Anda di halaman 1dari 23

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

PROGRAM QURAN DAN SUNNAH

SEMESTER 2 SESI 2021/2022

PPPY1222

BAHAYA IDEOLOGI FEMINISME

NAMA PENUH : ADLYNNA BATRISIYA BINTI MANAN


NO. MATRIKULASI : A189973
NO. KAD PENGNEALAN : 010504-10-0494
NO. TELEFON : 011-69287458
E-MEL : a189973@siswa.ukm.edu.my
PEMARKAHAN

Skor Soalan 1-4: 0. Tiada 1. Amat Lemah 2. Lemah 3. Sederhana 4. Baik 5. Amat Baik

1 PENDAHULUAN  MARKAH
1.1 Pernyataan masalah 
1.2 Objektif Kajian 
1.3 Signifikan kajian 
2 METODOLOGI (secara ringkas)
2.1 Reka bentuk kajian 
2.2 Pengumpulan data 
2.3 Penganalisisan data 
3 ANALISIS 
3.1 Analisis tinjauan literatur 
3.2 Analisis kajian 
4 UMUM 
5.1 Gaya UKM 
5.2 Struktur yang jelas (kandungan, pengenalan, isi kandungan, kesimpulan) 
Persembahan yang jelas (pendahuluan, fakta berserta contoh relevan, idea
5.3
berserta hujah @ logik) 
5.4 Gaya bahasa (jelas, ejaan, transliterasi) 
Kertas A4, Fon ‘Times New Roman’, saiz 12, Langkau baris 1.0
5.5
Tulisan Arab: Fon ‘Traditional Arabic’, saiz 16
JUMLAH

Skor Soalan 5-7: 0. Tiada 1. Tidak jelas/tidak lengkap 2. Jelas/Lengkap

5 PENUTUP MARKAH
6.1 Rumusan 
6.2 Implikasi 
6.3 Cadangan 
6 RUJUKAN (min. 10 rujukan tidak termasuk Al-Quran dan Hadis)
4.1 Berkaitan dengan tajuk
4.2 Rujukan premier
4.3 Rujukan skunder
4.4 Kajian terbaru
7 ABSTRAK 
7.1 Pernyataan masalah
7.2 Objektif kajian
7.3 Metodologi kajian
7.4 Hasil kajian
JUMLAH
KESELURUHAN
KANDUNGAN
Halaman
1.0 PENDAHULUAN 3
1.1 PERNYATAAN MASALAH
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
1.3 METODOLOGI
1.4 SIGNIFIKAN KAJIAN
2.0 TINJAUAN LITERATUR 5
3.0 ANALISIS KAJIAN 6
4.0 KESIMPULAN 10
BAHAYA IDEOLOGI FEMINISME
Oleh Adlynna Batrisiya binti Manan
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Feminisme ialah sebuah ideologi dari Barat yang bertujuan untuk memperjuangkan hak-hak
wanita. Kajian tentang “Bahaya Ideologi Feminisme” ini bertujuan untuk menyedarkan
masyarakat khsusnya kaum wanita muslim di Malaysia agar tidak mudah terpedaya dengan
ideologi Barat yang bertentangan dengan syariat Islam. Dalam mendapatkan hasil kajian,
penulis telah menggunakan metodologi kajian kualitatif iaitu dengan menganalisis teks tiga
buah kajian lain iaitu sebuah jurnal yang dikarang oleh Norsaleha Mohd Salleh pada tahun
2015 yang bertajuk Penolakan terhadap Agenda Feminisme dan Liberalisme di Malaysia.
Kemudian, sebuah kajian bertajuk Peranan NGO Islam dalam Menangani Agenda
Feminisme di Malaysia yang juga ditulis oleh Norsaleha Mohd Salleh dan sebuah kajian lagi
bertajuk Kajian Terhadap Gerakan Feminisme di Malaysia dan Perbandingan dengan
Agama Islam yang dilakukan oleh beberapa orang mahasiswa Universiti Malaya. Di akhir
kajian ini, penulis mengharapkan agar kajian ini dapat sedikit sebanyak membongkar
kepincangan ideologi feminisme yang berlawanan dengan prinsip akidah Islam dan moral
umat Islam, seterusnya memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa satu-satunya jalan
terbaik untuk memartabatkan hak wanita dan menjaga golongan wanita adalah dengan
mengikuti cara dan prinsip agama Islam, bukannya dengan mengambil kaedah sebuah
gerakan pemikiran yang dipelopori orang-orang kafir Barat seperti feminisme.
1.0 PENDAHULUAN

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Malaysia adalah sebuah negara yang majoriti penganutnya adalah beragama Islam.
Islam adalah sebuah agama yang syumul atau bersifat menyeluruh termasuklah
menyentuh tentang perihal kehidupan seharian manusia, hak-hak mereka sama ada ia
berjantinakan lelaki ataupun perempuan. Syariat dan hukum Islam berlandaskan Al-
Quran dan As-Sunnah bersama tafsiran ijma’ ulama’. Bukannya hawa nafsu dan
tafsiran seseorang individu atau sesebuah organisasi atau kumpulan semata-mata.
Hal ini berbeza dengan sebuah ideologi yang dinamakan sebagai “Feminisme”
yang asalnya pemikiran ini diambil dari negara orang-orang kafir di Barat yang nilai
moral dan budayanya serta cara hidup mereka tidak sama dengan nilai moral dan
budaya di negara-negara majoriti penduduknya adalah beragama Islam seperti
Malaysia.
Meskipun gerakan feminisme ini pada asalnya bertunjangkan semangat untuk
melawan ketidak adilan terhadap wanita dan menuntut kesamarataan jantina akibat
penindasan yang berlaku terhadap wanita, perjuangan feminisme ini sebenarnya
bukan sekadar menginginkan keadilan, akan tetapi ia membawa agenda yang
bertentangan dengan prinsip Islam dan berlawanan dengan syariat Islam. Contohnya,
gerakan feminisme menganggap kebebasan wanita akan hilang sekiranya konsep
berkeluarga diterima dan menjadi amalan umat Islam. Golongan ini berpendapat
lelaki dan perempuan dapat hidup berdampingan tanpa disatukan oleh perkahwinan,
sedangkan Islam sudah mensyariatkan bahawa seseorang itu perlu berkahwin untuk
mempunyai hubungan yang sah.
Selain itu, ideologi feminisme ini tidak berpandukan sumber-sumber asas
dalam Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, sebaliknya hanya mengikut hawa nafsu,
emosi, logik akal, trend semasa dan kemodenan zaman semata-mata.
“Gerakan feminisme juga mengatakan bahawa perkahwinan berbeza agama
antara muslim dan bukan muslim dikira sah. Islam menolak hal ini kerana sudah
termaktub dalam al-Quran larangan untuk mengahwini pasangan yang berlainan
agama.” (Megami, 2013)
Disamping itu, menurut Jabatan Agama Islam Selangor – JAIS dalam sebuah
kajian bertajuk Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme di Malaysia? (tahun),
ideologi feminisme dan perjuangannya banyak dipengaruhi oleh pemikiran-pemikiran
Barat yang dipengaruhi ideologi liberalisme dan sekularisme yang akhirnya akan
merosakkan akidah umat Islam dan jati diri mereka sehingga mereka mengubah-ubah
syariat dan hukum Islam mengikut hawa nafsu dan emosi semata-mata:

“SIS kemudiannya meletakkan kesalahan ini kepada para ulama


tradisionalis yang telah memonopoli tafsiran teks Islam terutama al-
Qur`an, lalu menggubal hukum Syariah secara tidak benar, bias gender
dan berkepentingan diri, politik serta di bawah pengaruh warisan budaya
patriarki. Dalam aspek ini, SIS menerima pandangan yang diutarakan
oleh aliran Islam Liberal, seperti mana yang dijelaskan oleh Dr. Amina
Wadud.”
(Jabatan Agama Islam Selangor)
1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai beberapa objektif:

1. Memperkenalkan sisi sebenar ideologi feminisme dan agendanya yang


bertentangan dengan ajaran Islam kepada masyarakat.

2. Memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat tentang ancaman ideologi


feminisme terhadap jati diri dan pemikiran umat Islam terutamanya wanita
muslim.

3. Memperbetulkan tanggapan masyarakat terhadap feminisme yang dianggap


kononnya memperjuangkan hak wanita, sedangkan mereka sebenarnya
menginginkan kebebasan untuk menurut hawa nafsu mereka sahaja.

1.3 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dengan menganalisis beberapa teks
kajian individu lain berkenaan dengan gerakan feminisme di dalam dan di luar negara
serta penolakan terhadapnya antaranya ialah sebuah jurnal yang dikarang oleh
Norsaleha Mohd Salleh pada tahun 2015 yang bertajuk Penolakan terhadap Agenda
Feminisme dan Liberalisme di Malaysia. Kemudian, sebuah kajian yang bertajuk
Sisters In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme di Malaysia? Iaitu sebuah penelitian
yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan sebuah lagi jurnal yang
ditulis oleh Norsaleha Mohd Salleh (2016) iaitu Peranan NGO Dalam Menangani
Agenda Feminisme di Malaysia.
Selain itu, penulis menggunakan pendekatan dalam mengumpul dan
menganalisis data melalui pembacaan artikel-artikel di laman sesawang rasmi dan di
dalam akhbar yang membincangkan tentang gerakan feminisme dan bahayanya
ideologi yang dibawa, terutamanya di Malaysia.
1.4 SIGNIFIKAN KAJIAN

Kajian ini penting untuk dilakukan kerana ia dapat menjelaskan kepada masyarakat
tentang kesesatan ideologi feminisme yang sudah mula mempengaruhi minda
masyarakat Islam, khususnya golongan wanita dan orang muda.
Selain itu, kajian ini juga boleh menerangkan kepada masyarakat tentang nilai-
nilai sebenar yang diperjuangkan oleh gerakan feminisme ini tidak pernah selari
dengan ajaran Islam iaitu melalui sumber Al-Quran dan As-Sunnah.
Disamping itu, kajian ini diharapkan dapat menerapkan kesedaran dalam diri
umat Islam bahawa ajaran Islam itu sudah cukup menyeluruh sehinggakan hak wanita
tidak pernah diketepikan, malah diangkat kedudukan wanita disisi masyarakat dan
dilindungi oleh syariat serta perundangan Islam.
2.0 TINJAUAN LITERATUR
3.0 ANALISIS KAJIAN

3.1 ASAL USUL IDEOLOGI FEMINISME

Ideologi feminisme bermula di barat dan berkembang dari abad ke-18 hingga abad ke-
21. Dalam garis masa, feminisme dapat dibahagi kepada empat tonggak
perkembangan iaitu feminisme awal, feminisme gelombang pertama, feminisme
gelombang kedua dan feminisme gelombang ketiga.
Menurut Hodson Wright (2006), ideologi feminisme bermula seawal tahun
1550 hingga tahun 1700 di Inggeris sebagai usaha-usaha kaum wanita untuk
menghadapi patriarki. Fokus perjuangan awal feminisme adalah untuk menentang
pandangan patriarki mengenai kedudukan wanita yang dianggap sebagai makhluk
yang lebih lemah, emosional, dan tidak rasional. (Jenainati and Groves, 2007:9).
Berdasarkan kenyataan Gillis (2004), feminisme gelombang kedua adalah
bertemakan “Women’s Liberation” yang dianggap sebagai sebuah gerakan
relovusional wanita yang muncul sebagai reaksi ketidakpuasan wanita terhadap
pelbagai diskriminasi terhadap mereka. Antaranya isu pekerjaan, isu sosial, isu
pengasuhan anak, seksualiti wanita dan masalah keganasan seksual dan rumah tangga.
Dalam dunia Islam pula, ideologi feminisme telah disebarkan oleh tokoh-tokoh yang
terkenal. Antaranya Fatimah Mernisi (Maghrib), Aminah Wadud (Amerika Syarikat),
Nawal Sa’adawi (Mesir), Rifaa’t Hasan (Pakistan), dan Zainah Anwar (Malaysia).

3.2 SEJARAH GERAKAN FEMINISME DI MALAYSIA

Berbeza pula keadaannya di Malaysia, ideologi feminisme mula berkembang selepas


Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Ideologi yang muncul dari barat
akibat tekanan politik, sosial masyrakat akhirnya berjaya masuk ke dunia Islam
melalui sistem pendidikan, serangan pemikiran dan penjajahan.
Salah satu gerakan yang terkesan dengan ideologi feminisme dan liberalisme
yang terkenal di Malaysia ialah Sisters in Islam (SIS) yang ditubuhkan pada seawal
tahun 1988. Pertubuhan yang terdiri daripada golongan akademik dan professional ini
mempunyai matlamat yang sama seperti di gerakan feminisme di Barat iaitu untuk
menuntut kesaksamaan bagi wanita sejagat dari segi politik, pendidikan, ekonomi
mahupun sosial.
Di samping itu, terdapat juga pertubuhan lain yang menjaga kebajikan dan
memperjuangkan hak wanita di Malaysia seperti Pertubuhan Tindakan Wanita Islam
Malaysia (PERTIWI), All Women’s Action Society (AWAM) dan Women’s Aid
Organisation (WAO) tetapi pertubuhan ini tidaklah membawa perjuangan feminisme
sepenuhnya seperti SIS. Antara tokoh feminisme di Malaysia ialah, Marina Mahathir,
Siti Kassim, Rohana Ariffin dan Cecelia Ng.

3.3 AGENDA DAN PERJUANGAN GERAKAN FEMINISME DI MALAYSIA

Pada awal penubuhan SIS, isu-isu kekeluargaan lebih difokuskan berbanding isu
keganasan dan gangguan seksual di Malaysia. Selain itu, isu pendidikan juga
diberikan perhatian khususnya terhadap kanak-kanak perempuan yang buta huruf.
Namun kini, banyak isu baharu yang mula dituntut oleh gerakan feminisme ini
seperti hak kesamarataan antara lelaki dan perempuan dalam perwarisan harta,
tuntutan penarikan semula hak poligami dan persamaan hak dalam penceraian
sehingga menggesa pihak kerajaan agar menggubal semula undang-undang
terutamanya undang-undang syariah atas alasan hukum Islam mendiskriminasi
wanita.
Bukan itu sahaja, mereka juga telah memperluaskan lagi kepada isu yang lebih
besar seperti hak asasi manusia, demokrasi dan kebebasan mutlak tanpa sekatan
agama. Wanita Islam yang lemah pegangan agama mudah terpengaruh dengan slogan
kebebasan dan kesamarataan jantina yang dibawa gerakan ini. Lebih merisaukan lagi,
gerakan ini bergerak secara bebas di Malaysia dengan membawa nama Islam dan
menyebarkan perjuangan seolah-olah merekalah yang membebaskan wanita daripada
belenggu undang-undang Islam (Al-Silmy, 2009).
Titik tolak perjuangan pertubuhan SIS sebenarnya bermula daripada sebuah
persoalan iaitu “Kalau Allah itu Maha Adil atau kalau Islam itu adil mengapakah ada
undang-undang dan polisi yang dibuat atas nama Islam tetapi mencetuskan
ketidakadilan?” (Megami, 2013).
Berdasarkan kenyataan Puan Ratna, Pengarah Eksekutif SIS, inilah persoalan
asas yang menjadi penyuntik semangat dan pendorong kepada gerakan ini untuk
mengkaji dengan lebih mendalam tentang hukum-hakam Islam (Megami, 2013).
Menurut SIS, arahan menutup aurat yang terdapat di dalam Al-Quran itu
sebenarnya hanya memfokuskan kepada kepentingan takwa kepada Allah SWT
berbanding pakaian yang melitupi tubuh kerana takwa adalah sebaik-baik pakaian dan
keaiban yang dimaksudkan adalah kemaluan atau alat sulit wanita sahaja. Bagi
mereka, cara berpakaian adalah hak mutlak individu dan ia langsung tidak
melambangkan akhlak dan baik buruk seseorang. “Khimar” atau tudung pula menurut
mereka hanyalah fesyen orang Arab dan adat pakaian mereka sahaja bermakna ia
bukanlah arahan daripada Allah SWT.
Mengikut fahaman SIS juga, hukum syariah adalah merupakan daripada hasil
kerja manusia yang mungkin berpandukan Al-Quran dan Sunnah tetapi perolehan
untuk hukum banyak berlandaskan hasil kerja para ulama’ feqah maka ia bersifat
manusiawi dan terbuka untuk dipersoalkan, dikaji dan diperbaharui ataupun ditolak
atas sebab-sebab tertentu. Berdasarkan sebuah artikel di Utusan Malaysia pada 26
September 2000, Zainah Anwar selaku Pengarah Eksekutif SIS pernah menekankan,
“Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka
sebagai ulama’. Oleh itu, sebarang tafsiran terhadap sumber-sumber Islam bukanlah
milik para ulama’ semata-mata.”
Malahan, gerakan feminisme di Malaysia ini juga menuntut agar kuasa-kuasa
Mufti dikaji semula atau dihapuskan serta memansuhkan sebarang undang-undang
yang bertujuan mengawal moral masyarakat termasuklah semua undang-undang di
peringkat kebangsaan, kerajaan negeri ataupun tempatan. Pertubuhan ini
sememangnya tidak bersetuju dengan apa jua usaha dan cara yang melibatkan
undang-undang untuk memelihara iman seseorang individu muslim. Hal ini dikatakan
demikian kerana SIS menganggap persoalan yang berkaitan dengan agama dan moral
adalah hak asasi manusia dan ia tidak sepatutnya dikawal dengan sistem perundangan.
Di samping itu, mereka juga menyokong kebebasan untuk keluar daripada
agama atau menukar agama bagi orang Islam. Berdasarkan kenyataan SIS melalui
sebuah artikel yang bertajuk Jangan Mengawal Akidah dengan Undang-undang
(2000), “Kebebasan beragama semestinya mengiktirafi kebebasan menukar agama.
Bagaimanakah orang-orang Islam boleh menuntut kebebasan beragama untuk mereka
yang memeluk Islam sementara pada masa yang sama memegang pendirian yang
menidakkan kebebasan bagi mereka yang ingin keluar dari Islam?”.
Gerakan feminisme ini juga menerangkan bahawa perjuangan mereka
bukanlah untuk menggalakkan umat Islam agar murtad tetapi mahu menegakkan hak
kebebasan mereka yang ingin meninggalkan agama ini kerana tidak lagi
mempercayainya. Perkara ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam malah turut
berunsurkan ideologi humanisme dan liberalisme.

3.4 BAHAYA IDEOLOGI FEMINISME TERHADAP UMAT ISLAM DI


MALAYSIA

Gerakan feminisme dan perjuangan ideologinya ditolak di dalam agama Islam kerana
ia bertentangan dengan syariat Islam yang sebenar. Meskipun ada diantara tuntutan
mereka mirip dengan apa yang sudah diperjuangkan oleh Islam sejak azali seperti
melindungi hak dan keselamatan wanita yang terancam, serta memperjuangkan taraf
pendidikan yang sama rata antara lelaki dan wanita tanpa sebarang diskriminasi,
namun gerakan feminisme ini semakin jauh tersasar apabila tuntutan-tuntutan mereka
itu mula menunjukkan sisi ideologi mereka yang sebenar yang dipengaruhi oleh
anasir-anasir ideologi yang menyimpang daripada ajaran agama Islam seperti
liberalisme, pluralisme dan sekularisme. Seterusnya sisi sebenar mereka itu
diselindungi dengan gelar “Islam Progresif” yang kononnya mengamalkan agama
Islam yang lebih terbuka dan progresif (Normaizatul Akma, 2014).
Kebanyakan persoalan yang dibangkitkan oleh para penganut fahaman
feminisme ini membawa kepada kekeliruan dan salah faham masyarakat Islam
terhadap agama Islam, khususnya masyarakat yang tidak memiliki kefahaman ilmu
agama yang mendalam.
Malaysia yang mempunyai majoriti rakyatnya beragama Islam seringkali
menjadi sasaran ideologi feminisme ini untuk disebarkan pengaruh dan fahamannya
agar wanita-wanita Muslim di Malaysia ‘bangkit’ mempersoalkan perihal syariat
Islam dan peranan serta hak pihak autoriti agama dalam melaksanakan undang-
undang dan syariat Islam. Antara pelopor ideologi feminisme di Malaysia adalah
sebuah organisasi yang menggelarkan diri mereka sebagai “Sisters In Islam”.
Munurut Megami (2013), Puan Ratna, Pengarah Eksekutif Sisters In Islam
(SIS) dalam sebuah artikel di dalam laman sesawang rasmi mereka menyebutkan
bahawa antara pendorong kepada tertubuhnya sebuah organisasi yang disebut sebagai
Sisters In Islam (SIS) adalah kerana persoalan mereka tentang sekiranya Allah dan
Islam itu adil mengapa undang-undang dan syariat yang dibuat atas nama Islam
mencetuskan ketidak adilan?
Persoalan ini berlaku adalah kerana kegagalan SIS sebagai organisasi yang
memperjuangkan ideologi feminisme untuk memahami konsep keadilan Allah SWT
dan Islam sebagai sebuah agama yang memperjuangkan hak wanita dan
memartabatkan kemuliaan wanita. Mereka menganggap kononnya undang-undang
dan syariat Islam adalah pro-patriaki yang melebihkan lelaki daripada wanita padahal
Islam meletakkan hak lelaki dan wanita pada tempat yang sewajarnya menurut Al-
Quran dan As-Sunnah, bukan kerana nafsu dan emosi semata-mata.
Antara konsep atau kefahaman feminisme yang membahayakan kepada
pemikiran umat Islam adalah:

A. Feminisme Menolak Konsep Berkeluarga yang Sah

Gerakan feminisme menolak konsep berkeluarga secara sah kerana menganggap


bahawa apabila konsep berkeluarga secara sah itu diamalkan umat Islam maka
hak kebebasan wanita akan hilang. Golongan feminisme ini juga berpendapat
lelaki dan wanita dibolehkan untuk hidup bersama meskipun tanpa ikatan
perkahwinan yang sah (Megami, 2013).
Islam menolak keras pandangan feminisme dalam isu ini kerana ia
bertentangan dengan ajaran Islam yang mewajibkan untuk umatnya menjaga batas
pergaulan dan tidak duduk sebumbung tanpa mahram sekiranya tiada hubungan
yang sah. Antara dalil yang menyokong kenyataan ini adalah daripada sumber
pertama agama Islam itu sendiri selain Al-Quran iaitu Hadis Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Janganlah seorang lelaki itu bersunyian dengan seorang wanita kecuali
disertai dengan mahramnya.”
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)
Menurut Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, hadis tersbut menerangkan tentang
larangan berdua-duaan (berkhalwat) dengan wanita yang bukan mahram dan
disepakati oleh para ulama’. Bersunyi-sunyian di antara lelaki dengan perempuan
boleh menimbulkan berbagai-bagai perkara buruk seperti zina. (Malaysia Gazette,
2020).
Menyokong hadis diatas adalah sepotong ayat Al-Quran dari Surah Al-Isra’
ayat 32 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan
keji,
dan suatu jalan yang buruk.”
(Al-Quran)

B. Feminisme Mengubah Tafsiran Ulama’ tentang Isu Penutupan Aurat di


dalam Al-Quran

Mengenai isu hijab dan penutupan aurat, SIS telah berhujah dengan menggunakan
tiga dalil daripada ayat Al-Quran. Antaranya ialah Surah al-Nur ayat 31 yang
bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”

(Al-Quran)

Berdasarkan ayat ini, SIS telah menafsirkan seakan-akan perkataan


“khimar” atau tudung kepala itu adalah merupakan fesyen dan adat pemakaian
tempatan sahaja dan bukanlah arahan daripada Allah SWT kerana di dalam ayat
tersebut tidak menyatakan tentang kewajipan memakai tudung tetapi kewajipan
untuk menutup belahan dada.
Tafsiran SIS tersebut sama sekali adalah sebuah tafsiran yang salah, kerana
mereka mentafsirkan ayat tersebut mengikut akal dan kefahaman mereka sendiri
tanpa merujuk kepada ulama’ tafsir yang benar-benar menguasai ilmu agama dan
bahasa Al-Quran. Mereka juga mentafsirkan ayat tersebut secara literal tanpa
mengambil tahu maksud sebenar di sebalik ayat tersebut.
Surah An-Nur ayat 31 sudah secara terang mengatakan tentang arahan Allah
SWT untuk wanita menutup aurat dengan tudung kepala iaitu dengan menutupi
perhiasan tubuh mereka yang zahir.
Akan tetapi sekali lagi, SIS yang membawa ideologi feminisme cuba
mengubah tafsiran sebenar ayat tersebut sehingga ianya sesuai dengan kehendak
dan kefahaman mereka sendiri. Oleh sebab itu, ideologi feminisme ini cukup
bahaya untuk merosakkan kefahaman umat Islam tentang agama mereka sendiri.

C. Feminisme Mendakwa Bahawa Undang-Undang dan Hukum Syariah


hanyalah Ciptaan dan Hasil Kerja Manusia Semata-mata

Gerakan feminisme di Malaysia yang dianggotai oleh pelbagai organisasi, salah


satunya adalah organisasi Sisters In Islam (SIS) cuba untuk mempersoalkan
undang-undang dan hukum syariah yang sekian lama terpakai oleh umat Islam di
negara ini.
Mereka mendakwa bahawa undang-undang dan polisi syariah tersebut
hanyalah hasil daripada perolehan para ulama’ feqah yang bersifat manusiawi dan
mempunyai kelemahan atau kekurang yang boleh dipersoalkan meskipun ulama’
tersebut menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan.
Zainah Anwar (2000) berkata agama Islam bukanlah milik mana-mana
individu atau ulama’. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh mentafsirkan Al-Quran dan
As-Sunnah mengikut kefahaman mereka sendiri.
Kenyataan Pengarah Eksekutif SIS tersebut jelas bercanggah dengan
kefahaman Islam yang menjadikan para alim ulama’ yang lebih memahami
sumber-sumber agama sebagai rujukan. Hal ini kerana, Al-Quran dan As-Sunnah
perlu difahami dengan kefahaman Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda, ia
tidak boleh ditafsirkan sesuka hati oleh semua orang. Bayangkan apabila sumber-
sumber agama tersebut bebas ditafsirkan mengikut kefahaman masing-masing,
natijahnya akan banyak versi-versi Islam yang berlainan seperti yang kita lihat
pada zaman kini seperti wujudnya pecahan fahaman-fahaman yang kononnya
beratas namakan agama Islam, sedangkan ianya sedikit pun tidak bertepatan
dengan ajaran agama Islam itu sendiri. Antara contoh-contoh fahaman-fahaman
tersebut adalah seperti Syiah, Batiniyyah, Qadariyyah, Murjiah, Khawarij,
Muktazilah, Qadaniyyah dan banyak lagi fahaman-fahaman lain yang
menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar.
Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari (2022) dalam sebuah artikel Harian Metro
bertajuk Ikut Guru atau Ikut Nabi? telah menukilkan beberapa kalam ulama’
tentang hal ini, antaranya seperti yang dikatakan oleh Imam Abu Bakr Al-Khatib
Al-Baghdadi bahawa gurunya Imam Malik rahimahullah pernah berkata,
hendaklah seorang penuntut ilmu itu hafazan ilmu agamanya adalah daripada
ulama, bukan sekadar daripada lembaran kitab semata-mata.
Justru jelaslah bahawa ulama’ adalah individu yang perlu dirujuk sekiranya
kita ingin memahami tentang agama, bukannya memahami agama itu dengan
kefahaman dan logik akal sendiri tanpa panduan daripada orang yang lebih pakar
dan lebih mengetahui tentang ilmu tersebut.
Sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 43,
mafhumNya:
"…Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan
tentang agama jika kamu tidak mengetahui.”
(Al-Quran)

D. Feminisme Menuntut untuk Mengkaji atau Menghapus Kuasa Mufti-Mufti

Tidak cukup dengan itu, gerakan feminisme di Malaysia juga menuntut untuk
mengkaji serta menghapus kuasa-kuasa mufti dan pihak autoriti agama.
Menurut Megami (n.d) dalam kajian mereka tentang SIS, “Antara tuntutan-
tuntutan lain SIS ialah menuntut agar undang-undang yang bertujuan mengawal
moral masyarakat dimansuhkan termasuklah semua undang-undang diperingkat
Kebangsaan, Negeri dan kerajaan Tempatan, menuntut agar kuasa mufti-mufti
dikaji dan dihapuskan.
Hal ini kerana, SIS menganggap peranan para mufti yang menggubal hukum
dan undang-undang tentang agama Islam hanya bertujuan untuk mengawal moral
umat Islam. Mereka menganggap persoalan berkaitan dengan moral dan agama
adalah hak peribadi seseorang individu yang tidak sepatutnya dikawal oleh sistem
perundangan.
Berdasarkan pendirian SIS tersebut, jelaslah bahawa mereka membawa
pengaruh ideologi liberalisme yang menuntut hak kebebasan untuk seseorang
individu tanpa mengira tuntutan syariat dan ajaran agama Islam. Oleh yang
demikian, fahaman seperti sangat jauh dari apa yang agama Islam ajarkan kepada
umatnya.
Kehidupan ini perlu berlandaskan panduan dan hukum yang Allah SWT
tetapkan dalam agama, kita sebagai hamba tidak seharusnya sewenang-wenang
membuat apa sahaja yang ingin kita lakukan atas nama hak asasi manusia atau hak
individu.
Allah SWT sudah menyebut perihal orang-orang yang ingkar dengan hukum
Allah SWT dan sunnah Rasul-Nya dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab Ayat 36, mafhumNya:
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan;
apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu
perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak untuk memilih ketetapan
sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum
Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan
yang jelas nyata.”
(Al-Quran)

E. Feminisme Menyokong Hak Kebebasan Umat Islam untuk Murtad

Lebih membimbangkan, gerakan feminisme juga sudah mula berani menyokong


kebebasan untuk umat Islam keluar daripada Islam atau menukar agama lain atas
dasar hak kebebasan individu. SIS mempersoalkan tentang kebebasan menukar
agama dan menyamakannya dengan kebebasan untuk memeluk agama Islam.
Mereka mendakwa bahawa kebebasan beragama harus juga mengiktiraf
kebebasan untuk menukar agama.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa usaha gerakan feminisme seperti SIS ini
cuba untuk mencabar syariat dan hukum-hukum Islam, di mana seseorang Muslim
itu dilarang untuk keluar daripada Islam atau dalam erti kata istilahnya adalah
‘murtad’. Sekiranya seseorang itu didapati murtad daripada agama Islam, individu
tersebut boleh dihukum mati mengikut sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan
oleh Imam Al-Bukhari dalam Kitab Fath-ul Bari yang bermaksud, “Sesiapa yang
menukar agamanya maka hendaklah kamu semua membunuhnya.” (Hadis)
Menurut Mohammad Nizam Abdul Kadir (2018), kewajipan hukuman mati ini
disebut dalam pelbagai kitab fekah. Contohnya dalam mazhab Imam As-Syafii,
orang yang murtad hendaklah diminta bertaubat selama tiga hari. Jika masih
enggan bertaubat maka hendaklah dibunuh.
Meskipun gerakan feminisme menafikan bahawa perjuangan mereka bukanlah
untuk menggalakkan umat Islam supaya murtad tetapi hanya mahu menegakkan
hak kebebasan individu untuk meninggalkan agama yang tidak lagi dipercayai
oleh seseorang, namun kefahaman ini sangat berlawanan dengan sikap Islam itu
sendiri terhadap isu murtad.
Allah SWT telah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 85, mafhumNya:
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali
tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk
orang-orang yang rugi,”.
(Al-Quran)

Maka, sangat rugilah bagi mereka yang murtad dan keluar daripada agama
Islam kerana mengikut hawa nafsu dan emosi mereka. Cubaan gerakan
feminisme untuk menyebarkan kefahaman bahawa menukar agama dan keluar
daripada agama Islam itu adalah hak asasi manusia adalah sesuatu usaha untuk
merugikan umat Islam yang jahil agamanya.
4.0 KESIMPULAN

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, dapatlah penulis simpulkan bahawa ideologi
pemikiran feminisme ini jelas tersasar jauh daripada ajaran agama Islam yang sebenar
walaupun gerakan ini mendakwa bahawa mereka adalah Feminis Islam. Hakikatnya, Islam
sendiri sudah cukup mengangkat darjat wanita bahkan memelihara dan menjaga hak-hak
wanita sebaiknya. Meskipun terdapat tuntutan mereka yang sama, metodologi yang
digunakan gerakan ini untuk memenuhi tuntutan tersebut adalah berbeza dengan metodologi
yang digunakan oleh para ulama’ walaupun mereka berhujah dengan menggunakan ayat-ayat
daripada Al-Quran. Hal ini kerana, SIS hanya memahami Al-Quran secara literal tanpa
merujuk kepada sumber primer dan berautoriti.

 Rumusan
 Implikasi
 Cadangan
5.0 RUJUKAN

Al-Quran

Hadis Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim

Andik Wahyun Muqoyyidin. 2013. Wacana Kesetaraan Gender: Pemikiran Islam


Kontemporer tentang Gerakan Feminisme Islam. Jurnal Al-Ulum 13(2): 491-512.
Diterima daripada

Sahrani Adaruddin. 2020 Disember. Feminisme Perspektif Islam. Volume 14


Nombor 2. Al-Wardah: Jurnal Kajian Perempuan, Gender dan Agama. Diterima
daripada http://journal.iainternate.ac.id/index.php/alwardah/article/view/296.

Erika Septiana, 2013, Disember. Feminisme dalam Pandangan


Islam: Telaah Kitab Risalah Nur. Volume 7 Nombor 2. IAIN Raden Fatah
Palembang. Diterima daripada

Ariana Suryorini, SE, M.MSI. April, 2012. Menelaah Feminisme dalam Islam. Volume 7
Nombor 2. Fakulti dakwah IAIN Walisongo Semarang. Diterima daripada

Norliyana binti Abdul Rahman. 2011. Gerakan Feminisme Islam Malaysia (Study Terhadap
Organisasi “Sisters In Islam” Menolak Ajaran Poligami). Riau. Diterima daripada

Shah Rizal Izyan Zulkiply, Mohd Muhiden Abd Rahman, Mohd Zahir Abdul Rahman.
Disember, 2016. Metodologi Pemikiran Sisters In Islam terhadap Hijab: Analisis
Kritikan Berasaskan Fiqh al-Hadith. Volume 6 No 1, pp. 1-16. Al-Basirah.
Diterima daripada

Baterah Alias, Mosd Asmadi Yakob, Rafeah Saidon, Mukhammad Syamsul Huda bin Lahuri.
Ogos, 2020. Analisis Isu Gender Berdasarkan Al-Quran bagi Menangkis Tuntutan
Persamaan Hak antara Lelaki dan Wanita. Shah Alam, Selangor. Diterima daripada
Indriaty Ismail, Ahmad Muhyuddin Haji Hassan. 2021. Pemikiran Sisters in Islam dan Hak
Asasi Manusia. Akademika 91(1): 151-164. Diterima daripada

Muhammad Ariffin bin Ismail. 2012. Gerakan Feminisme, Persamaan Gender dan
Pemahaman Agama. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Diterima daripada

Abd Rahim Abd. Rashid. 1988. Gerakan Feminisme di Malaysia antara Idealisme dan
Matlamat. Dewan Budaya. Bil 8, Jil 20. Hlm 10-11. Diterima daripada

Megami (Kumpulan Pembentangan): Nur Syahira Rozami; Fairuz Hanani Farahiyah Azman;
Noor Anina Ab Bakar; Nur Syazwani Mohd Bohari; Nor Hidayah Sumsudim; Siti
Zuhaila Abd Wahid; Nur Hidayah Husain; Wan Noor Hazirah Wan Sulaiman. 2013.
Kajian Terhadap Gerakan Feminisme di Malaysia dan Perbandingan dengan Agama
Islam. Universiti Malaya. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Diterima daripada

Normaizatul Akma. 2014. Sisters In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme di Malaysia?.


Jabatan Agama Islam Selangor.
Diterima daripada https://www.academia.edu/19610121/Sister_in_islam_pdf.

Mohammad Nizam Abdul Kadir. 2018. Hukuman Terhadap Tindakan Murtad Dalam
Perspektif Masyarakat Majmuk dan Keamanan Negara. UKM Press. Jurnal Hadhari
10 (2) (2018) 191-203. Diterima daripada
http://journalarticle.ukm.my/12488/1/28931-88366-2-PB.pdf.

Anda mungkin juga menyukai