Anda di halaman 1dari 6

Acara Ucapan Catatan

Susun atur
murid
Ketibaan
tetamu
Bacaan doa Yang berusaha,
Puan Baity Binti Hussein,
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
SK Putrajaya Presint 11(2).

Yang berusaha,
Puan Rosmah Binti Lamat,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK Putrajaya Presint 11(2).

Yang Berusaha,
Puan Azilawati Binti….
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Putrajaya Presint 11(2).

Yang Berusaha,
Puan Salwani Binti Deraman,
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
SK Putrajaya Presint 11(2).

Rakan-rakan guru,
Dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Tema diberi Barakahnya Ramadhan,


Bulan dituntut untuk berpuasa,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Assalamualaikum WBT…
Dan salam sejahtera.

Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan
segala hormatnya, menjemput

Ustaz Mohd Shazni Bin Ali

Untuk memimpin bacaan doa.


Majlis dengan ini mempersilakan…

---------------BACAAN DOA-----------------------

Terima kasih diucapkan kepada

Ustaz Mohd Shazni Bin Ali

Di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.


Bacaan Ayat Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
suci Al-Quran
Lampu neon penyeri malam,
Malam syahdu sambut lebaran,
Cantik di mata indah di dalam,
Hiasan rumah bacalah al-Quran.

Hari redup udara pun nyaman,


Duduk berehat di taman kekwa,
Al-Quran dibaca jadi pedoman,
Pelita dunia menuju taqwa.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


majlis diteruskan dengan alunan ayat suci al-Quran. Untuk itu,
majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
adik….

Bagi memulakan alunan ayat suci al-Quran. Majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan.

------------------BACAAN AYAT AL-QURAN------------------

Terima kasih majlis ucapkan kepada adik -----------------


Atas alunan ayat suci al-Quran yang sungguh merdu sebentar
tadi.

Ucapan
perasmian Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan

Yang berusaha,
Puan Baity Binti Hussin,
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
SK Putrajaya Presint 11(2) untuk menyampaikan ucapan
sekaligus merasmikan

Majlis Penutupan Ihya Ramadhan & Pemberian Duit Raya PPKI


SKPP 11(2).

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Gimik & Gimik mula sebaik sahaja majlis dirasmikan


Tayangan
Pengisian
Ihya’ Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
Ramadhan kepada

Yang berusaha
Puan Baity Binti Hussin
Guru Penolong Kanan Kurikulum
Sk Putrajaya Presint 11(2).

Atas ucapan dan penyempurnaan majlis perasmian penutupan


Ihya Ramadhan & Pemberian Duit Raya PPKI SKPP 11(2)
sebentar tadi.

Menyingkap pengisian sepanjang pelaksanaan program Ihya’


Ramadhan PPKI SKPP 11(2),

Terdapat pelbagai aktiviti telah dilaksanakan Bersama semua


murid bagi mengimarahkan bulan yang penuh mulia. Antara
aktiviti yang dilaksanakan adalah merangkumi :

1. Penghasilan sampul duit raya


2. Penghasilan kad ucapan hari raya
3. Penyediaan biskut raya
4. Aktiviti merebus telur
5. Aktiviti Anyam ketupat
6. Ramadhan Gift-Lets Sadaqah
7. Amali wudhuk dan solat.

Penyampaian
hadiah Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,
pertandingan
mewarna Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah
kepada para pemenang pertandingan yang telah dijalankan
sepanjang program ihya’ Ramadhan PPKI SKPP 11(2).

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan,

Yang berusaha
Puan Baity Binti Hussin,
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
SK Putrajaya Presint 11(2)

Dengan diiringi oleh


Puan Salwani Binti Deraman,
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas,
SK Putrajaya Presint 11(2)

Bagi menyempurnakan penyampaian hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

----------------tunggu gpk naik pentas-----------------------

Majlis mengumumkan keputusan pertandingan yang pertama iaitu

Pertandingan Mewarna Ihya Ramadhan PPKI 2022

Bagi PPKI Sofi….


Tempat pertama dimenangi oleh adik Ammar Aiman
Tempat Kedua dimenangi oleh adik Abeed Al-Muqri
Tempat ketiga dimenangi oleh adik Mohd Fahim.

Seterusnya,
PPKI Nana….
1. Harraz Anaqi
2. Marissa Humayra
3. Al-Fateh

PPKI Bingo
1. M. Syahid
2. Adam Fayyadh
3. Aqila Aimi

PPKI Didi
1. Fateh Imran
2. Aqeef
3. Ziqri

PPKI Dino
1. Izz Zara
2. M. Faris
3. Aimy Husna

PPKI Jojo
1. Hanzalah
2. Tra Bianca
3. Aiman Syahir

Terima kasih diucapkan buat Puan Baity atas kesudian


menyampaikan hadiah itu tadi.

Seterusnya, majlis menjemput,


Puan Salwani Binti Deraman,
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Diiringi oleh
Ustazah Masyitah

Untuk menyampaikan hadiah buat…..

Peserta Terbaik Amali Wudhuk & Solat

Bagi PPKI Dino,

Peserta Terbaik Kategori Lelaki, dimenangi oleh adik…


1. Danial Zain Rahman

Manakala, peserta terbaik kategori perempuan, dimenangi oleh


adik…
2. Izz Zara Eimaan

PPKI Jojo
1. Hanzalah
2. Atikah Shamimi

Terima kasih diucapkan buat Puan Salwani atas kesudian


menyampaikan hadiah itu tadi.
Pemberian Majlis diteruskan lagi dengan pemberian sumbangan duit raya Alunan lagu raya
sumbangan kepada semua murid PPKI SKPP 11(2). sepanjang proses
dan duit raya penyerahan dibuat
Untuk pengetahuan sidang hadirin sekalian,
Pihak sekolah telah menerima sumbangan duit raya daripada
beberapa pihak merangkumi sumbangan Wang Zakat,
sumbangan persendirian dan sumbangan daripada waris murid.

Untuk itu, majlis menjemput kesemua murid PPKI SKPP 11(2)


untuk beratur pada barisan kelas masing-masing.

------------tunggu murid bersedia------------------------------

Bagi menyempurnakan acara penyerahan sumbangan duit raya,


Dijemput barisan pentadbir dan guru untuk mengambil tempat di
bahagian tengah pentas.

-------------------pemberian duit raya------------------------------

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua barisan


pentadbir atas kesudian menyempurnakan pemberian
sumbangan duit raya sebentar tadi.

Penutup Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,


Dengan berakhirnya pemberian sumbangan sebentar tadi, maka
majlis sudahpun tiba ke penghujungnya.

Inilah yang dikatakan,


Umpama belayar telah sampai di Pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Harum baunya si bunga cengkih


Di bawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Kutanam-tanam padi seladang


Malang nasibku Lalang yang jadi
Andai ada masa terluang
Salam hormat berjumpa lagi.

Dikesempatan ini, kami seluruh warga kerja Program Ihya’


Ramadhan ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung dalam menjayakan program Ihya’ Ramadhan pada
tahun ini.

Saya selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai


ada salah dan silao sepanjang mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua Kembali.
Sekian,
Assalamualaikum WBT

Anda mungkin juga menyukai