Anda di halaman 1dari 3

Soalan 2 :

Pengisian kurikulum mengambil kira-kira elemen merentas kurikulum (EMK), iaitu unsur yang
diserap dalam setiap mata pelajaran. EMK merupakan unsur nilai tambah yang diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan elemen-elemen pengisian kurikulum dalam


pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Malaysia sekolah rendah.

Jawapan :

Pengisian kurikulum yang mengambil kira elemen merentas kurikulum (EMK) bahasa
Malaysia Sekolah Rendah merupakan unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam standard kandungan. Elemen-
elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan pada masa hadapan. Dalam KSSR,
EMK ialah bahasa, pendidikan alam sekitar, nilai murni, sains dan teknologi, patriotism,
kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi, kelestarian global
dan kewangan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,


kemahiran membaca dan kemahiran menulis merupakan kemahiran yang mesti dilaksanakan
Selain itu, kemahiran merentas kurikulum tidak diketepikan, malah turut ditekankan dalam
KSSR yang meliputi pelbagai kemahiran yang boleh membantu meningkatkan pengetahuan
dan potensi murid. Elemen bahasa adalah elemen yang menitikberatkan penggunaan bahasa
penghantar yang betul dalam semua mata pelajaran. Semasa PdP bagi setiap mata
pelajaran, aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu diberi
penekanan bagi membantu murid menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan.

Kelestarian alam sekitar bertujuan memupuk dan memberi kesedaran dalam jiwa murid agar
mencintai dan menyayangi alam sekitar melalui PdP dalam semua mata pelajaran. Murid
perlu diberi pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dalam
membentuk etika murid untuk menghargai alam agar sikap ini akan berterusan.

Penyerapan nilai murni, dalam Kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan insan yang
berketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai
murni dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur.
Nilai murni ini merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan yang
menjadi amalan dalam kehidupan harian. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni
dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak langsung selaras
dengan nilai-nilai sejagat.

EMK berupaya menambah minat terhadap sains dan teknologi serta dapat meningkatkan
literasi sains serta teknologi dalam kalangan murid. Penggunaan teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran dapat membantu serta menyumbangkan pembelajaran yang lebih cekap
dan berkesan. Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalm PdP merangkumi empat perkara,
iaitu pengetahuan sains dan teknologi, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan penggunaan
teknologi dalam aktiviti PdP.

Elemen kreativiti dan inovasi adalah kebolehan atau kemampuan murid untuk mencipta,
menyelesaikan masalah dan menggunakan daya kreatif untuk menghasilkan idea tulen dan
baharu. Manakala inovasi adalah menjana dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks
tertentu. Kreativiti dan inovasi saling berkait rapat dan perlu dibangunkan dalam kalangan
murid supaya mereka mempunyai daya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan
ciptaan yang seterusnya menjadi amalan dalam kehidupan.

Selain itu, penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri keusahawanan
boleh diterapkan dalam PdP melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur,
amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk
memacu idea ke pasaran.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan penerapan elemen TMK dalam PdP bagi
memastikan murid dapat mengaplikasikan dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran
asas TMK yang dipelajari. Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi
kreatif, malah menjadikan PdP lebih menarik, menyeronokkan serta meningkatkan kualiti
pembelajaran. TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajarkan dan
sebagai pengupayaan bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kandungan mata
pelajaran.

Elemen Kelestarian Global pula bermatlamat melahirkan murid yang bersikap responsif
terhadapat persekitaran dalam kehidupan harian dengan mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui elemen penggunaan dan pengeluaran, lestari,
kewarganegaraan global dan perpaduan. Elemen kelestarian global penting dalam
menyediakan murid bagi menghadapi cabaran dan isu semasa di peringkat tempatan, negara
dan global. Elemen ini diajarkan secara langsunh dan secara sisipan dalam mata pelajaran
yang berkaitan.
Penerapan elemen pendidikan kewangan bertujuan membentuk generasi masa hadapan
yang berkeupayaan membuat keputusan kewangan yang bijak, mengamalkan pengurusan
kewangan yang beretikan serta berkemahiran menguruskan hal ehwal kewangan secara
bertanggungjawab. Elemen pendidikan kewangan boleh diterapkan dalam PdP secara
langsung ataupun secara sisipan. Penerapan secara langsung adalah melalui tajuk-tajuk
seperti Wang yang mengandungi elemen kewangan secara eksplisit seperti pengiraan faedah
mudah dan faedah kompaun. Penerapan secara sisipan pula diintegrasikan melalui tajuk-
tajuk lain merentas kurikulum. Pendedahan pengurusan kewangan dalam hidupan sebenar
adalah penting bagi menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dapat diaplikasikan secara berkesan dan bermakna.

Anda mungkin juga menyukai