Anda di halaman 1dari 5

PENGERTIAN AQIQAH

1. Aqiqah, pengertian dari segi bahasa ialah rambut di kepala


kanak-kanak
2. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang
yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi

HUKUM AQIQAH

1. Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban


yaitu Sunnah Muakkad  kecuali dinazarkan menjadi wajib.
2. Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah
sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor
kambing.
3. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahwa Rasulullah
SAW memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah
untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan
untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-
Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan.
bahawa Rasullullah SAW menyembelih aqiqah untuk Hasan
dan Husin masing-masing dengan seekor kambing

DAGING AQIQAH
 Daging aqiqah digalakkan supaya tidak
disedekahkan dalam keadaan mentah,
bahkan disunahkan supaya dimasak terlebih
dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun
aqiqah itu aqiqah nazar.
 Sunat bagi orang yang beraqiqah memakan
sebahagian kecil daripada daging binatang
yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu
bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau
aqiqah kerana wasiat
 Dalam hal memakan, menyedekah dan
menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama
keadaannya dengan korban.
 Semasa memotong daging disunatkan
supaya jangan dipecah-pecahkan tulang
binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan
supaya mengasingkan tulang-tulang itu
mengikut sendi-sendinya.

WAKTU AQIQAH

 Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik


sahaja anak dilahirkan dan berterusan
sehinggalah anak itu baligh.
 Walaupun waktu yang disunatkan
untuk beraqiqah itu panjang, tetapi
yang afdhal hendaklah dilakukan pada
hari ketujuh daripada hari
kelahirannya.

SYARAT SAH AQIQAH


1. Berniat aqiqah ketika menyembelih.
2. Binatang ternakan berkaki empat yaitu kambing,
biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
3. Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
4. Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
5. Disembelih pada waktunya yaitu hari ketujuh
selepas kelahiran atau bila masa sebelum anak
tersebut baligh
6. Binatang yang hendak disembelih sudah cukup
umur.
7. BINATANG AQIQAH
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah
seperti berikut:

Binatang          Umur


 

Biri-biri 1 tahun atau lebih

Kambing 2 tahun atau lebih

Lembu/kerbau 2 tahun atau lebih

Unta 5 tahun atau lebih


Sunah-sunah Aqiqah ialah:
a. Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
b. Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
c. Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
d. Memberi nama yang baik kepada bayi
e. Berdoa ketika hendak menyembelih
f. Daging dimasak manis.
g. Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut
ketika dimasak.
h. Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri 

i.   Hikmah Aqiqah
a. Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah
S.W.T. untuk menjalankan syariat Islam dan
dianugerahkan anak
b. Menggalakkan amalan sedekah.
c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam
memberi syafaat kepada orang tua mereka
d. Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
e. Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam
masyarakat.
f. Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam
diri.
g. Memulakan kehidupan seorang bayi dengan
amalan yang baik.
h. Membiasakan berkorban bagi orang tua. 

Anda mungkin juga menyukai