Anda di halaman 1dari 1

Kaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan reka bentuk kurikulum dan organisasi

kandungan kurikulum berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dalam


Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Kurikulum merupakan satu perancangan dalam pendidikan yang penting kerana seluruh
kegiatan pendidikan berpandukan kepada kurikulum (Hasrian, 2016). Oleh kerana
pentingnya kurikulum dalam menentukan hala tuju pendidikan dalam sesebuah Negara,
maka penyusunannya mestilah mempungai landasan yang kuat serta mempungai
pemikiran yang teliti dan mendalam (Hasrian, 2016). Di Malaysia kurikulumnya
berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Falsafah memainkan peranan sebagai panduan dan bimbingan. Kurikulum yang


berteraskan kepada FPK umumnya bertujuan untuk membangunkan murid secara
holistik dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek (JERI). Bermula tahun 2011, KSSR
diperkenalkan dan mengisi proses transformasi oleh KPM bagi memastikan sistem
pelajaran Malaysia standing dengan piawaian antarabangsa (Zaini, 2013). Kurikulum ini
diperkenalkan untuk memastikan matlamat FPK tercapai.

Organisasi kurikulum KSSR berasaskan enam tunjang iaitu komunikasi,


kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, keterampilan diri, perkembangan fizikal dan
estetika, dan sikap dan toleransi. Kurikulum Standard Sekolah Rendah digubal dalam
bentuk pernyataan standard kandungan, standard pembelajaran dan hasil pembelajaran
(KSSR, 2015). KSSR diorganisasikan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained)
yang dikenali sebagai modular. Setiap modular dilengkap dengan nilai, ilmu dan
kemahiran.

Keenam-enam tunjang kurikulum yang diperkenalkan dalam KSSR mewakili


bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis seperti yang diharapkan dalam FPK. Tunjang-tunjang ini saling
melengkapi antara satu sama lain (Norzulaiha, 2012).

Anda mungkin juga menyukai