Anda di halaman 1dari 1

Refleksi : Pengenalan Kemahiran Belajar

Daripada tajuk yang pertama ini saya dapat mengetahui tentang


apa itu mata pelajaran kemahiran belajar ini dan kenapa perlu saya
pelajari mata pelajaran ini sebagai persediaan untuk menjadi guru suatu
hari nanti. Dalam bab satu ini saya dapat mempelajari mengenai konsep
kemahiran belajar. Melalui kefahaman daripada sub tajuk ini saya dapat
mengetahui tentang apakah maksud sebenar kemahiran belajar ini.
Kemudian melalui sub tajuk ini saya juga dapat mengetahui tentang
kepentingan mata pelajaran ini yang membantu saya dalam
mendapatkan ilmu pengetahuan dan membina kemahiran diri untuk
membina individu yang berilmu dan berkemahiran melalui pemikiran
yang kreatif an kritis.

Kursus ini sangat membantu kepada guru-guru kerana melalui


mata pelajaran ini ia dapat mengalakkan usaha-usaha membantu murid-
murid dalam membentuk gaya pembelajaran dan pengajaran ketika di
sekolah. Selain itu, ia juga turut menerangkan kepada saya tentang
perbezaan persekitaran pembelajaran di institusi pendidikan guru
dengan persekitaran pembelajaran di sekolah suatu ketika dahulu.
Aspek ini sangat bersesuaian dengan diri saya kerana secara
kebetulannya saya sebagai pelajar PPISMP perlu tahu dan wajib tahu
dengan perkara ini dalam menjamin kejayaan saya semasa belajar di
IPGKBM ini. Kami juga turut mempelajari tentang bagaimana cara hidup
di IPGKBM ini. Dalam tajuk ini kami telah diberikan tugasa untuk
membina jadual belajar harian di IPGKBM ini dalam menyesuaikan diri
dan cara hidup di IPGKBM ini.

Akhir sekali melalui tajuk ini kami turut diajari tentang pembelajaran
regulasi kendiri (self regulated learning). Ilmu sangat penting kepada
para mahasiswa samada yang belajar di IPGKBM ini mahupun di
universiti-universiti lain kerana gaya pembelajaran di institusi pengajian
tinggi ini secara keseluruhannya tidak memerlukan pembimbing dan
merekalah perlu berdikari sendiri.

Anda mungkin juga menyukai