Anda di halaman 1dari 18

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KULIAH:

KOD HCE1053

PENGURUSAN SUMBER DAN ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT UNTUK


MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

UNIT 4

TOPIK PENYEDIAAN SUMBER PENGAJARAN

MINGGU 5-6

JAM 4

HASIL PEMBELAJARAN:
o Memahami definisi teknologi dan sumber pengajaran
o Mengetahui jenis sumber pengajaran dan pembelajaran.
o Memilih teknologi yang bersesuaian dengan kanak – kanak.
o Memahami peranan dan kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

4-1
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KANDUNGAN:

4.1 Definisi dan Konsep

Definisi oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988):


Teknologi Pendidikan ialah proses yang kompleks dalam mengalisis keperluan pendidikan secara sistematik,
saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber
bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Konsep Teknologi Pendidikan


Teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau
pengetahuan lain yang tersusun (other organized knowledge) yang digunakan secara sistematik sehingga mampu
mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai
kejayaan, Galbraith (1967).

Apakah itu teknologi pendidikan?


Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik
minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti
berikut:
• Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P
• Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P
• Mengurus, proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan sumber P&P

Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan
berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat
memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.

4.2 Jenis-jenis Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

4.2.1 Terdapat dua jenis media sumber pengajaran / pembelajaran iaitu:


a. Media Cetakan
Merujuk kepada sebarang Media yang berasaskan teknologi cetakan seperti buku , majalah ,
gambar, risalah , surat khabar , carta dan peta .

b. Media Bukan Cetak


Terdiri dari dua bahan :
 Bahan tayang : bahan audio atau visual seperti slaid , fotografi , transparent video dan perisian

4-2
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

komputer .
 Bahan bukan tayang (model, diagram dan papan pengajaran)

4.2.2 Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran berteraskan komputer


a) Perkakasan
- Komputer Riba, Notebook atau Netbook
- Komputer peribadi
- Projektor
- Kamera Digital
- Slaid

b) Perisian
- Microsoft Office(Word, Excel, Power Point)
- Adobe Photoshop, Illustrator

c) Internet
- capaian internet
- E- learning
- Enjin Carian

4.2.3 Objektif pembelajaran berbantukan media cetak dan elektronik


 Menarik, menyeronokkan dan bermakna
 Mudah alih
 Menggalakkan pembelajaran individu
 Pengajaran berulang kali
 Interaktif
 Merangsang penggunaan pelbagai deria

4.2.4 Peranan media elektronik


a. alat atau bahan teknologi dapat membantu pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran
secara tidak langsung, ia menjadikan tugas mengajar menjadi lebih berkesan.

b. Dapat meningkatkan daya ingatan murid. Berdasarkan kajian Hemstead(1973) dalam


Harulnizam(2002) mendapati murid lebih cenderung untuk menggunakan media dalam pembelajaran
dan ingatan serta sikap mereka semakin baik.

4-3
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

c. Media memainkan peranan yang penting dalam proses komunikasi. Antara kepentingan yang utama
ialah tahap interaktif yang tinggi, pengajaran berdasarkan kebolehan murid. Murid dapat mengawal
sendiri pembelajarannya serta dapat menarik dan mengekalkan minat murid terhadap pelajaran.

4.3 Ciri-ciri Teknologi Pendidikan

4.3.1 Ciri-ciri Teknologi Pendidikan


 Bahan yang dapat menjelaskan idea, konsep; dan menerangkan isi kandungan pelajaran
 Bahan yang bersaiz sesuai dan jelas untuk dilihat oleh semua kanak - kanak
 Tulisan dan gambar yang berwarna-warni bagi menarik minat kanak - kanak
 Bahan yang digunakan tahan lama dan mudah disimpan
 Tempoh aplikasi bersesuaian dengan tahap umur kanak – kanak.
 Arahan penggunaan yang jelas dan bersesuaian dengan tahap kefahaman kanak – kanak.

4.3.2 Prinsip menggunakan Teknologi Pendidikan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
 Bahan Bantu Mengajar
- Teknologi pendidikan (TP) berfungsi sebagai bahan yang digunakan dalam proses P&P dan bukan sebagai
pengganti pengajaran.
- TP digunakan sebagai alat bantu mengajar dan menyampaikan maklumat kepada murid dengan lebih jelas
dan berkesan.

 Pengajaran dan Pembelajaran


- Menggunakan TP sebagai daya penarik dan menimbulkan minat serta keseronokan belajar dalam diri murid.
- Penggunaan TP hendaklah bertunjangkan pengajaran dan bukan hiburan dan tidak di salah guna dan
membuang masa.

 Perancangan
- Penggunaan TP perlu dirancang dengan sistematik melalui tiga peringkat
i. Sebelum penggunaan
 Guru perlu merancang masa, aktiviti yang sesuai dengan topik pengajaran supaya penggunaan TP memberi
faedah kepada murid.
ii. Semasa Penggunaan
 Guru dapat memberikan komen dan pandangan terhadap aktiviti yang dijalankan dan memberikan penekanan
kepada aspek – aspek penting yang perlu dilakukan oleh murid semasa penggunaan TP.

4-4
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 Murid – murid dapat berinteraksi dan terlibat secara aktif dengan penggunaan TP.
iii. Selepas Penggunaan
 Guru dapat merancang aktiviti lanjutan selepas penggunaan TP agar dapat membuat peneguhan dan
pengukuhan terhadap kefahaman murid seperti menyediakan soalan – soalan, penilaian, kerja – kerja projek
samada secara individu atau kumpulan.

 Kegunaan
- Pemilihan TP dalam pengajaran berdasarkan kesesuaian kegunaannya dari segi topik dan objektif
pembelajaran, murid, saiz kelas dan keadaan fizikal temapt mengajar.

 Objektif Pembelajaran
- Penggunaan TP dapat mencapai sesuatu objektif pembelajaran dan digunakan mengikut peringkat
perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran.

 Masa
- TP digunakan mengikut masa dan topik sesuai agar dapat merangsang pembelajaran murid.

 Rujukan
- TP digunakan sebagai rujukan dan penggunaannya memberi makna kepada murid sepanjang proses P&P.

4.4 Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

4.4.1 Peranan dan kepentingan teknologi pendidikan yang dapat meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran ialah

i. Membina Kemahiran Kognitif


 Murid perlu mengulangi pelajaran beberapa kali untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran.
 Proses pengulangan yang dilakukan melalui perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan lebih membantu
murid mengingati sesuatu maklumat berbanding proses pengulangan melalui bahan bercetak.
 Sesuatu maklumat yang disampaikan dalam bentuk verbal (contoh: lisan dan teks) berserta dengan bentuk
visual (contoh: gambar, animasi dan video) akan meningkatkan lagi kadar ingatan dan mencapai semula
maklumat dari memori.
ii. Menggalakkan Pembelajaran Kendiri
 Keupayaan menyediakan platform pembelajaran kendiri serta jadual belajar yang sesuai dengan murid
merupakan kelebihan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan yang telah dibuktikan melalui kajian.

4-5
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 Pembelajaran kendiri melalui perisian pengajaran adalah lebih baik berbanding kaedah tradisi, di mana melalui
pembelajaran kendiri ini murid boleh mengawal pembelajaran berdasarkan tahap kemampuan serta
kesesuaian mereka.

iii. Menjadikan Pembelajaran Aktif


 Interaktiviti menggalakkan pembelajaran aktif berlaku dalam kalangan murid pada sebarang peringkat umur
dan komputer adalah satu-satunya media yang mempunyai potensi ini.
 Semakin dinamik interaktiviti, semakin aktif proses pembelajaran akan berlaku.
 Melalui pembelajaran aktif, banyak kelebihan dapat dicapai seperti menarik tumpuan murid, membina ingatan
jangka panjang, pembelajaran lebih pantas dan peningkatan motivasi belajar.

iv. Menggalakkan Pembelajaran Yang Menghiburkan


 Elemen multimedia terutamanya animasi telah menjadikan pembelajaran berasaskan perisian pengajaran
dalam teknologi pendidikan itu sesuatu yang menghiburkan dan menjanjikan pelbagai kemudahan yang tidak
pernah terfikir oleh manusia sebelum ini serta tidak membosankan.

v. Mempelbagaikan Latar Belakang Dan Kaedah Belajar


 Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan membolehkan penyampaian isi pelajaran kepada murid dalam
bentuk yang mudah difahami dan lebih menarik berbanding buku atau media lain dan mampu memenuhi
strategi belajar yang bervariasi
 Setiap individu mempunyai corak pembelajarannya yang tersendiri. Pengajaran secara tradisi tidak dapat
memenuhi masalah corak pembelajaran yang berbeza ini. Namun perisian pengajaran dalam teknologi
pendidikan kini dapat memberikan segala kemudahan ini kepada murid.

vi. Mengatasi Masalah Bilangan Murid Yang Ramai


 Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan dapat mengatasi masalah keberkesanan pengajaran
sekiranya melibatkan bilangan murid yang ramai.
 Guru sememangnya dapat menumpukan pengajaran secara individu sekiranya jumlah murid adalah kecil.
 Guru juga akan dapat bersama murid di suatu tempat yang sama pada suatu tempoh yang terhad, hal ini juga
menjadi faktor penghalang bagi para guru untuk melakukan penumpuan secara individu terhadap setiap murid.
 Masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan yang
menawarkan kebolehan menyampaikan maklumat kepada setiap murid secara individu serta menjamin
pencapaian yang baik.

vii. Melibatkan Lebih Daripada Satu Deria

4-6
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 Pendidikan menerusi perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan akan menggerakkan setiap deria murid
untuk terlibat sama dalam proses pembelajaran.
 Hal ini bermaksud, deria penglihatan, pendengaran, sentuhan dan minda seseorang murid itu akan tertumpu
dan terlibat secara aktif dalam proses tersebut (Vaughan, 1998).
 Penglibatan lebih daripada satu deria membawa impak positif terhadap proses pembelajaran.

viii. Menjimatkan Masa Pembelajaran


 Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan dapat menjimatkan masa pembelajaran seseorang murid.
Banyak dapatan kajian mendapati penggunaan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan mampu
mengurangkan tempoh pembelajaran murid jika dibandingkan dengan kaedah tradisi (Khairul Hashim, 2003).

ix. Membantu Meningkatkan Pencapaian Akademik Murid


 Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan keberkesanan teknologi pendidikan melalui penggunaan
perisian pengajaran dari sudut peningkatan pencapaian murid.

x. Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran Positif


 Penggunaan teknologi pengajaran yang berkesan dapat merangsang persekitaran pembelajaran yang positif
(berkesan) dan dapat menarik minat murid.
 Penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan laptop, tayangan slaid dapat merangsang perhatian murid
secara optimum jika dilaksanakan dengan sistematik.
 Terdapat pelbagai pendekatan pembelajaran yang dapat dilaksanakan di dalam kelas dengan mengunakan
teknologi pendidikan bagi menjana persekitaran pembelajaran yang berkesan.

xi. Menggalakkan Pendekatan Koperatif


 Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid bekerjasama untuk belajar dan
bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Dalam pendekatan ini, semua ahli hendaklah bekerjasama
di dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah yang diberikan.
 Di dalam pendekatan ini guru bertanggungjawab untuk memastikan murid dapat berkerjasama di dalam
kumpulan dengan baik.
 Kemahiran bersosial dalam kalangan ahli kumpulan dititikberatkan supaya dapat membantu ahli kumpulan
mencapai objektif dan mengekalkan hubungan yang positif.
 Dalam melaksanakan pendekatan ini guru hendaklah memberikan motivasi kepada murid seperti pengiktirafan
dan penghargaan sekiranya dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik.
 Sebagai contoh, dalam mata pelajaran sains, guru memberikan tugasan kepada murid untuk mencari sesuatu
maklumat yang berkaitan dengan Sistem Solar.

4-7
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 Murid diberikan masa untuk mencari maklumat secara berkumpulan di dalam perpustakaan dan makmal
komputer.
 Hasil dapatan tersebut dibentangkan di dalam kelas dengan menggunakan aplikasi media yang dihasilkan oleh
murid.
 Aktiviti sebegini dapat melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, celik teknologi maklumat
(IT) dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.

xii. Menggalakkan Pendekatan Kolaboratif


 Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar,
menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan.
 Dalam pendekatan ini, murid akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama
mereka dan menyelesaikan masalah bersama.
 Dalam pendekatan ini juga, setiap ahli kumpulan hendaklah memberikan komitmen bagi melaksanakan tugas
yang diberi dan sedia untuk saling membantu bagi meningkatkan prestasi akademik mereka.
 Sebagai contoh, dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran sains, guru meminta murid mencari satu
penyelesaian bagi satu permasalahan seperti faktor yang mempengaruhi pengaratan. Murid diminta untuk
mengkaji faktor yang mempengaruhi pengaratan dan melakukan satu eksperimen bagi menyokong pendapat
mereka.Di sini, guru dapat menggalakkan murid untuk menggunakan pelbagai sumber media pengajaran bagi
membantu mereka, seperti tayangan slaid, hasil pemerhatian dan perolehan maklumat dari sumber internet.
 Di samping menggalakkan murid berkomunikasi, guru juga dapat memberikan penekanan terhadap
penggunaan teknologi pendidikan seperti mencari bahan di internet.

xiii. Mengubah Pengalaman Pembelajaran


 Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat mengubah pengalaman pembelajaran.
 Pengalaman pembelajaran amat penting untuk menjadikan pembelajaran yang berkesan, iaitu pembelajaran
yang dapat mengubah tingkah laku murid. Oleh yang demikian, pengalaman pembelajaran merupakan aspek
yang penting di dalam pelaksanaan kurikulum.
 Perancangan seperti penggunaan media yang sesuai samada menggunakan aplikasi komputer, simulasi,
tunjuk cara atau apa jua bahan yang dapat membantu murid memahami pembelajaran hendaklah ditentukan
agar pemikiran secara kritis dan kreatif dapat dijana di dalam kelas supaya murid mampu mengaplikasikan
pembelajaran dengan kehidupan seharian mereka.
 Teknologi pendidikan ini juga telah merubah sistem pengajaran dengan adanya pelbagai kaedah dan teknik-
teknik pembelajaran seperti pembelajaran secara berkumpulan atau bersendirian, bersama sumber manusia
(tenaga pengajar) dan bahan teknologi (perisian komputer), pembelajaran koperatif dan melibatkan murid
secara aktif di samping menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis dan kreatif.

4-8
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

xiv. Mengubah Peringkat Membuat Keputusan


 Sistem pendidikan kini lebih efisyen dan mampu melahirkan pembelajaran yang berkesan kepada murid dalam
masa yang lebih singkat.
 Dengan adanya teknologi pendidikan, pelaksanaan pengajaran berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan
menjadi lebih berkesan, mudah, berteknologi terkini dan memberikan impak positif kepada pembelajaran murid
dan seterusnya sistem pendidikan.

xv. Mengubah Sistem Atau Pendekatan Pengajaran


 Teknologi pendidikan juga berperanan untuk mengubah sistem atau pendekatan pengajaran.
 Hasil pembaharuan teknologi pendidikan ia dapat mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran
dan pembelajaran.
 Teknologi pendidikan juga dapat menukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional, menerima sistem
pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas.
 Sebagai contoh, hasil teknologi pendidikan kini dapat menghasilkan sistem yang lebih sistematik dan teratur
yang dapat memberi manfaat kepada guru dan murid serta memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.
 Melalui sistem ini guru dapat mengesan hasil pembelajaran dengan lebih cepat iaitu pada setiap kali
pengajaran. Guru juga dapat mengenalpasti aras kefahaman murid secara individu dengan lebih mudah.
 Teknologi pendidikan juga telah merubah sistem pengajaran dengan adanya sistem pembelajaran jarak jauh
yang menggunakan teknologi maklumat sebagai pengantara ilmu.
 Jelaslah di sini teknologi pendidikan dapat mewujudkan persekitaran pengajaran yang positif.
 Hasil kajian dan ciptaan teknologi yang canggih daripada para ilmuan cerdik pandai telah memungkinkan
perubahan kepada kepelbagaian sistem dan pendekatan yang lebih produktif bagi melahirkan generasi ilmuan
yang lebih ulung.

4.4.2 Peranan ICT dalam Pendidikan Awal Kanak – Kanak


 ICT membenarkan manusia mendapatkan maklumat mengenai persekitarannya dan berkomunikasi antara
satu sama lain dengan menggunakan peralatan elektronik atau digital
 Melancarkan proses P&P dan menjimatkan masa, tenaga dan kos.
 Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan kanak - kanak
 Merangkumi penggunaan internet, kamera digital dan sumber – sumber yang berkaitan.
 Penggunaan teknologi juga dapat meningkatkan pelbagai peluang untuk memperkasakan pelbagai aspek
dalam pendidikan awal kanak – kanak seperti
o Meningkatkan pengalaman pembelajaran harian kanak – kanak dalam kemahiran penggunaan peralatan
teknologi.
o Memberi peluang kepada professional meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam pendidikan awal
kanak – kanak.

4-9
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

o Merapatkan komunikasi antara pusat didikan, keluarga dan masyarakat sekeliling.


 Peranan ICT dalam pendidikan awal kanak –kanak boleh diringkaskan seperti berikut :

Peranan ICT Contoh Penggunaan


Kanak – kanak menggunakan ICT dalam Peralatan : Komputer dan perisian atau VCD
pembelajaran dan permainan harian samada secara
sendirian atau dengan bimbingan guru atau ICT digunakan sebagai peralatan permainan atau
pengasuh. aktiviti main – peranan.
Kanak – kanak dan guru menggunakan ICT untuk Peralatan : Komputer, Internet dan VCD
meningkatkan suasana pembelajaran kanak – kanak Penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat
agar lebih menarik. dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik.
Video pendidikan yang berkaitan kanak – kanak.
Guru menggunakan ICT dengan tujuan dokumentasi Peralatan: Komputer, kamera digital, camcorder,
sebagai rujukan kepada pusat didikan, ibubapa dan speaker, mikrofon.
kepada orang perseorangan yang mungkin
memerlukan maklumat tersebut pada masa akan Mengambil gambar atau video aktiviti harian kanak –
datang. kanak untuk paparan dan rujukan pada masa akan
datang.

Menyusun kembali dalam bentuk VCD untuk rujukan


sendiri atau pusat didikan dan asuhan.

Menyediakan portfolio perkembangan kanak – kanak


sebagai laporan untuk penilaian perkembangan setiap
kanak – kanak berdasarkan aktiviti harian.
Guru dan professional menggunakan ICT untuk Merancang tema pembelajaran hariana mengikut
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahap kesesuaian umur kanak – kanak. .
harian kanak – kanak. Dapat membantu mempertingkatkan perkembangan
Pada masa yang sama memudahkan urusan kanak – kanak secara menyeluruh melalui
pentadbiran pusat didikan dengan lebih sistematik. penggunaan bahan pembelajaran berasaskan
computer.

Guru juga boleh merekod dan menyimpan maklumat


penting mengenai kanak – kanak dan keluarga
sebagai rujukan kepada pusat didikan/asuhan.

4-10
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

4.4.3 Kepentingan Teknologi Pendidikan


Kepentingan teknologi boleh dilihat dalam dua sudut iaitu
Guru
i. Guru lebih kreatif dan inovatif dalam P&P dimana guru dapat memperluaskan kaedah dan
penggunaan bahan bantu mengajar seperti penggunaan video interaktif, internet dan media –
media lain yang bersesuaian.
ii. Keberkesanan hasil dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan TP dapat
menjelaskan matlamat yang ingin disampaikan kepada murid.Contohnya penggunaan media
audio visual dalam bentuk yang kreatif.
iii. Penjimatan masa dan tenaga guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan
internet, persembahan multimedia dan perisian yang sesuai dapat memberikan penerangan
yang efektif dalam masa yang singkat.
iv. Menyelesaikan masalah dari segi tempat, masa, bahan rujukan, masalah ketiadaan guru di
mana telesidang boleh digunakan sekiranya perlu dan bersesuaian.

Murid
i. Keseronokan belajar akan memberi motivasi kepada murid.
ii. Murid lebih jelas tentang sesuatu konsep yang disampaikan ioleh guru.
iii. Melibatkan penggunaan deria yang pelbagai dalam proses P&P.
iv. Murid dapat mempelajari, memahami dan menguasai sesuatu topic secara maksimum dalam
masa yang minimum kerana penerangan guru melalui TP lebih mudah, cepat dan tepat.
v. Dapat memperolehi pelbagai ilmu dan pengalaman melalui TP contohnya penerokaan terhadap
topic melalui internet atau video interaktif dapat memberikan pengalaman baru dan keadaan
sebenar kepada murid.

4-11
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Latihan:

SOALAN OBJEKTIF

1. Manakah antara beikut merupakan media bukan cetak?


A. Carta
B. Video
C. Risalah
D. Surat Khabar

2. Antara berikut, manakah bahan bukan tayang?


A. Peta
B. Slaid
C. Model
D. Majalah

3. Apakah perkakasan (hardware) yang boleh digunakan ketika proses pembelajaran dan pembelajaran
berteraskan komputer?

A. Data projektor
B. Komputer riba
C. Komputer peribadi
D. Jam pintar (smart watch)

4. Kepentingan Teknologi Pendidikan boleh dilihat dari dua sudut iaitu __________.

A. Guru dan murid


B. Guru dan Sekolah
C. Murid dan Sekolah
D. Murid dan Pentadbiran

5. Manakah antara berikut merupakan peringkat perancangan menggunakan Teknologi Pendidikan jika
guru memberikan komen terhadap aktiviti yang dijalankan manakala murid dapat berinteraksi secara
aktif?

A. Selepas penggunaan
B. Semasa penggunaan
C. Sebelum penggunaan
D. Sebulan selepas penggunaan

4-12
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

6. Berikut merupakan ciri-ciri teknologi pendidikan KECUALI

A. Bahan yang digunakan tahan lama dan mudah disimpan.


B. Bahan yang bersaiz sesuai dan bole dilihat oleh semua kanak-kanak.
C. Bahan dapat menjelaskan idea, konsep dan menerangkan isi kandungan pelajaran.
D. Bahan menggunakan tulisan yang kecil dan boleh dimuatkan sebanyak mungkin maklumat.

7. Apakah perisian yang boleh digunakan untuk memainkan video?

A. Paint
B. Adobe Ilustrator
C. Microsoft Excel
D. Windows Media Player

8. Manakah antara berikut merupakan perisian yang digunakan untuk menyediakan borang kehadiran
pelajar?

A. Adobe Ilustrator
B. Microsoft Word
C. Adobe Photoshop
D. Microsoft Power Point

9. Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi pendidikan?

A. Proses penggunaan bahan yang dapat menjelaskan idea, konsep dan menerangkan isi
kandungan pelajaran.
B. Penggunaan bahan yang digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) untuk
menarik minat murid.
C. Satu bidang yang berkaitan dengan usaha mempermudahkan pembelajaran dan menarik minat
murid dalam perlaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah.
D. Proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, sainstifik
dan rasional bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P).

10. Kepentingan teknologi pendidikan kepada murid adalah seperti berikut KECUALI

A. Melibatkan penggunaan deria yang pelbagai.


B. Jelas tentang sesuatu konsep yang disampaikan.
C. Penerangan yang efektif dalam masa yang singkat.
D. Memberi pengalaman baru dan keadaan sebenar kepada murid.

4-13
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

11. Antara berikut yang manakah perkakasan (hardware) dalam sumber Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P)
A. Tetikus
B. Papan kekunci
C. Kamera Digital
D. Pengimbas laser jet

12. Berikut merupakan prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran KECUALI.

A. Masa
B. Bangunan
C. Perancangan
D. Bahan bantu mengajar

13. Manakah antara berikut merupakan kepentingan teknologi dari sudut guru?

A. Guru perlu luangkan lebih masa


B. Guru lebih kreatif dan inovatif
C. Guru tidak dapat mencapat objektif
D. Guru lambat untuk menyelesaikan masalah

14. Antara berikut yang manakah objektif pembelajaran berbentuk media cetak dan elektronik.
I. Pengajaran berulang kali
II. Mengalakkan pembelajaran individu
III. Menarik, menyeronokkan dan bermakna
IV. Penerangan yang efektif dalam masa yang singkat

A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. I, II dan IV
D. II, III dan IV

4-14
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Alat atau bahan teknologi yang dapat membantu pencapaian sesuatu


objektif pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung dan ia dapat
menjadikan tugas mengajar menjadi lebih berkesan.

15. Pernyataan diatas merujuk kepada

A. Objektif pembelajaran
B. Peranan media elektronik
C. Ciri-ciri teknologi pendidikan
D. Peranan ICT dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Penggunaan teknologi pendidikan akan mencapai sesuatu objektif


pembelajaran dan digunakan mengikut peringkat perkembangan proses
pengajaran dan pembelajaran

16. Pernyataan diatas merujuk kepada _________


A. Objektif pembelajaran
B. Kegunaan bahan teknologi pendidikan
C. Masa penggunaan teknologi pendidikan
D. Perancangan penggunaan teknologi pendidikan

17. Manakah antara berikut merupakan perkakasan dalam jenis-jenis cumber pengajaran dan
pembelajaran?
A. Komputer riba
B. Microsoft word
C. Telefon bimbit
D. Adobe Photoshop

18. Manakah antara berikut adalah BENAR tentang ciri-ciri teknologi pendidikan?
A. Bahan yang digunakan bersaiz kecil
B. Arahan penggunaan yang kurang jelas
C. Bahan yang digunakan tidak tahan lama
D. Tulisan dan gambar yang berwarna warni

19. Manakah antara berikut merupakan kepentingan teknologi dari sudut murid?
A. Murid kurang seronok belajar
B. Murid belajar dalam keadaan tertekan
C. Murid lebih jelas tentang sesuatu konsep
D. Murid faham secara minimum tentang sesuatu

20. Pernyataan berikut merupakan kepentingan yang diperolehi daripada penggunaan teknologi kepada
pendidikan awal kanak-kanak KECUALI .
A. Pusat asuhan kanak-kanak mengaut pendapatan yang banyak.
B. Merapatkan komunikasi antara pusat didikan, keluarga dan masyarakat sekeliling.

4-15
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

C. Meningkatkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak dalam kemahiran penggunaan


peralatan teknologi.
D. Memberi peluang kepada professional meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam
pendidikan awal kanak-kanak.

21. Guru perlu merancang masa, aktiviti yang sesuai dengan topik pengajaran supaya penggunaan
teknologi pendidikan memberi faedah kepada murid mengambarkan perancangan pada peringkat
_____________.
A. Masa hadapan
B. Semasa penggunaan
C. Selepas penggunaan
D. Sebelum penggunaan

22. Mengambil gambar atau video aktiviti harian kanak-kanak untuk paparan serta rujukan masa akan
dating adalah salah satu penggunaan ICT untuk tujuan __________
A. Log harian
B. Dokumentasi
C. Perancangan aktiviti
D. Carta perkembangan

23. Kepentingan teknologi pendidikan kepada murid adalah sebagaimana di bawah KECUALI
A. Melibatkan penggunaan deria yang pelbagai.
B. Jelas tentang sesuatu konsep yang disampaikan.
C. Penerangan yang efektif dalam masa yang singkat.
D. Memberi pengalaman baru dan keadaan sebenar kepada murid.

24. Berikut adalah objektif pembelajaran berbantukan media cetak dan elektronik KECUALI
A. Interaktif
B. Mudah alih
C. Penggunaan pelbagai deria
D. Pembelajaran berkumpulan

25. Dua perkakasan yang utama dan sesuai untuk sumber pembelajaran berbantukan media bukan cetak
ialah _________.
A. Komputer riba dan projector
B. Komputer peribadi dan netbook
C. Komputer peribadi dan pencetak
D. Komputer riba dan kamera digital

26. Eleman __________ menjadikan pembelajaran berasakan perisian pengajaran dalam teknologi
pendidikan sesuatu yang menarik dan menghiburkan.
A. Kognitif
B. Interaktif
C. Kolaboratif
D. multimedia

4-16
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SOALAN BETUL/SALAH:

1. Berdasarkan kajian Hemstead (1973) dalam Harulnizam(2002) mendapati Benar / Salah


murid lebih cenderung untuk menggunakan media dalam pembelajaran
tetapi sikap dan ingatan mereka menjadi bertambah buruk.

2. E-Learning boleh digunakan dalam aktiviti pembelajaran dan pembelajaran Benar / Salah
kanak-kanak.

3. ICT boleh dijadikan sebagai alat permainan oleh murid semasa proses Benar / Salah
pembelajaran.

4. Perisian Adobe Photoshop dan illustrator adalah perisian yang digunakan Benar / Salah
untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran berteraskan
komputer.

5. Penggunaan ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak menyebab proses Benar / Salah
P&P menjadi lambat tetapi dapat menjimatkan tenaga dan kos

6. Guru perlu merancang dari segi masa dan aktiviti yang sesuaian dengan Benar / Salah
topik pengajaran dan pembelajaraan sebelum teknologi pendidikan
digunakan.

7. Sesuatu perisian aplikasi yang dibangunkan tidak bergantung kepada tahap Benar / Salah
kesesuaian umur bagi kanak-kanak,

8. Teknologi pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha Benar / Salah
memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam perlaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran

9. Teknologi pendidikan digunakan tanpa mengikut masa dan topik sesuai agar Benar / Salah
dapat merangsang pembelajaran murid.

10. Dengan menggunakan teknologi pendidikan murid lebih jelas tentang Benar / Salah
sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru.

11. Penggunaan teknologi pendidikan boleh menyelesaikan masalah ketiadaan Benar / Salah
guru secara keseluruhannya.

4-17
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

12. Media cetakan merujuk kepada bahan bukan tayang seperti diagram dan Benar / Salah
papan pengajaran.

18. Kamera digital boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada masa akan Benar / Salah
datang

SOALAN ISI TEMPAT KOSONG:

Padankan setiap pernyataan dengan istilah/ frasa yang paling sesuai dalam kotak yang diberikan di
bawah.

teknologi Teknologi pendidikan cetakan


visual Mengukur kesesuaian guru
koperatif Memberi maklumbalas

1. Pemilihan dan saringan bahan pengajaran dan pembelajaraan dinilai dari 2 sudut iaitu
_____________________ dan _______________________.
2. Penggunaan _________________ pendidikan dapat membantu melancarkan process pengajaran &
pembelajaran
3. Kepentingan teknologi boleh dilihat dalam dua sudut iaitu _____________ dan murid.
4. _____________________ ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran
dan menarik minat murid dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.
5. Media berasaskan teknologi cetakan seperti buku, gambar dan risalah adalah contoh-contoh media
___________________.
6. Pendekatan _________________ melibatkan pelajar bekerjasama dan bertanggungjawab ke atas
setiap ahli kumpulannya.
7. Maklumat yang disampaikan dalam bentuk verbal beserta bentuk ___________________ akan
meningkatkan kadar ingatan kanak-kanak.

SOALAN STRUKTUR:

1. Senaraikan 2 bahan media bukan cetak dalam pengajaean dan pembelajaran.


2. Nyatakan 5 daripada peranan teknologi pendidikan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
3. Jelaskan kepentingan teknologi pendidikan dari sudut MURID.
4. Terangkan secara ringkas DUA (2) peranan Information Communication Technology (ICT) dalam
pendidikan awal kanak-kanak.
5. Berikan DUA(2) Objektif pembelajaran berbantukan media cetak dan elektronik
6. Senaraikan TIGA(3) prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
7. senaraikan 3 jenis sumber pengajaran dan pembelajaran
8. nyatakan 5 daripada ciri-ciri teknologi pendidikan awal kanak-kanak
9. Jelaskan kepentingan teknologi pendidikan dari sudut guru

10. Nyatakan 3 jenis perkakasan yang digunakan sebagai sumber pengajaran & pembelajaran.
11. Berikan 3 kepentingan teknologi pendidikan kepada murid.
12. Nyatakan 2 sudut kepentingan teknologi pendidikan.

4-18

Anda mungkin juga menyukai