Anda di halaman 1dari 1

Sesi PdP pada hari ini tidak dapat dilaksanakan kerana hari ini merupakan hari terakhir saya

berada di sekolah. Oleh itu, saya telah membuat sedikit jamuan kecil bersama-sama dengan
murid kelas saya. Saya menghidangkan spageti bolognese kepada mereka. Saya juga ada
menyediakan video yang mengandungi gambar kenangan bersama murid-murid. Tanpa saya
sangka, air mata hangat mengalir di pipi saya apabila kami bersama-sama menyaksikan video
tersebut. Video yang diiringi dengan lagu Pulang nyanyian Dalia Farhana ini bukan sahaja
membuatkan saya sebak dan menangis, namun murid-murid saya yang lain juga turut
menyatakan perasaan sedih mereka menerusi air mata. Murid lelaki pun menangis apabila
saya mula membuat ucapan perpisahan. Selepas itu, mereka berpusu-pusu datang ke
hadapan kelas untuk memberikan saya hadiah dan surat yang dibuat sendiri. Ada juga yang
memeluk saya seolah-olah tidak mahu melepaskan saya pergi. Saya berharap mereka dapat
mengaplikasikan ilmu yang telah saya curahkan sepanjang 3 bulan pengajaran di dalam
kelas. Saya pasti akan merindui gelagat nakal dan gelak tawa mereka. Tidak lupa juga,
senyuman yang terukir pada wajah mereka setiap kali mereka nampak saya berjalan di koridor
untuk menuju ke kelas mereka. “Weh, cepat semua duduk! Cikgu datang hari ini”.

Anda mungkin juga menyukai