Anda di halaman 1dari 1

FAKTOR-FAKTOR PENULARAN IDEOLOGI LIBERAL DALAM MASYARAKAT

ISLAM

Antara faktor wujudnya golongan liberal ini adalah kerana sebahagian masyarakat
mendapat didikan agama yang kurang sejak kecil. Hal ini menyebabkan fahaman ini menular
kerana fahaman liberal hanya menggunakan logik akal. Faktor ini dapat diperkuatkan lagi
dengan idea kebebasan mutlak iaitu hak kebebasan bagi setiap individu yang membuatkan
golongan ini menentang al-Quran dan Hadis dengan dakwaan bahawa al-Quran dan hadis
tidak sesuai lagi digunakan padan zaman kini dan ianya perlu ditafsir semula. Perkara ini
berlaku adalah kerana ingin merosakan keutuhan ajaran islam yang telah berada di atas jalan
yang benar.

Seterusnya, teknologi yang semakin hari semakin maju juga boleh menjadi salah satu
faktor seperti penggunaan media sosial. Penyebaran secara meluas dalam kalangan umat
islam menyebabkan penyebaran semasa liberalisme di Malaysia semakin berkembang. Hal
ini kerana pengaruh media sosial tidak kira siapa sahaja dengan cara yang mudah dapat
menerima maklumat tentang fahaman liberal. Generasi muda mempunyai bilangan pengaruh
media sosial yang paling banyak melayari maklumat yang disampaikan oleh golongan liberal
secara bebas. Hal berkemungkinan kerana faktor kuranngnya kemantapan akidah yang
menyebabkan mereka mudah untuk menerima fahaman tersebut.

Selain itu, kemajuan dan kemodenan negara yang diimpikan oleh masyarkat juga boleh
menjadi salah satu punva kepada agenda liberal untuk mendekati umat islam. Menurut
Muhammad Razak Idris (2006), fahaman liberal adalah fahaman yang berkait rapat dengan
idea dan gerakan modenisme. Gerakan modenisme ini merupakan idea untuk membebaskan
sesebuah masyarakat daripada kongkongan adat resam dan tradisi yang sempit yang dianggap
sebagai penghalang kepada buadaya kemajuan dan kebebasan. Mereka berfikir bahawa untuk
menjadikan hidup mereka lebih maju, mereka perlu membebaskan diri mereka dari
kongkongan tersebut. Perkara ini sangat menarik perhatian masyarakat sehinggakan mereka
menganggap orang-orang yang membawa jara islam liberal ini kadang-kadang dianggap
sebagai tokoh yang progresif kerana membawa masyarakatke arah kemajuan.

Akhir sekali, penularan fahaman liberal ini dapat menarik perhatian masyarakat islam
kerana mereka mempunyai penulis-penulis yang teerlatih dan mendokong fahaman ini. Hal
ini menyebakan maklumat yang ingin disampaikan mudah untuk difahami dan dihayati,
Kebebasan memberi pendapat juga dapat menarik perhatian masyarakat untuk mendukung
fahaman ini sekaligus mengembangkan lagi golongan ini,

Anda mungkin juga menyukai