Anda di halaman 1dari 10

AKIKAH

MOHD NIZAM BIN HUSAIN 4 ANGGERIK

PENGERTIAN AKIKAH

Akikah ialah penyembelihan binatang ternakan sempena kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.

HUKUM AKIKAH

Sunat muakkad ke atas ibu bapa / penjaga kanak-kanak tersebut. Wajib jika seseorang itu bernazar

SYARAT-SYARAT SAH AKIKAH


Menyembelih binatang ternakan yang halal.. Menyembelih ternakan yang tidak cacat. Menymbelih ternakan yang cukup umur. Berniat akikah ketika menyembelih. Memenuhi syarat-syarat sembelihan..

PERKARA SUNAT KETIKA BERAKIKAH


Membaca doa ketika hendak menyembelih. Melakukan penyembelihan ketika matahari sedang naik. Memasak daging akikah dengan masakan yang manis. Mencukur rambut bayi selepas upacara penyembelihan. Melakukan akikah pada hari ketujuh kelahiran. Tidak mematah-matahkan tulang-tulang binatang akikah.

BINATANG YANG SAH DIJADIKAN AKIKAH


Lembu Kerbau Kambing Biri-biri Unta

Umur binatang yang boleh di buat akikah


Satu tahun lebih bagi biri-biri Dua tahun bagi lembu dan kerbau Dua tahun lebih bagi kambing Lima tahun bagi unta

Kadar binatang ternakan yang disunatkan

Dua ekor kambing atau dua bahagian daripada seekor lembu,kerbau,atau unta bagi bagi kanak-kanak lelaki. Seekor kambing atau satu bahagian daripada seekor lembu,kerbau,atau unta bagi kanak-kanak perempuan.

HIKMAT AKIKAH

Bersyukur kerana mendapat cahaya mata. Mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dapat mendekatkan kanak-kanak yang baru lahir dengan penghayatan islam. Menggalakkan amalan bersedekah. Berkongsi perasaan gembira.

PERBEZAAN ANTARA KORBAN DENGAN AKIKAH

KORBAN Dilakukan selepas solat sunat Aidiladha hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah. Dilakukan kerana memperigati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. Daging korban wajib disedekahkan kepada fakir dan miskin. Daging korban lebih afdal disedekahkan dalam keadaan belum masak.

AKIKAH Dilakukan sebelum anak itu baligh tetapi lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahirannya. Dilakukan kerana bersyuur kepada Allah S.W.T sempena kelahiran cahaya mata. Daging akikah tidak wajib disedekahkan kepada fakir dan miskin. Daging akikah sunat dimasak terlebih dahulu.

Anda mungkin juga menyukai