Anda di halaman 1dari 12

Korban & Akikah

Daripada
 Razeef Iqkmal Bin Mohamad
 Daniel
 Qayyum
Kelas – 1SVM ATR
KORBAN

 Korban ertinya hampir yang maksud tujuannya untuk


menghampirkan diri kepada Allah SWT. Ia dilakukan sebagai
menghidupkan syariat Nabi Ibrahim dan seterusnya Nabi
Muhammad SAW.
 Menyembelih binatang ternakan ( al-An’am ) yang
dilakukan pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik
dengan tujuan beribadah kepada Allah.
Hukum Korban
    Sunat Muakad- Bagi orang Islam yang mampu
  Wajib- Bagi orang bernazar
    Sunat Kifayah- Bagi sesebuah keluarga

Perkara-perkara sunat ketika Korban


• Membaca Basmalah
• Membaca selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW
• Membaca Takbir sebanyak 3 kali ketika menyembelih
• Memilih binatang gemuk dan sihat
• Menghadap binatang korban ke arah kiblat
• Binatang disembelih sendiri oleh orang yang melakukan korban
• Daging korban disedekahkan kepafda fakir miskin
• Melihat sendiri ketika sembelihan binatang korban dilakukan.
Waktu Korban
 Bermula: Selepas sembahyang sunat hari raya
 Berakhir: Terbenam matahari pada 13 zulhijjah
 Paling Afdhal: Sebelum gelincir matahari hari pertama

Syarat sah binatang korban


-  Cukup umur

-  Binatang jenis al-An’am

-  Binatang yang tidak cacat yang boleh mengurangkan daging.

-  Binatang yang sihat dan tidak berpenyakit

-  Dibolehkan sama ada jenis jantan, betina atau khunsa


Jenis binatang dan umurnya
Biri-biri/kibas     : 1 tahun atau lebih
Kambing               : 2 tahun atau lebih
Lembu/kerbau  : 2 tahun atau lebih
Unta                      : 5 tahun atau lebih

Cara pembahagian daging korban


  1/3         : disedekahkan kepada fakir miskin secara mentah

1/3         : dibuat jamuan untuk orang ramai

  1/3         : diambil atau makan oleh orang yang berkorban


Hukum Pembahagian daging korban
 Wajib: diberi kepada fakir miskin secara mentah
 Harus: diambil atau dimakan oleh orang yang berkorban.
 Diberi atau dimakan oleh orang kaya
 Haram: Dijual oleh orang yang berkorban
 Diberi atau dimakan oleh orang kafir
 Dimakan oleh orang yang bernazar.

Hikmat ibadah korban


• Tanda kesyukuran atas rahmat Allah
• Mengingati dan menghayati pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
• Memberi peluang kepada fakir miskin menikmati daging korban
• Memupuk perasaan mahabbah dan silaturrahim
• Mendidik semangat berkorban untuk meningkatkan syiar Islam
Akikah
 Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada kala
 waktu lahirnya.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.
 Menurut istilah hukum syarak  aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk
kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama
untuk anak itu.”
Hukum Akikah
Sunat Muakkad: Bagi ibu bapa yang mampu atau orang yang
menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut
Wajib: bagi ibu bapa yang bernazar

Kadar yang disunatkan akikah


Lelaki: 2 ekor kambing/biri-biri/dua bahagian daripada lembu atau kerbau atau unta

Perempuan: Seekor kambing/biri-biri atau sebahagian daripada lembu atau kerbau


atau unta
Syarat Sah akikah
 Berniat akikah ketika menyembelih
 Menyembelih binatang ternakan yang halal
 Menyembelih binatang ternakan yang tidak cacat
 Binatang ternakan cukup umur
 Menepati syarat-syarat sembelihan

Perkara sunat ketika Akikah


- Berdoa ketika hendak menyembelih
- Menyembelih ketika matahari sedang naik
- Dagingnya dimasak manis terlebih dahulu sebelum disedekahkan
- Dagingnya hendaklah dibuat jamuan
- Tidak mematah-matahkan tulang binatang
- Mencukur rambut bayi selepas sembelihan
- Dilakukan pada hari ketujuh
- Menamakan bayi dengan nama yang baik
Hikmat Akikah

 Tanda kesyukuran kerana mendapat cahaya mata


 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara  ahli keluarga dan masyarakat
 Dapat menjamu selera kepada fakir miskin
 Membiasakan amalan bersedekah kepada kanak-kanak
  Mendekatkan bayi kepada penghayatan Islam.
Perbezaan antara korban dan akikah

Korban
  Dilakukan pada masa-masa tertentu
     Mengingati peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
     Sunat disedekahkan ketika mentah

Akikah
 Dilakukan pada bila-bila masa
    Sempena kelahiran bayi
 Dagingnya sunat dimasak manis
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai