Anda di halaman 1dari 6

UBI KAYU

ASAL USUL UBI KAYU

Ubi kayu (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili
Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi
kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di
semua kawasan tropika seluruh dunia.

PENANAMAN UBI KAYU

Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang
ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa
hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan
banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan
ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan.

KEGUNAAN UBI KAYU

Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan
biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti
semasa Perang Dunia Kedua.
Pada masa biasa, ubi kayu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu
mempunyai asid hydrocyanic (asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida
(hydrocyanic). Oleh itu ubi kayu tidak boleh dimakan mentah, tetapi perlu dibuang kulit dan dimasak
terlebih dahulu.
Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar, dan dimakan bersama kelapa parut muda (nyiur kulit
hidup), ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi
kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama dengannya.
Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga
digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG)
terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia
memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.


Pokok ubi kayu.

Ubi kayu yang baru digali.

Ubi kayu rebus dengan kelapa parut.

Tapai ubi kayu.

Daun ubi kayu yang tua boleh dijadikan bungkusan makanan. Bahagian pucuknya dibuat ulam.
MANFAAT/KELEBIHAN UBI KAYU

1) Khasiat Ubi Kayu untuk Penyakit Radang Sendi

Untuk mengubati Radang Sendi (Rheumatoid Arthritis = suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan
juga melibatkan beberapa organ-organ lain) rawatan dengan Ubi Kayu boleh dari dalam mahupun
luar. Pada pemakaian luar, gunakan daun Ubi Kayu lima helai ditambah 15 gram halia. Lalu
ditumbuk dan sapukan pada tubuh.

Untuk rawatan dari dalam, gunakan 100 gram batang Ubi Kayu, serai, garam, halia 15 gram. Semua
bahan tersebut direbus dengan 1000 ml air hingga menjadi 400 ml. Ditapis dn minum sebanyak 200
ml sekali dalam sehari. Lakukan selama dua hari.

2) Manfaat Ubi Kayu untuk Demam

Rebus 60 gram batang Ubi Kayu dan 300 gram daun Ubi Kayu dengan 800 ml air. Biarkan rebusan
menyusut hingga 400 ml, ditapis dan minum. Untuk hasil maksima, mesti meminumnya dua kali
sehari.

3) Khasiat Ubi Kayu untuk Luka

Ubi Kayu juga boleh digunakan untuk mengubati luka yang telah memasuki tahap jangkitan.
Caranya: Tumbuk batang Ubi Kayu yang masih segar, lalu letak di kawasan yang luka. Boleh juga
dibalut lagi dengan pembalut. Untuk luka yang disebabkan oleh benda panas, Ubi Kayu boleh
diparut dan diperah. Kemudian sapu di kawasan luka. Lakukan hingga luka kering.

4) Manfaat Ubi Kayu untuk Sakit Cirit-Birit

Untuk mengubati cirit-birit atau sakit perut, cuba gunakan daun Ubi Kayu. Caranya dengan merebus
tujuh lembar daun Ubi Kayu dengan 800 ml air, biarkan hingga menyusut 400 ml, ditapis dan
diminum.

5) Khasiat Ubi Kayu untuk Sakit Kepala

Minum ubat sakit kepala terlalu banyak juga tidak baik untuk kesihatan. Oleh kerana itu, sebaiknya
cuba cara alami dengan menumbuk daun Ubi Kayu hingga halus, lalu menaruhnya di atas kepala
untuk menyembuh.

6) Manfaat Ubi Kayu untuk Penyakit Gout

Beruntung bagi mereka yang gemar menikmati daun Ubi Kayu, kerana akan terhindar dari penyakit
ini. Namun, bagi yang sudah terkena penyakit gout, harus mengambil 200 gram daun Ubi Kayu
rebus seperti sayur-sayuran segar.
7) Khasiat Ubi Kayu untuk Meningkatkan Stamina

Untuk meningkatkan stamina, campurkan 100 gram Ubi Kayu, 5 butir angco (sejenis kurma China),
dan air. Untuk mengelakkan rasa pahit, tambah sedikit madu.

Kesan Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Kesan Politik

Menurut cerita ibu saya, masyarakat di Tanah Melayu ketika itu sangat
gembira kerana mereka telah bebas dari jajahan British. Kononnya, Jepun
dah menyelamatkan mereka dari penjajahan sebab Jepun kan dari Asia
juga.

Jepun menggunakan slogan 'Asia untuk Orang Asia' untuk mempengaruhi


masyarakat untuk menyokong mereka. Baguskan taktik dan strategi
mereka.

Padahal, pemerintahan mereka lebih menyeksakan berbanding semasa


penjajahan British dahulu. Jepun tidak melaksanakan dasar membela Asia
seperti slogan yang telah diwar-warkan dalam propaganda mereka.

Kesan Ekonomi

Ibu saya cerita lagi, gaji mereka yang bekerja kerajaan ketika itu amat kecil.
Gaji kakitangan kerajaan dikurangkan pada zaman penjajahan jepun.

Sedangkan ramai orang menganggur kerana akibat daripada sekatan


ekonomi yang dikenakan ketika itu.

Bila duit Jepun dicetak lagi mengundang padah kerana cetakkan duit yang
diluar kawalan menyebabkan harga barang mencanak tinggi sedangkan
barangan ketika itu tidak memenuhi permintaan.

Ibu saya kata, pada zaman itu, mereka sekeluarga hanya makan ubi
kayu dan keledek sebagai makanan ruji mereka kerana kesukaran
mendapatkan beras. Ketika itu, Jepun mengenakan catuan makanan yang
berleluasa.
Disebabkan hanya kayu api dan ubi saja yang mudah didapati ketika itu, ubi
bakar adalah menu harian mereka.

Kesan Sosial

Sengsaranya hidup semasa perang Jepun dapat digambarkan dari cerita ibu
saya. Walaupun ibu saya ketika itu masih kecil, tetapi memorinya kuat
untuk mengingati semua kisah-kisah silam mereka.

Pernah suatu malam, ibu saya pernah mengikut nenek saya yang saya
panggil Mak Yang lari ke hutan dengan membawa sebungkus kain baju.
Apalah yang ibu saya tahu ketika itu dalam seusia 5 tahun untuk mengenali
erti keperitan. Bila Mak Yang bawa ke hutan diikutkannya. Bila dah reda
perang mereka balik semula ke rumah masing-masing.

Tentera Jepun sangat kejam. Pembunuhan dikhalayak ramai dah menjadi


kebiasaan. Tambahan lagi penduduk tidak dibenarkan berhubung dengan
dunia luar. Radio dilarang keras dimiliki oleh sesiapa pun. Dulu radio saja la
media telekomunikasi yang ada. Bukan macam kita sekarang ni dengan
internet media tanpa batasan. Kalau pihak Jepun dapat tahu ada yang
memilikinya akibatnya 'potong kepala'.
Landasan Keretapi Maut

Ada penduduk kampung dikalangan lelaki dipaksa untuk menjadi buruh


kasar di Sempadan Thailand - Burma. Menurut buku tersebut mereka diberi
makan sekali saja sehari dan dipaksa membina landasan keretapi dengan
tulang empat kerat mereka.

Sedangkan yang sakit tidak diberi ubat dan rawatan langsung. Bagi yang
engkar dan cuba melarikan diri mereka didenda. Tau tak apa denda mereka.
Mereka dipaksa minum air sabun sehingga kembung perut, selepas itu
mereka memijak mangsa hingga mati.

Anda mungkin juga menyukai