Anda di halaman 1dari 1

Pembolehubah bersandar (independent variable) adalah pembolehubah yang memberi kesan kepada

perubahan pembolehubah bersandar (dependent variable). Dalam penanaman pokok, baja dianggap
sebagai pembolehubah tidak bersandar (bebas dari perubahan) manakala ketinggian pokok sebagai
pembolehubah bersandar jika ketinggian pokok didapati dipengaruhi oleh baja. Dalam erti kata lain, baja
adalah pembolehubah tidak bersandar kerana baja bebas dari perubahan tetapi mempengaruhi
ketinggian pokok sebagai pembolehubah bersandar.

Jika ingin membuat kajian bagi mengetahui kesan beberapa jenis medium pengajaran seperti video dan
animasi terhadap pencapaian pelajar, anda sebenarnya membuat satu kajian eksperimen. Katakan anda
menggunakan video dan animasi bagi mengetahui kesannya terhadap skor mata pelajaran Sains, maka
teknik pengajaran dalam kajian ini adalah pembolehubah tidak bersandar yang akan memberi kesan
kepada pembolehubah bersandar iaitu skor mata pelajaran Sains.

Pembolehubah tidak bersandar sering diringkaskan sebagai IV manakala pembolehubah bersandar


sebagai DV

Contoh

IV : Teknik pengajaran (video dan animasi) DV : Skor Sains

Dalam contoh di atas, hanya wujud satu IV dan satu DV yang terlibat. Walaubagaimanapun, IV mempunyai
dua kategori atau tahap iaitu video dan animasi. Jangan keliru antara pemboleh ubah dengan tahap claim
pembolehubah tersebut.

Teknik pengajaran adalah pembolehubah tidak bersandar kerana memberi kesan langsung kepada skor
Sains sebagai pembolehubah bersandar. Ini kerana, penyelidik memanipulasi telmik pengajaran dengan
mengadakan dua kategori bagi melihat kesan setiap satunya pada pembolehubah bersandar iaitu skor
Sains.

Dalam kes lain, jika anda mengukur berat badan dan ketinggian sekumpulan pelajar sekolah rendah
berumur dari 7-12 tahun,anda akan dapati berat badab dan ketinggian meningkat dengan umur. Maka
berat badan dan ketinggian ada hubungan dengan peningkatan umur. Ketinggian berat badan adalah
pembolehubah yang boleh meramalkan umur pelajar. Maka, berat badan dan ketinggian adalah
pembolehubah peramal (predictor) kerana kedua-dua pembolehubah ini boleh digunakan bagi meramal
umur pelajar antara 7¬12 tahun.

Bagi kajian korelasi yang mengkaji hubungan antara pembolehubah seperti jantina dan EO (emotional
quotion) atau antara skor IO dengan skor EQ, maka kedua-duanya tidak mempengaruhi antara satu sama
lain secara langsung. Jantina dalam kes ini tidak mempengaruhi skor IO secara langsung. Ini kerana
penyelidik tidak boleh memanipulasi jantina bagi melihat kesannya pada skor EO. Jadi dalam kes ini, kita
tidak boleh pastikan mana satu pemboleh ubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Apa yang
dianalisis adalah hubungan antara dua pembolehubah kajian sahaja. Jadi berhati-hati menggunakan
perkataan pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar dalam kajian korelasi.

Anda mungkin juga menyukai