidak harus diperbuat qurban


iaitu buta sebelah mata, berpenyakit, tempang dan terlalu kurus".

 Daripada hadith di aras Ulama' telah mengqiaskan kepada kecacatan yang


seumpamanya atau lebih teruk daripada kecacatan tersebut. Ia dapat
diringkaskan seperti berikut:

1. Tiada atau terpotong telinga ataupun lidahnya walaupun sedikit


begitu juga yang terpotong ekornya.
2. Gila
3. Berkudis walaupun sedikit.
4. Haiwan yang baru melahirkan anak atau yang bunting.
5. Tersangat kurus.
6. Buta sebelah mata atau kedua-duanya.
7. Berpenyakit
8. Tersangat tempang

 Tetapi, jika telah bernazar untuk qurban binatang yang sudah ada
kecacatan tersebut, wajarlah dia melaksanakannya.

 Haiwan yang tiada ekor, tiada gigi atau patah setengah giginya, tiada
zakar, haiwan yang dikasi zakarnya boleh dijadikan binatang qurban.

 Makruh mengorbankan haiwan yang tidak bertanduk atau patah tanduknya


begitu juga haiwan yang terbelah atau bertebuk telinganya.

KEHARUSAN BERKONGSI HAIWAN QURBAN


 Seekor unta, lembu atau kerbau itu harus dikongsi oleh tujuh orang sama
ada dari keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya
bermaksud qurban, misalnya ada antaranya bermaksud aqiqah dan yang
lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja.

 Bagi seekor kambing atau biri-biri hanya cukup untuk seorang sahaja,
tetapiharus berkongsi dengan orang lain dalam pahala berkorban dengan
seekor korban itu.

 Adalah afdhal dibuat korban bagi seorang dengan seekor unta, kerana
banyak dagingnya untuk dibahagikan kepada fakir. Kemudian lembu atau
kerbau, kemudian biri-biri dan kemudian kambing.

 Berkorban dengan 7 ekor kambing itu lebih afdhal daripada seekor unta
atau lembu kerana daging kambing lebih baik dan lebih banyak darah yang
tumpah ketika disembelih.

 Berqurban dengan seekor kambing itu pula lebih afdhal daripada seekor
lembu atau unta yang dikongsi oleh tujuh orang.

 Yang utamanya binatang qurban itu adalah berwarna putih, kemudian


kuning, diikuti dengan warna putih tetapi tidak bersih putihnya, kemudian
binatang yang sebahagian bulunya berwarna hitam, kemudian yang
berwarna hitam semua bulunya, diikuti dengan binatang qurban yang
berwarna merah bulunya.

WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN

 Bermula daripada terbit matahari pada Hari Nahr (10 Zulhijjah)


 Waktu yang afdhal melakukannya ialah ketika matahari telah naik sekadar 7 kaki
dari ufuk.

 Berkekalan waktu qurban ini sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.

ORANG YANG MENYEMBELIH BINATANG QURBAN

 Para ualama menganjurkan agar yang melakukan penyembelihan afalah orang yang
berqurban itu sendiri, sekiranya dia pandai menyembelih. Tetapi mereka juga
sependapat mengatakan harus mewakilkannya kepada orang lain. Afdhalnya wakil
itu adalah orang Islam yang mengetahui akan hukum-hakam mengenai korban.

 Adalah afdhal orang yang tidak pandai menyembelih berwakil kepada orang lain
untuk menyembelih bagi pihak dirinya dan sunat bagi orang yang berwakil itu hadir
dan menyaksikan penyembelihan ke atas binatang qurban tersebut.

 Makruh hukumnya mewakilkan qurban kepada kanak-kanak atau orang buta.

NIAT IBADAH QURBAN DAN PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN


NIAT IBADAH QURBAN

 Tidak memadai jika seseorang itu hanya membeli binatang dengan niat
hendak diqurbankan tanpa dilafazkan niat itu.
 Disyaratkan berniat ketika menyembelih binatang qurban jika dilakukan
sendiri. Adalah memadai jika orang yang berwakil itu berniat ketika
wakilnya menyembelih korban berkenaan dengan disaksikan oleh orang
yang berwakil tadi.
 Walaubagaimanapun adalah lebih baik orang berwakil itu, ketika
menyerahkan korban, menyuruh wakilnya berniat bagi pihak dirinya ketika
dia menyembelih korban tersebut.
 Tidak disyaratkan niat jika melakukan qurban nazar.

HUKUM QURBAN BAGI PIHAK ORANG LAIN

1. Tidak sah menyembelih korban bagi pihak orang lain yang hidup dengan
tiada izinnya.
2. Begitu juga bagi pihak orang yang telah mati dengan tiada wasiat atau
pesanan daripadanya.
3. Apabila qurban itu dilakukan kerana wasiat simati maka wajib
disedekahkan kesemuanya.

PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN

 Apabila menjelang 10 Zulhijjah, tidak digalakkan empunya qurban


memotong rambut dan kukunya sehingga dia melaksanakan ibadah
qurban.
 Semasa menyembelih binatang qurban disunatkan :
1. Membaca Bismillahirrohmanirrahim
2. Berselawat ke atas Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
3. Menghadapkan binatang itu ke arah kiblat di atas rusuk
kirinya.
4. Bertakbir sebelum membaca Bismilah dan selepasnya.
5. Membaca doa : Maksudnya: "Ini adalah nikmat daripada Mu
dan aku mendekatkan diri kepadaMu dengannya."
 Sebaik-baiknya ibadah qurban ini dilaksanakan sendiri tetapi harus
diwakilkan kepada orang lain.

NIAT IBADAH QURBAN DAN PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN


 Qurban Wajib dan Qurban Nazar :

Bagi daging korban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka


hukumnya Wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang
berkorban itu memakan daging tersebut. Jika telah dimakan daging itu
maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia
menyembelih semula yang lain.

 Qurban Sunat :
Bagi daging korban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang empunya
korban memakan sebahagian daripadanya sebagaimana firman Allah
Ta'ala dalam Surah al-Haj ayat 28:
Maksudnya : "….Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada
orang-orang yang sangat fakir. Wajib disedekahkan sebahagian daripada
daging-daging korban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang
beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak).

Adalah Afdhal jika yang empunya korban itu hanya mengambil sedikit
daripada daging korban berkenaan manakala sebahagian besar
daripadanya disedekahkan. Daging yang disedekahkan akan menjadi milik
penerima sepenuhnya di mana dia boleh menjual, melelong atau
menghadiahkan daging tersebut kepada orang lain dan sebagainya.

 Jika daging korban itu ialah korban disebabkan wasiat dari seorang yang
telah meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang
yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada
orang kaya kecuali ada izinnya.

 Haram menyedekah atau menghadiahkan daging korban kepada orang


kafir walaupun sedikit.

 Tidak harus memindahkan daging qurban ke daerah lain sebagaimana


dalam hukum zakat.

 Haram ke atas orang yang melaksanakan korban atau warisnya menjual


daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada
binatang korban itu sebagaimana sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam : Maksudnya:

"Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu maka tiada dikira korban
baginya." (Hadis riwayat al-Hakim)

 Haram menjadikan kulit dan daging binatang korban itu sebagai upah
kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan
sedekah atau hadiah.
IBADAH KORBAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
. Keampunan.-
Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai
penebus dosa yang telah dilakukan.
‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu
‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya
titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang
diqurbankan.
Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada
pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan
kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka
berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu
kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.
‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah
melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang
pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah
binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)

4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian
pada Hari Qiamat”.

“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada
Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu
mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang
berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)

Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir
bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)

Anda mungkin juga menyukai