Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI YAP JIA JUN Saya telah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, Encik Lee Chee Huat

yang mengajar dalam mata pelajaran WAJ 3106 Hubungan Etnik. Di mana saya dikehendaki untuk menghasilkan penulisan esei dan buku skrap. Semasa mula membuat tugasan ini, saya telah menghadapi masalah untuk menyiapkannya. Keadaan ini berlaku kerana saya tidak beberapa jelas dengan kehendak soalan tugasan. Selain itu, saya juga kurang pemahaman tentang keharmonian hubungan etnik. Selepas itu, saya telah meminta bantuan daripada pensyarah yang mengajar subjek ini iaitu Encik Lee Chee Huat. Beliau telah meluangkan masa untuk menjelaskan bahagian-bahagian yang perlu dibuat dalam tugasan ini. Beliau sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh kita semasa membuat tugasan ini. Beliau telah menerangkan kepada saya dan rakan-rakan semasa dalam kelas supaya kita dapat memahami soalan tugasan ini dengan baik. Selain itu, beliau juga menerangkan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan kerja kursus saya supaya memudahkan saya untuk membuat tugasan ini. Selain itu, keseluruhan maklumat yang saya perolehi adalah melalui pencarian dan pemerolehan dari pelbagai sumber seperti buku dan laman sesawang, secara tidak langsung dapat memberi saya ilmu pengetahuan baru mengenai Hubungan Etnik di Malaysia. Melalui kaedah ini, input yang saya perolehi dapat saya aplikasikan di dalam kelas sebagai persediaan menjadi guru kelak. Natijahnya, persediaan untuk mengajar para murid dapat saya laksanakan dengan jayanya.

Tugasan yang memerlukan membuat penulisan secara esei dan penghasilan buku skrap memberi kaedah yang mudah untuk saya memahami dengan lebih jelas maksud atau definisi sesuatu perkara yang dipelajari. Oleh itu, penggunaan kaedah ini amat bersesuaian dan dinamik bagi seseorang murid atau pelajar bagi mempelajari ilmu berkaitan mereka. Kesimpulannya, tugasan yang diberikan banyak membantu saya dari sudut pemerolehan dan pengolahan ilmu Hubungan Etnik dan memberi sesuatu yang positif dalam menjayakan tugasan yang diberikan.

Anda mungkin juga menyukai