Anda di halaman 1dari 23

PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

1.0 PENGENALAN

Laporan pemeriksaan hazad dan penilaian risiko di fasiliti kesihatan dan keselamatan

tempat kerja merupakan salah satu tugas yang perlu dilakukan oleh seorang PPKP U29 Unit

Kesihatan Pekerjaan Alam Sekeliling (Unit KPAS). Ini adalah bertujuan bagi memastikan

pekerja-pekerja di fasiliti kesihatan dalam keadaan yang selamat. Mengikut Akta Keselamatan

dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Kementerian Kesihatan Malaysia seperti juga lain-lain majikan

adalah bertanggungjawab di atas keselamatan dan kesihatan para pekerjanya dan juga orang

ramai yang berkunjung untuk mendapatkan perkhidmatan di kemudahan-kemudahan kesihatan

termasuk hospital.

Mereka ini sentiasa terdedah kepada berbagai-bagai jenis hazad yang terdapat di tempat

kerja sama ada hazad fizikal seperti kebisingan, peralatan tajam, hazad biologi seperti darah /

cecair yang tercemar dengan bakteria / virus, hazad kimia seperti bahan pelarut, hazad

ergonomik seperti mengangkat beban yang berat dan juga hazad psikososial seperti kerja

giliran (shiftwork), terlalu banyak kerja dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak

majikan sebagai pihak yang mewujudkan hazad dan risiko serta semua anggota kesihatan

sebagai pihak yang mengendalikan hazad dan risiko bekerjasama memastikan tempat kerja

mereka adalah tempat yang paling sihat dan selamat.

Audit keselamatan dan kesihatan adalah satu sistem pengurusan yang proaktif untuk

membolehkan sesuatu organisasi menilai pelaksanaan program-program, tatacara amalan dan

juga tanggungjawab organisasi berkaitan keselamatan dan kesihatan. Ini adalah kerana

pengurusan keselamatan dan kesihatan yang baik boleh memberikan faedah kepada semua

yang terlibat. Para pekerja akan dapat bekerja di satu tempat kerja yang sihat dan selamat di

samping memberi kepuasan dalam menjalankan tugas. Manakala majikan pula akan mendapat

faedah melalui pekerja yang sihat dan juga peningkatan produktiviti dan kualiti kerja.

1
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

2.0 OBJEKTIF

2.1 Objektif Umum

Tujuan ia dijalankan adalah untuk mengadakan satu kemudahan kesihatan yang sihat

dan selamat setakat yang praktikal melalui satu sistem audit keselamatan dan kesihatan yang

dapat mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihatan anggota Kementerian Kesihatan dan

juga orang ramai yang berkunjung untuk mendapatkan perkhidmatan di kemudahan-

kemudahan kesihatan, KKM.

2.2 Objektif Khusus

Untuk mengadakan satu sistem pemeriksaan bagi menentukan aktiviti atau aspek

keselamatan dan kesihatan mengikut kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

1994. Audit keselamatan dan kesihatan dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap pelaksanaan

aktiviti keselamatan dan kesihatan serta kebajikan yang telah dijalankan di fasiliti anggota.

Selain itu, audit keselamatan dan kesihatan adalah untuk mengenalpasti dan memastikan tahap

kesedaran anggota kesihatan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta

memberi cadangan langkah-langkah penambahbaikan bagi kekurangan yang dikenalpasti.

2
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

3.0 DATA PENTADBIRAN

Nama Jabatan : Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah. (KK Kampung Teh)

Nama Ketua Unit / Pengurus : Penolong Pegawai Perubatan U29, Fesly Cone End Ak

Andrew

Nombor Telefon / Faks : 084-875733

Alamat : Klinik Kesihatan Kpg Teh, 96400 Mukah

E-Mail : tiada

Bilangan Pekerja : 7 anggota (3 lelaki, 4 perempuan)

1. Penolong Pegawai Perubatan U29, Fesly Cone End Ak

Andrew

2. Penolong Pegawai Perubatan U29, Mohd Farhan Bin

Raduan

3. Jururawat Terlatih U29, Rosnah Binti Rajali

4. Jururawat Terlatih U29, Siti Hasyimah Binti Abdul

Rahman

5. Jururawat Masyarakat Kanan (KUP) U24, Rosidah Binti

Mandahar

6. Pembantu Perawatan Kesihatan (KUP) U11, Hairuddien

Bin Jamin

7. Pembantu Perawatan Kesihatan (KUP) U11, Mary Mariana

Binti Karia

3
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

Kategori Jawatan Bilangan Anggota


Penolong Pegawai Perubatan 2 pekerja
Jururawat Terlatih 2 pekerja
Jururawat Masyarakat Kanan 1 pekerja
Pembantu Perawatan Kesihatan 2 pekerja

Jantina Lelaki Perempuan


Bilangan Pekerja 3 4

Tarikh Pemeriksaan : 5 Ogos 2019

4
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

4.0 LOKASI DAN PELAN SUSUN ATUR

Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah terletak di kawasan hulu Sungai Gigis dan

sekitar Kampung Teh, Mukah. Jarak antara Bandar Mukah dan Klinik Kesihatan Kampung

Teh, Mukah adalah 14.5 kilometer. Perjalanan dari Bandar Mukah ke Klinik Kesihatan

Kampung Teh, Mukah mengambil masa 30 minit menggunakan kenderaan.

Pelan Lokasi

KLINIK
KESIHATAN
KAMPUNG
TEH, MUKAH

Sumber (Google Map)

5
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

Pelan Susun Atur

Petunjuk

Tangga

Pintu

Pagar

Laluan Kecemasan

Bilik Rawatan Ibu Dan Anak

Bilik Rawatan Pesakit Luar

6
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

5.0 KEADAAN STRUKTUR BANGUNAN

5.1 Bumbung

Bumbung di Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah adalah diperbuat daripada bahan zink.

Ada kebocoran pada bumbung semasa pemeriksaaan dijalankan pada waktu tersebut.

Kebersihan bumbung dalam keadaan yang tidak memuaskan disebabkan banyak najis burung

pipit di bumbung. Kerana setiap hari burung pipit masuk ke dalam bumbung atau berada di

atas bumbung.

5.2 Siling

Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah menggunakan siling jenis lapisan asbestos. Terdapat

kulapuk dan keremukan disebabkan bumbung yang bocor. Dari aspek kebersihan, silingnya

kelihatan tidak bersih, berkulat dan mereput disebabkan kebocoran dinding.

5.3 Lantai

Hampir kesemua struktur bangunan di Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah menggunakan

bahan yang diperbuat daripada kayu belian. Ini termasuk juga lantai yang diperbuat daripada

kayu belian. Keadaan lantai masih dalam keadaan yang kukuh dan tiada sebarang kerosakan.

Lantai kayu yang tidak licin dan sentiasa kering. Lantai klinik kelihatan bersih kerana sering

disapu dan dimop. Akan tetapi lantai Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah selalu dikotori

oleh najis burung pipit setiap hari dan anggota-anggota Klinik Kesihatan Kampung Teh,

Mukah terpaksa buat pembersihan setiap hari.

7
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

5.4 Pintu

Pintu yang digunakan di Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah ialah jenis kayu keras dan

dicat. Pintu tersebut juga mampu untuk menghadang kebakaran. Selepas pemeriksaan,

struktur pintunya tidak kukuh dan tombolnya tidak berfungsi dengan baik.

5.5 Tingkap

Tingkap yang digunakan di Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah ialah jenis sliding. Dari

pemerhatian yang dijalankan, tingkap berada dalam keadaan bersih akan tetapi terdapat kesan

keretakan atau pecah yang bolah membahayakan orang yang mennggunakan tingkap tersebut.

8
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

6.0 PENCAHAYAAN

Pencahayaan terbahagi kepada 2 jenis iaitu semulajadi dan mekanikal. Pencahayaan

semulajadi adalah cahaya daripada matahari yang masuk menggunakan bukaan pintu dan

tingkap bangunan manakala pencahayaan mekanikal adalah sumber cahaya buatan manusia

yang menggunakan sumber tenaga elektrik atau bahan api seperti lampu dan lilin. Pencahayaan

merupakan antara unsur yang penting kepada manusia terutamanya di tempat kerja dan tempat-

tempat tumpuan seperti bilik, kelas, gimnasium, ruang makan, dapur dan perpustakaan. Ini

kerana pencahayaan yang mencukupi dapat memberikan bantuan yang optimum kepada

individu untuk melaksanakan tugas seperti pembelajaran dalam kelas, kerja yang memerlukan

penelitian dan pembacaan bahan ilmiah di perpustakaan.

Pencahayaan di Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah terbagi kepada 2 jenis iaitu :

1. Pencahayaan Semulajadi

Pencahayaan semulajadi ialah sumber cahaya yang dipancarkan oleh matahari samaada melalui

bukaan pintu atau tingkap. Dalam pemerhatian Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah

cahaya semulajadi digunakan dengan membuka pintu dan tingkap. Sinaran cahaya matahari

amat penting untuk dijadikan sebagai pencahayaan di dalam sesuatu bangunan supaya dapat

membunuh bakteria.

2. Pencahayaan Mekanikal

Pencahayaan mekanikal ialah sumber cahaya yang direka oleh manusia menggunakan sumber

tenaga elektrik atau bahan api seperti lampu atau lilin. Jenis lampu mekanikal yang digunakan

di Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah ialah lampu kalimantang. Pencahayaan di dalam

bangunan klinik tersebut cukup untuk pekerja melakukan kerja dengan selamat dan sesuai

9
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

dengan persekitaran ruang kerja. Jika cahaya di dalam bangunan tersebut tidak mencukupi, ia

boleh mengakibatkan masalah keupayaan untuk melihat dengan jelas dan sempurna. Maka,

keadaan tersebut boleh menjurus kepada kejadian kemalangan yang tidak disengajakan.

10
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

7.0 PENGUDARAAN

Pengudaraan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan sesuatu

bangunan bukan sahaja untuk keselesaan dan pernafasan tetapi juga untuk menghindari

kejadian sesuatu penyakit berjangkit bawaan udara. Pengudaraan amat penting dalam setiap

bangunan untuk mematuhi kehendak kesihatan iaitu mengekalkan kualiti udara di dalam

bangunan di atas satu paras minimum, dengan cara menukarkan udara terpakai (karbon

dioksida) kepada udara bersih (oksigen). Keadaan ini mesti dipatuhi dalam sebarang situasi

dan rekabentuk. Di samping itu, pengudaraan juga penting untuk menghasilkan keselesaan

terma, iaitu menambahkan kehilangan haba dari badan dan mengurangkan ketidakselesaan

kulit yang lembap dan melekit serta menyejukkan struktur bangunan apabila berlaku keadaan

dimana suhu dalam ruang bangunan meningkat lebih tinggi daripada suhu di luar bangunan.

Pengudaraan terbahagi kepada dua jenis iaitu :

1. Pengudaraan semulajadi

Secara keseluruhannya, Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah menggunakan pengudaraan

semulajadi melalui bukaan pada tingkap dan pintu.

2. Pengudaraan mekanikal

Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah menggunakan penghawa dingin dan kipas siling

sebagai pengudaraan di dalam bangunan tersebut. Penghawa dingin dan kipas mencukupi

untuk pengudaraan bagi setiap ruang kerja.

11
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

8.0 KESESAKAN

Hasil daripada pemeriksaan dan tinjauan yang telah dijalankan di Klinik Kesihatan

Kampung Teh, Mukah tiada kesesakan di ruang bekerja kerana ruang klinik tersebut luas untuk

melakukan kerja. Ruang bagi berjalan di dalam klinik tersebut mencukupi untuk orang yang

berada di dalam bangunan tersebut bagi melakukan kerja dan tidak dihalang oleh sebarang

objek yang boleh menggangu pergerakkan dan perjalanan yang mampu mengakibatkan

kemalangan. Objek yang merbahaya tersimpan di tempat yang sepatutnya bagi mengelakkan

berlakunya sebarang kecederaan atau kemalangan. Bagi ruang tandas klinik tersebut ada

kesesakan kerana tandas perempuan dan lelaki tidak diasingkan kerana kawasan yang sempit

dan kurang untuk membuat tandas berasingan. Dari pemerhatian bilik bersalin mempunyai

kesesakan ruang bagi menjalankan kerja. Ketinggian bangunan tersebut sesuai dan mempunyai

jarak yang mencukupi bagi memberi keselesaan kepada pengguna bangunan tersebut. Bagi

laluan kecemasan di bangunan tersebut adalah memuaskan dan sempurna. Bagi ruangan stor

pula, penyimpanan yang sempurna dari segi susun atur barangan dan tiada masalah untuk

pengambilan.

12
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

9.0 KEMUDAHAN KLINIK

Dari segi kemudahan yang terdapat di Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah ialah

tempat duduk yang berada di ruangan menunggu adalah ergonomik untuk pesakit dan

pengunjung serta sesuai digunakan untuk jangka masa yang pendek. Manakala kerusi yang

digunakan di bilik – bilik lain juga adalah dalam keadaan yang baik dan selamat untuk

digunakan.

Perabot yang digunakan pula adalah bersesuaian dengan tempat dan setiap ruang kerja.

Contohnya almari untuk meletakkan fail-fail yang tidak tinggi dan senang dicapai serta

ergonomik.

Di Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah juga mempunyai stor ubat untuk

menyimpan ubat-ubatan. Ruang pantri pula mempunyai kemudahan yang lengkap dan alatan

yang berbahaya di simpan di tempat yang selamat untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

Klinik tersebut juga mempunyai bilik komputer untuk anggota-anggota klinik menjalankan

tugas mereka dengan komputer.

Di samping itu, terdapat bilik rawatan ibu dan anak untuk ruangan rawatan dan

penyusuan bayi bagi ibu yang membawa bayi ke klinik itu. Dalam ruangan itu juga sesuai dan

selesa untuk penyusuan bayi kerana bertutup dan mempunyai katil untuk baring. Tambahan

pula, bilik bersalin juga didapati di klinik ini. Di ruangan itu sesuai dan selesa untuk rawatan

dan bersalin kerana bertutup dan mempunyai katil juga untuk baring.

Selain itu, terdapat bilik rawatan pesakit luar untuk rawatan pesakit luar. Ruangan

tersebut mempunyai meja untuk pekerja di klinik dan katil untuk rawatan pesakit dan baring.

Kemudahan bagi Orang Kelainan Upaya pula tidak disediakan seperti laluan khas, ramp, tandas

OKU dan sebagainya.

13
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

10.0 KESELAMATAN

10.1 Pintu Kecemasan

Di Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah menggunakan dua pintu di bahagian hadapan

sebagai pintu kecemasan. Pintu tersebut berfungsi dengan baik.

10.2 Peti Pertolongan Cemas

Peti Pertolongan Cemas (First Aid Kit) berada di tempat yang sesuai dan senang untuk dilihat

atau diambil sekira berlakunya kemalangan. Barang-barang kecemasan juga mencukupi dan

sentiasa dikemaskini oleh anggota-anggota yang berada di sana.

10.3 Alat Pemadam Kebakaran

Alat mencegah kebakaran berfungsi dengan baik dan sentiasa diselenggara oleh Unit KPAS

serta tidak tamat tempoh. Cara dan kaedah penggunaan telah di dedahkan kepada semua

pekerja yang berada di sana. Bagi anggota-anggota yang baru bertugas masih tidak mengetahui

cara dan kaedah yang betul dalam penggunaan Alat Pemadam Kebakaran/Api tersebut dan

perlu mengikuti kursus dalam mengendalikan alatan tersebut.

10.4 Peralatan Perlindungan Diri (PPE)

Peralatan Perlindungan Diri (PPE) tidak asing lagi dalam aktiviti-aktiviti yang merbahaya baik

berhadapan dengan agen biologi yang berbahaya mahupun dengan bahan kimia. Di Klinik

Kesihatan Kampung Teh, Mukah juga mempunyai alat pelindung diri seperti surgical mask

dan glove yang telah disediakan dengan cukup. Alat pelindungan diri ini juga digunakan untuk

melindungi diri semasa mengendalikan pesakit.

14
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

11.0 PENDIDIKAN KESIHATAN

11.1 Poster Dan Risalah

Poster memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat mengenai kesihatan bagi

tujuan pendidikan kesihatan. Di Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah terdapat pelbagai

jenis poster kesihatan yang telah ditampal di sudut kesihatan. Antaranya ialah poster berkaitan

bahaya merokok, Amalan 5S dan 7 Langkah Mencuci Tangan yang berkaitan dengan kesihatan

dan keselamatan. Selain itu, terdapat juga pelbagai risalah berkaitan kesihatan khas untuk para

pesakit dan pengunjung yang datang.

11.2 Carta alir

Carta alir untuk prosedur kerja selamat juga ditampal di tempat yang mudah di lihat dan di

capai untuk menjadi rujukan pekerja di klinik tersebut. Fail gerak kerja juga ada dan mudah

untuk di jumpa.

11.3 Label keselamatan

Label keselamatan penting bagi memastikan para pekerja yang bekerja dan orang awam tidak

cuai dalam menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam klinik tersebut untuk tujuan

perubatan. Terdapat label keselamatan pada setiap botol alkohol yang digunakan sebagai

antiseptik bagi megelakkan daripada terminum. Laluan keselamatan dan pelan keselamatan

juga dipaparkan untuk perhatian semua individu yang berada di dalam klinik itu sekiranya

berlaku sebarang kemalangan.

15
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

11.4 Langkah kawalan

Setiap label keselamatan mengandungi langkah bagaimana untuk mengawal terjadi hazad

kepada para pekerja. Contohnya pemakaiaan sarung tangan khas jika ingin mengendali bahan

kimia terdapat di dalam setiap label bahan kimia yang ingin dikendali.

11.5 Sudut kesihatan

Bagi membolehkan penyampaian maklumat dapat dijalankan dengan mudah, bahagian sudut

kesihatan telah disediakan oleh pihak Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah. Sudut kesihatan

telah disediakan di ruangan sudut bacaan yang terletak di hadapan ruangan menunggu.

Terdapat gambar, cara atau kaedah dan postur yang selamat dan sesuai semasa mengangkat

barang.

16
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

12.0 FASILITI KEBERSIHAN

12.1 Pengangkutan Dan Pelupusan Sisa Pepejal Dan Toksik

Pelupusan sisa pepejal dan toksik di Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah adalah teratur

dan bersih. Sisa pepejal dan toksik dibuang ke dalam tong sisa klinikal. Tong sampah bagi

sisa-sisa klinikal juga ada di sediakan dengan pengasingan jenis tong sampah biasa digunakan.

Bagi sisa-sisa klinikal biasa seperti tisu, kertas dan plastik manakala tong sampah berwarna

kuning (Hazard Waste) digunakan bagi sisa-sisa klinikal yang berbahaya seperti jarum, tisu

yang berdarah dan sarung tangan. Sisa pepejal terletak di luar klinik dan dikutip oleh pihak

berkuasa tempatan. Bagi sisa klinikal akan di hantar ke Hospital Mukah.

12.2 Sistem Perparitan Dan Saliran

Sistem perparitan dan saliran di Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah kelihatan bersih dan

tidak tersumbat serta mengalirkan air limbah dengan sempurna. Akan tetapi mempunyai paip

tandas air limbah yang tidak sempurna.

12.3 Sanitari (Tandas dan Bekalan Air)

Di Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah mempunyai 2 tandas. Tandas tersebut kelihatan

bersih namun tiada pengasingan tandas untuk lelaki dan perempuan. Keperluan tandas untuk

Orang Kelainan Upaya (OKU) pula tiada. Bekalan air yang digunakan di klinik tersebut adalah

yang terawat dan bersih serta selamat digunakan.

17
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

13.0 KEHADIRAN BINATANG, RODENSIA DAN VEKTOR

Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah mempunyai kehadiran binatang iaitu burung pipit.

Daripada pemerhatian, anggaran mempunyai 50 burung pipit. Ini akan menyebabkan kacau

ganggu bunyi bising dan bau busuk. Kacau ganggu bau busuk disebabkan terdapat najis burung

pipit di atas lantai klinik dan sekitar klinik. Dengan itu, anggota-anggota klinik perlu

membersihkan lantai setiap hari untuk menjaga kebersihan klinik.

14.0 KACAU GANGGU

Kacau ganggu bunyi dan bau busuk wujud disebabkan oleh kehadiran binatang iaitu burung

pipit di sekitar Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah. Terdapat najis burung pipit di atas

lantai klinik dan sekitar klinik serta memberi kesan bau. Oleh itu, anggota-anggota klinik

perlu membersihkan lantai setiap hari untuk menjaga kebersihan klinik.

18
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

15.0 CADANGAN

Bagi mencapai keselamatan dan kesihatan anggota di Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah

perkara berikut perlu dititikberatkan:

1. Kemudahan tandas OKU perlulah disediakan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) supaya

dapat memudahkan urusan mereka.

2. Menyediakan keperluan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) seperti laluan atau ramp.

3. Menjalankan pembaikan segera pada paip tandas air limbah yang tidak sempurna.

4. Menukar kaca tingkap yang sudah retak dengan segera supaya tidak berlaku kemalangan.

5. Kebocoran bumbung perlu dselenggara dengan segera supaya siling tidak basah dan remuk.

6. Siling yang kulapuk dan bocor perlu tukar dengan siling yang baru.

7. Membina jaring untuk menghalang kemasukan kacauganggu iaitu burung pipit.

8. Tempat pelupusan sisa pepejal perlu ditempatkan jauh dari kawasan klinik bagi

mengelakkan pembiakan serangga pembawa penyakit.

9. Membina sistem pembentungan atau rawatan sisa kumbahan dan kotoran bagi merawat

sisa kotoran dan kumbahan sebelum disalurkan ke dalam sungai.

10. Alat pemadam api hendaklah sentiasa disemak dan dikemaskini. Mengadakan latihan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan kerap diantara kakitangan bagi penggunaan

alat pemadam api.

19
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

16.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, setelah pemeriksaan fasiliti kesihatan ke atas Klinik Kesihatan

Kampung Teh, Mukah terdapat beberapa aspek yang perlu ditingkatkan atau diberi perhatian

yang sewajarnya seperti membaiki kerosakkan paip tandas air limbah tandas supaya

mempunyai sistem air limbah yang sempurna. Dalam masa yang sama, kemudahan untuk

Orang Kelainan Upaya (OKU) juga perlu di tambah bagi tujuan memudahkan penggunaan

tandas tersebut.

Selain itu, ketua klinik juga perlu memastikan kakitangan yang bekerja di klinik

tersebut memahami dasar yang dipamerkan. Sebarang kerosakkan seperti tingkap yang retak

hendaklah dibaiki secepatnya supaya apa-apa kemalangan yang tidak diingini dapat dielakkan.

Dalam Hal yang sama, ketua klinik juga perlu memastikan setiap anggota klinik telah

mengikuti kursus Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan dan kursus Latihan Kebakaran (Fire

Drill) di klinik tersebut sekurang-kurangnya sekali bagi setiap pekerja. Ketua klinik dan setiap

pekerja juga bertanggungjawab untuk tahu mengendalikan Alat Pemadam Kebakaran.

Bagi bahagian pengurusan pula perlu menjalankan penyelenggeraan di klinik itu sendiri.

Hal ini sangat penting bagi memudahkan gerak kerja kepada semua anggota yang ada di sana.

Seperti kebocoran paip tandas air limbah, kebocoran bumbung, kerosakan siling, keretakan

tingkap, kelancaran laluan kecemasan dan juga ruangan bilik bersalin yang sempit.

20
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

17.0 LAMPIRAN

Pelan kecemasan Klinik Kesihatan Kampung Teh

Klinik Kesihatan Kampung Teh, Mukah Carta alir penuh Klinik Kesihatan
Kampung Teh, Mukah

21
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

Dasar Dan Polisi Keselamatan Dan Piagam Pelangan Di Klinik Kesihatan


Kesihatan Dipamerkan Di Klinik Kampung Teh
Kesihatan Kampung Teh

Sudut Kesihatan Di Klinik Kesihatan Penstoran Ubat Di Klinik Kesihatan


Kampung Teh Kampung Teh

22
PEMERIKSAAN HAZAD DAN PENILAIAN RISIKO DI FASILITI KESIHATAN

Siling Yang Kulapuk Dan Berlaku Tingkap Yang Retak Di Tepi Meja
Kerosakan Disebabkan Kebocoran Anggota Klinik Kesihatan Kampanug Teh
Bumbung

23

Anda mungkin juga menyukai