Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI PEMBELAJARAN SUBJEK TITAS MELALUI LAMAN

OPENLEARNING

NAMA : MUHAMMAD NAQIB BIN BASIR

MATRIX NO : CF150037

SEKSYEN :4

PENSYARAH : USTAZ MOHAMAD ADIB MOHAMAD SALIH

Penggunaan OpenLearning adalah salah satu kaedah alternatif yang popular dalam proses
pembelajaran subjek Titas pada hari ini. Ia merupakan sistem pendidikan yang membantu
pelajar dengan menggunakan medium internet, intranet dengan komputer. Dengan ini, pelajar
dapat belajar sesuatu dengan menggunakan internet. Namun begitu, kaedah ini mempunyai
kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.

Pada pendapat saya, kebaikan menggunakan OpenLearning adalah memudahkan


pengajar atau pensyarah memuat naik nota-nota, latihan, dan urusan berkaitan kuliah mereka.
Ia juga dapat menjimatkan masa pensyarah kerana mereka dapat membuat pengumuman dan
berita-berita terkini dengan cepat dan mudah. Selain itu, ia juga secara tidak langsung
memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya
memperkembangkan lagi tahap intelektual pelajar. Di samping itu, ia juga dapat menjimatkan
kos kewangan kerana pensyarah mahupun pelajar tidak perlu membuat ‘print out’ nota-nota
mereka.

Keburukan menggunakan OpenLearning pula adalah mewujudkan kurangnya


komunikasi antara pensyarah dan pelajar kerana kedua-dua pihak jarang berjumpa. Ini
seterusnya menyukarkan pelajar untuk berkongsi atau bercerita masalah dengan pensyarah
mereka berkaitan aspek pembelajaran.Keburukannya yang lain adalah risiko berlakunya
unsur plagiat, pelanggaran hak cipta atau dengan kata lain mengambil hak penulisan orang
lain tanpa kebenaran. Selain itu, ia juga menyukarkan pelajar terutamanya golongan miskin
yang tidak mampu mendapatkan perkhidmatan internet. Ini menyebabkan mereka tidak dapat
melihat perkara-perkara yang dipaparkan dalam OpenLearning. Akhir sekali, penggunaan
Openlearning sebagai medium untuk subjek titas ini tidaklah seteruk mana yang disangkakan
dimana terdapat lebih banyak manfaat dari apa yang saya perhatikan dan terpulang dari sikap
pelajar tersebut dalam menentukan setiap tindakan yang membawa kepada kejayaan sendiri.

Anda mungkin juga menyukai