Anda di halaman 1dari 1

Maksud korban adalah menyembelih binatang ternakan pada 10 Zulhijjah hingga akhir hari

tasyrik bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT . Hukumnya sunat muakkad dan wajib
jika bernazar

Syarat sah korban :


1. Berniat kurban
2. Masa pelaksanaan ( selepas solat sunat aidiladha pada 10 Zulhijjah hingga terbenam
matahari pada akhir hari tasyrik bersamaan pada 13 Zulhijjah )
3. Cukup umur
4. Cukup sifatnya , bebas daripada penyakit dan kecacatan

Hikmah berkorban :
1. Mengangungkan syiar Islam yang merupakan tanda takwa bagi mendekatkan diri
kepada Allah SWT
2. Mengeratkan persaudaraan antara umat Islam kerana solat sunat aidiladha
menghimpunkan seluruh umat Islam
3. Menghayati semangat pengorbanan agung yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim

Maksud akikah adalah binatang ternakan yang disembelih sempena kelahiran bayi . Hukum
melaksanakannya adalah sunat muakkad dan wajib jika bernazar . Senarai binatang
ternakan yang disyariatkan akikah adalah unta , kambing , kerbau , biri – biri dan lembu

Syarat sah akikah :


1. Berniat akikah
2. Masa pelaksanaan
3. Cukup umur ( unta , 5 tahun dan ke atas / lembu atau kerbau , 2 tahun dan ke atas /
kambing , 2 tahun dan ke atas / biri – biri , 1 tahun atau sudah bersalin gigi hadapan
setelah berumur 6 bulan
4. Cukup sifatnya iaitu bebas daripada penyakit dan kecacatan

Pembahagian daging akikah


• Sunat dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan sesudah dimasak
• Afdhal desedahkan kepada orang miskin
• Masakan itu juga sunat dimakan oleh orang yang berakikah

Anda mungkin juga menyukai