Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan islam liberal

Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal bermaksud sebagai
condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-
hak keistimewaan kaun bangsawan), (fahaman) bebas. bersifat atau berpandangan bebas,
berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).
Ini bermaksud, konsep Islam Liberal ini berasaskan kepada kebebasan 'hak asasi manusia'.
Menunjukkkan bahawa manusia itu berhak memilih cara kehidupannya. Misalnya bebas
memilih jantina walaupun hakikatnya di seorang lelaki tetapi fahaman Islam Liberal ini
membolehkan mereka bebas memilih untuk menjadi wanita. Mereka sangat memperjuangkan
hak asasi manusia. Gerakan liberalisme ini sebenarnya adalah pengaruh daripada falsafah
liberalisme yang berkembang di negara Barat yang telah masuk ke dalam seluruh bidang
kehidupan seperti liberalisme ekonomi, liberalisme budaya, liberalisme politik danliberalisme
agama. Bahayanya golongan Islam Liberal kerana tidak menzahirkan diri mereka sebagai
orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama,
mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum- hukum fikah. Mereka menolak
segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah
menjadi ijmak ulama, termasuk tafsiran daripada Rasulullah dan sahabat serta ulama
mujtahid. Mereka terpengaruh dengan corak kehidupan barat sebagai contoh yang terbaik
dalam segenap lapangan kehidupan. Lalu, semua pemikiran, keputusan dan sistem yang
diamalkan oleh barat perlu diikuti. Pemikiran mereka terus ditanam dengan doktrin yang
mengatakan bahawa sekiranya umat Islam ingin mencapai kemajuan seperti barat maka
pemikiran umat Islam perlu diubah.

Terdapat beberapa bentuk pemikiran golongan Islam Liberal. Antaranya adalah

1. Mereka menganut fahaman pluralisme.


Mereka mengatakan bahawa semua agama adalah sama dan benar belaka. Orang Islam
tidak boleh menganggap bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya
mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam
Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam majalah Gatra (Indonesia) menyatakan, “Semua
agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran”.

2. Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia
Seperti kes Lina Joy (nama sebenar Azlina Jailani), golongan Islam liberal di Malaysia
antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama tanpa
dikenakan sebarang tindakan undang-undang dan tidak tertakluk dengan keputusan
Mahkamah Syariah.

3. Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman.
Menurut golongan Islam Liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan
tafsiran ulama terdahulu. Tafsiran ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak
sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan
ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para sahabat dan ahli-
ahli tafsir terdahulu. Cukup sekadar tafsiran itu menepati logik akal dan rasional.

Anda mungkin juga menyukai