Anda di halaman 1dari 11

TIPS PENJAGAAN KASUT

Kasut adalah antara eksesori utama bagi sesiapa pun terutama sekali buat kaum lelaki dan
perempuan. Namun penjagaan kasut tidak sama seperti penjagaan baju dan lain-lain. Ramai
yang tersilap langkah dalam teknik penjagaan kasut yang betul. Akibatnya, kasut mudah lusuh,
usang dan di buang ke dalam tong sampah. Setiap dari anda sudah semestinya mempunyai
sekurang-kurangnya sepasang kasut kulit, ianya sering kali digunakan untuk majlis-majlis
formal, seperti sewaktu bekerja, atau ada juga kasut kulit yang boleh digunakan untuk aktiviti
casual.

Dalam membeli atau memilih kasut, sudah pasti anda membuat pilihan yang sebaik mungkin,
maklumlah, untuk memakai kasut ini, bukanlah dalam beberapa minggu sahaja, kalau boleh, biar
kasut itu bertahan lama.

Namun begitu, jika hanya pandai memilih kasut yang berkualiti, tetapi tidak tahu bagaimana
untuk menjaga kasut kulit dengan baik, ianya hanya sia-sia sahaja, kerana mungkin jangka hayat
kasut itu tidak dapat bertahan lama. Oleh itu, penjagaan kasut adalah sangat penting. Ikuti tip
penjagaan kasut yang betul agar kasut anda kelihatan cantik sentiasa.

Jadi saya ingin kongsikan, beberapa tip penjagaan kasut kulit yang boleh dipraktikkan
1. BASUH ATAU LAP SEMINGGU SEKALI

Kebanyakkan lelaki membiarkan kasut kotor sehingga kering terutama sekali selepas hujan.
Anda salah! Tindakan ini hanya akan lebih sukar untuk membersihkannya. Walaupun anda
sudah menggunakan pengalis air, atau sneaker anda adalah jenis material kulit, tetapi tali dan
jahitan kasut anda masih boleh menyerap kotor dan berubah warna. Oleh itu, amalkan untuk
membasuhnya sekurang-kurang seminggu sekali. Jika anda malas sekalipun, anda masih boleh
menggunakan tisu basah, kain basah dan jika jenis kain anda boleh gunakan berus, contohnya
berus kasut atau berus gigi untuk membersihkannya. Jangan biarkan ia tidak dijaga.
2. GUNAKAN SEMBURAN KALIS AIR

Air dan semburan kalis air adalah sangat berguna jika anda pergi ke tempat kerja memakai kasut
dari material kain. Untuk kasut yang jenis material menyerap seperti nubuck atau pun suede,
semburan kalis air adalah salah satu idea bijak dalam melindungi kasut anda itu. Yang pasti,
amalkan sembur keseluruhan kasut, biarkan semalaman dan ulang.
3. SIMPAN KASUT DALAM KOTAK, BUKAN DI DALAM RAK

Antara kesilapan utama lelaki, (mungkin juga perempuan) adalah meletakkan kasut di dalam rak.
Ya, ini mungin disebabkan oleh kuantiti kasut yang banyak, namun sebenarnya ia hanya
mengumpulkan debu dalam semua kedutan dan rekahan kasut anda apabila ia ditinggalkan, dan
seterusnya mempercepatkan lagi kadar rekahan serta kotoran. Cadangan kami, simpankan sasut
di dalam kotak kasut dan tutupnya dengan betul-betul. Pastikan kasut anda kering dan tidak
bertindih.
TIPS PENJAGAAN KASUT KULIT

4. ELAKKAN MENGGUNAKAN BERUS KETIKA MEMBASUH KASUT


Sebaik-baiknya basuh menggunakan kain yang basah sahaja. Ini kerana berus yang kasar boleh
merosakkan permukaan kulit.

5. ELAKKAN MENGGUNAKAN PELUNTUR


Peluntur mempunyai sifat yang tajam dan boleh rosakkan kulit kasut.

.
6. ELAKKAN MENJEMUR KASUT DIBAWAH CAHAYA MATAHARI
Cahaya matahari yang terik boleh merosakkan sambungan antara kulit dan tapak getah. Jika
terlalu lama dedahkan di bawah panas matahari kerana boleh menyebabkan kasut mudah rosak..
7. LETAKAN SILIKA WAP BAGI MENYERAP WAP AIR
Silica gel membantu untuk menyerap wap air dari kelembapan, kerana kelembapan suhu
menyebabkan kasut mudah berkulat dan rosak permukaan kulitnya. Bila beli kasut, simpan je
kotak in case nak guna silica gel ni nanti.

.
8. JANGAN TINGGALKAN STOKIN YANG TELAH DIPAKAI DALAM KASUT
Ha! ini habit yang kena buang. Stokin yang telah lama dipakai jangan letak dalam kasut.
Lembapan pada stokin boleh menyebabkan kasut mudah rosak. Selain itu, ini lah satu sebab bila
bukak kasut ada bau yang tidak menyenangkan. hehe.
9.SUSUN KASUT DALAM KEADAAN YANG TERATUR

Jangan longgokkan kasut di satu tempat. Asingkan mengikut jenis kasut, dikhuatiri kasut
berlaga satu sama lain terutamanya bagi jenis kasut bertumit tinggi dan tajam.

10. KEKALKAN BENTUK KASUT ANDA


Sumbat bahagian depan kasut dengan kertas serta penahan khas di dalam kasut agar bentuk kasut
kekal dan tidak membengkok mahupun terlipat.
11. GANTI PELAPIK KASUT BAGI MENGEKALKAN KESELESAAN
Kasut berjenama dengan harga mahal selalunya adalah pilihan terbaik bagi mereka yang
inginkan kualiti dan tidak rosak cepat. Cuma apa yang perlu adalah tukar pelapik kasut bagi
menjadikan ia kasut yang terus-terusan memberi keselesaan kepada si pemakai.

12. GUNAKAN BEDAK BAYI


Jika anda tertumpahkan sesuatu yang berminyak pada kasut anda, taburkan bedak bayi

dan ia akan menyerap kotoran tersebut, menurut Good Housekeeping.


13. DAPATKAN BANTUAN PROFESSIONAL
Tukang kasut tempatan anda mungkin boleh membaiki atau memberi nasihat tentang banyak
masalah pembaikan kasut untuk anda. Kebanyakan daripada mereka boleh membaiki tapak yang
licin, tumit yang patah atau tumit tumpul, insoles yang keras, berbau, dan macam-macam lagi.

SUMBER DARIPADA GOOGLE

SEKIAN TERIMA KASIH

DIRIPADA ARROW CEDRIC BIDI

Anda mungkin juga menyukai