Anda di halaman 1dari 21

Penghargaan

Segala pujian bagi Tuhan kerana dengan keizinan dan daripada-Nya dapatlah saya
menyiapkan kerja kursus ini walaupun dengan serba kekurangan. Terlebih dahulu saya
ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Sarimah Haji Awang yang sudi
meluangkan masa memberi bimbngan, panduan, saranan, serta teguran yang membina
kepada saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan beliau
sudah tentu tugasan ini tidak dapat diselesaikan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan sekelas atas kesudian untuk
berkongsi maklumat dan tunjuk ajar semasa dalam proses menjayakan usaha ini. Saya
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya
terutamanya ibu bapa saya yang sentiasa memberi galakkan dan dorongan yang
membina. Akhir sekali, saya merakamkan penghargaan ini kepada seluruh warga
institut yang sudi memberikan bantuan yang diperlukan untuk menyiapkan kerja
tugasan ini.
PENDAHULUAN
Perkataan komunikasi berasal dari perkataan “communiatus” yang membawa maksud
berkongsi sesuatu (Khairuddin Mohamad: 2012). Komunikasi ialah satu proses
menerima pandangan atau idea, perasaan dan sebagainya melalui pelbagai wahana
dengan tujuan untuk menukar persepsi atau tingkahlaku manusia. Menurut French
(1993), komunikasi berkesan berlaku apabila dua individu itu saling memahami. Melalui
komunikasi, proses interaksi akan berlaku kerana terdapat dua pihak atau lebih akan
terlibat dalam komunikasi tersebut. Dalam proses interaksi, perbuatan menghantar
maklumat dan proses bertukar-tukar idea atau pendapat kedua-dua pihak.

Secara umumnya, komunikasi bersifat menyebrkan namun komunikasi yang


berkesan memberi penekanan kepada perkongsian makna dan maklum balas. Di
samping itu, proses komunikasi bukan berlaku secara lisan sahaja tetapi dalam pelbagai
bentuk atau cara iaitu bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan
penulisan. Menurut Schinn (1976), kemahiran berkomunikasi penting untuk mencapai
komunikasi berkesan. Pernyataan ini disokong oleh Bernard Baruch (Decker, 1993) yang
berpendapat bahawa menguasai seni kemahiran komunikasi berkesan adalah kunci
untuk mencari maklumat dan perhubungan.

Komunikasi berkesan dapat ini dicapai melalui hubungan yang baik antara penyampai
dan penerima. Hubungan ini dapat diwujudkan melalui penggunaan 4M iaitu mengetahui,
memahami, menghargai dan menghormati. Dalam komunikasi, terdapat 5 peringkat yang
terlibat seperti berikut.

Pembentukan Pengiriman Penerimaan Pentafsiran Tindak Balas


CIRI-CIRI KOMUNIKASI BERKESAN

Menurut Khairuddin (2012:5) terdapat beberapa aspek yang perlu ada dalam suatu
komunikasi yang berkesan seperti penutur, aspek penerima, dan topik perbincangan.
Selain itu, bagi mencpai objektif komunikasi perlu ada ciri-ciri kesefahaman,
keseronokan, pengaruh, perhubungan, tindak balas, personaliti, bahasa badan, bahasa
yang mudah difahami, tindak balas dan kejelasan maklumat. Dalam proses komunikasi
aspek yang diberi penekanan ialah kefahaman penerima tentang maklumat yang ingin
disampaikan dan bukan penyampaian mesej semata-mata

Ciri pertama ialah mempungai penutur atau penyampai. Penutur sangat penting
kerana bertanggungjawab menyampaikan maklumat (2012:5). Contohnya, Dalam bilik
darjah, guru merupakan penyampai maklumat, dalam bilik kaunseling, kaunselor
merupakan penyampai maklumat. Hal ini menunjukkan bahawa proses penyampaian
maklumat tetap berlaku walaupun disampaikan oleh individu yang berlainan. Justeru itu,
cara penyampaian maklumat tersebut juga turut berbeza mengikut penyampai atau
penutur tersebut.

Selain itu, penutur perlu dikenal pasti terlebih dahulu dari segi kedudukan
mahupun jawatannya kerana latar belakang yang berbeza juga akan membawa
kefahaman yang berbeza. Contohnya, jika seorang guru disiplin mengujarkan, “Ada
masalah baharu hari ini.” Hal ini membawa maksud bahawa terdapat masalah disiplin
seperti ponteng sekolah atau hisap rokok yang baharu berlaku di sekolah. Namun begitu,
jika ujaran ini diujarkan oleh seorang pegawai polis, maka ujaran tersebut boleh
membawa maksud bahawa terdapat kes jenayah baharu yang berlaku.

Seterusnya, ciri-ciri komunikasi yang berkesan memerlukan penerima (2012:5)


yang memberi tindak balas atau respons. Mengenal pasti pendengar juga adalah sama
pentingnya seperti mengenal pasti penutur. Gaya bahasa yang digunakan antara rakan
sebaya, suami isteri, orang tua serta yang mempunyai berbeza status atau mempunyai
pangkat dan gelaran adalah berbeza-beza.

Sebagai contoh, seorang remaja bercakap dengan rakan sebayanya dengan


menggunakan kata ganti nama ‘aku’. Namun begitu, pengucapan kata ganti nama ‘aku’
tidak sesuai digunakan ketika bercakap dengan orang yang lebih dewasa kerana perkara
ini dianggap kasar dan biadap. Sebaliknya, apabila seseorang yang lebih muda hendak
berkomunikasi dengan orang yang lebih dewasa, mereka sepatutnya membahasakan diri
sebagai ‘saya’ kerana perkataan ini lebih sopan.

Selain itu, penting juga untuk kedua-dua pihak faham dan jelas mengenai topik
yang dibincangkan supaya perkongsian dan pertukaran maklumat berlaku. Sebagai
contoh, jika seorang lelaki mahu melamar seorang wanita dengan bahasa kiasan seperti,
“Saya mahu menyunting bunga di taman”. Namun, jika wanita tersebut tidak faham akan
maksud lelaki itu, wanita itu tidak akan memberi respon terhadap lamaran lelaki tersebut.

Untuk mencapai objektif komunikasi, kesefahaman antara penutur dan penerima


perlu ada. Kita tahu bahawa kesefahaman antara kedua-dua pihak ini wujud sekiranya
maklumat yang disampaikan oleh penutur dapat difahami oleh penerima (2012:6).
Sebagai contoh, seorang guru meminta murid-muridnya berbaris dalam dua barisan dan
murid-murid tersebut berbaris sebagaimana yang diingini oleh guru tersebut. Hal ini
menunjukkan bahawa kesefahaman wujud antara guru dan murid-murid tersebut.

Bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan di mana penerima tidak berasa


bosan untuk mendengar maklumat yang disampaikan, perbincangan tersebut perlu ada
ciri-ciri kesoronokan bagi menarik perhatian penerima. Contohnya, dalam suatu
ceramah, penceramah harus bijak menarik perhatian pendengar dengan mengadakan
aktiviti yang menyeronokkan seperti ice breaking dan sebagainya supaya pendengar
tidak mudah berasa bosan dan lebih mudah menerima maklumat yang ingin
disampaikan.

Komunikasi yang berkesan juga dapat mempengaruhi seseorang untuk


membentuk sahsiah yang baik, mengubah fikiran, mengubah persepsi negatif, dan
mengubah sikap penerima. Contohnya, dalam konteks pendidikan sekiranya seorang
kaunselor dapat mewujudkan suatu komunikasi yang berkesan dengan murid yang
bermasalah, sikap negatifnya akan berubah menjadi positif.

Di samping itu, komunikasi juga turut mempengaruhi hubungan antara penerima


dan penutur. Sekiranya komunikasi antara kedua-dua pihak ini berkesan, maka
hubungan antara kedua-duanya juga baik. Walaubagaimanapun, kegagalan untuk
mencapai kesefahaman dalam komunikasi akan menyebabkan hubungan menjadi keruh
atau renggang. Oleh itu, kedua-dua pihak perlu bersedia menerima kelemahan dan
kelebihan masing-masing. Sebagai contoh, kegagalan suami isteri untuk berkomunikasi
dengan baik akan menyebabkan rumah tangga musnah.

Mesej yang diterima haruslah difahami oleh penerima bagi menghasilkan tindak
balas yang positif. Tindak balas positif ialah tindak balas yang bersesuaian dengan
objektif komunikasi. Tindak balas yang negatif pula wujud disebabkan oleh unsur
gangguan dan penerima tidak dapat memenuhi objektif komunikasi. Contohnya, dalam
bilik darjah guru bertanya “Apakah yang telah kita pelajari pada hari ini?” Sekiranya murid
dapat mengulas kembali apa yang diajar maka tindak balas yang positif telah terhasil.

Bahasa badan penutur juga mampu mempengaruhi sesebuah komunikasi kerana


dengan menguntum senyuman dan menggunakan pergerakan tangan yang sederhana,
seorang penutur akan kelihatan lebih berkeyakinan ketika berucap. Senyuman yang
manis dan sapaan yang mesra akan menjadi satu permulaan yang baik untuk sebuah
komunikasi yang positif. Jadi, seorang penutur yang akan menyampaikan maklumat
hendaklah mempunyai bahasa badan yang menarik. Mimik muka dan pertentangan mata
juga memainkan peranan yang penting.

Seorang pemberi maklumat perlu mengambil kira latar belakang mengenai


penerima maklumat yang hendak disampaikannya supaya dapat menggunakan laras
bahasa yang sesuai dengan peringkat mereka. Dalam erti kata lain, penutur perlu tahu
tahap penerima maklumat sama ada tahap sekolah, mahasiswa mahupun orang-orang
tua. Dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai mengikut umur, para penerima
maklumat dapat memahami mesej yang hendak disampaikan oleh penutur. Dengan
menggunakan bahasa yang mudah difahami, para pendengar akan berasa seronok
kerana mereka faham dengan penyampaian isi kandungan penutur atau penceramah.
Dengan ini, komunikasi yang berkesan akan berlaku kerana berlaku hubungan dua hala
yang aktif dan positif antara pengirim dan penerima mesej.

Kejelasan maklumat juga sangat penting bagi seorang penutur dan juga penerima.
Penutur haruslah menerangkan maklumat dengan jelas supaya penerima maklumat
dapat mencerna maklumat dengan baik. Dengan ini, matlamat penutur akan tercapai
untuk menyampaikan maklumat kepada penerima. Hal ini kerana komunkasi yang
berkesan mampu member pengaruh kepada penerima maklumat tersebut.

Salah satu fungsi komunikasi adalah mengubah tingkah laku penerima menerusi
perubahan sikap, nilai dan cara berfikir. Misalnya, apabila seseorang itu mendengar
pidato mengenai nilai integriti dan faham maklumat yang disampaikan, pendengar itu
akan mengaplikasikan nilai integriti dalam kehidupan sehariannya. Selain itu, bimbingan
yang positif dan berterusan dari seorang guru juga mampu meransang anak-anak murid
seorang guru untuk menjadi insan yang baik.

Penutur perlulah mempunyai kemahiran berucap atau berpenampilan menarik


untuk menarik perhatian pendengar. Kelebihan ini akan membuatkan pedengar mahu
menerima apa yang hendak disampaikan oleh penutur tersebut. Dengan ini, kerja penutur
untuk mearik para pendengar akan menjadi lebih mudah. Sebagai contoh, seorang
penceramah motivasi pelajar sekolah perlulah mempunyai perwatakan yang santai dan
pandai memancing perhatian pelajar sekolah. Penceramah motivasi tersebut tentunya
mendapat sambutan jika dia berjaya menambat hati para pelajar.
KEPENTINGAN KESANTUNAN LISAN DAN BUKAN LISAN DALAM KOMUNIKASI

Masyarakat Malaysia memang sangat menitikberatkan kesantunan atau adab semasa


berkomunikasi sama ada dari percakapan atau perlakuan atau juga dikenali sebagai
kesantunan lisan dan bukan lisan. Menurut kamus dewan edisi ke-4, lisan bermaksud
sesuatu yang diucapkan (perkataan). Oleh itu, kesantunan lisan membawa maksud
kesantunan dalam ucapan atau percakapan. Kesantunan bukan lisan pula bermaksud
kesantunan perlakuan seperti bahasa tubuh dan mimik muka.

Teori kesantunan Brown dan Levinson menyatakan bahawa setiap individu yang
kompeten mempungai air muka (face) dan menyedari bahawa individu yang lain juga
mempungai air muka. Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, (Asmah: 2002)
mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan
kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang
demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan
pendengar. Bahasa adalah petunjuk kehidupan dan gambaran dunia kita. Maka bahasa
boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita, asal usul kita, sosiobudaya kita,
pendidikan kita dan banyak hal yang berkaitan dengan kita, sama ada baik mahupun
sebaliknya (Asmah: 2002).

Konsep air muka seperti yang dikemukakan oleh Brown dan Levinson bermaksud
imej atau maruah diri dan penutur di tempat awan (public self-image). Kita perlu
memahami air muka seseorang supaya interaksi yang berkesan berlaku. Kita perlu
mengutamakan dua jenis air muka iaitu air muka negatif dan air muka positif. Air muka
positif bermaksud keinginan individu untuk merasakan bahawa dirinya atau air mukanya
dihargai. Air muka negatif pula bermaksud keinginan individu untuk merasakan hak,
kebebasan dan kuasa autonomi terhadap tindakannya.

KESANTUNAN LISAN

Masyarakat Melayu amat mementingkan perlakuan yang menjaga air muka atau maruah
pendengar. Oleh itu, mereka akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan konflik
semasa berinteraksi secara lisan. Penggunaan bahasa yang betul dan sopan
menggambarkan budi pekerti yang tinggi oleh penuturnya. Kesantunan bahasa adalah
alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa dan peradaban. Selain itu
penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain dan bagi mengelakkan
sebarang pergeseran berlaku.

Namun, kesantunan berbahasa dalam sesebuah masyarakat itu bersifat khusus.


Sesuatu perlakuan atau percakapan yang dianggap sebagai sopan dalam sesuatu
bahasa atau masyarakat, mungkin dianggap sebaliknya dalam bahasa atau masyarakat
lain. Ini adalah kerana bukan semua bahasa atau masyarakat memberikan penekanan
yang sama kepada sesuatu aspek kelakuan itu dalam menentukan atau menetapkan soal
kesopanan (Asmah: 2002). Namun, pada era globalisasi ini semakin ramai orang yang
mempunyai bahasa tetapi tidak mempungai kesantunan bahasa, baik orang tua, orang
muda, orang bawahan mahupun atasan. Hal ini sering berlaku di tempat-tempat kerja
seperti di kilang, di firma swasta, di pejabat-pejabat awam dan juga turut berlaku di
rumah, di tempat membeli-belah dan sekolah.

Masalah kurangnya aspek kesantunan berbahasa ini sering terjadi pada pihak-
pihak yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan (customer service). Mereka
tidak menggunakan bahasa yang sopan ketika tetamu atau pelanggan yang hadir
meminta bantuan atau minta perkhidmatan pada pekerja yang berkhidmat di kaunter-
kaunter barisan hadapan, dan hal yang sama turut berlaku di jabatan-jabatan yang
bertanggungjawab dalam penguatkuasaan, seperti polis dan imigresen. Bahkan cara
pertuturan mereka pula terlalu atau sedikit kasar serta tidak memberikan senyuman
kepada pelanggan.

Selain itu, ramai juga yang menggunakan kata sumpahan yang berlaku dalam dua
yahap sama ada secara sedar atau sengaja semasa bercakap untuk tujuan tertentu
seperti ingin menyakiti hati atau menghina atau menghina sesuatu pihak, menjadi agresif
serta perlihatkan sikap tertentu terhadap pihak yang dicemuhkan itu. Tahap yang kedua
ialah secara tidak sedar atau tidak sengaja yang mengakibatkan pengucapan kata ‘kotor’
secara spontan, tahap ini berlaku semasa seseorang itu menghadapi tekanan emosi
seperti dimalukan di khalayak, atau sewaktu melatah di khalayak ramai (Abdull Sukor
Shaari et-al, 2003).
Terdapat beberapa cara untuk menampilkan kesantunan berbahasa, antaranya
ialah cara sapaan lisan atau bertulis menggunakan bahasa Melayu dengan sopan santun
supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Terdapat juga pelbagai
situasi yang berbeza yang menuntut kita penutur bahasa untuk menggunakan bahasa
yang menepati situasi dan kehendak sosial. Oleh itu, kita harus menggunakan bahasa
yang bersesuaian, nada atau intonasi yang tepat serta gaya bahasa yang sesuai dengan
situasi dan sekeliling.

Tegasnya, bahasa yang sopan perlu ditekankan ketika berkomunikasi kerana


kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa dan
peradaban, selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain.
Seperti yang kita tahu bahawa masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi
pekerti dan kesantunan bahasa yang mulia.

KESANTUNAN BUKAN LISAN

Kesantunan bukan lisan bermaksud bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan
isyarat tangan, gerakan badan dan air muka. Terdapat beberapa konsep dalam
komunikasi bukan lisan yang harus kita fahami. Antara konsep tersebut ialah kualiti
perhubungan antara ahli kumpulan dibentuk dan dikekalkan menerusi komunikasi bukan
lisan, Jika komunikasi lisan bercanggah dengan komunikasi bukan lisan, mesej bukan
lisan adalah lebih dipercayai, isyarat bukan lisan hanya bermakna apabila ada yang
mentafsirnya, tafsiran kita tentang perlakuan seseorang perlu mengambil kira konteks
dan pertalian kuasa, tingkah laku anggota kumpulan mestilah selaras dengan budaya di
mana kumpulan itu wujud dan Kepekaan terhadap komunikasi bukan lisan berbeza dari
seseorang kepada seseorang lain.

Kesantunan bukan lisan menggambarkan personaliti, tujuan, dan status sosial


seseorang individu. Komunikasi lisan yang disertai dengan bahasa tubuh badan lebih
berkesan dan mesej yang ingin disampaikan dapat difahami dengan lebih jelas. Hal ini
dikatakan demikian kerana gerakan badan kita dapat menyampaikan mesej yang
difahami oleh orang lain. Contohnya, gerakan mata ke sana dan ke mari menunjukkan
bahawa seseorang itu tidak berminat untuk mendengar atau melihat sesuatu yang
disampaikan kepadanya. Selain itu, apabila seseorang mengerutkan dahinya
menunjukkan bahawa dia berminat dengan apa yang disampaikan tetapi tidak percaya.
Air muka boleh menggambarkan emosi, perasaan, harapan, menambat hati seseorang
atau perasaan kurang senang.

Tuntasnya, kita perlu menjaga bukan sahaja percakapan tetap juga gerak-geri
tubuh badan kita bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan dengan orang di
sekeliling kita. Hal ini kerana kesantunan berbahasa penting bagi menjaga hati dan
perasaan selain mencerminkan hati budi penutur. Selain itu, bahasa badan dapat
menyampaikan mesej yang difahami oleh orang lain. Justeru itu, bahasa badan perlu
dijaga agar orang lain tidak tersilap tafsir dan menimbulkan pergeseran.
ATUR CARA MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA IPG KAMPUS BAHASA
MELAYU

Tarikh: 29 Mei 2016

Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai,

Kuala Lumpur.

Bil Masa Aktiviti Tindakan Catatan


01. 9.00am- Pendaftaran peserta Ajk Para peserta
10.00am pendaftaran mendaftar.
(vijay,Amin,
Kee quan)

02. 10.30am Ketibaan tetamu jemputan Ajk sambutan: -Tetamu


-Salim, jemputan
Azrul,Amin dibawa ke
Ajk Protokol: tempat duduk
-Salmah, diiringi oleh
Benny, Ali pengarah, ajk
jemputan dan
ajk protokol.

-gamelan
dimainkan
sepanjang
perjalanan
tetamu
jemputan ke
tempat duduk.
03. 10.35am- Pembukaan: Juruacara VIP bersedia
10.50am -Aifaa, Azim sebelum
-Juruacara memberikan kata Bacaan doa pengacara
alu-aluan kepada semua -Ustaz Saiful memulakan
jemputan dan peserta. kata alu-aluan
kepada para
-Menjemput pembaca doa untuk hadirin.
memimpin bacaan doa.
-juruacara merakamkan ucapan
terima kasih.
04. 10.50am- Persembahan: -Juruacara -Kumpulan
11.05am -Juruacara mempersilakan -Kelab persembahan
kumpulan persembahan untuk kebudayaan bersedia di
membuat persembahan. IPGKBM belakang
pentas.
-Merakamkan ucapan terima -kumpulan
kasih kepada kumpulan persembahan
persembahan. bersedia di
belakang
pentas.
05 11.05am- -Juruacara mempersilakan Pengacara
11.20am Yang Mulia Tengku Adli Bin Raja
Omar, Timbalan Pengarah IPG
Kampus Bahasa Melayu untuk
memberikan ucapan alu-aluan.

-Merakamkan ucapan terima


kasih atas ucapan itu sebentar
tadi.
06 11.20am- Juruacara menjemput Dr Hajah Pengacara
11.40am Maridah Binti Haji Alias, Ajk protokol
Pengarah IPG Kampus Bahasa dan sambutan
Melayu untuk menyampaikan
ucapan seterusnya membuat
gimik perasmian.
……………………………………

Yang Mulia Tengku Adli bin Raja


Omar dan Ketua Jabatan
Bahasa Melayu, Dr Sabri Bin
Che Man untuk mengiringi Dr
Maridah Binti Haji Alias untuk
membuat gimik pelancaran.
…………………………………….

Merakamkan ucapan terima


kasih kepada Pengarah.
07 -Persembahan koir dan Pengacara -Ajk teknikal
11.40am- nyanyian solo dari kumpulan Ajk teknikal bersedia
11.55pm ppismp sem 2 sebelum
juruacara
Floor manager membuat
pengumuman.

-kumpulan
yang akan
membuat
persembahan
bersedia di
belakang
pentas
sebelum
pengumuman
dibuat.
11.55am- Penyampaian cenderahati Ajk Hadiah
12.05pm kepada pengarah IPG Kampus -clevina,
Bahasa Melayu, Timbalan chrisshilla,
Pengarah dan Ketua Jabatan debby
merangkap pengerusi bulan
bahasa IPG Kampus Bahasa
Melayu.

08 12.05pm- VIP dan para pensyarah Pelajar keluar


12:30pm dijemput untuk makan tengah selepas VIP
hari. keluar.
TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA IPG KAMPUS BAHASA
MELAYU

Tarikh: 29 Mei 2016

Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai,

Kuala Lumpur

Bil Masa Ucapan Catatan


01. 9.00am- Salam hormat dan selamat datang ke majlis Pastikan VIP
10.00am perasmian Dewan Aminuddin Baki, IPG bersedia sebelum
Kampus Bahasa Melayu. Majlis kita akan membuat
bermula sebentar lagi, iaitu sebaik sahaja ucapan.
ketibaan Dr Hajah Maridah Binti Haji Alias.
Sehubungan itu, pihak majlis memohon
kerjasama para hadirin agar mematikan
telefon bimbit atau menukar modnya
kepada mod senyap. Hadirin juga diminta
agar mengurangkan pergerakan keluar
masuk sepanjang majlis berlangsung.

02 10.30am- Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Hadirin berdiri


10.35am Dr Hajah Maridah Binti Haji Alias, pengarah semasa tetamtu
IPG Kampus Bahasa Melayu, diiringi kehormat
timbalan pengarah, ketua jabatan dan para berjalan masuk
pensayarah masuk ke dalam dewan. ke dalam dewan.
Sidang hadirin yang dihormati, dimohon
untuk terus berdiri bagi sama-sama Pelajar
menyanyikan lagu Negaraku…. menyanyikan
lagu kebangsaan
Terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dengan penuh
dipersilakan duduk. semangat.
03 10.35am- Kompang Bergema Pusaka Bangsa,
10.40am Dipalu oleh Si Anak Muda,
Hadir Tuan Puan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.

Alhamdullilah, bersyukur kita ke hadrat ilahi


kerana dengan izin-Nya dapatlah kita
berkumpul dalam Majlis Perasmian
Perpustakaan Datuk Lokman, IPG Kampus
Bahasa Melayu.

1. Yang Berbahagia Dr. Hajah Maridah


Binti Hajah Alias Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu.

2. Yang Mulia Tengku Adli Bin Raja


Omar, Timbalan Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu.

3. Yang Berusaha Dr Sabri Bin Che


Man Ketua Jabatan Pengajian
Melayu merangkap Pengerusi
Minggu Bahasa Melayu Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu.
4. Yang Dihormati Ketua-Ketua
Jabatan, Ketua-Ketua Unit

5. Pensyarah-Pensyarah Kanan

6. Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis


Penutupan Minggu Bahasa Melayu
dan Pelancaran Bulan Berbudi
Bahasa, Peringkat Institut, 2016

7. Para pensyarah, pelajar-pelajar,


seluruh warga IPG Kampus Bahasa
Melayu.

Hadirin dan hadirat sekalian


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
04 10.40am- Menadah tangan tanda kerendahan,
10.50am Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.
Bagi memberkati majlis, marilah sama-
sama kita mendah tangan dengan penuh
ketakwaan untuk mengaminkan doa yang
akan dibacakan oleh Ustaz Saiful bin Mohd
Kadir. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
……………………………..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


atas pimpinan doa itu sebentar tadi.
05 10.50am- Hadirin sekalian, sebagai pembuka tirai
11.05am majlis ini, marilah kita sama-sama
menyaksikan persembahan tarian yang
akan dipersembahkan oleh kelab
kebudayaan IPGKBM.
…………………………………………………
Majlis merakamkan ucapan terimakasih
atas persembahan yang menarik itu
sebentar tadi.
06 11.05am- Tuan-tuan dan puan-puan, untuk
11.20am meneruskan majlis kita pada hari ini
dipersilakan Ynag Mulia Tengku Adli Bin
Raja Omar, Timbalan Pengarah IPG
Kampus Bahasa Melayu untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.
………………………………………………….
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
atas ucapan itu sebentar tadi.
07 11.20am- Tanam ubi di tepi pagar, Ajk sambutan dan
11.40am Sayang si kumbang mencari makan, ajk protokol
Tampilah tuan kami mendengar, mengiringi YB
Ucapan perasmian kami nantikan. hingga ke tangga
pentas.
Seterusnya, majlis menjemput Yang
Berbahagia Dr. Hajah Maridah binti Haji -kumpulan yang
Alias untuk menyampaikan ucapannya akan membuat
seterusnya menyempurnakan gimik persembahan
pelancaran. Dengan segala hormatnya bersedia di
dipersilakan. belakang pentas
……………………………………………….. selepas gimik
Dijemput Yang Mulia Tengku Adli Bin Raja pelancaran
Omar dan Dr Sabri bin Che Man untuk selesai.
mengiringi Dr Hajah Maridah Binti Haji Alias
untuk membuat gimik pelancaran.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Hajah


binti Hajah Alias atas ucapan dan gimik
pelancaran itu sebentar tadi.
08 11.40am- Hadirin sekalian, majlis kita pada hari ini
11.55pm akan diserikan lagi dengan persembahan
koir dan nyanyian solo dari kumpulan
PPISMP sem 2.
………………………………………………..
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
atas persembahan yang sungguh
menghiburkan itu sebentar tadi.
09 11.55am- Sebagai tanda penghargaan, dijemput
12.05pm pengarah untuk menyampaikan hadiah
kepada Dr Sabri, Ketua Jabatan Bahasa
Melayu merangkap Pengerusi Bulan
Bahasa pada tahun ini.
………………………………………………….

Seterusnya, dijemput timbalan pengarah


untuk menyampaikan cenderahati kepada
Dr. Hajah Maridah Binti Haji Alias.
…………………………………………….
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
atas penyampaian cenderahati itu sebentar
tadi.
10 12.05pm- Dengan ini, maka berakhirlah majlis kita
12:30pm pada hari ini.

Akhir kata daripada kami:

Bumi mana tidak ditimpa hujan,


Lautan mana tidak bergelora,
Begitu jua kami di sini,
Kemaafan jua dipohon,
Atas keterlanjuran kata,
Terkasar bahasa,
Terguris rasa.
Salam Ceria, Salam Hormat daripada kami.
Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t
RUJUKAN

Amin hazyq (2008), Cara Mudah Mengendalikan Majlis Rasmi Dan Riadah Syarikat.

Selangor: Perintis Books Sdn. Bhd.

Samsudin wahab (2003), Mengurus Majlis dan Acara Rasmi. Shah Alam:

PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohamad (2012), Bahasa Melayu Kontekstual. Shah Alam:

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Awang Sariyan, (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff & Mohd Isha Awang, (2003) Bahasa Melayu

Komunikasi. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd

Asmah Hj. Omar (2002) Setia dan Santun Bahasa, Institusi Peradaban Melayu,

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

http://www.scribd.com/doc/86564825/KESANTUNAN-BAHASA-MELAYU#scribd

(Diakses pada 20 februari 2016)

http://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKADEMIKA82-
2/Akademika%2082%282%29Chap%204-locked.pdf (Diakses pada 20 februari 2016)

Anda mungkin juga menyukai