Anda di halaman 1dari 19

<SEMESTER JAN / 2012 > <HBSC 1103>

<PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS >

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

<830125085275001> <830125085275> <0194441175> <mohdshahmazarabdjamal@gmail.com>

PUSAT PEMBELAJARAN

<IPOH LEARNING CENTRE>

Pendidikan dilihat sebagai satu ruang yang menyediakan pelbagai peluanguntuk memperkembangkan potensi yang ada dalam diri seseorang individu.Menurut Syarifah Alwiah (1987), guru merupakan individu yang paling pentingdalam menentukan kejayaan pelajar. Guru menjadi tonggak inspirasi danmotivasi dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran (P&P) yangbermakna.Pembelajaran yang bermakna itu bergantung kepada pendekatanyang digunakan oleh guru untuk mengajar iaitu sama ada melalui pendekatantradisional atau pendekatan konstruktivisme.Pendekatan tradisional merupakan pendekatan di mana guru sebagaipemberi maklumat dan pelajar hanya mendengar dan menerima segalamaklumat yang di sampaikan oleh guru Di dalam pendekatan tradisional ini,pelajar memainkan peranan yang pasif. Pengajaran secara tradisional inimengakibatkan kreativiti pelajar tidak dapat berkembang dan membuatkanseseorang itu terlalu bergantung kepada guru. Pemikiran yang kreatif dankritis tidakdapat di asah. Walau bagaimanapun, pendekatan konstruktivismeyang menekankan tentang pembinaan pengetahuan berdasarkanpengalaman dan pengetahuan sedia ada untuk memahami dan menguasaipengetahuan baru dilihat dapat memberi pembelajaran yang bermaknakepada kanakkanak. . Antara unsur penting dalam kontruktivisme adalah: 1. Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid. 2. Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri. 3. Pembelajaran berlaku apabila murid menghubungkan ideaasaldengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea.Guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang telah sedia ada pada kanak-kanak.

KONSTRUKTIVISME

Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada.

Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

APAKAH KONSTRUKTIVISME ?
Constructivism is an approach to teaching based on research about how people learn. Many researchers say that each individual constructs knowledge rather than receiving it from others. (McBrien & Brandt,1997) (Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain

They are constructing their own knowledge by testing ideas and approaches based on their prior knowledge and experience, applying these to a new situation and integrating the new knowledge gained with pre-existing intellectual constructs. (Briner, M.,1999)

(Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud)

Constructivist theory posits that students make sense of the world by synthesizing new experiences into what they have previously understood. They form rules through reflection on their interaction with objects and ideas. When they encounter an object, idea or relationship that does not make sense to them, they either interpret what they see to conform to their rules or they adjust their rules to better account for the new information. (Brooks & Brooks, 1993) (Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik)

In the contructivist theory the emphasis is placed on the learner or the student rather than the teacher or the instructor. It is the learner who interacts with objects and events and thereby gains an understanding

of the features held by objects or events. The learner, therefore, constructs his/her own conceptualizations and solutions to problems. Learner autonomy and initiative is accepted and encouraged. ( Sushkin, N., 1999 ) (Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru . Ini adalah kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan).

konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih ( Nik Azis Nik Pa, 1999 )

Berdasarkan kepada pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai yang berikut:

KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

1.Pengetahuan 2.Idea 3.Konsep 4.Kemahiran 5.Maklumat

Pengetahuan yang diterima Pengetahuan sedia ada Pengetahuan baru yang telah dibina (Tran Vui, 1999)

IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME

Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil darIpada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif

Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah

Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut

Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru

Ciri ciri pembelajaran konstruktivisme


Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran Menyokong pembelajaran secara koperatif Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar

KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME


Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme LEBIH BERFIKIR
Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan

LEBIH FAHAM
Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru.

LEBIH SERONOK
Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.

LEBIH INGAT
Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

LEBIH BER KEMAHIRAN SOSIAL


Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

LEBIH YAKIN
Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

PERANAN MURID DAN GURU SERTA CABARAN DALAM KELAS KONSTRUKTIVIS

Apabila pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan dalam kelas, peranan murid dan guru akan berubah. Terdapat beberapa perubahan dalam bilik darjah khususnya tentang peranan murid dan guru serta cabarancabaran yang mungkin dihadapi oleh mereka dalam pembelajaran secara konstruktivisme.

Peranan Murid
Murid

mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan

isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
Murid

selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.

Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham.
Murid

mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang

untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.
Murid

menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau

interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan

Peranan Guru
1.Menggalakkan

murid menerangkan idea mereka serta menghargai

p.andangan mereka.
2.Menstruktur 3.Membantu

pelajaran untuk mencabar persepsi murid.

murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada

kehidupan mereka.
4.Mentaksir

pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan

hanya dalam bentuk ujian bertulis.


6Menggalakkan

murid membuat tugasan yang berbentuk

penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis.


7.Menggalakkan 8.Menggalakkan

murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan

bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain.


9. Memberi

masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan

setelah soalan dikemukakan.


10.Memberi

masa secukupnya kepada murid untuk membuat

perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan.


11.Menggalakkan

pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan

tertentu. Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat.

Cabaran Guru Konstruktivis


1Guru

merasa mereka tidak mengajar . yang dimajukan dalam pembelajaran secara

2. Amalan

konstruktivisme dianggap tidak realistik.


3.Guru

merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi . kelas agak merosot.

4.Kawalan 5.Guru

yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan

konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah. Walaupun terdapat beberapa kesulitan berkaitan dengan pelaksanaan pembelajaran secara konstruktivisme, kesulitan itu harus dipandang sebagai cabaran yang perlu diatasi oleh guru.

Sains TAJUK: Keperluan Asas Benda Hidup- Haiwan HASIL PEMBELAJARAN UMUM: Memahami haiwan mempunyai keperluan asas

Tahun: 4

PENGETAHUAN SEDIA ADA: -murid telah mempelajari tentang ciri-ciri haiwan di Tahun 3.

Pendekatan P&P : Pembelajaran Inkuiri Penemuan

Kaedah / Stategi P& P : Eksperimen, Perbincangan

Perancangan P&P:

Fasa Pengajaran

Isi kandungan

Aktiviti

Fasa / Catatan

Set Induksi (5 minit)

Mendengar dan memahami cerita

Jenis aktiviti :Bercerita

Tahap Kognitif:

1. Guru memulakan kelas dengan satu cerita bertajuk Hafiz dan Ikannya. 2. Murid diminta mendengar cerita tersebut dengan teliti. 3. Selepas mendengar cerita, guru menyoal beberapa soalan : (a) Apakah kegemaran Hafiz ? (b) Mengapakah Hafiz dan

Pengetahuan

KPS:

Meramal

Kemahiran

keluarganya balik ke kampung ? (c) Apakah yang terjadi kepada ikan Hafiz semasa mereka di kampung?

Berfikir :

Menghubung kait

BBM : Jawapan Murid : Slaid PowerPoint (a) Hafiz gemar memelihara ikan. (b) Kerana neneknya sakit. (c) Ikan Hafiz mati. Kasih Sayang Nilai :

Pencetusan Idea (15 minit)

Mengenalpasti keperluan asas haiwan ; (a) makanan (b) air (c) udara (d) tempat tinggal

Jenis Aktiviti : Soal Jawab 1. Guru

Tahap Kognitif:

menayangkan gambar ikan Hafiz yang mati.

Pengetahuan Pemahaman

2. murid:

Guru menyoal KPS:

(a) Kenapa ikan Hafiz mati ?

Pemerhatian Komunikasi Membuat Inferens

Jenis Aktiviti : Tayangan Gambar Haiwan BBM : 1. Guru menayangkan Slaid Power point

beberapa gambar haiwan. 2. Murid memerhati gambar dengan teliti. 3. Guru menyoal : Kasih Sayang Nilai :

(a) Apakah makanan haiwan berikut ? (b) Apakah haiwan berikut memerlukan makanan dan tempat tinggal ?

Penstrukturan Menyatakan Semula Idea (25 minit) Keperluan Asas Haiwan : ( a ) Makanan ( b ) Air ( c ) Udara ( d ) Tempat Tinggal

Jenis Aktiviti: Kerja Kumpulan

KPS: Pemerhatian Membuat

1. Murid

dibahagikan 4

kepada eksperimen kumpulan Membuat

kumpulan

mengikut jenis keperluan asas kesimpulan haiwan. Menyatakan pembolehubah 2. Guru memberi arahan kepada murid untuk menjalankan satu BBM : eksperimen untuk mengkaji Lembaran Kerja(Lampiran 1 ) Eksperimen: i) Murid memasukkan ulat

keperluan asas haiwan.

beluncas ke dalam empat buah bekas. Nilai : Bekas A : Mengandungi sehelai daun dan Bekerjasama dalam ditutup dengan kasa kumpulan. dawai. Bertanggungjawab Bekas B: Mengandungi air, dengan setiap ahli tanpa daun dalam kumpulan

dan ditutup dengan dengan kasa dawai. menyumbangkan jawapan.

Bekas C : Mengandungi air dan daun serta ditutup rapat supaya udara tidak boleh masuk.

Bekas D : Mengandungi air, daun dan ditutup dengan kasa dawai.

3. Murid diminta merekodkan pemerhatian selama 5 hari dan

menyelesaikan lembaran disediakan. kerja yang

(Lampiran 1)

4. Guru menunjukkan gambar haiwan dan tempat haiwan.(Gambar) tinggal

5. Guru menyoal murid

a) Di manakah tempat tinggal haiwan berikut ?

Aplikasi Idea (10 minit)

Mengenalpasti keperluan asas haiwan

1. murid

Guru meminta

Tahap Kognitif:

menamakan tempat tinggal haiwan. (Lampiran 2) Contoh: Sarang (burung, semut,tebuan), gua (kelawar)

Pengetahuan Pemahaman

1. Udara 2. Air 3. Makanan 4. Tempat berlindung

KPS:

Pemerhatian Komunikasi Membuat Inferens

BBM :

Lembaran Kerja(Lampiran 2 )

Slaid Power point

Nilai : Kasih sayang

Refleksi (5 minit)

Rumusan tentang keperluan asas haiwan.

1.

Guru memilih

Tahap kognitif Membuat kesimpulan

murid secara rawak untuk menyatakan keperluan asas haiwan. 2. Murid dapat

BBM: Lembaran kerja rumah

menyatakan haiwan memerlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal untuk hidup. 3. Guru mengedar

lembaran kerja rumah kepada murid

Rujukan.

Briner,M.(1999).[Online]Available: http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc_data/constructivism.html Brooks,J.G. & Books,M.G. (1999). The Courage To Be Constructivist. Educational Leadership, 57(3). Brooks,J.G. & Brooks,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The Case For Constructivist Classrooms. Alexandria, VA:Association for Supervision and Curriculum Development (ASCD) Dick,M.H. (1994). An Instructional Designers View Of Constructivism. Educational Technology, May, 41-44. Duffy,T.M. & Jonassen,D.H. (1991). Constructivism: New Implications For Instructional Technology? Educational Technology, May, 7-12. Gardner,H.(2000).The Disciplined Mind. New York : Penguin Books.

Jonassen,D.H. (1991). Objectivism Versus Constructivism: Do We Need A Nik Azis Nik Pa (1997). Pembentukan Model Pengajaran Matematik Berlandaskan Konstruktivisme Radikal. Science and Mathematics Education, 11, 27-36. Nik Azis Nik Pa (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik . Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Postman,N.& Weingartner,C.(1969). Teaching as a Subversive Activity. New York : Dell Sushkin,N.(1999).[Online]Available: http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc_data/constructivism.html

Anda mungkin juga menyukai