Anda di halaman 1dari 2

6.

1 REFLEKSI

Mohammad Amer Faris Bin Mohd Asri

920125-03-5023

PPISMP Pendidikan Khas Sem 3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pertama sekali saya panjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana izin
dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini pada masa
yang telah ditetapkan.setelah bertungkus-lumus dalam proses menghasilkan kerja
kursus ini. Kerja kursus kali ini ialah tentang sistem ejaan rumi.

Pertama sekali, saya telah diberi tugas oleh Puan Nik Noraini, saya berasa
tidak faham dan keliru apa tugasan ini dibuat dan bagaimana cara-cara mebuatnya.
Namun begitu, dengan tunjuk ajar oleh Puan Nik Noraini dan rakan-rakan di samping
para pensyarah yang lain, akhirnya saya mula faham dan seronok membuat tugasan
ini kerana ia melibatkan bahan-bahan yang perlu dianalisis oleh setiap pelajar.

Dengan membuat tugasan yang telah diberikan, saya mendapat ilmu


pengetahuan yang baru seperti pola keselarasan vokal. Pola kekecualian
keselarasan vokal, penulisan kata, penyebutan kata dan lain-lain lagi. Di samping itu,
saya juga dapat mendalami apa maksud yang tersurat dan tersirat tentang lebih
lanjut dan mendalam seperti pola keselarasan vokal, pola kekecualian vokal dan lain-
lain. Saya dapat mengenal pasti dan boelh menkategorikan sistem tersebut dengan
hanya mengenal perkataan tersebut sahaja. Oleh itu, saya telah mendapat pelbagai
ilmu pengetahuan yang baru dan dapat digunakan pada bila-bila masa sahaja.
Selain itu, rumusan yang lain ialah saya mendapat mengetahui dengan lebih
lanjut dan mendalam tentang apa pola keselarasan vokal, pola kekecualian vokal
dan lain- lain dengan melalui kaedah membuat analisis. Di sini, saya telah membuat
2 analisis iaitu berita dan surat rasmi. Di sini saya telah membahagikan beberapa
bahagian atau petak untuk membolehkan saya menganalisis dengan sempurna dan
baik. Setelah itu, saya memeriksa satu persatu tentang bahan yang hendak saya
analisis dan mencatatnya. Kemudian, saya telah memasukkan perkataan tersebut ke
bahagian yng betul. Kesimpulannya, menganalisis ini mmerupakan aktiviti yang
seronok kerana kita perlu mencari bahan-bahan atau perkataan-perkataan yang
dikehendaki. Oleh itu, menganalisis ini dapat membantu saya mengetahui cara-cara
membuat analisis dengan betul, cepat dan tepat.

Akhir sekali saya telah belajar dengan baik apa itu sistem ejaan rumi dengan
lebih lanjut dan mendalam dan dapat mengetahuinya dengan lebih terperinci. Di
samping itu, saya telah belajar cara-cara membuat analisis dengan betul di samping
dapat mengetahi dengan lebih lanjut tentang perkataan-perkataan yang dianalisis.

Anda mungkin juga menyukai