Anda di halaman 1dari 19

KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 1

MENCEGAH
KEMALANGAN
OBJEKTIF AM

Memahami kepentingan peraturan-peraturan dan amalan

Un
keselamatan di dalam worksyop kejuruteraan am

1
(memesin, kimpalan, menggegas dan foundri)

OBJEKTIF
KHUSUS

it
Di akhir unit ini anda dapat :

 Menyatakan langkah-langkah mencegah kemalangan am yang


bersabit dengan keselamatan diri semasa mengendalikan alat-
alat mesin, peralatan, bahan-bahan dan alatan pencegahan
kebakaran.
 Menerangkan kepentingan menggunakan gogal, cermin
keselamatan dan pengawal roda pencanai serta menjaga
kebersihan woksyop.
 Menerangkan bahaya mengenai salah penggunaan sarung
tangan, kain pengesat, roda pencanai tanpa pengadang dan
memakai pakaian tidak sempurna.
 Membezakan diantara keselamatan diri,alat,mesin,perkakasan
memesin,mesin kimpalan arka dan peralatan kimpalan gas oksi
asitelina.

INPUT Unit 1-1


KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 2

1.0 PENGENALAN

Para pengguna peralatan worksyop kejuruteraan am (memesin,


kimpalan, menggegas dan foundri) sentiasa terdedah kepada
berbagai-bagai bahaya sekiranya peralatan tersebut
disalahgunakan ataupun pelajar cuai semasa mengendalikan kerja-
kerja di dalam worksyop. Peraturan keselamatan dan undang-
undang keselamatan woksyop wajib diketahui, dipelajari dan
dipatuhi kerana menjaga keselamatan menjadi tanggungjawab
setiap pelajar. Dengan mematuhi peraturan keselamatan di dalam
bengkel sebarang risiko yang melibatkan kemalangan jiwa atau
pencaindera, kerosakan terhadap alat, mesin akan dapat dihindari.

1.1 LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEMALANGAN AM

Terdapat empat faktor utama untuk menjauhi atau mencegah


sebarang kemalangan di dalam woksyop berlaku:

i. Tabiat bekerja
ii. Keselamatan diri sendiri
iii. Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin
iv. Kekemasan tempat bekerja atau worsyop

1.2 Tabiat Berkerja

Para pelajar dikehendaki mempunyai semangat dan tabiat bekerja


yang baik semasa di dalam woksyop bagi mencegah kemalangan
dianataranya:

i. Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian


ii. Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri
iii. Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas
iv. Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja
v. Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali

Unit 1-1
KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 3

1.3 Keselamatan Diri Sendiri

Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak


mengambil berat aspek keselamatan. Faktor kemalangan ini dapat
dicegah dengan cara:

i. Pakai pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat bekerja


dan aktiviti amali yang dilakukan (Lihat Gambar 1.1 & 1.2). Pakaian
keselamatan didalam bengkel kimpalan arka tidak sama dengan
pakaian keselamatan di dalam bengkel mesin larik.
ii. Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Rambut yang
panjang boleh tersangkut pada mesin yang berputar atau alat-alat
lain.
ii. Jangan bergurau senda dengan rakan samaada melibatkan
peralatan woksyop ataupun tidak.
Elakkan daripada memakai barang-barang perhiasan seperti jam
tangan, cincin, rantai kerana barang-barang tersebut boleh
tersangkut pada mesin dan alat-alat lain.

Gambar 1.3.1 Pakaian keselamatan

1.4 Keselamatan Semasa Menggunakan Peralatan Mesin


Langkah keselamatan semasa menggunakan mesin akan
diterangkan pada unit-unit seterusnya walaubagaimanapun secara
umumnya kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:

i) Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang


sempurna bagi mengelak bahaya elektrik.
ii) Elakkan daripada memegang dan menyentuh alat-alat tajam
seperti mata pengisar, hujung mata penggarit.

Gambar 1.4.1 Penghadang Tali Sawat


Unit 1-1
KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 4

1.5 Kekemasan Tempat Bekerja Atau Woksyop


kekemasan dan kebersihan tempat kerja bukan sahaja dapat
mencegah daripada kemalangan tetapi juga meningkatkan
kecekapan bekerja. Oleh itu perkara berikut hendaklah diambil kira:

i) Jangan biarkan alatan bersepah diatas lantai.


ii) Elakan daripada minyak atau gris tertumpah diatas lantai.
Lap sehingga tiada kesan licin diatas lantai jika terdapat
minyak atau gris diatas lantai woksyop.
iii) Jangan biarkan tatal atau serpihan logam bersepah diatas
lantai dan disekeliling mesin.
iv) Ruang woksyop hendaklah mempunyai pengedaran udara
yang baik. Mempunyai tanda garis keselamatan kawasan
bekerja dan laluan berjalan.
v) Woksyop hendaklah sentiasa mempunyai laluan serta pintu
kecemasan.
vi) Alatan pencegahan kebakaran juga hendaklah diletakkan
ditempatkan yang sesuai, mudah dilihat dan dicapai jika
berlaku kebakaran.

Gambar 1. 5.1 Tergelincir disebabkan lantai yang berminyak

1.6. Kepentingan Menggunakan Alat Keselamatan Dan Menjaga


Kebersihan Woksyop.

Menggunakan alat keselamatan seperti gogal, cermin keselamatan,


pengawal roda pencanai serta menjaga kebersihan woksyop amat
penting bagi mengelakan sebarang kejadian yang tidak diingini
berlaku seperti berikut:

Unit 1-1
KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 5

AKTIVITI 1A

1.1. Terangkan mengapakah keselamatan itu penting dan perlu diambil


perhatian yang serius ketika berada di dalam bengkel?

1.2. Apakah yang dimaksudkan dengan keselamatan diri dan


keselamatan alat?

1.3 Apakah langkah pertama yang perlu anda ambil ketika melangkah
masuk ke dalam satu-satu bengkel?

1.4. Jika anda dapati sesebuah mesin yang hendak digunakan itu
didapati tidak berfungsi dengan baik , apakah langkah pertama
yang perlu di ambil?

1.5. Apakah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya tiba-tiba rakan
anda mendapat kecederaan ketika menggunakan ssebuah mesin
yang berputar?

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat


aktiviti berikut....

Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan


anda, sila buat ulangkaji pada input yang
anda rasa masih kabur.

SELAMAT MENCUBA !!!

Unit 1-1
KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 6

MAKLUM BALAS 1A

1.1. Keselamatan adalah satu perkara yang penting dan perlu diambil
perhatian yang serius kerana untuk mengelakkan berlakunya kecederaan
yang serius dan kerugian yang besar serta mungkin boleh menyebabkan
kematian.

1.2. Keselamatan diri adalah perkara yang berkaitan dengan sesuatu yang
boleh menyebabkan kecederaan berlaku keatas diri sendiri manakala
keselamatan alat pula adalah sesuatu perkara yang boleh menyebabkan
alat atau mesin mengalami kerosakan.

1.2 Langkah pertama yang perlu diambil ialah mematuhi langkah-langkah


keselamatan yang diberikan dalam bengkel berkenaan.

1.4. Jika sesuatu mesin yang hendak digunakan itu didapati tidak berfungsi
dengan baik, langkah awal yang perlu diambil ialah berhentikan kerja
serta-merta dan laporkan kepada pensyarah atau juruteknik yang
bertugas.

1.5. Sekiranya seorang daripada rakan mengalami kecederaan ketika


menggunakan mesin yang berputar. Langkah pertama ialah matikan suis
mesin berkenaan dan jauhkan rakan anda itu dari mesin berkenaan dan
segera laporkan kepada pensyarah bertugas.

Unit 1-1
KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 7

Gogal

Gogal adalah alat pelindung mata yang amat penting diantaranya:


Melindungi mata daripada terkena percikan bunga api ketika
kimpalan gas dilakukan.

Gambar 1.7.1
Pengunaan goggle

i) Mengelakan daripada kerosakan mata akibat


daripada pancaran cahaya yang terang ketika
melakukan kimpalan gas.
ii) Mengelakan daripada terkena tatal tajam ketika
operasi mesin larik.
iii) Menyelamatkan mata daripada kecederaan jika
sesuatu alat atau peralatan tajam terpelanting kearah
mata.

1.8 Cermin Keselamatan

i. Cermin keselamatan biasanya diletakkan pada mesin


sebagai alat keselamatan yang berkesan terhadap
diri
ii .Cermin keselamatan pada CNC mesin akan dapat
mengelakan diri daripada terkena tatal atau serpihan
tajam.
iii. Cermin keselamatan pada mesin gerudi akan
menghindarkan diri daripada terkena percikan tatal
bahan kerja yang digerudi.
iv. Cermin keselamatan pada mesin roda pencanai akan
menghadang serpihan bunga api atau bahan kerja
yang terpelanting kearah pengguna.

1.9 Pengawal Roda Pencanai

Pengawal roda pencanai akan menghalang pengguna


daripada kecederaan yang lebih teruk jika roda pencanai
pecah. Disamping ini ianya sebagai penghadang roda
pencanai ketika ianya sedang berputar dan mengurangkan
kawasan bahaya pada roda pencanai.

Unit 1-1
KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 8

1.10.0 Menjaga Kebersihan Woksyop

Keadaan persekitaran woksyop yang bersih dan kemas


akan memberi situasi bekerja yang lebih selesa yang
selamat. Sebagai contoh jika lantai woksyop penuh dengan
tompokan minyak ianya sudah pastinya mengundang
bahaya tergelincir dan sebagainya. Dengan situasi yang
bersih alat-alat tajam dan merbahaya dapat dilihat dengan
mudah dan ini sudah pastinya dapat mengelakan daripada
bahaya.

1.11.0 Akibat salah penggunaan alat keselamatan

Pakaian dan alat-alat keselamatan hendaklah digunakan


dengan betul dan sesuai dengan keadaan kerja ayang
dilakukan. Jika salah menggunakan sarung tangan, kain
pengesat, roda pencanai tanpa pengadang dan memakai
pakaian keselamatan yang tidak sempurna akan
mengebabkan bahaya kepada diri sendiri atau rakan
sekerja.

1.12.0 Sarung Tangan Keselamatan

Sarung tangan keselamatan mempunyai berbagai bentuk,


saiz dan jenis bahan yang berbeza-beza mengikut
penggunaan (Lihat Gambar 1.12.1.). Sebagai contoh sarung
tangan keselamatan kimpalan gas diperbuat daripada kain
kasar atau kulit tetapi saiznya agak kecil dan nipis.
Sementara sarung tangan keselamatan bagi kimpalan arka
diperbuat daripada kulit keras dan bersaiz panjang dan
besar. Sarung tangan kerja-kerja umum pula diperbuat
daripada benang kasar. Oleh itu seseorang yang
menggunakan sarung tangan kimpalan gas untuk kerja
kimpalan arka kemungkinan besar akan menyebabkan
kecederaan. Perkara ini boleh berlaku kerana sarung tangan
keselamatan tersebut tidak cukup panjang untuk menahan
percikan api dari masuk kedalam pergelangan tangan.
Sarung tangan yang tidak sesuai boleh terbakar dengan
mudah ketika aktiviti kimpalan gas atau memegang bahan
kerja panas ketika di woksyop foundri. Sarung tangan boleh
tersangkut pada roda pencanai dan akan meyebabkan
kemalangan jika mengasah mata alat dengan menggunakan
sarung tangan.

Unit 1-1
KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 9

Sarung tangan kuklit yang


digunakan untuk kimpalan arka

Gambar 1.12.1.

1.13.0 Kain Pengesat

Kain pengesan sepatutnya digunakan ditempat yang sesuai


seperti membersihkan minyak, lap tangan yang basah dan
sebagainya. Adakalanya jika menggunakan kain Pengesat
ditempat yang tidak sesuai kecederaan atau bahaya akan
berlaku. Sebagai contoh menggunakan kain pengesat untuk
membersihkan tatal pada mesin larik atau gerudi akan
meyebabkan tatal yang tajam tersebut akan tersangkut pada
kain pengesat dan boleh melukakan tangan. Mengesat
bahan kerja ketika bindu mesin larik atau mesin gerudi
sedang berputar boleh mengundang bahaya, kerana kain
pengesat boleh tersangkut dan menyebabkan kecederaan.

1.14.0 Roda Pencanai Tanpa Pengadang

Pengadang roda pencanai digunakan untuk mengelakan


percikan bunga api yang keluar daripada pelelas mengenai
pengguna. Disamping itu ianya digunakan sebagai
penghalang jika bahan kerja yang dicanai terpelanting. Jika
menggunakan roda pencanai tanpa pengadang ianya adalah
sangat berbahaya.

1.15.0 Pakaian Keselamatan Yang Tidak Sempurna

Pakaian keselamatan hendaklah dipakai dalam keadaan


kemas dan sempurna. Ini bagi memastikan persediaan
keselamatan yang maksima jika sesuatu perkara yang tidak
diingini berlaku. Jika memakai pakaian keselamatan dalam
keadaan tidak sempurna kecederaan boleh berlaku. Sebagai
contoh jika kita memakai apron kimpalan arka tanpa
mengikat tali pengikat pada pinggang akan menyebabkan

Unit 1-1
KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 10

tali bersebut tersangkut pada mesin ayang berputar dan


sebagainya.

1.16.1 Perbezaan diantara keselamatan diri alat,mesin,perkakasan


memesin,mesin kimpalan arka dan kimpalan gas.

Perbezaan diantara keselamatan diri, alat, mesin, perkakasan


memesin,mesin kimpalan arka dan kimpalan gas adalah seperti
berikut:

Peralatan
Perkakasan
Diri Mesin Kimpalan Arka Kimpalan
Memesin/ Mesin/Alat
Gas
Bagi
Bagi menghidari menghidari
Bagi menghidari Bagi menghidari
1. daripada Kecederaan daripada
daripada Kerosakan daripada Kerosakan
fizikal Letupan atau
Kebakaran
Pastikan
Pakaian hendaklah Pastikan dalam Pastikan dalam dalam
2.
kemas dan sesuai keadaan baik keadaan baik keadaan
baik
Sistem pengudaraan
Sistem
Pakai pakaian Pastikan dalam yang baik bagi
3. pengudaraan
Keselamatan keadaan baik mengelak dari terhidu
yang baik
gas beracun
Periksa
peralatan
Pakaian keselamatan
Tidak Rosak/ Mempunyai pembumian sebelum
yang dipakai
Penghadang yang sempurna bagi digunakan
4. hendaklah sesuai
keselamatan ditempat mengelak bahaya dan pastikan
dengan jenis kerja
yang betul elektrik tiada
yang dilakukan
kebocoran
gas

Unit 1-1
KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 11

AKTIVITI 1B

1.6 Apakah empat faktor utama untuk menjauhi atau mencegah sebarang
kemalangan di dalam woksyop berlaku

1.7 Apakah tabiat bekerja yang baik untuk keselamatan pelajar?

1.8 Apakah langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan


peralatan mesin?

1.9 Apakah kegunaan gogal?

1.10 Apakah kegunaan cermin keselamatan?

Unit 1-1
KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 12

MAKLUM BALAS 1B
1.6 1) Tabiat bekerja
2) Keselamatan diri sendiri
3) Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin
4) Kekemasan tempat bekerja atau worsyop

1.7 Tabiat bekerja yang baik untuk menjamin keselamatan ialah:


1) Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian
2) Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri
3) Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas
4) Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja
5) Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali

1.8 langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan


peralatan mesin
1) Pastikan mana-mana bahagian mesin yang merbahaya
dipasang alat pelindung (Lihat Gambar 1.3).
2) Mesin mestilah mempunyai suis keselamatan.
3) Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna
bagi mengelak bahaya elektrik.
4) Elakkan daripada memegang dan menyentuh alat-alat tajam
seperti mata pengisar, hujung mata penggarit.

1.9 Gogal adalah alat pelindung mata yang amat penting untuk
keselamatan.

1.10 Cermin keselamatan biasanya diletakkan pada mesin sebagai


penghadang atau alat keselamatan yang berkesan terhadap
pengguna.

PENILAIAN KENDIRI 1 Unit 1-1


KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 13

1.1 Mengapakah keselamatan amat penting di dalam woksyop


kejuruteraan am(memesin, Kimpalan, Menggegas dan Foundri)?

1.2 Apakah tanggungjawab anda sebagai pelajar ketika berada di


dalam woksyop berkaiatan dengan keselamatan?

1.2 Nyatakan langkah-langkah mencegah kemalangan am yang bersabit


dengan keselamatan diri semasa mengendalikan alat-alat mesin,
peralatan, bahan-bahan dan alatan pencegahan kebakaran.

1.3 Apakah kepentingan menggunakan gogal?

1.4 Apakah kepentingan menggunakan cermin keselamatan?

1.5 Apakah kepentingan menggunakan pengawal roda pencanai?

1.7 Apakah kepentingan menjaga kebersihan woksyop?

1.8 Apakah bahaya yang akan menimpa jika salah penggunaan sarung
tangan?

1.9 Apakah bahaya yang akan menimpa jika salah penggunaan kain
pengesat?

1.10Apakah bahaya yang akan menimpa jika menggunakan roda


pencanai tanda penghadang?

1.11Apakah bahaya yang akan menimpa jika memakai pakaian tidak


sempurna ketika berada didalam woksyop?

MAKLUM BALAS 1
Unit 1-1
KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 14

1.1 Dengan mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel


sebarang risiko yang melibatkan kemalangan jiwa atau
pencaindera, kerosakan terhadap alat, mesin akan dapat dihindari.

1.2 Menjadi tanggungjawab setiap pelajar mengetahui, mempelajari,


mematuhi peraturan keselamatan dan undang-undang
keselamatan woksyop bagi menjaga keselamatan.

1.2 Langkah keselamatan am bersabit dengan keselamatan diri


terbahagi kepada dua iaitu:

i) Tabiat Berkerja

Para pelajar dikehendaki mempunyai semangat dan tabiat bekerja


yang baik semasa di dalam woksyop bagi mencegah kemalangan
diantaranya:

i) Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian


ii) Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri
iii) Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas
iv) Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja
v) Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali

ii ) Keselamatan Diri Sendiri

Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak


mengambil berat aspek keselamatan. Faktor kemalangan ini dapat
dicegah dengan cara:

i) Pakai pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat


bekerja dan aktiviti amali yang dilakukan (Lihat Gambar 1.1
& 1.2). Pakaian keselamatan didalam bengkel kimpalan arka
tidak sama dengan pakaian keselamatan di dalam bengkel
mesin larik.
ii) Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Rambut
yang panjang boleh tersangkut pada mesin yang berputar
atau alat-alat lain.

Unit 1-1
KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 15

iii) Jangan bergurau senda dengan rakan samaada melibatkan


peralatan woksyop ataupun tidak.
iv) Elakkan daripada memakai barang-barang perhiasan
seperti jam tangan, cincin, rantai kerana barang-barang
tersebut boleh tersangkut pada mesin dan alat-alat lain.

1.3 Gogal adalah alat pelindung mata yang amat penting


diantaranya:

i) Melindungi mata daripada terkena percikan bunga api ketika


kimpalan gas dilakukan.
ii) Mengelakan daripada kerosakan mata akibat daripada
pancaran cahaya yang terang ketika melakukan kimpalan
gas.
iii) Mengelakan daripada terkena tatal tajam ketika operasi
mesin larik.
iv) Menyelamatkan mata daripada kecederaan jika sesuatu alat
atau peralatan tajam terpelanting kearah mata.

1.5 Cermin keselamatan biasanya diletakkan pada mesin sebagai alat


keselamatan yang berkesan terhadap diri diantaranya:

i) Cermin keselamatan pada CNC mesin akan dapat


mengelakan diri daripada terkena tatal atau serpihan tajam.
ii) Cermin keselamatan pada mesin gerudi akan
menghindarkan diri daripada terkena percikan tatal bahan
kerja yang digerudi.
iii) Cermin keselamatan pada mesin roda pencanai akan
menghadang serpihan bunga api atau bahan kerja yang
terpelanting kearah pengguna.

1.6 Pengawal roda pencanai akan menghalang pengguna daripada


kecederaan yang lebih teruk jika roda pencanai pecah. Disamping
ini ianya sebagai penghadang roda pencanai ketika ianya sedang
berputar dan mengurangkan kawasan bahaya pada roda pencanai.

1.7 Keadaan persekitaran woksyop yang bersih dan kemas akan


memberi situasi bekerja yang lebih selesa yang selamat. Sebagai
contoh jika lantai woksyop penuh dengan tompokan minyak ianya
sudah pastinya mengundang bahaya tergelincir dan sebagainya.
Dengan situasi yang bersih alat-alat tajam dan merbahaya dapat
dilihat dengan mudah dan ini sudah pastinya dapat mengelakan
daripada bahaya.

1.8 Bahaya yang akan menimpa jika salah penggunaan sarung tangan
seperti berikut:

Unit 1-1
KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 16

i) Sarung tangan boleh tersangkut pada roda pencanai dan


akan meyebabkan kemalangan jika mengasah mata alat
dengan menggunakan sarung tangan.
ii) Percikan api boleh masuk kedalam pergelangan tangan jika
menggunakan sarung tangan yang tidak sesuai ketika
kimpalan gas atau arka dilakukan.
iii) Tangan boleh melecur jika memegang bahan kerja panas
dengan memakai sarung tangan yang tidak sesuai.

1.9 Jika menggunakan kain Pengesat ditempat yang tidak sesuai


kecederaan atau bahaya akan berlaku. Sebagai contoh
menggunakan kain pengesat untuk membersihkan tatal pada mesin
larik atau gerudi akan meyebabkan tatal yang tajam tersebut akan
tersangkut pada kain pengesat dan boleh melukakan tangan.
Mengesat bahan kerja ketika bindu mesin larik atau mesin gerudi
sedang berputar boleh mengundang bahaya, kerana kain pengesat
boleh tersangkut dan menyebabkan kecederaan.

1.10Jika menggunakan roda pencanai tanpa penghadang kemungkinan


percikan bunga api yang keluar daripada pelelas dan bahan kerja yang
dicanai terpelanting akan mengenai pancaindera pengguna.

1.11 Pakaian keselamatan dipakai bagi memastikan persediaan


keselamatan yang maksima jika sesuatu perkara yang tidak diingini
berlaku. Jika memakai pakaian keselamatan dalam keadaan tidak
sempurna kecederaan boleh berlaku. Sebagai contoh jika kita
memakai apron kimpalan arka tanpa mengikat tali pengikat pada
pinggang akan menyebabkan tali bersebut tersangkut pada mesin
yang berputar dan sebagainya.

1.9 Akibat salah penggunaan alat keselamatan

Pakaian dan alat-alat keselamatan hendaklah digunakan dengan


betul dan sesuai dengan keadaan kerja ayang dilakukan. Jika salah
menggunakan sarung tangan, kain pengesat, roda pencanai tanpa
pengadang dan memakai pakaian keselamatan yang tidak sempurna
akan mengebabkan bahaya kepada diri sendiri atau rakan sekerja.

1.3.1 Sarung Tangan Keselamatan

Unit 1-1
KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 17

ii) Sarung tangan keselamatan mempunyai berbagai bentuk, saiz


dan jenis bahan yang berbeza-beza mengikut penggunaan.
Sebagai contoh sarung tangan keselamatan kimpalan gas
diperbuat daripada kain kasar atau kulit tetapi saiznya agak
kecil dan nipis. Sementara sarung tangan keselamatan bagi
kimpalan arka diperbuat daripada kulit keras dan bersaiz
panjang dan besar. Sarung tangan kerja-kerja umum pula
diperbuat daripada benang kasar. Oleh itu seseorang yang
menggunakan sarung tangan kimpalan gas untuk kerja
kimpalan arka kemungkinan besar akan menyebabkan
kecederaan. Perkara ini boleh berlaku kerana sarung tangan
keselamatan tersebut tidak cukup panjang untuk menahan
percikan api dari masuk kedalam pergelangan tangan. Sarung
tangan yang tidak sesuai boleh terbakar dengan mudah ketika
aktiviti kimpalan gas atau memegang bahan kerja panas
ketika di woksyop foundri. Sarung tangan boleh tersangkut
pada roda pencanai dan akan meyebabkan kemalangan jika
mengasah mata alat dengan menggunakan sarung tangan.

1.3.2 Kain Pengesat

Kain pengesan sepatutnya digunakan ditempat yang sesuai


seperti membersihkan minyak, lap tangan yang basah dan
sebagainya. Adakalanya jika menggunakan kain Pengesat
ditempat yang tidak sesuai kecederaan atau bahaya akan
berlaku. Sebagai contoh menggunakan kain pengesat untuk
membersihkan tatal pada mesin larik atau gerudi akan
meyebabkan tatal yang tajam tersebut akan tersangkut pada
kain pengesat dan boleh melukakan tangan. Mengesat
bahan kerja ketika bindu mesin larik atau mesin gerudi
sedang berputar boleh mengundang bahaya, kerana kain
pengesat boleh tersangkut dan menyebabkan kecederaan.

1.3.3 Roda Pencanai Tanpa Pengadang

Pengadang roda pencanai digunakan untuk mengelakan


percikan bunga api yang keluar daripada pelelas mengenai
pengguna. Disamping itu ianya digunakan sebagai
penghalang jika bahan kerja yang dicanai terpelanting. Jika
menggunakan roda pencanai tanpa pengadang ianya adalah
sangat berbahaya.

1.3.4 Pakaian Keselamatan Yang Tidak Sempurna

Unit 1-1
KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 18

Pakaian keselamatan hendaklah dipakai dalam keadaan


kemas dan sempurna. Ini bagi memastikan persediaan
keselamatan yang maksima jika sesuatu perkara yang tidak
diingini berlaku. Jika memakai pakaian keselamatan dalam
keadaan tidak sempurna kecederaan boleh berlaku. Sebagai
contoh jika kita memakai apron kimpalan arka tanpa
mengikat tali pengikat pada pinggang akan menyebabkan
tali bersebut tersangkut pada mesin ayang berputar dan
sebagainya.

Unit 1-1
KESELAMATAN BENGKEL J1003/1/ 19

Unit 1-1

Anda mungkin juga menyukai

  • Unit 9
    Unit 9
    Dokumen20 halaman
    Unit 9
    m_syahir85
    Belum ada peringkat
  • Unit 8
    Unit 8
    Dokumen26 halaman
    Unit 8
    m_syahir85
    Belum ada peringkat
  • Unit 5
    Unit 5
    Dokumen39 halaman
    Unit 5
    m_syahir85
    Belum ada peringkat
  • Unit 7
    Unit 7
    Dokumen25 halaman
    Unit 7
    m_syahir85
    Belum ada peringkat
  • Unit4 - Teknologi Worksyop 1
    Unit4 - Teknologi Worksyop 1
    Dokumen28 halaman
    Unit4 - Teknologi Worksyop 1
    ApechRanger
    Belum ada peringkat
  • Unit 2
    Unit 2
    Dokumen55 halaman
    Unit 2
    m_syahir85
    Belum ada peringkat
  • Unit 0
    Unit 0
    Dokumen11 halaman
    Unit 0
    m_syahir85
    Belum ada peringkat