Anda di halaman 1dari 9

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH KAMPUNG PERINGKAT DAERAH

KECIL GEMAS TAHUN 2022


TEMPAT : DEWAN BESAR GEMAS NEGERI SEMBILAN
MASA : 16/12/2022

MASA PERKARA
Assalamualaikum W.B.T

Selamat dating ke Majlis Penyampaian Anugerah Kampung

Peringkat Daerah Kecil Gemas bagi Tahun 2022. Di sini saya

ingin memaklumkan atur cara majlis. Saya minta para hadirin

sekalian untuk berdiri ketika saya mengumumkan ketibaan YAB

Menteri Besar dan terus kekal berdiri sehingga tamat nyanyian

lagu Negaraku

Mengumumkan ketibaan yang amat berhormat Dato Seri Haji

Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan

Hadirin hadirat sekalian, sebelum kita memulakan majlis pada

hari ini marilah bersama sama kita menyanyikan lagu Negaraku

sebagai tanda cinta kepada Negara.

*LAGU NEGARAKU*

Hadirin dipersilakan duduk

Melayang serindit di atas permatang,

Merbah berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum W.B.T

Salam Negeri Sembilan Bersih Muafakat Sejahtera

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminudin Bin Harun

Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

Yang Berhormat Dato’ Haji Ismail Bin Haji Ahmad

Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar

Yang Berusaha Tuan Mohd Fadhil Bin Hassan

Pegawai Daerah Tampin

Yang Berusaha Tuan Zahari Bin Md Afandi

Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin

Yang Berusaha Encik Mohd Zamri Bin Md Saad

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian, Bahagian Dewan

Undangan Negeri

Yang Berusaha Puan Suriani Binti Salihan

Ketua Penolong Pegawai Daerah Kecil Dan Tanah Gemas

Yang Berusaha Encik Hj. Latif Bin A Tambi


Penyelaras Dun Gemencheh

Yang Berusaha Puan Siti Aisyah Binti Othman

Penyelaras Dun Gemas

Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan

Barisan MPKK di bawah Pentadbiran Pejabat Daerah Kecil

Gemas

Tuan tuan dan Puan puan

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia

dan izinnya jua dapat kita bersama dalam MAJLIS

PENYAMPAIAN ANUGERAH KAMPUNG PERINGKAT

DAERAH KECIL GEMAS TAHUN 2022 yang akan di

sempurnakan oleh Y.A.B Menteri Besar sebentar lagi.

Tetak buluh kajang sepuluh,

Laksana dititing kias ibarat,

Angkat tangan jemari sepuluh,

Doa di pohon biar selamat.

Hadirin hadirat sekalian, bagi menambah keberkatan majlis kita

pada hari ini. Dijemput Encik Ahmad Fareez Bin Mohamad

Fauzi, Penghulu Mukim, Pejabat Daerah Kecil dan Tanah

Gemas untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.


*BACAAN DOA*

Amin Amin Ya Rabbal A’lamin. Majlis mengucapkan terima kasih

kepada Encik Ahmad Fareez Bin Mohamad Fauzi atas bacaan

doa sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan

persembahan tradisional yang akan di persembahkan oleh

Pasukan Caklempong , Sekolah Menengah

Kebangsaan Felda Jelai mari kita saksikan.

Terima kasih di atas persembahan yang gemilang sebentar tadi.

Seterusnya kita akan disajikan dengan tayangan montaj aktiviti

MPKK,

Mari kita saksikan.

*TAYANGAN MONTAJ*

Begitulah tadi tayangan montaj aktiviti MPKK sepanjang tahun

2022

Terbang di awan burung jentayu,

Di atas papan batang selasih,

Tampillah tuan kami merayu,

Bersama ucapan pengikat kasih


Hadirin yang dikasihi, majlis dengan ini menjemput

Yang Berhormat Dato’ Haji Ismail Bin Haji Ahmad

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar

Untuk menyampaikan ucapan alu aluan, dengan segala

hormatnya dipersilakan.

*UCAPAN YAB DATO’ HAJI ISMAIL*

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Haji

Ismail Bin Haji Ahmad di atas ucapan beliau sebentar tadi.

Terbang di awan burung jentayu,

Di atas papan batang jerami,

Tampilah tuan kami merayu,

Bersama ucapan kata perasmi.

Hadirin sekalian bagi menyempurnakan majlis kita pada hari ini

majlis dengan segala hormatnya menjemput

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminudin Bin Harun

Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

Untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis

Penyampaian Anugerah Kampung Peringkat Daerah Tahun

2022. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.
*UCAPAN YAB*

YAB diminta untuk terus kekal di atas pentas.

Seterusnya,

Majlis menjemput Yang Berhormat Dato, Haji Ismail Bin Haji

Ahmad dan Yang Berusaha Tuan Mohd Fadhil Bin Hassan

mengiringi Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan bagi

menyampaikan Anugerah Kampung Peringkat Daerah Kecil

Gemas bagi tahun 2022 serta sijil penghargaan

Untuk Anugerah Kampung Peringkat Daerah Kecil Gemas,

tempat ketiga, jatuh kepada, KAMPUNG AIR KUNING

SELATAN

Naib johan pula, jatuh kepada, KAMPUNG BUKIT MASJID

Johan untuk Anugerah Kampung Peringkat Daerah Kecil

Gemas 2022, dimenangi oleh, KAMPUNG FELDA SUNGAI

KELAMAH

Seterusnya, penyampaian sijil penghargaan kepada kampung

kampung yang terlibat.

Bagi DUN Gemas dijemput MPKK KG FELDA PASIR BESAR

untuk ke pentas bagi menerima sijil penghargaan.

Seterusnya diikuti

 MPKK KG BENGKAHULU
 MPKK KG FELDA JELAI 3

 MPKK KG GEMAS INDAH

 MPKK KG KURNIA DIRAJA

 MPKK KG LADANG

 MPKK KG LONDAH

 MPKK KG PASIR BESAR

 MPKK KG SRI GEMAS

 MPKK KG ULU LADANG

 MPKK KG BARU GEMAS

 MPKK KG FELDA JELAI 2

Bagi DUN Gemencheh dijemput MPKK KG FELDA BUKIT

JALOR.

 MPKK KG MANTAI

 MPKK KG BARU AIR KUNING SELATAN

Dan akhir sekali MPKK KG PUNGGUR.

Tahniah diucapakan kepada semua pemenang dan setinggi

tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang

terlibat.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian geran hakmilik

atas kelulusan permohonan penukaran status pegangan pajakan


kepada selama-lamanya

Penerima pertama dijemput;

 ENCIK HABIB BIN ZAKARIA

 ENCIK RAMLI BIN ISMAIL

 PUAN CHE RODIAH BINTI RAMLI

 ENCIK WAHID BIN SALEH

 ENCIK FILLIP DE GRACIOUS

 PUAN NORAINI BINTI HUSSIN

 PUAN NORSIAH BINTI IBRAHIM

Dan ENCIK KHAIRI BIN ABD RAHMAN

Sebagai tanda kenangan dan terima kasih majlis

mempersilakan Yang Berusaha Tuan Mohd Fadhil Bin Hassan,

Pegawai Daerah Tampin untuk menyampaikan cenderamata

kepada

 Y.A.B MENTERI BESAR N.SEMBILAN

Seterusnya

 Y.B EXCO PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Majlis menjemput Dif-Dif Kehormat untuk mengambil tempat

bagi sesi bergambar.

Majlis menjemput Y.A.B Menteri Besar Dan Dif-Dif Kehormat

serta hadirin sekalian menikmati jamuan yang telah di sediakan.


Bunga seroja di atas para,

Jatuh Ditimpa buah berangan,

Andai kata tersilap bicara,

Kemaafan jua kami pohonkan

Dengan ini berakhir majlis kita pada hari ini. Terima kasih

diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam majlis ini.

Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum W.B.T

Anda mungkin juga menyukai