Anda di halaman 1dari 39

SeJaRaH SoVieT UNioN 1922-1991

LAGU KEBANGSAAN
The Internationale (19221944)
Hymn of the Soviet Union (19441991)

KESATUAN REPUBLIK SOSIALIS SOVIET

Union of Soviet Socialist Republics


(Ejaan Rumi : Soyuz Sovietskikh


Sotsialisticheskikh Respublik)
1922 1991

IBU NEGARA
Moscow

BAHASA RASMI
Rusia dan banyak lagi

AGAMA RASMI
Atheism (Tiada Agama Rasmi)

MOTO KERAJAAN SISTEM KERAJAAN

, ! Kesatuan Republik Sosialis Soviet

(Ejaan Rumi : Proletarii vsekh stran, Negara komunis satu parti

soyedinyaytes !)
Wahai Pekerja Dunia ! Bersatu !
PEMIMPIN UTAMA

1922 1924 (pengasas) Vladimir Lenin 1925 1953 Joseph Stalin

1953 1955 Georgy Malenkov 1955 1964 Nikita Khrushchev


1964 1982 Leonid Brezhnev 1982 1984 Yuri Andropov

1984 1985 Konstantin Chernenko 1985 1991 (terakhir) Mikhail Gorbachev

BADAN LEGISLATIF
Congress of Soviets and Central Executive Committee (1922-1937)
Supreme Soviet (1937-1989; 1991)
Congress of Peoples Deputies and Supreme Soviet (1989-1991)
SEJARAH RINGKAS
Diasaskan 30 Desember 1922
Dibubarkan 26 Desember 1991

KELUASAN NEGARA
Pada 1991 22 402 200 km2

POPULASI
Pada 1991 (anggaran) 293 047 571 penduduk

KEPADATAN
13.1 orang per km2

LATAR BELAKANG KRSS

Union of Soviet Socialist Republics (USSR, dalam bahasa Rusia :


, ejaan rumi Soyuz Sovietskikh Sotsialisticheskikh Respublik, pada
kebiasaannya hanya dikenali sebagai Soviet Union, adalah sebuah negara sosialis di kawasan
Eurasia yang wujud antara tahun 1922 hingga 1991.

Soviet Union mempunyai satu sistem politik yang hanya terdiri dari satu parti politik sahaja iaitu
Communist Party sehingga tahun 1990. Dengan itu, kesemua 15 republik bersekutu dengan KRSS
akan memusatkan pentadbiran di bandaraya Moscow. Ianya dipusatkan di Moscow terutama dalam
aspek ekonomi wilayah bersekutu.

Revolusi Rusia pada tahun 1917 telah membawa kepada kejatuhan kerajaan monarki/autokratik
bermaharaja di Rusia. Selepas kesatuan Bolsheviks memenangi perang saudara Rusia, republic
sosialis soviet telah dibentuk secara rasminya pada 1922 yang meliputi 4 wilayah utama iaitu
Russian Soviet Federative Socialist Republic, Transcaucasian Socialist Federative Soviet Republic,
Ukrainian Soviet Socialist Republic dan juga Byelorussian Soviet Socialist Republic.

Selepas kematian pengasas Soviet iaitu Vladimir Lenin pada 1924, Joseph Stalin telah berusaha
secara agresif dan berjaya mengetuai Soviet dan telah membentuk industry berskala besar bagi
negara KRSS ini. Sewaktu perang dunia kedua Jun 1941, pihak Nazi Jerman dan sekutu mereka
telah berusaha menjajah Soviet Union yang telah menandatangani perjanjian damai dengan Nazi
Jerman sebelum itu. Selepas 4 tahun peperangan yangmenyeksakan, Soviet Union telah
memenangi peperangan tersebut dan menjadi antara dua kuasa utama dunia sewaktu itu selain dari
Amerika Syarikat.

Soviet Union dan sekutu di timur (china, Vietnam, korea utara) telah terlibat dengan perang dingin
dengan blok kapitalis (Amerika, Britain dsb) iaitu setelah selesai perang dunia kedua. Perang
ideologi dan pengaruh telah berlaku di dunia dengan pemusatan dua kuasa/blok dunia iaitu kapitalis
dan sosialis/komunis. Pada lewat tahun 1980-an, ketua kerajaan Soviet, Mikhail Gorbachev telah
berusaha untuk memulihkan negara soviet dari berpecah, namun akhirnya Soviet Union tumbang
jua akhirnya dan secara rasmi tumbang pada Disember 1991 setelah usaha beberapa wilayah
KRSS sebelum ini untuk merdeka berjaya dikecapi.

KEADAAN GEOGRAFI, IKLIM & PERSEKITARAN KRSS

Dengan keluasan keseluruhan negara sekitar 22 400 000 kilometer persegi, Soviet Union telah
menjadi negara paling luas di dunia. Meliputi 1/6 keluasan bumi, keluasan ini bersamaan dengan
keluasan keseluruhan benua Amerika Utara. Benua Eropah hanya menyamai dari keluasan
negara KRSS ini, dan juga merupakan pusat bagi perdagangan dan ekonomi. Bahagian timur iaitu
dari tengah asia sehingga ke lautan pasifik dan dari Afghanistan ke selatan kurang didiami
penduduk, dan paling kurang kegiatan manusia. Keluasannya merangkumi 10,000 kilometer dari
asia ke barat merentasi 11 waktu dunia, dan seluas 7,200 kilometer dari utara ke selatan.
Merangkumi 5 jenis iklim dunia iaitu tundra, taiga, steppes, gurun, dan kawasan pergunungan.
Soviet Union juga mempunyai sempadan negara yang paling luas dan panjand di dunia,
dianggarkan sekitar 60,000 kilometer, 2/3 dari garisan pesisir laut Artik. Merentasi juga Selat Bering
yang bersempadan dengan Amerika Syarikat. Soviet Union bersempadan dengan beberapa negara
seperti Afghanistan, China, Czechoslovakia, Finland, Hungary, Iran, Mongolia, Korea Utara, Norway,
Poland, Romania dan Turki iaitu bermula tahun 1945 sehingga 1991.

Sungai terpanjang di Soviet Union ialah sungai Irtysh. Puncak pergunungan tertinggi di Soviet ialah
di Communism Peak (kini dikenali sebagai Puncak Banjaran Ismail Samani) di negara Tajikistan kini,
iaitu pada ketinggian maksimum 7,495 meter. Tasik terbesar di dunia juga terletak di KRSS iaitu Laut
Caspian. Manakala tasik yang terpanjang dan terdalam di dunia iaitu Tasik Baikal juga terletak di
dalam wilayah Soviet Union.

SEJARAH KRSS

Tsar (raja) Rusia yang terakhir lagi kejam, Nicholas II telah memerintah empayar Rusia sehingga
Mac 1917, iaitu sehingga selesai peperangan dunia pertama. Kerajaan sementara Rusia telah
mengambil alih pemerintahan empayar dari Tsar, secara rasminya Nicholas II telah turun takhta
pada oktober 1917 iaitu setelah selesai Revolusi Oktober 1917 yang diketuai oleh pemimpin
kesatuan Bolshevik iaitu Vladimir Lenin.

Soviet Union telah secara rasminya dibentuk pada bulan Disember 1922 dengan kesatuan oleh
beberapa wilayah iaitu wilayah Rusia, Ukhrain, Belarus, and Republik Transcaucasian Soviet,
dengan setiap satunya diperintah oleh parti/kesatuan Bolshevik. Untuk memastikan empayar itu
benar-benar bertindak seperti sebuah republic tanpa raja, setiap wilayah mempunyai pentadbiran
dan pemerintahan sendiri, terma Soviet Rusia hanya dikhaskan untuk wilayah Russian Federative
Socialist Republic, manakala wilayah lain menggunakan terma soviet tersendiri.

SEJARAH REVOLUSI DAN PEMBENTUKAN REPUBLIK

Kegiatan revolusi moden di empayar Rusia bermula pada Revolusi Disember 1825. Bagaimanapun
revolusi ini berjaya dipatahkan oleh pemerintahan Tsar pada 1861. Sebuah parlimen boneka yang
dikenali sebagai Duma telah dibentuk oleh maharaja pada tahun 1906 iaitu selepas Revolusi Rusia
1905 untuk mengurangkan ketegangan revolusi pembaharuan. Walaupun demikian, Duma ini
hanyalah boneka kerana pemerintahan monarki diraja masih diamalkan secara paksaan.
Penangkapan orang awam secara berleluasa dan pembunuhan politik tetap berlaku sehinggalah
perang dunia kedua berlangsung yang mengakibatkan beberapa wilayah empayar Rusia jatuh ke
tangan kuasa lain.

Vladimir Lenin Memberikan Pidato Kepada Masyarakat Pada 1920.

Revolusi spontan telah berlaku di Saint Petersburg, sebagai akibat dari penurunan secara
mendadak kekuatan ekonomi dan moral Rusia, ianya memuncak sewaktu Revolusi Februari dan
mengakibatkan pengakhiran pemerintahan beraja pada Mac 1917. Kepimpinan autokrasi Tsar telah
diganti oleh kepimpinan sementara rusia, untuk persediaan bagi pembentukan kerajaan demokratik
Rusia dan untuk membangunkan semula Rusia setelah kemusnahan akibat Perang Dunia Pertama.

Pada masa yang sama, Kesatuan Sekerja, yang dikenali sebagai Soviet telah berkembang ke
seluruh empayar. Kesatuan Bolsheviks, yang diketuai oleh Vladimir Lenin, telah mengadakan
Revolusi Sosialis di dalam Soviet. Pada November 1917, sewaktu berlangsungnya Revolusi
Oktober, mereka mengambil kesempatan tersebut untuk memperbesarkan kekuasaan dan pengaruh
mereka. Pada Disember, kesatuan Bolsheviks telah menandatangani perjanjian dengan pihak
pentadbiran pusat. Manakala pada Februari 1918, perebutan kuasa diantara kesatuan sekerja dan
pentadbiran pusat kembali berlangsung. Pada Mac, kedua-dua pihak telah menandatangani
Perjanjian Brest-Litovsk.

Sebuah perang saudara yang panjang telah berlaku di Rusia yang melibatkan ketumbukan tentera
merah dan tentera putih iaitu bermula sekitar 1917 dan berakhir pada 1923 dengan kemenangan di
pihak tentera merah. Nicholas II dan keluarganya telah dihukum bunuh pada 1921, dan peperangan
saudara tersebut telah mengakibatkan korban nyawa sebanyak 5 juta nyawa. Pada mac 1921,
sewaktu konflik bersenjata dengan negara Poland, perjanjian damai Riga telah ditandatangani, yang
menyaksikan pembahagian wilayah Belarus dan Ukhrain diantara Republik Poland dan Soviet
Russia. Soviet Union juga mengakhiri konflik dengan beberapa buah republic baru seperti Republik
Finland, Republik Estonia, Republik Latvia dan Republik Lithuania.

PENYATUAN REPUBLIK SOVIET

Pada 28 Disember 1922, telah berlaku rundingan diantara delegasi dari wilayah Russian SFSR,
Transcaucasian SFSR, Ukrainian SSR dan delegasi dari wilayah Byelorussian SSR yang telah
berjaya memeterai perjanjian pembentukan USSR dan deklarasi pembentukan USSR yang berjaya
membentuk Union of Soviet Socialist Republics. Kedua dokumen pemeteraian ini telah disahkan
sewaktu kongres pertama USSR dan telah ditandatangani oleh wakil dari keempat-empat wilayah
yang terdiri dari Mikhail Kalinin, Mikha Tskhakaya, Mikhail Frunze, Grigory Petrovsky, dan Aleksandr
Chervyakov pada 30 Disember 1922.

Pada 1 Februari 1924, USSR telah disahkan oleh empayar British. Pada tahun yang sama, sebuah
pentadbiran Soviet telah ditubuhkan pada Disember 1922 secara berpusat iaitu di Moscow.

Untuk memulihkan semula sektor ekonomi, industri dan politik negara yang telah merudum seawall
1917 lagi, pelbagai usaha telah dilakukan. Kesemua usaha ini telah dimasukkan ke dalam
pengisytiharan Bolshevik dan telah dijadiakn perlembagaan negara and ditandatangani oleh
Vladimir Lenin. Antara usaha paling berkesan ialah rancangan GOELRO, iaitu mengstrukturkan
semula pelan ekonomi Soviet Union berpandukan kepada tenaga kerja dan buruh dalam negara.
Rancangan ini telah dibuat pada 1920 dan merangkumi rancangan pembangunan ekonomi selama
10 hingga 15 tahun ke hadapan. Ianya termasuk membina jaringan kuasa dan tenaga yang meliputi
30 wilayah berasingan, 10 empangan hidroelektrik gergasi dan pelbagai lagi projek industri-elektrik
dalam negara. Rancangan ini telah menjadi contoh penggubalan rancangan lima tahun Soviet Unio
yang bermula pada tahun 1931.

ERA PEMERINTAHAN STALIN

Dari permulaan penubuhan kerajaan lagi, kerajaan Soviet Union sememangnya hanya ditadbir oleh
satu parti sahaja iaitu Parti Komunis (Bolsheviks). Selepas pembentukan polisi ekonomi yang lebih
terbuka selepas perang saudara Rusia, kerajaan telah membuka pasaran ekonomi tempatan
kepada beberapa syarikat pelaburan luar negara iaitu selepas tahun 1920-an. Dan kebanyakan
syarikat pelaburan tersebut lebih berbentuk pelaburan dalam sektor makanan dan minuman.
Barisan kepimpinan sosialis soviet berusaha mengekalkan kewujudan satu parti sahaja mentadbir
soviet dengan bertujuan mengelak ekploitasi dari pihak kapitalis yang tidak sejajar dengan kehendak
kebajikan. Perbahasan mengenai kaedah pengurusan ekonomi yang lebih baik semakin lantang
dibahaskan terutama setelah kematian Lenin pada tahun 1924.

Pada 3 April 1922, Stalin telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet Union. Lenin
telah melantik Stalin sebagai ketua kesatuan sekerja soviet yang memberikan kuasa pentadbiran
kepada Stalin. Setelah dilantik dan diperkenan oleh Lenin, Stalin telah menjadi pewaris kekuasaan
kerajaan Soviet Union dan pada akhir era 1920-an, dia telah melaksanakan pemerintahan berbentuk
totalitarian. Pada Oktober 1927, Grigory Zinoviev dan Leon Trotsky iaitu jawatankuasa tertinggi parti
komunis telah dibuang dari jawatankuasa untuk mengukuhkan lagi kekuasaan Stalin.

Pada 1928, Stalin telah memperkenalkan pelan pembangunan ekonomi sosialis lima tahun bagi
membangunkan ekonomi soviet. Sewaktu era itu, perhubungan perdagangan antarabangsa telah
diperkenalkan oleh Stalin buat kali pertama semenjak revolusi rakyat diadkaan, ianya bertujuan juga
untuk memupuk semangat sosialis dalam rakyat soviet. Dalam sektor perindustrian, kerajaan telah
mengambilalih dan mengawal kesemua syarikat-syarikat pengeluaran dan turut mengambilalih
pelan-pelan pembangunan perindustrian. Dalam bidang pertanian pula, sistem pertanian secara
kolektif telah diperkenalkan ke seluruh negara.

Sewaktu era pemerintahan campurtangan kerajaan, banyak ke kebuluran berlaku di seluruh soviet,
berjuta nyawa melayang, kepada sesiapa yang menentang kerajaan sosialis Stalin akan dihantar ke
penjara Gulag dan dikenakan hukuman kerja berat. Kebangkitan masyarkat terus berlaku terutama
sewaktu era 1930-an. Peristiwa Stalin Great Purge telah menyaksikan banyak ahli Bolshevik Lama
yang terlibat dalam Revolusi Oktober yang pro-Lenin telah ditangkap. Korban peristiwa tersebut
tidak dapat dipastikan berapakah anggarannya. Menurut rekod-rekod Soviet yang terdedah kepada
awam pada tahun 1937 dan 1938, NKVD (polis rahsia soviet) telah menangkap lebih dari satu
setengah juta orang, di antaranya seramai 681 692 telah dihukum tembak. Secara purata 1000
orang ditembak mati selama sehari. Secara keseluruhannya sepanjang tempoj 1937-1938,
sebanyak 10-11 juta telah dihukum tembak. Meskipun bantahan dan pembunuhan secara membabi-
buta itu dilakukan, Kesatuan Soviet tetap berkembangkan menjadi sebuah kuasa ekonomi industri
yang kuat pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia II.

ERA 1930-AN
Pada awal 1930-an, menyaksikan wujudnya kerjasama yang lebih erat antara Barat dan Kesatuan
Soviet. Bermula tahun 1932 hingga 1934, Kesatuan Soviet telah terlibat dalam Persidangan
Perlucutan Senjata Dunia. Pada tahun 1933, hubungan diplomatik antara Amerika Syarikat dan
Kesatuan Soviet diperkukuhkan. Manakala pada bulan September 1934, Kesatuan Soviet
bergabung dengan Liga Bangsa-Bangsa Bersatu. Selepas Perang Saudara Sepanyol dan Sepanyol
berpecah pada tahun 1936, Kesatuan Soviet secara aktif menyokong pasukan republic sepanyol
melawan puak nasionalis sepanyol yang disokong oleh kerajaan Fasis Itali dan rejim Nazi Jerman.

Pada bulan Disember 1936, Stalin melancarkan Perlembagaan Soviet baru. Perlembagaan tersebut
dilihat sebagai kemenangan peribadi bagi Stalin. Yang pada waktu itu digambarkan oleh Pravda
bahawa Stalin sebagai Genius dari dunia baru, orang paling bijaksana zaman itu, pemimpin besar
komunisme. Sebaliknya, sejarawan barat dan sejarawan dari negara-negara bekas penjajahan
Soviet telah memandang perlembagaan sebagai dokumen propaganda Stalin.

Akhir 1930-an, menyaksikan wujudnya pergeseran kekuatan sehingga menjadikan Soviet rapuh.
Pada tahun 1938, selepas Inggeris dan Perancis menandatangani Perjanjian Munich dengan
Jerman, Kesatuan Soviet turut terlibat dengan perjanjian seumpama itu dengan Nazi jerman,
perjanjian yang melibatkan sektor tentera mahupun ekonomi. Kedua-dua negara membuat
perjanjian Nonaggression Jerman-Soviet dan Perjanjian Dagangan Jerman-Soviet. Pakatan
nonaggression membuat pendudukan Soviet di wilayah Lithuania, Latvia, Estonia, Bessarabia,
Bukovina utara, dan Poland timur menjadi semakin kukuh. Pada akhir November tahun yang sama,
bagi memperluaskan sempadan dan penguasaan Soviet ke atas Finland, Stalin telah
memperbesarkan sempadan soviet sejauh 25 kilometer dari Leningrad dan melangkaui sempadan
Finland, lalu Joseph Stalin terus memerintahkan pencerobohan ke atas Finland.

Di timur, tentera Soviet memenangi beberapa peperangan akibat dari pertelingkahan kawasan
sempadan dengan Empayar Jepun pada tahun 1938 dan 1939. Namun, pada bulan April 1941,
Kesatuan Soviet telah bersifat berkecuali dengan menandatangani perjanjian Soviet-Jepun dengan
Empayar Jepun, mengakui autonomi wilayah Manchukuo di negara Jepun.

RUSIA SEWAKTU PERANG DUNIA KEDUA


Pelancar Roket Berganda Katyusha milik Soviet
digunakan sewaktu perang menakluk Berlin pada April 1945.

Walaupun pakar sejarah mengatakan bahawa soviet tidak bersedia sewaktu nazi jerman menyerang
soviet, ternyata sangkaan itu adakalanya tidak tepat kerana sewaktu nazi jerman menyerang soviet,
tentangan yang diberikan soviet agak hebat. Jerman telah memulakan serangan ke atas soviet dan
telah melanggar perjanjian untuk tidak menyerang Kesatuan Soviet. Serangan nazi jerman ke atas
soviet bermula pada 22 Jun 1941, dan dikenali di Kesatuan Soviet sebagai Perang Patriotik Besar.
Tentera Merah berjaya menghentikan kemaraan tentera Jerman sewaktu Pertempuran Moscow,
tambahan pula keadaan musim dingin yang luar biasa yang turut membantu memberhentikan
kemaraan tentera nazi jerman. Pertempuran Stalingrad, yang berlangsung pada tahun 1942 hingga
awal 1943, merupakan pukulan hebat kepada ketumbukan tentera Jerman di mana pada
peperangan sebelumnya, mereka tidak pernah kalah. Setelah pasukan tentera merah memenangi
pertempuran di Stalingrad, pasukan Soviet melintasi kawasan Eropah Timur menuju Berlin
sehinggalah Jerman menyerah kalah pada tahun 1945.
Pemimpin utama Soviet Joseph Stalin, Presiden U.S, Franklin D. Roosevelt
dan Perdana Menteri Britain Winston Churchill sewaktu
perbicangan peperangan menghadapi Nazi Jerman di Tehran pada tahun 1943.

Pada tahun yang sama, Kesatuan Soviet untuk memenuhi termeterainya perjanjian dengan Pihak
Berikat pada Persidangan Yalta, mereka telah mengingkari perjanjian Soviet-Jepun yang telah
diadakan sebelum ini iaitu pada April 1945, dan soviet union telah menyerang wilayah Empayar
Jepun iaitu Manchukuo dan wilayah Jepun yang lain pada 9 Ogos 1945. Konflik ini berakhir dengan
kemenangan Soviet yang telah menyebabkan Jepun akhirnya menyerah tanpa syarat dan
berakhirnya Perang Dunia II.

Kesatuan Soviet banyak kerugian akibat dari peperangan yang berpanjangan, Soviet kehilangan
sekitar 27 juta penduduk. Walaupun begitu, KRSS telah muncul sebagai kuasa ketenteraan dunia
baru yang mengimbang kuasa Amerika Syarikat. Setelah memutuskan hubungan diplomatik dengan
dunia Barat, Kesatuan Soviet menjalinkan hubungan diplomatik dengan hampir setiap bangsa di
dunia ini pada lewat 1940-an. Soviet menjadi ahli tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan
menjadi antara kuasa veto dalam PBB sekitar tahun 1945. Selain itu, Kesatuan Soviet turut menjadi
salah satu daripada lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, yang memberikannya hak kuasa
veto kepadanya dalam setiap resolusi yang dicadangkan negara anggota PBB.

Kesatuan Soviet berjaya mempertahankan statusnya sebagai salah satu dari dua negara kuasa
dunia selama empat dekad melalui hegemoninya di Eropah Timur, kekuatan tentera, kekuatan
ekonomi, bantuan untuk negara-negara membangun, dan kajian ilmiah, terutama di bidang teknologi
ruang angkasa dan persenjataan.

ERA PERANG DINGIN

Setelah tamat Perang Dunia II, Kesatuan Soviet telah dibangunkan semula dari kesan peperangan
dan aktiviti ekonomi dipesatkan, namun kawalan ketat tetap diberikan dan ekonomi tetap dikawal
kerajaan pusat. Ini membantu dalam membina semula negara pasca-perang terutama di negara-
negara Eropah Timur, dan menjadikan negara eropah timur sebagai negara satelit soviet. Malah
mereka turut diikat dengan sebuah perjanjian ketenteraan (Pakatan Warsaw) pada tahun 1955 dan
juga perjanjian pengorganisasian ekonomi (The Council for Mutual Economic Assistance atau
perjanjian Comecon) dari tahun 1949 sehingga 1991. Kemudian, Comecon telah menyediakan
bantuan kepada Parti Komunis China untuk memenangi perang mendapatkan negara china. Malah
pengaruh Soviet turut menular ke negara-negara lain terutama negara dunia ketiga. Takut dengan
perluasan kuasa dan pengaruh Soviet, pihak Inggeris dan Amerika Syarikat telah menjadi seteru
kepada blok sosialis/komunis soviet ini. Perang dingin telah berlaku akibat dari pertelingkahan
diantara blok kapitalis yang dipimpin oleh US dan juga blok komunis/sosialis dipimpin oleh Soviet.

ERA KRUSHCHEV

Merupakan tahap pengaruh paling maksimum Soviet di dunia, tambahan pula setelah berlakunya
Revolusi Cuba pada tahun 1959 oleh Fidel Castro. Stalin meninggal dunia pada tarikh 5 Mac 1953.
Dengan tidak dinamakan pengganti olehnya. Pucuk pimpinan Parti Komunis telah memilih untuk
memerintah Kesatuan Soviet secara bersama-sama. Nikita Khrushchev, yang telah memenangi
perjuangan merebut kuasa pada pertengahan 1950-an, telah mengutuk cara Stalin yang
menggunakan cara penindasan pada tahun 1956 yang menyebabkan wujudnya jurang pergeseran
diantara parti dan masyarakat. Idea kutukan Nikita ini dikenali sebagai de-Stalinisasi.

Moscow menganggap negara Eropah Timur sebagia kawasan penyangga untuk mempertahankan
sempadan barat republik sosialis Soviet. Dan bagi memastikan matlamat tersebut tercapai, Soviet
telah menukar negara-negara Eropah Timur yang menjadi sekutu Soviet sebagai negara satelit
Soviet. Seluruh kekuatan tentera Soviet digunakan untuk mengekang kegiatan pemberontakan anti-
komunis di Hungary dan Poland pada tahun 1956.

Pada akhir 1950-an, telah berlaku sedikit konfrontasi dengan China akibat dari tindakan Soviet
memulihkan hubungan Kesatuan Soviet dengan Barat. Dan menurut Mao Zedong, beliau beranggap
bahawa revolusi diplomatik oleh Khrushchev telah mengarah kepada perpecahan kebanyakan
negara sekutu Soviet. Hal ini mengakibatkan gerakan komunis global menjadi perlahan yang
mengakibatkan rejim Komunis di Albania, Kemboja dan Somalia memilih untuk bersekutu dengan
China dari bersekutu dengan Kesatuan Soviet.

Selama tempoh itu juga, Kesatuan Soviet terus mengeksploitasi bidang sains dan teknologi. Ini
dapat dibuktikan dengan pelancaran satelit buatan pertama manusia, Sputnik 1. Membawa hidupan
ke luar angkasa iaitu seekor anjing bernama Laika, dan kemudian menghantar manusia pertama
keluar ke angkasa iaitu Yuri Gagarin untuk mengorbit Bumi. Pada tahun 1963, Valentina Tereshkova
menjadi wanita pertama di angkasa, dan tahun 1965, Alexey Leonov menjadi orang pertama yang
berjalan di ruang angkasa.

Khrushchev diberi gelaran The Thaw menjadi Khrushchev Thaw, suatu pergeseran kompleks
dalam kehidupan politik, budaya dan ekonomi di Kesatuan Soviet. Itu termasuk beberapa langkah
lebih bersifat keterbukaan dan kenalan dengan bangsa lain dan dasar sosial dan ekonomi baru
dengan lebih menekankan pada barang komoditi, sehingga standard hidup dapat ditingkatkan lagi
secara dramatik tetapi tetap menjaga kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

Khrushchev melancarkan transformasi dalam bidang pertanian dan pentadbiran, walaupun tidak
terlalu produktif. Pada tahun 1962, Soviet menghadapi krisis dengan Amerika Syarikat setelah
Soviet mengeksport peluru berpandu nuklear ke Cuba. Kesatuan Soviet berundur dari Cuba setelah
Amerika Syarikat menjalankan sekatan aktiviti laut ke atas Cuba. Khrushchev telah diturunkan dari
kekuasaan pada tahun 1964.

ERA BREZHNEV

Setelah penurunan kuasa Khrushchev, kepimpinan kolektif terus berlangsung, kepimpinan kolektif
ini diketui oleh Leonid Brezhnev sebagai Setiausaha Umum, Alexei Kosygin sebagai Premier dan
Nikolai Podgorny sebagai Ketua Presidium. Akhirnya setelah sekian lama pemerintahan secara
kolektif ini dijalankan, parti komunis bersepakat melantik Leonid Brezhnev sebagai pemimpin utama
Soviet. Antara usaha beliau ialah pada tahun 1968 Kesatuan Soviet dan Pakatan Warsaw yang
bersekutu telah bersepakat menceroboh Czechoslovakia untuk menghentikan reformasi Praha
Spring yang menginginkan bebas dari kesatuan Soviet.

Leonid Brezhnev dan Jimmy Carter menandatangani


perjanjian SALT II pada 18 Jun 1979 di Vienna.

Brezhnev memimpin sewaktu tempoh perjanjian ketenteraan dengan kuasa Barat (seperti perjanjian
SALT I, SALT II, Anti-Balistik Missile Treaty), namun sepanjang tempoh pemerintahan beliau,
permodenan dan perluasan kuasa ketenteraan Soviet tetap diteruskan.
Pada bulan Oktober 1977, Perlembagaan Ketiga Soviet dengan sebulat suara telah diterima.
Suasana yang berlaku dari kepimpinan Soviet pada waktu kematian Brezhnev pada tahun 1982
adalah suasana yang menyebabkan keadaan politik dalam Soviet tidak berubah dan masih di takuk
lama.

REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN SOVIET

Gorbachev sewaktu mengadakan perbincangan


dengan Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan.

Terdapat dua perkembangan soviet sewaktu era kepimpinan Gorbachev iaitu pertama, semakin
jelas akan runtuhnya struktur Kesatuan Soviet dari sudut ekonomi dan politik, kedua, usaha yang
lembap dalam membaikpulih kesatuan soviet. Kenneth S. Deffeyes dalam bukunya bertajuk Beyond
Oil berpendapat bahawa kerajaan Reagan memberi sokongan kepada Arab Saudi untuk
menurunkan harga minyak ke titik di mana Soviet tidak boleh mendapat keuntungan dari jualan
minyak mentah dari negara mereka.

Selepas Brezhnev, terdapat dua lagi pemimpin soviet iaitu Yuri Andropov yang berusia 68 tahun dan
Konstantin Chernenko yang berusia 72 ketika mereka menjadi pemimpin. Mereka memimpin soviet
tidak lebih dari setahun dan meninggal dunia setelah menjadi pemimpin. Bagi mengelakkan
pemimpin soviet seterusnya memerintah dalam tempoh terlampau singkat, maka pada 1985, Soviet
telah memilih calon pemimpin dari kalangan generasi muda dan Mikhail Gorbachev telah terpilih
untuk menjadi pemimpin Soviet.

Gorbachev banyak membuat perubahan signifikan dalam kepimpinan ekonomi dan parti, iaitu dasar
yang disebut sebagai Prestroika. Selain polisi tersebut, terdapat satu lagi polisi kelolaannya iaitu
dinamakan polisi Glasnost yang memberikan akses maklumat yang lebih bebas kepada rakyat.
Ketumbukan Tentera Soviet Berundur Dari Afghanistan pada 1988

Gorbachev telah bertindak untuk menamatkan Perang Dingin. Pada tahun 1988, Kesatuan Soviet
meninggalkan perang sembilan tahun di Afghanistan dan mula menarik keluar pasukannya. Pada
akhir 1980-an, ia menggantung sokongan ketenteraan bagi negara-negara bekas Kesatuan Soviet,
yang mengakibatkan jatuhnya beberapa rejim komunis. Dengan runtuhnya Tembok Berlin diantara
Jerman Timur dan Jerman Barat yang menuju ke arah perpaduan jerman, kerajaan Soviet juga mula
merudum.

Pada akhir 1980-an, republik Kesatuan Soviet mula bergerak merangka undang-undang kebebasan
kedaulatan terhadap wilayah-wilayah sekutu soviet yang lain. Antara perubahan yang dilakukan
ialah pada Perkara 72 Perlembagaan Kesatuan Soviet, yang menyatakan bahawa setiap republik
sekutu bebas untuk memisahkan diri jika berkehendak. Pada tarikh 7 April 1990, undang-undang
yang telah disahkan ini membolehkan republik-republik dalam soviet untuk memisahkan diri jika
lebih dari dua-pertiga penduduknya memilih untuk berbuat demikian. Maka banyak republik sekutu
soviet mengadakan pilihan raya bebas pertama mereka pada tahun 1990. Banyak dari perundangan
baru ini menghasilkan undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Kesatuan soviet
yang diluluskan sewaktu awal penubuhan USSR/KRSS.

Pada tahun 1989, wilayah Rusia SFSR, yang merupakan republik kesatuan soviet yang terbesar
(setengah dari populasi Soviet) telah mengadakan pemilihan bagi Congress of Peoples Deputies.
Boris Yeltsin terpilih sebagai ketua kongres. Pada tarikh 12 Jun 1990, kongres menyatakan
kedaulatan ke atas wilayah Rusia dan seterusnya berusaha memperkenalkan undang-undang baru
bagi menggantikan undang-undang lama kesatuansoviet. Tempoh pembikina undag-undang baru itu
berlanjutan sehingga selesai pada tahun 1991.
Sebuah referendum bertujuan untuk pemuliharaan Kesatuan Soviet telah diadakan pada tarikh 17
Mac 1991. Referendum ini mendapati majoriti penduduk dari hanya sembilan republik yang ingin
kekal bersama Soviet baru daripada 15 republik sewaktu era KRSS/USSR dahulu. Pada musim
panas tahun 1991, Kesatuan Perjanjian Baru, yang akan telah menukar Kesatuan Soviet menjadi
sebuah persekutuan yang lebih longgar telah diluluskan oleh lapan republik daripada sembilan
republik Soviet yang tinggal.

Yeltsin Berdiri Di Atas Kereta Kebal Sewaktu Piket Ogos 1991.

Penandatanganan perjanjian tersebut bagaimanapun terganggu kerana rampasan kuasa Ogos yang
cuba dilakukan oleh ahli-ahli kerajaan dan pihak KGB yang berusaha untuk melaksanakan kembali
reformasi yang pernah dilakukan oleh Gorbachev dan cuba mengembalikan kembali kawalan
kerajaan pusat ke atas republic sekutu soviet terdahulu. Setelah rampasan kuasa gagal, Yeltsin
dilihat sebagai pahlawan soviet atas tindakannya untuk mengembalikan kuasa soviet walaupun
kekuasaan Gorbachev sebenarnya sudah semakin lemah. Keseimbangan kuasa setiap republic
dianggap menjadi nadi utama dalam mengukuhkan kekuasaan kesatuan Soviet sepertimana dahulu.
Pada bulan Ogos 1991, Latvia dan Estonia mula mengambil langkah untuk merdeka dari kesatuan
soviet, sedangkan dua belas republik bekas soviet yang lain mula semakin berjauhan dari
penguasaan dan pengaruh kesatuan soviet pusat.

Pada tarikh 8 Disember 1991, Presiden Russia, Ukraine dan Belarus telah menandatangani
Perjanjian Belavezha, yang menyatakan Kesatuan Soviet dibubarkan dan menubuhkan
Commonwealth of Independent States (CIS) menggantikan Kesatuan Soviet. Walaupun ada
keraguan dalam penandatanganan perjanjian tersebut ia tetap diteruskan. Pada tarikh 21 Disember
1991, wakil-wakil dari semua republik Soviet kecuali wilayah Georgia menandatangani Protokol
Alma-Ata, yang juga merupakan sebuah perjanjian perpisahan dari kesatuan Soviet. Pada tarikh 25
Disember 1991, Gorbachev berhasil untuk melepaskan diri dari kemelut perpecahan wilayah
kesatuan Soviet dan beliau telah mengundurkan diri dari jawatan Presiden Kesatuan Soviet, dan
menyebabkan secara rasminya pejabat presiden Soviet ditutup. Dia telah menurunkan kekuasaan
kepada Yeltsin yang merupakan Presiden Rusia selepas hancurnya kesatuan Soviet.

Setelah itu, Majlis Tertinggi Soviet iaitu badan tertinggi kerajaan Kesatuan Soviet secara rasminya
terhapus. Dengan itu, maka berlakulah pembubaran rasmi Kesatuan Soviet sebagai sebuah negara
yang berdaulat. Manakala organisasi yang lain seperti tentera Soviet dan pasukan polis Soviet, tetap
terus berfungsi sehingga awal tahun 1992, dan secara berperingkat terus diserap ke dalam negara-
negara yang baru merdeka dari kesatuan Soviet.

Setelah bubarnya Kesatuan Soviet pada 26 Disember 1991, Rusia telah ditubuhkan dan diiktiraf
sebagai sebuah negara berdaulat dan rasmi. Dalam pada itu, Rusia secara sukarelanya menerima
semua bebanan hutang luar negera Soviet dan menyatakan pendiriannya sepertimana sewaktu era
kesatuan Soviet dahulu. Sejak itu, Persekutuan Rusia telah mengambil hak Kesatuan Soviet dan
segala tanggungjawab seperti yang terdahulunya.

POLITIK

Terdapat tiga hierarki bidang kekuasaan di dalam Kesatuan Soviet iaitu cabang perundangan
diwakili oleh Majlis Tertinggi Kesatuan Soviet, kerajaan ini diwakili oleh Majlis Menteri dan Parti
Komunis Kesatuan Soviet. Parti Komunis merupakan satu-satunya parti yang menjadi pembuat
dasar di negara kesatuan tersebut.

PARTI KOMUNIS

Perarakan ketenteraan pada tahun 1983 di Moscow, sempena


memperingati ulang tahun ke-66 Revolusi Oktober.
Banner di atas berbunyi Kemuliaan kepada
Parti Komunis Kesatuan Soviet!

Di bahagian atas kepimpinan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis, terdapat Kongres Parti.
Jawatankuasa pusat bertanggungjawab untuk memilih untuk ketua (Politbiro) (disebut sebagai
Presidium antara 1952-1966), Sekretariat atau Setiausaha Umum (Setiausaha Pertama pada 1953-
1966) dan juga pejabat tertinggi di Kesatuan Soviet. Bergantung kepada pembahagia kuasa,
Politbiro (ketua) dan Setiausaha Agung merupakan suatu badan pemerintah yang kolektif, yang
secara efektif memimpin parti dan negara (kecuali sewaktu tempoh kekuasaan kuku besi Stalin, iaitu
selepas tahun 1941). Mereka tidak dikawal sepenuhnya oleh ahli-ahli dalam parti komunis.

Parti Komunis mempertahankan dominasinya keatas pemerintahan negara melalui kawalan ke atas
sistem perundangan dan pemerintahan. Semua pegawai utama dan timbalan pegawai utama dalam
kerajaan kesatuan Soviet merupakan anggota Parti Komunis Kesatuan Soviet tersebut. Dari pihak
atasan seperti Stalin pada 1941-1953 dan sehingga tempoh 1958-1964 iaitu era pemerintahan
Khrushchev sebagai Premiers (pemimpin utama) kesemuanya dikawal oleh ahli-ahli parti komunis.
Setelah Khrushchev berundur secara paksaan, pemimpin parti dilarang untuk mempengaruhi ahli-
ahli kesatuan yang lain untuk mendapatkan kuasa.

Secara realitinya, pengaruh dan kawalan ke atas kerajaan tetap di bawah pengaruh parti komunis
iaitu melangkaui sistem birokrasi dalam negara, terutama selepas kematian Stalin.

SISTEM KERAJAAN

Istana Grand Kremlin, kediaman dan pejabat rasmi Supreme


(pemerintah) Soviet pada tahun 1982.
Sidang Supreme Soviet (iaitu pengganti kepada sidang Congress of Soviets dan Central Executive
Committee) merupakan badan pemerintahan dan pentadbiran tertinggi dalam kerajaan kesatuan
Soviet. Bagaimanapun badan ini hanyalah badan bonek kerana segala keputusan dan dasar
pemerintahan kerajaan kesatuan Soviet merupakan dasar dan arahan dari parti komunis Soviet itu
sendiri. Namun pada akhir era 1950-an, badan ini semakin diberikan kuasa untuk memerintah dan
mempunyai kuasa untuk memberikan arahan dari kerajaan pusat kepada republic Soviet bersekutu
yang lain. Pada era 1960-an dan 1970-an, akibat dari perluasan kuasa sidang supreme Soviet ini, ia
mendapat kuasa pemerintahan yang lebih penuh apabila pelan rancangan ekonomi lima tahun
Soviet mula dilancarkan. Malah pelan itu turut merangkumi kaedah dan perbelanjaan kerajaan
kesatuan Soviet yang sudah semestinya memberikan kuasa kewangan kepada sedang dewan ini.
Sidang Supreme Soviet ini biasanya bersidang selama 2 tahun sekali bagi memilih seorang
pemerintah ulung dengan kesepakatan kesemua ahli tertinggi parti komunis, sidang ini turut
mempunyai kuasa memilih Procurator General dan Majlis Menteri Soviet (yang sebelum 1946
dikenali sebagai Council of Peoples Commissars). Sidang ini diketuai oleh seorang pengerusi
sidang (Premier) dan banyak bertanggunjawab membentuk dasar sosial dan ekonomi kerajaan
kesatuan Soviet. Manakala bagi peringkat wilayah republic bersekutu kesatuan Soviet, segala
pemilihan dan dasar hendaklah diasaskan kepada dasar dan sistem pemilihan seperti di peringkat
pusat. Pada asasnya, kesemua dasar pemerintahan menjurus kepada kehendak satu parti sahaja
iaitu Parti Komunis Soviet sehingga 1990.

Polis rahsia kesatuan Soviet (KGB dan beberapa lagi badan rahsia soviet) memainkan peranan
penting dalam memastikan survival politik soviet berterusan. KGB menjadi salah satu alat
keganasan oleh Stalin dalam memperkasakan kekuasaannya, namun setelah kematian Stalin, KGB
telah diletakkan di bawah kawalan sepenuhnya oleh Parti Komunis dengan penyimpanan rahsia
yang besar berbanding CIA dan FBI. Di bawah pengerusi KGB pada tahun 1967 hingga 1982 iaitu
Yuri Andropov dan Setiausaha Agung dari 1982 hingga 1983, KGB telah banyak terlibat dalam
memastikan survival politik komunis soviet terus kukuh dan memainkan peranan penting dalam
kegiatan pengintipan mengalahkan CIA dan FBI, KGB turut memainkan peranan penting dalam
memastikan tiada sebarang pembelotan dalam Parti Komunis sendiri terutama sewaktu era Perang
Dingin. KGB turut memainkan peranan membasmi kegiatan rasuah dan penyeludupan maklumat
rahsia dari Soviet ke luar negara.

PEMBAHAGIAN KUASA DAN REFORMASI

Perlembagaan Soviet yang diwujudkan pada 1918, 1924, 1936 dan 1977, tidak pernah menghadkan
kuasa pemerintahan kerajaan pusat Soviet. Tiada pembahagian kuasa formal yang wujud diantara
kekuasaan parti komunis soviet, dewan Supreme Soviet dan Majlis Menteri Soviet. Ini kerana parti
komunis Soviet sebelum itu iaitu Parti Bolsheviks percaya bahawa pembahagian kuasa akan
menyebabkan golongan yang kaya akan menindas golongan miskin/bawahan. Pembahagian kuasa
bidang legislatif dan eksekutif tidak pernah wujud. Sistem ini tidak pernah diubah oleh pemerintah
selepasnya. Kebanyakan pemerintah parti komunis sebelum era pemerintahan Gorbachev
meninggal dunia sewaktu di tampuk pemerintahan kecuali Georgy Malenkov dan Khrushchev yang
diturunkan dari kekuasaan oleh parti komunis soviet sebelum kematian mereka.

Sekumpulan pihak bersenjata kerajaan Soviet sedang dikelilingi


oleh para perusuh di Bandar Moscow sewaktu Rusuhan/Demonstrasi Ogos 1991.
Pada tempoh 19881990, sewaktu berhadapan dengan pihak pembangkang yang tidak ditauliah
yang baru muncul, Mikhail Gorbachev telah melakukan perubahan yang besar dalam sistem
pemerintahan kerajaan kesatuan soviet iaitu dengan membebaskan sidang Supreme Soviet dari
belenggu dan pengaruh Parti Komunis Soviet. Sidang Congress of Peoples Deputies telah
ditubuhkan secara rasminya dengan ahlinya kebanyakan dipilih melalui pilihanraya pada Mac 1989.
Kongres inilah yang akhirnya bertanggungjawab memilih ahli untuk sidang Supreme Soviet, yang
akhirnya menjadi sebuah parlimen sepenuhnya yang bebas dari pengaruh parti komunis dan
mempunyai kuasa sepenuhnya. Sidang Supreme Soviet ini merupakan badan yang besar dan
bertanggungjawab membuat dan menjalankan dasar Soviet semenjak tahun 1920-an lagi,
bagaimanapun sebelum ini, sidang ini hanyalah boneka pemerintah kerana segala dasar dan
keputusan Soviet bergantung kepada dasar dari Parti Komunis Soviet dan juga Majlis Menteri
Soviet. Pada 1990, Gorbachev telah memperkenalkan jawatan presiden bagi negara Kesatuan
Soviet iaitu menumpukan tugasan bidang eksekutif bagi presiden, membebaskan parti dari
mempengaruhi pemerintahan, dan beliau turut menyusun semula organisasi pemerintahan negara.

Pertelingkahan politik diantara Gorbachev dan puak reformasi yang dipimpin oleh Boris Yeltsin
menjadi lebih tegang. Pada 19 hingga 21 Ogos 1991, sekumpulan puak reformasi pemerintahan
telah mengadakan rusuhan dan perhimpuan menuntut Gorbachev turun dari kekuasaannya.
Bagaimanapun reformasi ini gagal dan Majlis pemerintahan Soviet di bawah Gorbachev tetap
diwujudkan dan berfungsi tanpa kekangan. Bagaimanapun akibat tentangan yang terus menekan
dan berterusan, Gorbachev terpaksa meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Soviet, dan hanya
jawatan Presiden bagi Kesatuan Soviet sahaja yang tinggal bagi memerintah Kesatuan Soviet yang
semakin terhakis kuasanya.

SISTEM KEHAKIMAN SOVIET

Bidang kehakiman merupakan kuasa yang tidak berfungsi sepenuhnya walaupun sememangnya
diwujudkan oleh pemerintah. Sidang Supreme Court bertindak selaku pemerhati dan pemerintah
bagi segala keputusan yang diputuskan oleh mahkamah kecil (Peoples Court) dan segala undang-
undang di semua wilayah haruslah mengikut dasar Perlembagaan Kesatuan Soviet dan juga
keputusan dari persidangan Sidang Supreme Soviet. Bidang kehakiman di Soviet hamper sama
dengan bidang kehakiman sewaktu empayar Rom di mana sistem kehakiman harus disandarkan
kepada kebenaran dari pihak yang teraniaya.

BIDANG KUASA POLITIK

Secara perlembagaannya, kesatuan soviet terdiri daripada beberapa republik sosialis soviet (SSRs)
dan juga wilayah utama soviet iaitu Russian Soviet Federative Socialist Republic (RSFSR),
walaubagaimanapun kesatuan ini tertakluk dibawah perlembagaan dan undang-undang di bawah
kelolaan Parti Komunis Soviet. Perjanjian penubuhan Soviet Unio telah dipersetujui pada Disember
1922 oleh 4 wilayah asas kesatuan soviet iaitu terdiri daripada wilaya Rusia SFSR, Transcaucasian
SFSR, Ukhrain SSR dan Belarus SSR. Pada 1924, sewaktu persempadanan semula beberapa
buah negara di asia tengah, wilayah uzbek dan turkmen SSR telah bersatu menjadi salah satu
wilayah di dalam wilayah soviet Turkestan ASSR dan beberapa wilayah lain seperti Khorezm dan
Bukharan SSR turut terlibat sama. Dalam tahun 1929, wilayah Tajik SSR telah dipisahkan dari
wilayah utamanya iaitu Uzbek SSR. Maka dengan perwujudan semula perlembagaan Soviet 1936,
wilayah Transcaucasian SFSR telah dinamakan semula sebagai wilayah Georgian, Armenian dan
Azerbaijan SSR. Manakala wilayah Kazakh dan Kirghiz SSR pula dipisahkan dari wilayah Russian
SFSR. Dalam bulan Ogos 1940, Kesatuan Soviet telah membentuk wilayah baru yang dinamakan
wilayah Moldavian SSR iaitu sebahagian besar dari wilayah Ukhrain SSR.

Persempadanan semula wilayah Kesatuan Soviet itu juga melibatkan beberapa lagi wilayah seperti
Estonian, Latvian dan Lithuanian SSR. Wilayah Karelo-Finnish SSR telah disempadan keluar dari
wilayah Russian SFSR pada Mac 1940 namun dimasukkan kembali ke dalam wilayah Russian
SFSR pada 1956. Antara Julai 1956 dan September 1991, terdapat 15 republik kesatuan Soviet.
(sila lihat jadual dan peta di bawah)
Pada 16 November 1988, sidang Supreme Soviet di wilayah Estonian SSR telah mengeluarkan
Deklarasi Estonian Sovereignty yang telah mengisytiharkan bahawa undang-undang Estonian sah
untuk dikuatkuasakan melepasi undang-undang soviet yang sedia ada. Pada Mac 1990, pilihanraya
baru untuk memilih ahli sidang Supreme Soviet bagi wilayah Lithuanian SSR telah diadakan dan
menjadi penanda aras untuk kemerdekaan wilayah itu dari Kesatuan Soviet. Langkah ini
kemudiannya diikuti oleh wilayah Georgian melalui sidang Supreme Sovietnya pada April 1991.
Selepas rusuhan dan tunjuk perasaan reformasi pada Ogos 1991, kebanyakan republik bekas
Soviet telah mengikut jejak langkah beberapa wiayah yang telah merdeka. Kesatuan Soviet akhirnya
mengesah dan mengiktiraf kedaulatan dan kemerdekaan wilayah Estonia, Latvia dan Lithuania dari
kesatuan Soviet pada 6 September 1991. Manakala republik yang masih tinggal mencapai
kemerdekaan mereka setelah Kesatuan Soviet secara rasminya dibubarkan pada bulan Disember
1991.

EKONOMI

Empangan DneproGES, salah satu dari


empangan hidroelektrik dalam wilayah Kesatuan Soviet.

Kesatuan soviet menjadi negara pertama yang melancarkan pelan rancangan ekonomi lima tahun,
dimana segala pengeluaran produk dan pemasaran serta perdagangan dikawal sepenuhnya oleh
kerajaan pusat soviet di Russian SRSF. Pengalaman parti Bolshevik sewaktu era pemerintahan Tsar
yang menindas masyarakat miskin menjadi polisi utama pihak Komunis dalam memerangi pihak
kapitalis, iaitu langkah menasionalkan perindustrian, memusatkan pengeluaran produk negara,
menambahbaik bidang tanaman dan pertanian, menghapuskan pusingan duit yang tidak adil,
termasuk memiliknegarakan segala industri yang bersifat swasta dan hanya berdasarkan
keuntungan semata. Setelah kejatuhan ekonomi sewaktu perang dunia pertama, pada 1921, Lenin
telah menggantikan pelan ekonomi War Communism dengan New Economic Policy (NEP), iaitu
menubuhkan perdagangan bebas dan perubahan polisi perdagangan dengan negara luar.
Akibatnya, ekonomi Soviet Union kembali menjadi kukuh.
Kesatuan soviet telah menggunakan pelan pembangunan ekonomi lima tahun setelah selesai
perang dunia kedua bagi membangunkan semula ekonominya setelah kemusnahan akibat perang,
(ianya berbeza dengan AS kerana AS menggunakan pelan ekonomi berdasarkan ekonomi semasa),
manakala Soviet menggunakan pelan berasaskan kepada kewujudan teknologi dalam
membangunkan pelan ekonomi. Pada awal tahun 1980-an, pihak pakar ekonomi AS telah
melancarkan projek Socrates untuk mengkaji mengenai persaingan yang wujud dalam bidang
ekonomi dan ketenteraan dengan Soviet pada masa itu dan mas akan datang. Projek Socrates telah
dapat mengenalpasti bahawa kesatuan Soviet telah melaksanakan pelan ekonomi berasaskan
teknologi secara agresif berbanding AS, malah teknologi yang dibangunkan oleh Soviet turut
melibatkan teknologi dari AS sendiri. Rancangan ekonomi Soviet itu juga membuatkan Soviet dapat
menyaingi kehebatan bidang ketenteraan AS, walaupun skala ekonomi Soviet adalah lebih kecil
berbanding skala ekonomi yang dikuasai AS.

Kerana perbahasan dan pertelingkahan mengenai polisi ekonomi yang tegang diantara
jawatankuasa tertinggi parti komunis sepanjang tahun 1928 1929 sehingga menyebabkan kawalan
terhadap negara semakin berkurang, maka Joseph Stalin telah mengabaikan seketika pelan
ekonomi NEP dan dia menekankan pemusatan kegiatan ekonomi di kerajaan pusat soviet. Dengan
polisi ekonomi baru ini, banyak sumber-sumber bahan mentah telah dihantar terus kepada kerajaan
soviet pusat dari kesemua wilayah republik bersekutu soviet. Polisi ini telah menyebabkan
berkembangnya industri berat di Soviet dan peningkatan pengeluaran barangan tempatan sekitar
era 1930-an. Persediaan ke arah menghadapi perang dunia kedua merupakan salah satu dari faktor
penggalak kepada Soviet untuk memperbesarkan kegiatan perindustriannya, selain itu faktor
ketidakpercayaan terhadap negara kapitalis luar juga membuatkan Soviet memperkembangkan
kegiatan ekonominya sendiri. Akibatnya, Soviet telah bertukar dari kerajaan berteraskan pertanian
kepada sebuah kuasa ekonomi berteraskan perindustrian. Ini secara tidak langsung telah memandu
Soviet ke arah menjadi salah satu kuasa dunia selepas perang dunia kedua. Sewaktu perang dunia
kedua, ekonomi dan infrastruktur Soviet telah mengalami kemunduran yang dasyhat sehingga
memerlukan begitu banyak pembaharuan setelah perang selesai.

Pada awal era 1940-an, ekonomi Soviet menjadi semakin teguh apabila wujudnya pengenalan
produk keluaran Soviet iaitu produk Comecon, namun begitu hanya segelintir kecil sahaja dieksport
kerana permintaan dalam negara sendiri sudah memadai. Setelah wujudnya persepakatan blok
barat/kapitalis, perdagangan diantara soviet dan negara barat menjadi semakin baik. Walaupun
demikian, Soviet masih menjalankan polisi ekonomi yang tertutup dengan menghadkan monopoli
kegiatan ekonomi oleh firma luar soviet dan memaksa pengeluar untuk menurunkan harga untuk
memberikan peluang kepada rakyat miskin mampu membelinya. Sepanjang kempen perang dingin
setelah tamatnya perang dunia kedua, ekonomi Soviet mula menjadi terbeban kerana terpaksa
membelanjakan kewangan untuk pembangunan ketenteraan. Pada masa yang sama,Kesatuan
Soviet tetap menjadi pengeksport terbesar ke negara-negara dunia ketiga. Kebanyakan sumber
pengeluaran soviet didapati dari wilayah-wilayah republik soviet yang lain.

Bermula seawall era 1930-an sehinggalah Kesatuan Soviet tumbang pada akhir 1980-an, cara
sektor ekonomi Soviet diuruskan tidak pernah berubah. Polisi ekonomi ini dijalankan secara
berpusat, dijalankan oleh suatu badan yang dinamakan sebagai Gosplan dan ianya diorganisasikan
dengan plan ekonomi 5 tahun tersebut. Bagaimanapun, seluruh dasar dan polisi ekonomi Soviet
banyak dipengaruhi oleh pucuk pimpinan parti komunis Soviet. Namun demikian, pengagihan bahan
dan sumber serta pendapatan negara tetap sekata kepada setiap masyarakat. Disebabkan itulah
harga barangan dalam Soviet telah diputuskan oleh pihak atasan Soviet, selain dari perbicangan
mengenai harga tersebut turut diadakan oleh pihak atasan.

Beberapa perkhidmatan awam biasanya di bawah kendalian kerajaan sepenuhnya seperti sektor
pendidikan dan juga kesihatan awam. Dalam bidang pengeluaran, bidang industri berat dan industtri
ketenteraan amat menjadi keutamaan dalam kerajaan Soviet berbanding barangan awam dan
produk makanan. Barangan awam dan produk makanan terutama di luar Bandar sentiasa kehabisan
stok, di dalam keadaan kualiti yang tidak baik dan tidak mempunyai banyak pilihan. Di bawah
ekonomi kawalan ketat seperti ini, pembeli sememangnya tiada sebarang pengaruh kepada sesuatu
produk. Ini kerana barangan yang dihasilkan tidak mempunyai pilihan dan pengguna tidak boleh
bertindak memboikot barangan tersebut kerana ketiadaan bahan pengganti yang lain.

Sepanjang era 1950-an dan 1960-an, ekonomi Soviet mula menunjukkan tanda kebangkitan dan
semakin mampu menyaingi ekonomi blok kapitalis barat. Bagaimanapun selepas tahun 1970,
pertumbuhan menjadi semakin kukuh dan mula memuncak, dan kadar pertumbuhan tersebut lebih
cepat dari beberapa negara eropah yang lain.

Secara kesimpulannya, diantara tempoh 1960 hingga 1989, kadar pendapatan per kapita rakyat
Soviet Soviet berada pada tahap yang tinggi berbanding negara lain di dunia (berpandukan 102
buah negara dunia yang lain). Dengan peningkatan yang tinggi dalam pelaburan sektor fizikal,
meningkatnya kadar penduduk yang mempunyai pendidikan tinggi, dan peningkatan populasi
penduduk yang rendah sepatutnya ekonomi Soviet berkembang lebih baik dari semasa. Menurut
Stanley Fischer dan William Easterly, peningkatan ekonomi Soviet merupakan antara yang terburuk
dalam dunia. Berdasarkan kiraan mereka, pendapatan per kapita rakyat Soviet sepatutnya dua kali
ganda lebih tinggi sewaktu 1989, ini kerana kadar pelaburan yang tinggi, pendidikan dan populasi
penduduk berada pada tahap yang optimum. Penulis menyatakan bahawa rendahnya tahap
pengeluaran produk utama Soviet telah menyumbang kearah rendahnya pendapatan per kapita
rakyat soviet.

Pada 1987, Mikhail Gorbachev telah cuba untuk memulihkan kembali ekonomi Soviet sepertimana
era 1950an dan 1960-an dengan melancarkan program polisi ekonomi dinamakan perestroika. Polisi
ini memberikan lebih kebebasan firma dalam negara dari campurtangan kerajaan, tetapi firma
tersebut tetap di dalam pemerhatian kerajaan untuk mengelakkan penyelewengan. Ekonomi Soviet
secara umumnya telah mengalami pengurangan kerana berkurangnya hasil dari eksport minyak
mentahnya, dan ini menjadi satu tanda ke arah keruntuhan empayar kuasa besar Soviet. Harga
minyak yang tidak banyak berubah menyebabkan bebanan kewangan Soviet semakin parah
sehinggalah keruntuhannya pada tahun 1991. Bermula tempoh tamatnya perang dunia kedua
sehinggalah keruntuhan Soviet, ekonomi Soviet menduduki tempat kedua tertinggi dalam dunia
melalui KDNK (PPP).

SEKTOR TENAGA

Sebuah setem yang dikeluarkan Soviet sewaktu ulangtahun ke-30


penubuhan International Atomic Energy Agency (IAEA)

Kadar penggunaan minyak mentah oleh Soviet meninggal bermula tahun 1970-an sehingga lewat
1980-an, ianya termasuk permintaan minyak mentah bagi keperluan komersial dan juga awam.
Pada mulanya, kadar permintaan minyak mentah meningkat mendadak, namun kembali
berkurangan sewaktu tahun 1970 hingga 1975. Dari 1975 hingga 1980, permintaan minyak menjadi
semakin berkurangan iaitu skeitar 2.6 peratus penggunaan sahaja. David Wilson, seorang
sejarawan percaya bahawa pengeluaran minyak mentah dari Soviet seharusnya mencakupi 40%
pengeluaran minyak mentah dunia dan akan mencapai tahap sedemikian di masa akan datang.
Bagaimanapun teori beliau tidak dapat dibuktikan kerana runtuhnya Soviet pada 1991. Kesatuan
Soviet secara teorinya telah mengalami kadar pertumbuhan ekonomi antara 2 2.5 % sewaktu era
1990-an. Ini kerana banyaknya sumber tenaga di dalam wilayah Soviet. Bagaimanapun,
kemampuan pengeluaran tenaga Soviet tetap mempunyai masalah besar kerana negara Soviet
banyak menggunakannya untuk program persenjataan perang dan terpaksa bersaing sengit dengan
beberapa negara blok kapitalis (sewaktu era Gorbachev).

Dalam tahun 1991, secara keseluruhannya, Kesatuan Soviet memiliki jaringan paip tenaga meliputi
82 000 kilometer yang menyalurkan minyak mentah ke seluruh Soviet dan 206,500 kilometer lagi
paip yang menyalurkan gas asli ke seluruh Soviet. Petroleum serta bahan berasaskan petroleum,
gas asli, bijih besi dan keluli, kayu-kayan, produk pertanian, alat-alat mesin dan mekanikal, senjata
dan kelengkapan ketenteraan telah menjadi sumber eksport utama Soviet. Pada era 1970-an dan
1980-an, Kesatuan Soviet berjaya mengeskport banyak minyak mentah dan dapat meraih
keuntungan yang tinggi dari kegiatan eksport minyak mentah tersebut. Kemuncaknya ialah pada
tahun 1988, Soviet merupakan pengeluar utama minyak dunia dan pengeksport kedua terbanyak
minyak mentah di belakang Arab Saudi.

Salah sebuah reaktor nuklear Soviet (Chernobyl) yang meletup


hingga menyebabkan penyebaran radiasi yang tinggi sehingga
ke benua Eropah yang menjadi krisis nuklear terbesar di dunia.

SAINS & TEKNOLOGI


Kesatuan Soviet mempunyai tahap ketinggian teknologi dan sains melebihi kemajuan ekonomi
mereka sendiri. Antara kemajuan teknologi yang menjadi simbol kepada soviet ialah berjaya
membina satelit pertama di dunia, yang banyak digunakan untuk kegiatan ketenteraan. Lenin
percaya bahawa Kesatuan Soviet tidak mungkin dapat mengawal dunia sekiranya masih
ketinggalan dari sudut teknologi. Pihak berkuasa dan barisan kepimpinan Soviet turut mempercayai
kata-kata dari Lenin itu dan mereka mula membina jaringan teknologi yang luas, dan menjalankan
agenda pembangunan dan penyelidikan teknologi. Pada 1989, saintis Soviet menjadi antara saintis
terbaik dan pakar dalam pelbagai bidang penyelidikan mereka meliputi bidang tenaga fizik, bidang
perubatan yang kritikal, matematik, pengimpalan logam dan teknologi ketenteraan. Namun akibat
dari kerenah birokrasi dalam pentadbiran dan campurtangan pihak parti komunis, Soviet lebih
ketinggalan di dalam bidang kimia, biologi dan komputer berbanding negara blok kapitalis.

Projek Socrates, sewaktu era pemerintahan Reagan di AS telah berjaya dikenalpasti oleh pihak AS
kerana sistem teknologi yang diselidik dan dibangunkan oleh Soviet lebih berlainan dengan
teknologi di AS. Jikalai di AS, ekonomi banyak digunakan untuk menjalankan penyelidikan dan
pembangunan sains dan teknologi meliputi sektor swasta dan awam. Tetapi berbeza dengan Soviet
yang menekankan pembangunan teknologi untuk mengawal dunia dari cengkaman blok kapitalis,
termasuk mengukuhkan pengaruh mereka di dalam persaingan pembangunan teknologu. Ini
termasuk bagi memastikan AS tidak dapat memonopoli kegiatan pembangunan teknologi.
Bagaimanapun, kegiatan penyelidikan dan pembangunan teknologi di Soviet lebih bersifat tertutup
dan dikawal kerajaan.

JARINGAN PENGANGKUTAN

Bendera Syarikat Penerbangan Awam Aeroflot sewaktu era Soviet

Kegiatan pengangkutan merupakan dari aspek penting dalam merancakkan kegiatan ekonomi.
Polisi pemusatan kegiatan ekonomi bermula seawall tahun 1920-an sehingga 1930-an telah
menggalakkan kepada pembinaan jaringan perhubungan dan pengangkutan dalam skala yang
besar. Ianya menjadi semakin rancak setelah wujudnya jaringan pengangkutan udara di bawah
kendalian Aeroflot, sebuah syarikat penerbangan awam di Soviet. Soviet mempunyai jaringan
pengangkutan yang amat luas meliputi darat, udara dan laut. Bagaimanapun akibat dari kurangnya
kualiti penyelenggaraan, kebanyakan jalan raya, pengangkutan air dan pengangkutan udara Soviet
menjadi agak ketinggalan dan mempunyai teknologi yang terkebelakang berbanding negara blok
kapitalis.

Jaringan jalan rel keretapi di Soviet merupakan jaringan keretapi yang terpanjang dan paling
berkesan di dunia. Kebanyakan jalan keretapi dibina di wilayah-wilayah di sebelah barat Soviet.
Pada akhir 1970-an dan awal 1980-an, ekonomi Soviet terpaksa menumpukan kepada kegiatan
menyelenggara dan membina jaringan jalanraya yang baru dan terpaksa melupakan sebentar
beberapa aspek ekonomi yang lain. Jaringan jalanraya dan industri automotif masih di bawah paras
memberangsangkan, masih kelihatan jalan raya yang tidak dibersihkan dan diselenggera dengan
betul di dalam kota Soviet. Projek penyelenggaraan yang dilaksanakan kerajaanSoviet membuktikan
bahawa ianya tidak mampu untuk mencakupi kesemua jalan raya yang telah dibina. Pada awal
pertengahan tahun 1980-an, pihak berkuasa Soviet cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan
menjalankan beberapa lagi projek membina jalan baru menggantikan jalan lama yang tidak mampu .
Namun begitu, industri pengeluaran kereta lebih cepat berkembang berbanding pembinaan
jalanraya untuk kereta tersebut bergerak. Ini menyebabkan berlakunya kekurangan kemudahan
awam jalan raya di seluruh Soviet.

Selain dari persekitaran jalan raya yang tidak elok akibat tidak diselenggara, sistem trafik yang
sudah tidak efisien turut menjadi masalah, kurangnya pelaburan dalam bidang kemudahan awam,
berlakunya banyak rasuah dalam projek kemudahan awam dan pelbagai lagi masalah telah
menyesakkan masyarakat yang inginkan kemudahan yang lebih baik.

Bagi pengangkutan air pula, Soviet merupakan negara yang paling banyak menggunakan
pengangkutan air dan ianya menjadi pilihan utama kerana lebih berkesan dan kos penyelenggaraan
yang lebih murah dan tidak sulit.

DEMOGRAFI
Jumlah populasi di Kesatuan Soviet (merah) dan
selepas kejatuhan Soviet (biru) bermula 1961 hingga 2009.
50 tahun pertama dalam kurun ke-20 meliputi kepimpinan Tsar dan juga Soviet menunjukkan ramai
rakyatnya kehilangan nyawa akibat dari pelbagai sebab dan dalam skala yang besar. Kematian
sewaktu Perang Dunia Kedua dan juga sewaktu Perang Saudara Rusia telah menunjukkan jumlah
kematian melibatkan 18 juta nyawa, manakala pada era 1930-an sebanyak 10 juta nyawa terkorban
dan lebih 26 juta nyawa terkorban sewaktu perang dunia kedua antara tahun 1941 1945.
Keseluruhan demografi populais manusia Soviet selepas perang dunia kedua adalah sebanyak 45
hingga 50 juta lebih kecil berbanding jumlah populasi sebelum perang dunia kedua.

Selepad pembentukan Soviet, kadar kelahiran telah berkurang dari 44.0 kelahiran per 1000
penduduk pada 1926 kepada hanya 18.0 kelahiran per 1000 penduduk pada tahun 1974,
disebabkan oleh berlakunya urabanisasi dalam penempatan dan naiknya tahap umur purata
perkahwinan. Walaubagaimanapun, kadar kematian turut sama mengalami penurunan, iaitu dari
kadar 23.7 per 1000 penduduk pada tahun 1926 kepada 8.7 per 1000 penduduk pada tahun 1974.
Secara keseluruhannya, kadar kelahiran bayi di wilayah selatan Soviet seperti di Transcaucasia dan
Asia Tengah lebih tinggi berbanding wilayah Kesatuan Soviet di bahagian utara. Soviet eropah mula
mengalami penurunan kadar kesuburan rakyatnya, manakal wilayah Soviet Asia Tengah tetap
mengalami peningkatan kadar kesuburan rakyatnya yang sekata.

Pada lewat era 1960-an dan era 1970-an menunjukkan berlakunya penurunan kadar mortaliti rakyat
Soviet, terutama dalam kalangan kaum lelaki yang bekerja, tetapi ianya masih kurang memberi
kesan kepada beberapa wilayah lain seperti wilayah Slavi. Sebuah analisis rasmi yang dikeluarkan
pada akhir era 1980-an menunjukkan selepas kadar mortaliti yang rendah sekitar 1970-an dan awal
1980-an, kadar mortaliti kaum dewasa meningkat semula. Kadar mortaliti penduduk Soviet mula
meningkat dari 24.7% pada 1970 kepada 27.9% pada 1974. Sesetengah kajian mendapati bahawa
kadar mortaliti tersebut benar kerana dikaji secara realistik, akibat dari peningkatan kemudahan
kesihatan dan kurangnya jangkitan penyakit. Bagaimanapun setelah pendedahan tentang mortaliti
tersebut diterbitkan, pihak Soviet telah mula menghentikan sebarang kajian mengenainya dalam
masa 10 tahun selepas itu. Demografi di Soviet dan kemudahan perubatan di Soviet dirahsiakan
buat sementara sehingga dihebahkan bahawa mortaliti Soviet meningkat pada lewat era 1980-an.

PENDIDIKAN

Pelajar-pelajar dari wilayah Soviet yang sedang berkunjung ke wilayah Milovice, Czechoslovakia
pada 1985.

Sebelum 1917, sewaktu pemerintahan empayar Tsar Rusia, pendidikan tidak dijalankan secara
percuma, ini bagi menghadkan kehadiran anak-anak golongan petani dan bawahan dari
mendapatkan pendidikan formal. Dianggarkan bahawa pada tahun 1917, sekitar 75% hingga 85%
rakyat Rusia tidak pandai membaca dan menulis (buta huruf).

Anatoly Lunacharsky telah menjadi menteri pertama yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal
pelajaran di Kesatuan Soviet Rusia. Pada permulaannya, pihak berkuasa Soviet berusaha untuk
menghapuskan gejala buta huruf dalam kalangan rakyat Rusia. Sesiapa sahaja yang tidak buta
huruf boleh dilantik sebagai guru untuk mengajar. Dalam jangka masa yang pendek sahaja, bilangan
guru yang diserap walaupun tidak berkualiti bertambah dan pada 1940, Joseph Stalin telah
menguar-uarkan bahawa gejala buta huruf dapat dibanteras dengan jayanya. Selepas perang dunia
kedua, bidang pendidikan Soviet diperkembangkan dengan pesatnya sejajar dengan hasrat untuk
melahirkan ramai cerdik pandai rusia. Kesan pengembangan pendidikan memberikan impak yang
cukup hebat. Pada 1960-an, boleh dikatakan kebanyakan kanak-kanak di Soviet diberikan peluang
untuk mendapatkan pelajaran. Hanya kelompok yang berada terlalu jauh ke dalam pedalaman
sahaja tidak mempunyai pelajaran kerana ketiadaan akses kepada pendidikan. Nikita Khrushchev
telah berusaha menjadikan aspek pendidikan lebih mudah untuk diakses sesiapa sahaja walau di
mana mereka tinggal. Ini kerana pendidikan merupakan sesuatu yang amat penting dan menjadi
satu kehendak masyarakat.

Akses kepada pendidikan tinggi walaubagaimanapun masih lagi terhad. Hanya 20% peratus
permohonan kemasukan ke institut pendidikan tinggi diluluskan setiap tahun. Selebihnya akan mula
memasuki alam pekerjaan dan ada yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di sekolah
vokasional dan teknik. Students from families of dubious political reliability were barred from higher
education.[109] Sewaktu era pemerintahan Brezhnev, suatu dasar pendidikan tinggi baru
diperkenalkan dengan setiap permohonan haruslah mendapat kelulusan dari masyarakat atau
pemimpin masyarakat setempat. Mengikut statistic pada tahun 1986, dari jumlah 10 000 pendidik,
hanya 181 individu sahaja yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institut pendidikan tinggi di Soviet
berbanding 517 dari 10 000 rakyat AS yang berjaya memasuki pendidikan tinggi sewaktu itu.

KUMPULAN ETNIK & KAUM

Kesatuan Soviet merupakan negara yang paling banyak mempunyai etnik dan kaum, dengan lebih
100 etnik yang berada di pelbagai pelusuk Soviet. Keseluruhan jumlah populasi Soviet ialah sekitar
293 juta pada tahun 1991. Bepandukan kepada jangkaan pada tahun 1990, majoriti penduduknya
adalah berbangsa Rusia (50.78%), diikuti bangsa Ukhrain (15.45%) dan bangsa Uzbeks (5.84%).

Kebanyakan warganegara Soviet mempunyai pelbagai keunikan tersendiri. Jenis etnik bagi setiap
anak-anak akan dipilih sendiri oleh kedua ibubapa mereka setelah mereka mencapai umur 16 tahun.
Sekiranya tiada kata putus dari ibubapa mereka, maka kanak-kanak tersebut dikira memiliki etnik
atau kerakyatan kaum yang sama seperti ibunya. Tetapi pada kebiasaannya, bagi kelompok minoriti
yang terllau kecil, mereka akan digabungkan dengan minoriti yang lain dan menjadi kelompok
majoriti lebih besar. Sebagai contohnya etnik minoriti Mingrelians yang tinggal berhampiran wilayah
Georgian SSR, yang diklasifikasikan sebagai salah satu etnik Georgia. Terdapat sesetengah etnik
yang secara sukarela bergabung dengan etnik lain dan ada kalanya terpaksa dipaksa oleh pihak
pentadbiran Soviet bagi mengelakkan perpecahan dan pemberontakan. Bangsa Rusia, Belarus dan
Ukhrain banyak berkongsi asas kebudayaan yang sama, sementera sesetengah etnik lain tidak.

KESIHATAN

Pada 1917, sebelum meningkatnya pengaruh parti Bolshevik, tahap kesihatan adalah pada tahap
yang sungguh tidak memberangsangkan. Seperti yang diutarakan oleh Lenin, Sama ada fahaman
parasite akan menandingi fahaman sosialis ataupun sosialis akan menandingi fahaman parasit.
Bagaimanapun, polisi kesihatan Soviet banyak dipengaruhi oleh perbincangan oleh Peoples
Commissariat for Health ataupun kementerian kesihatan pada 1918. Hal ehwak kesihatan akan
dikawal oleh negara dan segala adalah percuma untuk rakyat. Artikel 42 dalam undang-undang
Soviet tahun 1977 telah memperuntukkan bahawa rakyat Soviet bebas untuk mendapatkan rawatan
di mana-mana sahaja hospital dalam Soviet. Bagaimanapun sistem kesihatan Soviet masih tidak
mampu untuk memenuhi kehendak masyarakat yang ramai. Sebelum Leonid Brezhnev berkuasa,
Soviet mempunyai tahap kepakaran kesihatan yang tinggi berbanding negara luar.
Walaubagaimanapun sewaktu era Brezhnev dan juga Mikhail Gorbachev sebagai pemerintah, tahap
kesihatan Soviet menjadi semakin kurang berkualiti dan mendapat kritikan kerana banyaknya
kesilapan dalam perubatan, sebagai contoh rendahnya kualiti servis kesihatan. Menteri Kesihatan
Soviet, Yevgeniy Chazov, sewaktu kongres ke-19 Parti Komunis Soviet sebelum itu pernah
mengatakan bahawa sistem kesihatan di Soviet berada pada tahap yang baik, ini kerana pelaburan
berbilion Ruble telah menjadikannya berada pada tahap yang amat baik.

Setelah pengambilalihan pemerintahan dari Tsar kepada sistem Komunis, tahap kesihatan menjadi
semakin baik. Statistik ini telah digunakan pihak Komunis untuk dijadikan bukti bahawa sistem
pemerintahan sosialis/komunis lebih baik berbanding sistem kapitalis. Peningkatan ini meningkat
sehingga awal tahun 1960-an, apabila tahap kesihatan di Soviet lebih tinggi dari tahap kesihatan di
Amerika Syarikat. Tahap kesihatan Soviet kekal tinggi sehinggalah sekitar 1970-an ianya mula
menurun. Menurut kajian, ianya menurun akibat dari tahap penagihan alkohol yang semakin teruk.
Kebanyakan sumber barat mengatakan bahawa penurunan kadar kesihatan ini adalah berkait
dengan penagihan alkohol yang semakin teruk. Pihak Soviet turut menyatakan pendapat yang sama
seperti pihak barat. Selepas tahun 1974, pihak Soviet mula memberhentikan pengeluaran laporan
mengenai tahap kesihatan dan mortaliti penduduk.

BAHASA

Kerajaan kesatuan Soviet di bawah pimpinan Vladimir Lenin hanya membenarkan sedikit sahaja
bahasa digunakan dalam penulisan di kesatuan Soviet. Bagaimanapun, sistem tulisan yang satu ini
berjaya dipupuk ke dalam budaya bangsa soviet walaupun terdapat beberapa kesilapan yang wujud
dalam penulisan. Sewaktu era kerajaan Soviet, setiap wilayah dalam soviet menggunakan bahasa
yang berlainan tetapi polisinya tetap sama. Ini menyebabkan wujudnya masalah dalam
perhubungan kerana wujudnya pelbagai bahasa dan dialek sebutan bahasa dalam empayar Soviet
yang luas. Apabila sesuatu bahasa itu digunakan secara meluas dalam urusan seharian dan
digunakan dalam penulisan bahan-bahan kerajaan yang penting, maka bahasa itu dijadikan sebagai
bahasa formal. Disamping itu, terdapat pelbagai jenis bahasa minoriti dalam kesatuan Soviet yang
sukar untuk diadaptasikan ke dalam bentuk penulisan, jadi penutur bahasa minoriti tersebut harus
mempunyai bahasa kedua yang fasih dan boleh digunakan. Sewaktu era pemerintahan rejim Stalin,
banyak bahasa minoriti lain tidak dibenar untuk digunakan kerana kesusahan ke arah
penyatupaduan masyarakat Soviet, malah penutur bahasa yang berlainan dianggap musuh bagi
kerajaan Soviet.

Secara umumnya, bahasa Rusia digunakan secara meluas dalam segala urusan kerajaan dan
disebabkan oleh itulah bahasa Rusia dijadikan bahasa rasmi ataupun language of interethnic
communication (Russian: ).

AGAMA DI SOVIET

Agama Islam dan Kristian merupakan agama yang paling banyak dianuti oleh kebanyakan
masyarakat dalam wilayah Soviet. Kelompok agama Ortodoks di bawah kendalian Russian
Orthodox Church merupakan agama krsitian yang paling dominan. Manakala kebanyakan umat
islam di Soviet adalah daripada kelompok Sunni, manakala kelompok puak Syiah banyak terdapat di
wilayah Azerbaijan Soviet Socialist Republic. Manakala bagi agama lain terdapat juga agama
Roman Katolik, Yahudi, Buddha dan pelbagai agama kristian protestan.

Sebuah gereja Catherdal of Christ Saviour di Moscow yang


dimusnahkan pada tahun 1931 oleh kerajaan Atheis Soviet.

Sewaktu era pemerintahan empayar Tsar Rusia, agama mempunyai pengaruh yang sungguh kuat di
Rusia. Puak Russian Orthodox Church mempunyai tempat yang istimewa di bawah pemerintahan
Tsar dinama mereka banyak terlibat dengan aktiviti diraja dan menjalankan dasar kerajaan Tsar.
Namun setelah kejatuhan Tsar Rusia, pihak gereja ortodoks Rusia telah menjadi tentangan utama
bagi pihak soviet dan gereja menjadi musuh kepada soviet yang lebih bersifat atheis.

Di dalam undang-undang Soviet, kolum undang-undang yang berbunyi freedom to hold religious
services telah dikuatkuasakan dengan sebaiknya. Bagaimanapun, dengan campurtangan dari pihak
Parti Komunis yang mula berfahaman marxim (atheis) mula tidak mengambil berat tentang agama
dan memusuhi sesiapa sahaja yang beragama.

Pada 1918, sidang Council of Peoples Commissars telah mengisytiharkan bahawa Russian Soviet
Federative Socialist Republic (RSFSR) adalah sebuah republik yang sekular dan tiada agama dan
undang-undang ini telah diisytihatkan iaitu mengajar agama di mana-mana sahaja yang menjurus
kepada keagamaan dan kerohanian adalah diharamkan dan tidak dibenarkan. Warganegara Soviet
boleh menganut agama dan belajar tentangnya tetapi hendaklah secara peribadi dan tidak formal.
Undang-undang ini diperkukuhkan lagi sewaktu tahun 1929, iaitu setelah Stalin semakin berkuasa.
Undang-undang ini turut mengharamkan sebarang aktiviti keagamaan di gereja ataupun masjid
ataupun kuil, termasuk juga majlis mempelajari ilmu agama di sana. Segala kegiatan keagamaan
telah diberhentikan secara sepenuhnya pada era 1920-an dan 1930-an. Menjelang 1940, sebanyak
90% masjid, kuil, gereja da sinagog yahudi telah ditutup ataupun dimusnahkan.

Namun setelah agama menjadi musuh kepada Soviet beberapa ketika, rejim Stalin mula lebih
bersikap terbuka mengenai agama terutama sewaktu akhir era 1930-an. Tindakan ini diadakan
untuk mengelakkan pemberontakan masyarakat yang dibimbangi mendapat sokongan dari pihak
Nazi Jerman. Untuk memastikan tahap kerohanian meningkat, masjid, gereja dan kuil-kuil mula
dibuka kembali, radio Moscow mula memutarkan waktu siaran agama, dan berlakunya suatu
pertemuan yang amat bersejarah diantara Stalin dan juga pemimpin gereja Ortodoks iaitu Patriarch
Sergius I yang diadakan pada 1943.

Namun begitu, sewaktu Soviet di bawah pemerintahan Setiausaha Agungnya iaitu Nikita
Khrushchev pada 1958 hingga 1964, fahaman sekulat dan atheis kembali dipupuk dalam
pemerintahan soviet dan diserapkan ke dalam kurikulum pendidikan sekolah, dan promosi cara
hidup atheis kembali dikumandangkan oleh pihak pemerintah Soviet. Sepanjang tempoh ini, jumlah
bilangan gereja di Soviet berkurangan dari 20 000 buah kepada 10 000 dalam tempoh 1959 hingga
1965. Malah bilangan masjid yang beroperasi juga berkurangan dari jumlah asalnya sebanyak 1,500
buah menjadi hanya 500.
Institusi beragama menjadi suatu ancama kepada kerajaan Soviet dan diselia secara rapat dan rapi.
Tetapi masjid, gereja, sinagog dan kuil menjadi lebih bebas pada era pemerintahan Brezhnev.
Hubungan diantara Soviet dan pihak gereja ortodoks menjadi semakin rapat apabila kerajaan Soviet
di bawah pimpinan Brezhnev telah dua kali memberikan penghormatan kepada paderi Patriarch
Alexey II. Sebuah kajian yang dijalankan di Soviet pada tahun 1982 mencatatkan bahawa hanya
terdapat 20% rakyatnya yang beragama dan aktif dalam beragama.

KEBUDAYAAN

Kebudayaan soviet telah mengalami pelbagai perubahan semenjak kewujudan 70 tahun kesatuan
republik Sosialis soviet. Sewaktu 11 tahun sebelum Revolusi 1918-1929, terdapat pelbagai
kebebasan kepada individu untuk berkarya dan menghasilkan pelbagai eksperimen karya mereka.
Sewaktu era Lenin, beliau mahukan sesuatu budaya itu boleh diterima oleh semua lapisan
masyarakat dan tidak bertentangan dengan kehendak parti komunis sewaktu itu. Dengan kata yang
lain, beribu ahli intelektual, penulis dan pelukis telah dibunuh dan dilenyapkan dan karya-karya
mereka telah dimusnahkan sebagai contoh Nikolay Gumilev (dihukum tembak kerana melancarka
konpirasi menjatuhkan rejim Bolshevik) dan Yevgeny Zamyatin yang telah dihalang dari berkarya.

Bagaimanapun kerajaan soviet tetap memberikan galakan kepada karya yang tidak bertentangan
dengan ideologi soviet. Dalam bidang seni lukis dan penulisan, pelbagai sekolah seni sama ada
secara tradisional ataupun moden telah ditubuhkan. Antara penulis komunis yang lahir ialah Maksim
Gorky dan Vladimir Mayakovsky yang begitu aktif di dalam bidang seni. Bagi bidang perfileman,
beberapa individu telah menyerlah dan mendapat sokongan kerajaan Soviet dalam membikin filem
sebagai contoh Sergei Eisenstein yang begitu banyak mengarahkan filem sewaktu era soviet ini.

Sewaktu pemerintahan Stalin, kebudayaan Soviet banyak dikawal oleh kerajaan dan diharuskan
untuk memupuk semangat sosialis di dalam diri masyarakat. Bagaimanapun, banyak pengkarya
yang tidak sehaluan dengan ideologi sosialis telah dihukum sebagai contoh Mikhail Bulgakov. Malah
banyak lagi penulis dan pengkarya yang dipenjara ataupun dihukum bunuh oleh soviet.

Sewaktu pemerintahan Khrushchev Thaw lewat 1950-an dan awal 1960-an, segala penapisan filem
oleh kerajaan menjadi semakin longgar. Kegiatan menghasilkan karya bebas semakin berkembang
dan hasilnya banyak karya dan seni yang indah serta bermutu tinggi dihasilkan oleh para
pengkarya. Pada pertengahan era 1980-an, polisi yang dikemukakan oleh Gorbachev seperti polisi
perestroika dan glasnost telah banyak memberikan kebebasan kepada media untuk melaporkan apa
sahaja yang berlaku dalam Soviet.

Anda mungkin juga menyukai