Anda di halaman 1dari 30

PEMBANGUNAN EKONOMI DAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Konsep modenisasi Sebagai suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Perubahan yang dialami oleh sesebuah masyarakat dapat berlangsung secara berencana atau tidak berencana. Perubahan yg berencana adalah suatu proses telah ditentukan matlamat, metode dan ukuran pencapaian terlebih dahulu sebelum suatu perubahan dilaksanakan. Perubahan berencana inilah yang kemudiannya disebut modenisasi. Modenisasi mengandungi 2 aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.

Konsep & proses modenisasi bermula di Eropah akibat daripada Revolusi Perancis (perubahan sistem feudal Eropah) dan Revolusi Industri (perubahan sistem ekonomi Eropah). Perkembangan yang berlaku di Eropah memberi kesan kepada wilayah bukan Eropah selepas berlakunya penjajahan. Penjajahan telah merobah lanskap sosial dan alam sekitar wilayah bukan Eropah. Secara umumnya, pembangunan ekonomi dan politik di Eropah Barat telah menjadi model bagi pembangunan ekonomi dan politik di negaranegara membangun.

Pemodenan tidak sama dengan pembaratan kerana pemodenan adalah suatu perubahan dalam semua aspek kehidupan secara berencana sebaliknya pembaratan adalah suatu proses peniruan gaya hidup Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana.

PROJEK MODENISASI MALAYSIA Sebagai sebuah negara baru yang lahir selepas Perang Dunia Kedua, Malaysia berusaha melakukan perubahan sosioekonomi. Projek modenisasi yang diasaskan sejak pemerintahan kolonial British diteruskan dengan melakukan pelbagai perubahan & penyesuaian.

Sejak awal lagi Malaysia ingin mencapai matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat industri. Bagi mencapai tujuan tersebut, peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada: 1. Peningkatan infrastruktur ekonomi. 2. Pembangunan pertanian & industri gantianimport. Akhir 1960-an-1970-an, pembangunan ekonomi mula berasaskan pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport. 1980-an 1990-an, pembangunan ekonomi menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.

Menjelang tahun 2000 hingga kini, Malaysia mula memberikan perhatian kpd pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi. HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS PROJEK MODENISASI MALAYSIA. Pembangunan ekonomi sangat penting sebagai landasan pembinaan negara. Cita-cita pembinaan negara akan gagal jika pembangunan ekonomi tidak mantap. Ekonomi Malaysia terbentuk dgn ciri-ciri uniknya melalui ratusan tahun pengalaman penjajahan. - Penanaman getah & kelapa sawit telah merobah alam sekitar Malaysia.

- Perkembangan industri bijih timah. - Pembinaan rangkaian infrastruktur yang kompleks & mahal sebagai sokongan kepada industri asas. - Tenaga buruh yang unik kerana mengikut kelompok etnik. - Modal yang terpisah-pisah mengikut kelompok etnik & modal asing.
Di Malaysia, ekonomi dan etnisiti mempunyai hubungan bagai aur dengan tebing. Dalam aspek demografi, secara statistik, Melayu ialah kelompok etnik yang majoriti, namun majoriti dalam aspek demografi dan politik tidak semestinya majoriti dlm aspek ekonomi.

Kelompok etnik Cina yang minoriti dalam aspek demografi pula merupakan kelompok majoriti dalam ekonomi. Hasil tersebut menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan kelompok etnik. Di Malaysia, isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutamanya isu kemiskinan dan agihan kekayaan menurut golongan etnik. Isu agihan pendapatan dapat dilihat daripada 2 sudut iaitu di antara kelas sosial yang berbeza (kelas atas, menengah dan bawah) dan antara kelompok etnik yang berbeza iaitu antara Melayu, Cina dan India. Isu ini cuba diselesaikan menerusi dasar2 pembangunan ekonomi negara seperti DEB dan DPN.

DEB

dilancarkan sebagai sebahagian daripada strategi Tun Abd.Razak untuk menyatukan semula & membangunkan negara selepas berlakunya Perisitiwa13Mei 1969 DEB hendak mencapai matlamat mencipta kemakmuran bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. DEB menekankan kepentingan tingkatkan kebajikan ekonomi Bumiputera.

Sesuai dengan semangat yang mendasari janji tawar-menawar antara kaum (1957), para penggubal DEB sedar kepentingan mengintegrasikan Bumiputera dalam arus perdana pembangunan & industri serta menyekat mereka daripada terpinggir dalam sektor-sektor kemunduran.
Matlamat DEB juga menyediakan pangkalan sosioekonomi bagi perpaduan kebangsaan melalui pembasmian kemiskinan & keseimbangan pencapaian untuk semua kaum agar ketidakseimbangan antara kaum mengikut fungsi ekonomi dihapuskan.

Kadar Kemiskinan Mengikut Kaum & Kawasan (Semenanjung Malaysia)


Tahun 1970 Kadar Kemiskinan (Peratus) / Pendapatan Purata Keluarga Sebulan 64.8% 26.0% 39.2% 21.3% 58.7% RM172.00 RM394.00 RM304.00

Melayu/ Bumiputera Cina India Bandar Luar bandar

Dalam DEB kerajaan meletakkan sasaran untuk menambahkan peratusan saham modal orang Melayu daripada 2.5% dalam tahun 1970 kepada 30% menjelang tahun 1990. Hakikatnya sejak perlaksanaan DEB, matlamat untuk memperbesar golongan Bumiputera di bidang pendidikan & menstruktur semula masyarakat Malaysia dengan menghapuskan pengenalan kaum mengikut jenis pekerjaan telah menjadi punca perselisihan antara kaum. Orang bukan Melayu menentang usaha merapatkan jurang perbezaan sosioekonomi antara kaum (affirmative action). Mereka memperjuangkan penyusunan masyarakat brasaskan meritokrasi / berasaskan kelayakan, kebolehan & kemampuan.

Pertelagahan antara konsep affirmative dan meritocracy ini telah menimbulkan ketegangan antara kaum khususnya dalam kalangan golongan kelas menengah Cina & Melayu (yg baru terbentuk). Kelas menengah daripada kedua-dua kaum ini sebnarnya tidak mempunyai asas & kepentingan yg dikongsi bersama sedangkan dalam kalangan pemimpin atasan mereka dapat bekerjasama untuk kepentingan bersama. Kelas menengah tidak begitu terikat dengan kepentingan kelas atasan. Mereka tidak berasa perlu untuk mengekalkan hubungan muhibah antara kaum. Ternyata cauvinisme & semangat perkauman lebih ketara dalam kelas menengah untuk memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing.

Dari sudut kelas ternyata DEB lebih banyak menumpukan kepada penciptaan kelas kapitalis Melayu yg akan mewakili bangsa Melayu bagi memiliki 30% pemilikan kekayaan negara. Golongan ini perlu dibentuk untuk memastikan pemilikan saham kemudiannya akan dimiliki oleh individu Melayu.
DEB tidak berjaya mencapai matlamat agihan 30% saham kepada kaum Bumiputera. Antara puncanya: 1. Kegawatan ekonomi (1985-86). Ekonomi negara banyak bergantung kepada pengeluaran komoditi / bahan mentah mengalami kemelesetan. 2. Persoalan latar belakang, nilai & sikap Bumiputera yg belum serasi dengan budaya masyarakat industri moden menyebabkan kontraktor & usahawan Melayu yg baru terbentuk mengalami pelbagai masalah.

Semasa DEB berjalan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara perindustrian diterokai oleh kerajaan. Sejak 1980 ketika Dr.Mahathir menjadi Menteri Perdagangan & Perindustrian, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) bagi menerokai perindustrian negara. HICOM diletakkan di bawah JPM setelah beliau menjadi Perdana Menteri. HICOM telah bekerjasama dengan beberapa perbadanan multi-national Jepun & Korea Selatan untuk usahasama dalam pembuatan. Dasar Prindustrian Berat Malaysia dimulakan.

Langkah pertama dimulakan dengan mendirikan Perusahaan Otomobil Nasional yg mengeluarkan kereta nasional Proton.
Kompleks besi waja (PERWAJA) ditubuhkan, kilang simen di Perak & Langkawi. 3 buah kilang membuat motorsikal ditubuhkan. Kesemua langkah tersebut sabagai upaya kerajaann untuktk membawa budaya teknologi kepada penduduk Malaysia terutamanya kepada Bumiputera.

Kejayaan DEB Kejayaan DEB 1970 1990

Kadar kemiskinan 49.3% 17.1% KDNK RM21 548 RM59 155 Pndptn Per Kapita RM1109 RM6180 Modal saham 2.4% 20.3% milik Bumiputera

Mengurangkan kadar kemiskinan semua kaum dan kawasan Tahun


Bumiputera Cina India Bandar Luar bandar

1970
64.8 26.0 39.2 21.3 58.7

1990
20.8 5.7 8.0 7.3 19.3

Menjelang tamatnya tempoh DEB (penghujung tahun 1990), kerajaann di bawah Majlis Perundingan Negara membincangkan persoalan perancangan ekonomi negara selepas DEB.
Berdasarkan kajian yg dibuat, perlaksanaan pelbagai langkah penyusunan semula masyarakat telah memberi peluang kepada Bumiputera untuk menyertai sektor ekonomi moden (pembuatan & pengeluaran). Terdapat pertmbahan bilangan dalam pekerjaan profesional.

Namun di sebalik kejayaan tersebut, usaha untuk melahirkan usahawan Bumiputera yg tulen belum berjaya. Dari segi pemilikan ekuiti saham pun Bumiputera masih belum mencapai kejayaan sepenuhnya.
Permodalan Nasional Berhad (PNB) berusaha menanamkan kesedaran Bumiputera untuk melabur dalam perniagaan saham. Setelah tamat tempoh DEB, kerajaan perlu mencari strategi baru untuk membangunkan sebuah masyarakat perdagangan & industri Bumiputera yg berjaya.

Salah satu strategi ialah dengan menggalakkan kerjasama antara usahawan Bumiputera dengan bukan Bumiputera. Kerjasama ini dapat membantu bangsa yg menekankan hubungan muhibah antara kaum. DEB digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Objektif DPN adalah untuk membina masyarakat Malaysia yg bersatu padu. Perpaduan masyarakat adalah akar tunjang kepada kestabilan sosial & politik yg menjadi prasyarat mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara yg berterusan. DPN juga digerakkan untuk membentuk pembangunan yg seimbang meliputi aspek keadilan sosial, nilai, etika dan moral mengikut acuan tempatan.

STRATEGI DPN UNTUK MENCAPAI SASARAN.


DPN telah memperkasakan pendekatan dengan memasukkan beberapa dimensi baru dalam pelan tindakan iaitu: 1. Memberikan penekanan yg lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan di kalangan golongan yg termiskin dan mengurangkan kemiskinan relatif. Pendapatan garis kemiskinan tahun 1990: RM370 sebulan (Semenanjung Malaysia), RM544 (Sabah) dan RM452 (Sarawak). 2. Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat perdagangan & perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai strategi ke arah meningkatkan dan mengekalkan penyertaan bumiputera dalam kegiatan ekonomi.

3. Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat.

4. Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yg saksama.

DPN yg bertitik tolak kepada perlaksanaan RRJP2 menggariskn ekonomi sebagai landasan utama untuk pmbinaan bangsa Malaysia & penerusan agihan ekonomi yg saksama serta sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai negara industri serba moden. Dr. Mahathir telah mengungkapkan matlamat tersebut dalam ucapannya kepada tokoh-tokoh korporat dalam mesyuarat pertama Malaysian Bussiness Council di KL. Pandangan-pandangan Dr. Mahathir dalam ucapannya itu kemudiannya menjadi popular dengan nama Wawasan 2020. Rakyat Malaysia (1990-an) adalah generasi terakhir warganegara Malaysia yg tinggal di negara membangun. kita patut menjadi negara maju mengikut kehendak kita

Pada tahun 2020 (30 tahun selepas DEB) Malaysia akan mejadi sebuah negara yg maju sepenuhnya. Maju dalam konteks mesti mengikut acuan sendiri & bukannya mencontohi negara lain Konsep maju: Malaysia tidak harus dibangunkan dalam bidang ekonomi sahaja tetapi mesti menjadi negara yg maju dalam semua bidang: ekonomi, politik, sosial, rohani, psikologi & kebudayaan. Maju dalam erti kata prpaduan nasional & sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial & kerohanian, maruah bangsa & keyakinan.

Cita-cita Dr. Mahathir: Malaysia menjelang 2020 boleh menjadi sebuah negara yg bersatu padu dengan masyarakat yg mempunyai keyakinan diri, ditunjangi nilai moral & etika yg utuh, menikmati kehidupan dalam sesebuah masyarakat yg demokratik, liberal, bertolak ansur, berbudi, adil & saksama ekonominya. Wawasan 2020 diterjemahkan dalam Dasar Pembangunan Baharu yg dirangka dalam RRJP2 (19912000) 2 perkara utama yg mendasari dasar kerajaan merealisasikan WW2020: 1. Peningkatan peranan sektor swasta dlm kehidupan bernegara & bermasyarakat. 2. Pemulihan kedudukan wibawa B.Inggeris sebagai bahasa perundangan & keintelektualan.

Kaitan DEB dgn WW2020: -Usaha meneruskan pencapaian serampang dua mata DEB dlm WW2020. -Usaha mwujudkan keadilan ekonomi dlm mskt merapatkn jurang pendapatan kaum. -Perkongsian penuh dalam kemajuan ekonomi & imbangan yg adil dari segi pnyertaan & sumbangan semua kaum (pembgunan sumber manusia). Menjelang tahun 2020 tidak seorang pun dapat mengatakan kumpulan kaum tertentu pada asasnya mundur dari segi ekonomi manakala satu kaum lagi maju. Imbangan yg adil dalam profesion & semua kategori pekerjaan utama mesti diwujudkn.

1. 2.

3.

SEMBILAN CABARAN UTAMA WAWASAN 2020: Mewujudkan Bangsa Malaysia yg bersatu & mempunyai matlamat dikongsi bersama. Mewujudkan masyarakat yg berjiwa bebas, tenteram & maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yg ada & dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Mewujudkan & membangunkn masyarakat demokratik yg matang, mengamalkan persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yg boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

4.
5.

6.

Mewujudkan masyarakat yg sepenuhnya bermoral & beretika. Mewujudkn masyarakat liberal & bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan & kepercayaan agama masing-masing & pada masa yg sama meletakkan kesetiaan kpd satu negara. Mewujudkan masyarakat saintifik & progresif, mempunyai daya perubahan tinggi & memandang ke depan, yg bukan saja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik & teknologi masa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang &


budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yg mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sistem keluarga yg utuh. Memastikan masyarakat yg adil dalam bidang ekonomi. Mewujudkan masyarakat makmur yg mempunyai ekonomi berdayasaing, dinamik, giat & kental.

8.

9.

Anda mungkin juga menyukai