Anda di halaman 1dari 1

Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah.

Melalui
aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan
para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat
mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti
perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental
yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-
masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya
inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.

Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara


langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan
kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti
perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut menyumbangkan
kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara

Anda mungkin juga menyukai