Anda di halaman 1dari 41

PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA

DISEDIAKAN OLEH : PISMP RBT (B) AMBILAN JAN 2011 NUR AZZATI BINTI MANAP NURUL HUSNA BT SAHIDAN NURUL NABILA BT SHARI SITI HAJAR BT MD SELIMAN@MOHD SULAIMAN

PERKEMBANGAN KOGNITIF

PERKEMBANGAN KOGNITIF
Perkembangan kognitif adalah proses kefahaman kanak-kanak mengenai dunia berubah mengikut tahap umur dan pengalaman ( Feldman 1994) Teori perkembangan kognitif Jean Piaget mencadangkan 4 tahap perkembangan bagi kanak-kanak. Piaget berpendapat setiap tahap berbeza dari segi:
kuantiti informasi kualiti pengetahuan dan kefahaman.

Piaget juga berpendapat perubahan dari satu peringkat ke peringkat seterusnya menyebabkan kanak-kanak akan mencapai tahap kematangan yang sesuai. Hal ini disebabkan kanak-kanak telah terdedah dengan pelbagai jenis pengalaman yang relevan.

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget


4 faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu:
1. Kematangan Biologi: Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/ genetik. 2. Interaksi Individu dengan Persekitaran: Salah satu proses yang dilalui oleh manusia untuk memahami perkaraperkara yang berlaku. 3. Pengalaman Sosial: Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang2 di sekelilingnya. 4. Keseimbangan: Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi yang baru dialami.

SKEMA

AKOMODASI

KONSEP TOERI JEAN PIAGET


ADAPTASI

ASIMILASI

Skema
Merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.

Asimilasi
Merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Kanak-kanak akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

Akomodasi
Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanakkanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

Adaptasi
Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.

4 jenis tahap perkembangan kanakkanak:


Tahap yang pertama :
Tahap sensori motor ( dari lahir hingga 2 tahun)

Tahap kedua :
Tahap praoperasi (2-7 tahun)

Tahap ketiga :
Tahap operasi konkrit ( 7-12 tahun)

Tahap keempat :
Tahap operasi format ( 12 tahun hingga dewasa)

Peringkat Sensori Motor(0-2tahun)


Peringkat ini merupakan permulaan dalam perkembangan kognitif yang mana bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Skema-skema yang terbentuk adalah hasil interaksi fizikal bayi dan persekitaran. Contoh: menggunakan mulut untuk merasa objek dan mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai objek.

Peringkat sensori motor adalah peingkat yang mana kanak-kanak mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema bagi membolehkan mereka meneroka dan mengetahui persekitaran mereka. Pada peringkat akhir sensori motor, kanakkanak akan melakukan imitasi (proses peniruan) terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan. Contohnya: meniru perlakuan melambaikan tangan.

Perkembangan kognitif bayi pada tahap sensorimotor dapat dibahagikan kepada 6 tahap
TAHAP PERTAMA (0-1 BULAN) Perkembangan kognitif bayi seperti : -Menghisap susu ibu atau botol -Mengikut pergerakan objek yang bergerak dengan mata -Menutup tapak tangan apabila disentuhkan dengan objek

TAHAP KEDUA (1 BULAN- 4 BULAN) Perkembangan kognitif bayi seperti : -Bayi tetap melakukan skima menghisap walaupun tiada botol -Percubaan bayi untuk menghasilkan suasana yang menarik atau selesa. Contoh : bayi menghisap jarinya apabila diletakkan berhampiran dengan mulutnya.

TAHAP KETIGA (4-8 BULAN) Perkembangan kognitif bayi seperti :-Dikenali sebagai reaksi pusingan sekunder di mana bayi menjadi lebih berorentasikan luaran (objek). Mereka mula meneroka kaedah untuk menghasilkan suasana yang menarik. -mengenggam kuat objek yang diingini -Mula menggunakan logik

TAHAP KEEMPAT (9-12 BULAN) Perkembangan kognitif bayi seperti : -Mengkordinasikan reaksi pusingan sekunder, seperti menggabungkan dan skima-skima asal dan bertingkah laku dengan niat. -Perkembangan logik dan kordinasi antara makna dan tujuan Mula mempunyai orentasi matlamat.

TAHAP KELIMA (12-18 BULAN) Dikenali juga sebagai reaksi pusingan ketiga, keaslian dan ingin tahu. Antara perkembangan kognitif bayi seperti : -Mempelbagaikan skema untuk menghasilkan kesan yang baru -Meneroka makna-makna yang baru untuk mencapai matlamat -Mula menjadi saintis muda -Melakukan eksperimen olok-olok untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah

TAHAP KEENAM (18-24 BULAN) Menginternalisasikan skima. Antara perkembangan kognitif bayi seperti : -Mereka mula celik akal dan mempunyai kreativiti tersendiri -Boleh berfikir secara simbolik -Beralih dari tahap pemikiran sensorimotor tulen kepada tahap pemikiran simbolik. -Bersedia untuk beralih kepada tahap preoperational stage.

Peringkat Pra Pra Operasi (2-7 tahun)


Pada peringkat ini kanak-kanak akan cuba menggambarkan dan merancang pergerakan/ aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk mebentuk skema. Peringkat pra operasi adalah apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental. Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat, gambar dsb. Antara kebolehan lain yang diperoleh pada peringkat ini ialah permainan membayangkan (pretend play)

Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka. Mereka sudah boleh mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama.

Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini menunjukkan sikap egosentrik yang bermaksud, mereka melihat dan memahami persekitaran melalui persperktif sendiri. Pada peringkat ini, kanak-kanak selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka.

Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)


Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran masih terikat dengan situasi yang konkrit. Pada peringkat ini, kanak-kanak juga menguasai proses pengelasan. Dalam kemahiran ini, kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Pemikiran egosentrik pula telah menjadi pemikiran secara decenterd atau objektif.

Peringkat Operasi Format (12 tahun ke atas)


Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea2 dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fata dan pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit. Antara ciri-ciri pemikiran secara formal yang dilalui seperi berfikir secara abstrak, sistematik dan boleh membuat hipotesis. Selain daripada ciri-ciri di atas, egosentrik remaja muncul dan lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka susah untuk menerima pendapat orang lain dan mempunyai perasaan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling.

Perubahan dalam perkembangan kognitif yang dialami oleh remaja : Perubahan ini tidak dapat dilihat dengan

jelas, berbeza bagi setiap individu, namun penting bagi seseorang individu bagi mencapai tingkat perkembangan kognitifnya akan mempengaruhi cara ia melihat dirinya, merancang masa depannya, dan menganalisis permasalahan yang dihadapi. Remaja cenderung menggunakan idea-idea yang abstrak dan berfikir secara abstrak, multidimensional, relatif dan reflektif.

Perkembangan kognitif seseorang itu tidak ditentukan dari pertumbuhan dan kematangan sistem saraf pusat mahupun periferi sahaja, cara memproses informasi, meningkatkan daya ingat dan kapasiti memorinya, dan kedekatannya dengan suatu objek pengetahuan. Tingkat kematangan kognitif seseorang dapat ditingkatkan dengan latihan-latihan dan usaha untuk memperbaiki cara belajar dan mengorganisasi memori. Hal ini juga tidak terlepas dari potensi-potensi yang dimilikinya, termasuk bakat tentang pengetahuan tertentu. Suatu perkara yang harus diperhatikan pada perkembangan kognitif remaja adalah bukan pada kepantasan berfikir dan banyaknya informasi yang dikuasai yang penting, namun lebih kepada cara remaja itu menggunakan informasi yang dimilikinya untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Ciri-ciri remaja
Antara ciri-ciri remaja yang dihuraikan oleh Shertzer & Stone (1992):
Masa remaja ialah zaman peralihan antara kanakkanak dengan dewasa Wujudnya kematangan jasmani dan jantina yang selalunya dikaitkan dengan proses baligh. Masa remaja sering dikaitkan dengan mencari kebebasan emosi, sosial dan ekonomi. Remaja juga selalu menunjukkan perasaan ingin tahu yang lebih menyeluruh terhadap diri mereka dan alam sekeliling

PERKEMBANGAN BAHASA

TEORI PERKEMBANGAN BAHASA


PERSPEKTIF BEHAVIORISME PERSPEKTIF NATIVISME

PERSPEKTIF BEHAVIORISME
Apabila bayi mula membunyikan sesuatu, ia memberi peneguhan dengan senyuman atau memeluknya dan membalas dengan bunyi kata yang sama. Bahasa kanak-kanak juga bergantung kepada teknik meniru untuk menguasai ayat yang komplek.

PERSPEKTIF NATIVISME
Kemahiran bahasa kanak-kanak adalah dipahatkan dalam struktur otak mereka.(Noam Chomsky, 1957) Otak mempunyai dua struktur spesifik, kawasan Broca yang mengawal pengeluaran bahasa dan kawasan Wernicke bertanggungjawab untuk menginterpretasi bahasa.

TURUTAN PERKEMBANGAN BAHASA


1-5 bulan
Menangis yang tidak dapat dibezakan. Bunyi vokal dibuat secara rawak, senyum, ketawa dan melibatkan sendiri dalam main vokal yang digemari.

6-13 bulan
Suara rupa bebelan, membuat respon verbal meniru orang lain, hingga hampir sama dengan pola verbal manusia. Kira-kira 8 bulan, bayi boleh memahami beberapa kata orang.

10-13 bulan
Ucap kata pertama : penggunaan kata tipikal merujuk kepada objek daripada tindakan.

12-18 bulan
Peringkat penggunaan satu perkataan untuk mewakili ayat kebanyakkan kata nama, termasuk bunyi bebelan serupa dengan kata komunitinya.

2 tahun
Peringkat menggunankan dua perkataan untuk mewakili ayat. Boleh menyebut ayat mudah, kebanyakannya kata ganti nama, sedikit kata kerja. Boleh menggunakan 50 hingga 200 kata sebagai percakapan.

2-5 tahun
Peringkat menggunakan tiga perkataan untuk mewakili ayat. Percakapan telegrafik.

3 tahun
Boleh guna struktur ayat aktif mudah dan gunakan ulangan perkataan untuk mewakili lebih daripada satu. Boleh bercerita yang difahami orang lain.

4 tahun
Boleh menggunakan percakapan khayal dan 5 perkataan untuk mewakili sesuatu ayat.

5 tahun
Boleh susun kata komplek dan bercerita dengan kata sintaksis.

6-12 tahun
Berupaya memikir bahasa sebagai satu sistem. Perbendaharaan kata bentambah 4 kali ganda, mempelajari purata 20 perkataan baru setiap hari. Kanak-kanak umur 6 tahnu telah mampu memberi diskripsi konkrit untuk merujuk fungsi atau rupa. pisau untuk mamotong . Mengusai bahasa gramatis yang komplek . Berkembang dari ayat aktif ke ayat pasif. Menggunakan ayat dgn lebih kreatif daripada frasa mudah ke frasa komplek . bunga kuning kepada bunga kuning yang besar .

12-18 tahun
Mampu memahami peribahasa. Kefahaman dan penggunaan ayat kompleks bertambah. Mampu mengubah stail kata berdasarkan situasi.

KESIMPULAN
Bagi Piaget, bahasa tampil ketika anak sudah mencapai tahap perkembangan yang cukup maju. Pengalaman berbahasa anak tergantung pada tahap perkembangan kognitif saat itu. Bahasa berkembang dari interaksi sosial dengan orang lain. Pada malunya, fungsi bahasa adalah komunikasi. Bahasa dan pemikiran berkembang sendiri, tetapi kanak-kanak memahami bahasa dan belajar menggunakannya sebagai alat untuk membantu menyelesaikan masalah.

soalan
Objektif 1.Apakah maksud asimilasi? a.Satu keadaan di mana wujud keseimbangan diantara akomodasi dan asimilasi untuk di sesuaikan dengan persekitaran. b.Satu proses penyesuaian objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. c.Satu proses dimana stuktur kognitif mengalami perubahan d.Merujuk kepada potensi am yang ada pada diri manusia untuk melakukan sesuatu.

2. namakan tahap perkembangan kanak-kanak pada peringkat ketiga? a.Tahap operasi konkrit b.Tahap praoperasi c.Tahap operasi format d.Tahap sensori motor

soalan
Subjektif 1. Nyatakan 4 konsep teori Jean Piaget 2. Senaraikan 2 ciri-ciri remaja yang dihuraikan oleh Shertzer&Stone (1992) Esei 1. Terangkan 4 faktor yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu dan huraikan?

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai