Anda di halaman 1dari 14

TEORI KONSTRUKTIVISME

Disediakan oleh : Sulaiman Bin Ishak

PENGENALAN
Apakah pembelajaran secara Konstruktivisme?

Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus mengajar dengan cara mereka belajar.

Pembelajaran secara Konstruktivisme adalah berdasarkan beberapa pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana boleh diperolehi ilmu tersebut.

Pembentukan pengetahuan baru lahir daripada gabungan pembelajaran terlebih dahulu.

Pembelajaran ini menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri dan menguji dengan menggunakan hipotesishipotesis dan idea-idea baru.

Pandangan ini bertolak daripada teori pembelajaran daripada Behaviorisme kepada Kognitivisme dan seterusnya Konstruktivisme.

Behaviorisme Menekankan tingkahlaku Perlakuan boleh dikukuh/dihentikan melalui ganjaran Pengajaranberdasark an objektif perlakuan -boleh diukur Pengetahuan sedia ada dan perubahan yang berlaku dalam minda tidak perlu diambil tahu

Kognitivisme Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema Jika maklumat baru secocok, diterima. Jika tidak maklumat diolah atau dibuat pengubahsuaian skema

Konstruktivisme

Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada.

DEFINISI

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Interaksi dengan objek atau idea


Sintesis pengalaman & bentuk peraturan melalui refleksi

Bermakna /tidak

Pengalaman/peng etahuan sedia ada pengetahuan baru

Menginterpretasi secocok dengan peraturan

PENGENALAN

Semasa pelajar belajar, dia perlu membentuk konsep-konsep dan membuat kategori dengan membezakan benda-benda yang beraneka jenis dan rupa yang terdapat di persekitaran. Melalui pembentukan konsep-konsep ini, pelajar menyusun maklumat yang telah dikumpul ke dalam unit-unit yang bermakna. Dengan proses ini, pelajar akan memahami persekitarannya dan konsep tersebut terus berkembang sejajar dengan kedewasaan seseorang.
Brunner (1974)

Konstruktivisme melibatkan pelajar ke dalam pengalaman yang bermakna di mana pelajar menginterpretasi sendiri maklumat tanpa mengikut apa yang dipetakan oleh orang lain
(Heinich, Molenda, Russel & Samaldino, 1999)

Manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman berdasarkan peristiwa yang mereka alami sebelum ini. Ini merujuk kepada teori konstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lepas.
Brooks (1998)

Konstruktivisme ialah proses menambah dan mensintesis maklumat baru berpandukan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan satu maklumat baru.
Jones (1997)

Konstruktivisme menegaskan proses dalam mana pelajar mencipta dan mengembangkan idea
(Ng, 1999)

Prinsip-prinsip Konstruktivisme
Pengetahuan dibina pelajar. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.

Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.

Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.

Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.

Kesimpulan
Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar sememangnya digalakkan sentiasa mengembangkan idea utama kepada percambahan idea-idea baru agar dapat menghasilkan karya yang lebih kreatif, estetika dan berkualiti.

Sebagai contohnya, dalam pelajaran teori seni bagi tajuk teori warna, daripada kemahiran asas teori warna ini pelajar dapat mengembangkan idea mereka kepada penghasilan warna-warna baru untuk diaplikasikan di dalam karya visual mereka.

Pelajar juga boleh diperkenalkan pasangan warna yang bertindak positif dan pasangan warna yang bertindak negatif, dan juga pasangan warna yang boleh mewujudkan suasana yang harmoni, kontra, sejuk, panas dan sebagainya.

Melalui pembelajaran konstruktif, pelajar akan memperolehi maklumat, membentuk konsep-konsep dan membuat kategori dengan membezakan warna-warna yang beraneka jenis yang terdapat di persekitaran mereka.

Sebagai contohnya, kombinasi warna hijau (latar) dan putih (tulisan) sesuai untuk papan tanda tetapi kombinasi warna hijau dan biru tidak sesuai untuk papan tanda kerana ia bertindak negatif.

Daripada pemahaman dan konsep asas ini pelajar dapat menghasilkan grafik atau lukisan dengan membuat kombinasi warna mengikut kesesuaian bagi menghidupkan suasana yang diperlukan seperti suasana sejuk, panas, sedih, harmoni, ceria dan sebagainya

Anda mungkin juga menyukai