Anda di halaman 1dari 3

5.

Kepentingan Kajian
1) Dapat memahami konsep dan sejarah liberalisme dengan terperinci.
2) Dapat menyatakan kesan atau implikasi liberalisme kepada masyarakat Malaysia.
3) Dapat mengelakkan isu sensitif daripada menjadi faktor kacau bilau negara.

6. Kajian Lepas

Membudayakan konsep liberalisme dalam kehidupan di era ini nyata memberi impak
yang sangat ketara dalam kehidupan masyarakat sejagat. Demikian susulan melihat
hujah yang disuarakan oleh tokoh ilmuwan yang rata-ratanya berbeza pendapat
terhadap budaya tersebut. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang membantah
budaya yang mengamalkan kebebasan sebegitu.

Budaya Liberalisme dianggap satu ancaman berikutan Modus Operandi gerakan yang
digunakan oleh kumpulan itu berstrategik dan halus. Perkara itu telah dibahasakan
oleh Noor Saleha Mohd Salleh, Noor Hafizah Mohd Haridi, Ahmad Munawar Ismail
dan Md Noor (2021) dalam artikel mereka bertajuk ‘Modus Operandi Gerakan
Liberalisme di Malaysia’. Kumpulan liberal ini didapati menggunakan sembilan (9)
kerangka modus operandi yang mempunyai prinsip, motif, skala, propaganada,
perkaderan, proksi, lingkaran sosial dan indoktrinasi yang dapat memanipulasi
pemikiran masyarakat di Malaysia. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif serta
temu bual mendapati tindakan seperti itu dapat menjauhkan masyarakat daripada
peraturan hidup Islam yang sebenar. Berteraskan pembacaan ini, penulis mendapati
hasil kajian sekarang tidak menyamai kajian terdahulu kerana kajian ini lebih
menekakan aspek sosial sementara kajian terdahulu menekankan aspek komunikasi.

Menurut Ahmad Munawar Ismail dan Zakaria Stapa‘ (2020) dalam artikel mereka
yang bertajuk ‘Liberalisme dan Pemikiran Pemimpin Muslim di Malaysia, perjuangan
untuk mendapatkan hak kebebasan bersuara dan kebebasan beragama memberi
ancaman kepada keharmonian masyarakat. Dengan menggunakan kaedah temu bual
daripada kalangan pemimpin negara, pemimpin masyarakat dan pemimpin
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), rata-ratanya berpendapat bahawa pemikiran
liberal adalah acuan Barat dan kesannya dapat dilihat melalui budaya masyarakat
sekarang. Maka dari situlah bermulanya pelbagai gerakan yang kononya ingin
memperjuangkan Islam padahal kelompok ini menunjukkan prinsip-prinsip yang
bertentangan dengan ajaran Islam. Berdasarkan penelitian penulis sekarang mendapati
kajian sekarang menekankan aspek kemasyarakatan manakala kajian terdahulu
menekankan aspek kegamaan.

Semakin berkembang fahaman liberalisme, semakin mencabar usaha pihak tertentu


dalam memastikan masyarakat terutamanya yang beragama Islam agar tidak
terjerumus dengan ideologi kumpulan liberal. Menurut artikel yang ditulis oleh
Ahmad Syafiq Yusof, Siti Sarah Izhan Khalib, Nur Jazlynda Zamri, Safiyyah Hani
Shahidan dan Nur Sabrina Kamsan (2022) yang bertajuk ‘Liberalisme: Peranan
Pemimpin Muda Islam’ ada menyatakan pemahaman agama seorang Muslim semakin
pudar kerana kurangnya pendedahan agama. Akibatnya mereka mudah terperangkap
dengan fahaman sesat seperti liberalisme yang berkonspekan logik akal. Justeru itu,
generasi muda perlu berganding bahu bagi memperkukuh akidah Islam dan sekaligus
bagi menghalang pengaruh tersebut daripada tersebar. Dengan menggunakan kaedah
pemerhatian, penulis mendapati golongan ini lebih cenderung ke arah menjadikan
negara bebas daripada fahaman sesat melalui gerakan yang proaktif yang menuntut
masyarakat berpegang hanya pada Al-Quran dan Al-Sunnah. Kajian dahulu dilihat
menekankan aspek keagamaan manakala kajian sekarang lebih menekankan konsep
kebudayaan.

Menurut penulisan Otto Gusti Ngedong Madung (2022) yang bertajuk ‘Konsep
Liberalisme Politik John Rawls ‘ mendapati konsep liberalisme ini juga boleh
diamalkan dalam sistem politik. Walaubagaimanapun, konsep tersebut yang dahulu
pernah dilakukan oleh John Rawls tidak bertahan lama kerana mendapat kritikan
hebat dari kalangan masyarakat ketika itu. Hasil pemerhatian penulis mendapati
bahawa konsep ‘kebebasan’ yang dilaksanakan di sesebuah negara bukan hanya
melibatkan hal agama semata-mata, tetapi juga hal yang berkaitan pendidikan
mahupun pentadbiran. Menerusi penulisan ini, penulis mendapati kajian ini
menekankan aspek politik, berbeza pula dengan kajian sekarang yang memfokuskan
tentang keagamaan.
11. Lampiran

Rajah 1: Isu liberalisme menjadi muka hadapan akhbar harian Malaysia

Rajah 2: Perarakan para penyokong pemikiran liberalisme di negara luar

Anda mungkin juga menyukai