Anda di halaman 1dari 2

IBADAT

4. AKIKAH

1. MAKSUD :
 Menyembelih binatang an’am yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru
dilahirkan sebagai tanda mensyukuri kurniaan Allah.

2. HUKUM :
 Sunat muakkad
 Bagi lelaki = sunat 2 ekor kambing
 Bagi perempuan = sunat 1 ekor kambing.
 lembu / kerbau / unta boleh dibahagi 7 bahagian

3. WAKTU AKIKAH :
 Harus ( dari dilahirkan hingga ia baligh )
 Afdal ( hari ke-7 selepas dilahirkan )

4. SYARAT SAH :
 niat akikah ketika sembelih
 tidak cacat serta cukup umur
 ikut syarat sah sembelihan

5. DAGING SEMBELIHAN AKIKAH :


 mestilah binatang an'am
 tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin
 sunat dimasak manis dan dibuat jamuan
 sunat agar tidak mematah-matahkan tulang daging yang dipotong

6. SUNAT AKIKAH :
 berdoa ketika hendak menyembelih
 menyembelih ketika matahari sedang naik
 dagingnya dimasak manis sebelum disedekahkan
 tidak mematahkan tulang binatang akikah
 mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah
 dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran

7. HIKMAH MELAKUKAN AKIKAH :


 sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaan zuriat
 untuk menghebahkan kepada orang ramai atas kesyukuran / kurniaan Allah
 bagi memulakan kehidupan anak dengan perkara kebaikan
 mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga bayi dengan jiran dan masyarakat
setempat
 sebagai tanda menjalinkan kasih saying ibu bapa dengan anak
 menggalakkan amalan sedekah bagi ibu bapa yang mendapat cahaya mata
 mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam.

8. CARA MENYAMBUT KELAHIRAN :


 lafazkan azan di sebelah kanan dan qamat di sebelah kiri
 baca doa di kedua-dua belah telinga
 sapu lelangit dengan benda manis
 menamakan anak dengan nama yang baik pada hari ke-7

Anda mungkin juga menyukai