Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) PISMP SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2011 (FASA 2) KALI KE 02 BIL

: 02 TAHUN: 2011 TARIKH MASA TEMPAT KEHADIRAN Semua ahli hadir. : 3 JULAI 2011 : 9.30 MALAM : KAFE ASRAMA

1.0

PERUTUSAN PENGERUSI Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Untuk makluman

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Setiausaha membentangkan minit mesyuarat program Bina Insan Guru kali ke 1/2011. Untuk Makluman 3.0 PERKARA BERBANGKIT Pengerusi menetapkan tarikh dan lokasi program Bina Insan Guru. Tindakan: Pengerusi

4.0 PENERANGAN BERKAITAN TUGAS SETIAP JAWATANKUASA TERTINGGI Pengerusi menerangkan beberapa perkara yang perlu dilaksanaakan oleh setiap ahli dalam jawatankuasa.

Biro Aktiviti Biro ini perlu menyenaraikan aktiviti yang bakal dijalankan dan memilih aktiviti yangbesesuaian untuk dijalankan. Ketua biro harus menyediakan jadual untuk menentukan aktiviti yang bakal dijalankan.

Biro protokol dan tugas khas Biro ini membahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap 1 kumpulan akan diwakili 2 fasilitator. Biro ini juga akan menyediakan hadiah dan cenderahati.

Biro Pengangkutan Biro ini perlu menempah bas. Surat penempahan itu perlu diserahkan selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh bertolak.

Biro Buku Program Biro ini perlu menyediakan buku program bagi program ini. Mereka perlu berhubung dengan biro dokumentasi untuk menetapkan tentatif sepanjang aktiviti yang dijalankan untuk dimasukkan dalam template. template perlu menepati memenuhi maklumat tentang perjalanan program BIG ini.

Biro Keselamatan dan kebajikan Biro keselamatan perlu menyediakan jadual bagi memastikan kawalan keselamatan ketika aktiviti sedang berlangsung. Biro ini juga perlu membawa First Aids untuk langkah berjaga-jaga jika berlaku kemalangan.

Biro Dokumentasi Biro dokumentasi perlu menghasilkan sebuah dokumentasi untuk ditayangkan ketika majlis penutup. Biro ini juga perlu menyediakan dua orang jurufoto untuk merakam aktivit yang dijalankan.

5.0

HAL- HAL LAIN

Pengerusi berharap agar perkara yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Pengerusi meminta supaya semua ketua biro dapat membentangkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan pada mesyuarat yang ke-3 nanti. Tindakan: Makluman

6.0

PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ketua biro dan berharap masing-masing dapat menjalankan tugas dengan tekun dan sabar. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.15 malam dan mesyuarat kali ke-3 akan diadakan pada 5 Julai 2011 pukul 9.30 malam. Tindakan: Makluman

Disediakan Oleh, ........................... (NUR AZZATI BINTI MANAP) Setiausaha Jawatankuasa Kerja, Program Bina Insan Guru Fasa 2/2011 IPG Kampus Perlis.

Anda mungkin juga menyukai