Anda di halaman 1dari 15

EDISI KEDUA 2017 [DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK]

KOD HCE1053

PENGURUSAN SUMBER DAN ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT UNTUK


MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

UNIT 2

TOPIK APLIKASI PERISIAN DAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER

MINGGU 2

JAM 2

HASIL PEMBELAJARAN:
 Mengetahui penjagaan asas perkakasan computer
 Menggunakan aplikasi Microsoft Office dengan mahir

KANDUNGAN:
Aplikasi Perisian dan Penyenggaraan Komputer
2.1 Pengetahuan asas penyelenggaraan komputer
2.2 Aplikasi Microsoft Word
2.3 Aplikasi Microsoft Excel
2.4 Aplikasi Microsoft Power Point
2.5 Aplikasi dan capaian internet

2-1
EDISI KEDUA 2017 [DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK]

2.1 Pengetahuan Asas Penyelenggaraan Komputer

Komputer merupakan satu alat yang penting pada masa kini. Sama seperti peralatan lain, komputer juga
memerlukan penjagaan yang baik. Panduan penjagaan ini dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu
PanduanPenjagaan Perkakasan Komputer dan Penjagaan Perisian Komputer.

2.1.1 Penjagaan Perkakasan


 Elakkan komputer dari terkena air atau diletakkan ditempat yang berkelembapan tingi.
 Elakkan komputer diletak berhampiran tempat yang berdebu dan bersuhu tinggi.
 Jarakkan sedikit komputer dari dinding atau alat lain bagi membenarkan pengaliran udara.
 Bersihkan skrin komputer dengan cecair pembersih khas untuk komputer.
 Letakkan komputer di tempat khas untuk komputer dan pastikan kedudukkannya stabil.
 Rehatkan komputer seketika sekiranya komputer telah digunakan dalam satu jangkamasa yang agak lama.
 Putuskan bekalan elektrik dan tanggalkan palam dari soket sekiranya komputer tidak digunakan.
 Jangan gunakan komputer ketika kilat .

2.1.2 Penjagaan Perisian


 Bagi mengelakkan masalah Windows, sentiasa keluar daripada Windows dengan cara yang betul.
 Gunakan aplikasi yang bersesuaian untuk mengimbas cakera keras dan perisian – perisian yang mungkin
bermasalah.
 Pastikan perisian antivirus yang bersesuaian digunakan bagi menghalang serangan virus.
 Imbas e-mel dan halaman internet yang dilayari supaya tidak dijangkiti oleh perisian – perisian perosak.

2.2 Aplikasi Microsoft Word

Aplikasi Pemproses Perkataan - Microsoft Words


 Pengenalan
 Mencipta dokumen berasaskan teks dan paling banyak digunakan.
 Berupaya mencipta memo, surat, bulletin, laporan serta laman sesawang.

2-2
EDISI KEDUA 2017 [DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK]

 Selain Microsoft Word, pemroses perkataan yang boleh digunakan ialah, Corel WordPerfect, Apple Pages,
OpenOffice Writer dan Google Docs.
 Gambarajah di bawah menunjukkan paparan antaramuka Microsoft Word 2010.

2.3 Aplikasi Microsoft Excel

Aplikasi Lembaran Kerja - Microsoft Excel


 Pengenalan
o Merupakan aplikasi hamparan elektronik yang membantu pengguna menyimpan data, melaksanakan pengiraan
kompleks dan menghasilkan output samada dalam bentuk elektronik atau bentuk cetakan.
o Perisian lembaran kerja/hamparan kerja elektronik yang biasa digunakan ialah Microsoft Excel , Apple Calc,
Works, Quattro Pro, sheets (google apps) dan sebagainya.
o Terdiri daripada hamparan kerja yang dikenali dengan nama worksheet. Setiap hamparan kerja mengandungi lajur
dan baris yang boleh ditambah dan dibuang mengikut keperluan. Ia juga boleh disorokkan(hide)
o Baris ditanda dengan nombor 1 hingga 65,536 dan lajur ditanda dengan A hingga Z dan disambung dengan AA
hingga AZ dan seterusnya.

2-3
EDISI KEDUA 2017 [DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK]

o Gambarajah di bawah menunjukkan paparan antaramuka Microsoft Excel 2010.

 Fungsi – fungsi Microsoft Excel


i. Menyimpan data dan mengolahnya
ii. Melakukan format pada lembaran kerja seperti menggunakan symbol matawang, perpuluhan, tarikh, peratusan
dan pelbagai format data lain.
iii. Menghasilkan carta berdasarkan data
iv. Melaksanakan pengiraan matematik, statistic, perakaunan dan kewangan
v. Menbuat unjuran mengunakan analisis what – if
vi. Menyimpan dan mengurus data dalam bentuk pangkalan data dengan mudah.

2.4 Aplikasi Microsoft Power Point

Aplikasi Microsoft Power Point

2-4
EDISI KEDUA 2017 [DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK]

 Pengenalan
o Membantu pembinaan persembahan yang profesional dan menarik.
o Persembahan grafik:-
o Menggabungkan pelbagai objek multimedia:-
 Teks – statik dan dinamik
 Grafik – 2D, 3D dan animasi
 Audio
 Video
 Hiperpaut (Hyperlink)

o Empat perisian persembahan grafik yang meluas digunakan:-


 Microsoft Power Point
 Corel Presentations
 Lotus Freelance Graphics
 Apple Keynote
 AppleWorks Presentation

o Ciri-ciri:-
 Membantu menyusun kandungan persembahan.
 Rangka kerja untuk membantu memasuk dan menyusun topik persembahan.
 Animasi: kesan khas visual dan bunyi.
 Teks berkelip-kelip (blinking text).
 Peralihan antara topik.

 Memasukkan (import) klip audio dan video.


 Rakaman suara.
o Gambarajah di bawah adalah antaramuka Microsoft PowerPoint 2010

2-5
EDISI KEDUA 2017 [DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK]

2.5 Aplikasi dan Capaian Internet

Aplikasi dan capaian Internet


 Pengenalan
 Gabungan perkataan inter dan networking yang membawa maksud rangkaian.
 Ia juga dikenali sebagai Net yang merupakan rangkaian computer yang menghubungkan berjuta – juta computer
di merata dunia.
 Capaian Internet
 Intenet boleh dicapai menggunakan sambungan fizikal seperti kabel talian telefon.
 Sambungan tanpa wayar juga seperti wireless boleh digunakan dan biasanya ianya disambungkan melalui
gelombang satelit.
 Halaman sesawang internet boleh dicapai melalui alamat internet pada halaman tersebut yang dikenali sebagai IP
Address.
o Istilah-istilah yang digunakan dalam laman web

2-6
EDISI KEDUA 2017 [DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK]

a. World Wide Web (WWW)


 Sejenis sistem yang mengandungi koleksi dokumen elektronik di seluruh dunia.

b. Web Page
 Setiap dokumen elektronik dalam web dikenali sebagai web page.
 Web page mengandungi teks, grafik, audio dan video.
 Halaman utama yang terpapar apabila pengguna Internet memasukkan alamat sesebuah organisasi atau individu
dipanggil home page.
 Web site adalah koleksi web page yang saling berkaitan antara satu sama lain seperti dokumen2 dan gambar
yang diletakkan pd web server.
 Web server adalah komputer yang memberi maklumbalas terhadap permintaan web page yang dilakukan oleh
komputer anda.

c. Pengimbas Web (web browser)


 Pengimbas web atau Pelayar Web (browser) membolehkan pengguna Internet mengimbas dan mencapai
maklumat dari WWW.
 Contoh pengimbas web: Microsoft Internet Explorer, Firefox, Opera dan Safari.

d. Enjin Gelintar (Search Engine)


 Sejenis kemudahan pencarian yang digunakan untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan kehendak
pengguna di Internet.
 Enjin gelintar yang digunakan dengan meluas ialah Google (http://www.google.com), Yahoo
(http://www.yahoo.com), AltaVista (http://www.altavista.com), MSN (http://www.msn.com) dan banyak lagi.

e. Alamat Protokol Internet (IP Address)


 Nombor unik untuk mengenalpasti setiap komputer atau device yang dihubungkan dengan rangkaian Internet.
 Contohnya: 161.189.78.17.
 IP address susah untuk diingati. Oleh sebab itu Internet menyokong penggunaan teks nama yang mewakili IP
address tersebut.
 Domain name adalah versi teks bagi IP address.

2-7
EDISI KEDUA 2017 [DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK]

f. Protokol Pemindahan Hiperteks (HyperText Transfer Protocol atau HTTP)


 Merupakan protokol utama yang digunakan dalam WWW untuk memindahkan maklumat di antara komputer.
 Contoh: http://www.kptm.edu.my. Perkataan “http” di permulaan alamat (URL) halaman induk merujuk kepada
HyperText Transfer Protocol.

g. Pengesan Sumber Tetap (URL)


 Setiap komputer yang dihubungkan dengan rangkaian Internet mempunyai alamat unik yang dikenali sebagai
URL (Uniform Resource Locator) atau web address.
 Contoh: URL address bagi Kolej Poly-Tech Mara ialah http://www.kptm.edu.my

h. Bahasa Penanda Hiperteks (HyperText Markup Language - HTML)


o Merupakan bahasa yang digunakan untuk membangunkan dokumen hiperteks dalam WWW
 Aplikasi Internet
o Berkomunikasi Melalui E-mel
o Membeli-belah  Perdagangan elektronik
o Menyelidik  Perpustakaan maya
o Hiburan  Halaman untuk muzik, wayang gambar, majalah atau permainan komputer.

a. E-Mel (Electronic Mail)


 Mesej e-mel mempunyai tiga elemen asas iaitu header, message dan signature. header muncul pada permulaan
emel dan terdiri daripada maklumat berikut:-
i. Subjek: menerangkan topik mesej
ii. Alamat: alamat pengirim, penerima, dan jika perlu orang lain yang patut menerima salinan mesej.
iii. Lampiran: untuk melampirkan fail seperti fail dokumen dan helaian kerja.
 Isi surat atau message.Kebiasaannya pendek dan tepat pada tujuannya.

b. Alamat
 Internet menggunakan kaedah beralamat yang dikenali sebagai sistem nama domain (DNS) untuk memberi
nama dan nombor kepada pengguna dan komputer.

2-8
EDISI KEDUA 2017 [DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK]

 Sistem ini membahagikan alamat kepada tiga bahagian iaitu: nama pengguna, nama domain, dan kod domain.

 Kod domain: kawasan atau identiti organisasi. Contoh: edu


 Nama domain: merujuk kepada organisasi tertentu. Contoh: kptm
 Nama pengguna: mengenal pasti orang atau komputer yang unik daripada domain yang tersenarai. Contoh: lina

c. Kod domain Internet yang lazim

Domain Pengecam

com Komersial

edu Pendidikan dan penyelidikan

org Organisasi lain

net Pusat rangkaian utama

gov Kerajaan

o Aplikasi lain
a. Mel elektronik (e-mail)
 Untuk mencipta, mengirim dan menerima mesej dari seluruh dunia.
 Penghantaran email adalah cepat tetapi keselamatannya semakin tidak terjamin kerana banyak sebab seperti
virus, hackers dan kesilapan rangkaian.

b. Kumpulan Berita (Newsgroup)


 Membincangkan topik-topik tertentu dalam internet.
 Pengguna-pengguna internet blh berinteraksi, bertukar pandangan dan memberi komen berkenaan sesuatu topik
yang dibincangkan.

2-9
EDISI KEDUA 2017 [DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK]

c. Chat
 Singkatan daripada Internet Relay Chat.
 Membenarkan seberapa banyak pengguna menyertai sesuatu perbincangan secara berkumpulan.
 Untuk bersembang dalam internet perisian IRC diperlukan seperti mIRC dan WSIRC.

d. Laman Sosial
 Facebook
 Instagram
 Twitter

Latihan:

SOALAN OBJEKTIF

1. Selain Microsoft Power Point, aplikasi persembahan yang boleh digunakan ialah _________
A. Apple Calc
B. Apple Pages
C. Corel Presentation
D. Corel WordPerfect

2. Di antara berikut, yang manakah merupakan asas penjagaan perisian?


A. Bersihkan skrin computer dengan cecair pembersih khas untuk computer
B. Semua kemudahan dan peralatan IT yang diediakan oleh KPTM adalah hak KPTM.
C. Pastikan perisian antivirus yang bersesuaian digunakan bagi menghalang serangan virus
D. Sebarang penyambungan talian rangkaian hendaklah mendapat kebenaran pusat komputer

3. Aplikasi _______ membolehkan pengguna melayari halaman internet mengikut kehendak pengguna.
A. Enjin gelintar
B. Pengimbas web
C. Pemprosesan perkataan
D. Lembaran kerja elektronik

2-10
EDISI KEDUA 2017 [DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK]

Merupakan kemudahan pencarian yang digunakan untuk mencari maklumat yang


berkaitan dengan kehendak pengguna di internet.

4. Kenyataan di atas merupakan ciri-ciri bagi _____________.


A. Enjin gelintar
B. Pengimbas web
C. Pemprosesan perkataan
D. Lembaran kerja elektronik

5. Yang manakah pasangan aplikasi Internet yang tepat?


A. Hiburan : Instagram
B. Membeli belah : media social
C. Menyelidik : perpustakaan maya
D. Berkomunikasi : melalui kumpulan berita

6. Di antara berikut, yang manakah adalah lembaran kerja elektronik?


A. Apple Calc
B. Google Docs
C. OpenOffice Writer
D. Microsoft Power Point

7. Apakah yang dimaksudkan dengan LAMPIRAN yang terdapat pada E-mail?


A. Menerangkan topik mesej
B. Merujuk kepada organisasi tertentu
C. Untuk menghantar fail seperti fail dokumen dan helaian kerja
D. Untuk mengenal pasti orang atau komputer daripada domain yang tersenarai.

8. Dokumen elektronik pada laman sesawang yang mengandungi teks, grafik, audio dan video dikenali
sebagai _______________.
A. Web page
B. newsgroup
C. engin gelintar
D. world wide web

9. format http://www.kptm.edu.my dikenali sebagai alamat ___________.


A. HTML
B. Protokol Internet
C. Nama Pengguna
D. Pengesan Sumber tetap (URL)

2-11
EDISI KEDUA 2017 [DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK]

10. Internet menggunakan kaedah alamat yang dikenali sebagai sistem ___________.
A. Kod negara
B. Kod domain
C. Nama domain
D. Nama pengguna

11. Antara yang berikut yang manakah merupakan maksud bagi kod domain org?
A. komesial
B. organisasi lain
C. pusat rangkaian utama
D. pendidikan dan penyelidikan

 Membantu pembinaan persembahan grafik yang professional dan menarik


 Mengabungkan pelbagai objek multimedia.

12. pernyataan diatas merupakan ciri-ciri bagi perisian aplikasi ________


A. Microsoft Word
B. Microsoft Excel
C. Corel Presentation
D. Microsoft Power Point

13. Berikut adalah merupakan perisian persembahan grafik yang meluas digunakan KECUALI _____________
A. Apple Keynote
B. Corel Presentation
C. Open Office Writer
D. Microsoft Power Point

14. Penyataan berikut adalah tentang penjagaan perkakasan KECUALI


A. Elakkkan komputer dari terkena air atau diletakkan ditempat yang berkelembapan tinggi
B. Menggunakan komputer dalam jangkamasa yang lama
C. Putuskan bekalan elektrik dan tanggalkan palam dari soket sekiranya komputer tidak digunakan.
D. Letakkan komputer ditempat khas untuk komputer dan pastikan kedudukannya stabil.

15. Manakah diantara berikut menerangkan tentang penjagaan perisian yang betul?
A. Perisian antivirus tidak penting bagi menghalang serangan virus
B. Gunakan sebarang aplikasi untuk mengimbas cakera keras dan perisian-perisian yang mungkin
bermasalah.
C. Bagi mengelakkan masalah windows, sentiasa keluar daripada windows dengan cara yang betul.
D. E-mel tidak perlu diimbas apabila menggunakannya.

2-12
EDISI KEDUA 2017 [DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK]

16. Perkara-perkara berikut boleh dilakukan ketika berada di dalam makmal komputer KECUALI
A. Soal jawab
B. Perbincangan
C. Melayari internet
D. Makan dan minum

 Merupakkan aplikasi hamparan elektronik yang membantu


pengguna menyimpan data, melaksanakan pengiraan kompleks
dan menghasilkan output samada dalam bentuk elektronik atau
bentuk cetakan

17. Definisi di atas merujuk kepada aplikasi


A. Grafik
B. Lembaran kerja
C. Pangkalan data
D. Pemprosesan perkataan

18. Manakah di antara berikut perkara yang perlu diberi perhatian oleh pengguna untuk keselamatan emel?
I. Selalu menukar kata laluan
II. Jangan berkongsi kata laluan
III. Pastikan log out akaun emel selepas digunakan
IV. Buka fail kepilan (attachment) dari orang yang tidak dikenali

A. I,II dan III


B. I,II dan IV
C. I, III dan IV
D. II,III dan IV

19. Di antara berikut, yang manakah merupakan contoh bagi engine gelintar (search engine)
I. MSN
II. Yahoo
III. Google
IV. Microsoft Internet Explore

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I,III dan IV,
D. I,II, III dan IV

2-13
EDISI KEDUA 2017 [DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK]

SOALAN BETUL/SALAH:

1. Altavista merupakan satu contoh engine gelintar (search engine) Benar / Salah

2. Google Engine merupakan pengimbas web (web browser) Benar / Salah

3. Komputer boleh digunakan walaupun keadaan cuaca kilat dan guruh Benar / Salah

4. Selain Microsoft Word, aplikasi pemprosesan perkataan lain yang boleh Benar / Salah
digunakan adalah Corel WordPerfect

5. Internet menggunakan kaedah beralamat yang dikenali sebagai sistem Benar / Salah
nama domain(DNS) untuk memberi nama dan nombor kepada pengguna
dan komputer

6. Bahasa http digunakan untuk membangunkan dokumen hiperteks Benar / Salah

7. Microsoft Power Point membantu pembinaan persembahan yang Benar / Salah


profesioanal dan menarik

8. Pelajar dibenarkan menukar kedudukan komputer dan peranti sekiranya Benar / Salah
perlu.

9. Perisian Aplikasi Microsoft Power Point boleh melaksanakan pengiraan Benar / Salah
matematik, statistic, perakaunan dan kewangan

10. Fungsi utama bagi subjek yang terdapat pada E-Mel merujuk kepada Benar / Salah
organisasi tertentu

2-14
EDISI KEDUA 2017 [DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK]

SOALAN ISI TEMPAT KOSONG:

Padankan setiap pernyataan dengan istilah/ frasa yang paling sesuai dalam kotak yang diberikan di bawah.

wireless e-mail engine gelintar


website pemprosesan perkataan Apple pages
nama domain/ domain name Homepage World Wide Web
webpage komunikasi lembaran kerja elektronik

1. Aplikasi ____________________ berupaya mencipta dokumen berasaskan teks seperti memo.


2. Aplikasi _________________________ membantu pengguna menyimpan data, melaksanakan pengiraan
kompleks dan menghasilkan carta.
3. Sambungan tanpa wayar atau dikenali sebagai _________________ menghubungkan komputer melalui
gelombang satelit.
4. Setiap dokumen elektronik dalam web dikenali sebagai ____________________.
5. ____________________ merupakan halaman utama yang terpapar apabila pengguna memasukkan
alamat sesebuah organisasi.
6. Google (http://www.google.com) adalah contoh ____________________ yang meluas digunakan.
7. _______________________ merupakan sejenis sistem yang mengandungi koleksi dokumen elektronik
seluruh dunia,

SOALAN STRUKTUR:

1. Berikan TIGA (3) elemen asas dalam emel.

2. Berikan istilah penuh bagi singkatan LAN

3. Nyatakan TIGA (3) peraturan yang perlu dipatuhi dalam capaian internet menggunakan rangkaian di dalam
kawasan kolej.

4. Nyatakan TIGA (3) cara dalam penjagaan perkakasan komputer.

5. Berikan EMPAT (4) cara dalam penjagaan perisian.

6. Berikan TIGA (3) contoh laman social yang terkenal dan digunakan secara meluas.

2-15

Anda mungkin juga menyukai