Anda di halaman 1dari 2

1. Ramadhan sangat signifikan dengan kewajipan zakat fitrah.

Mohon jelaskan permasalahan


berkaitan Zakat Fitrah untuk panduan.

Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi S.A.W memfardhukan zakat fitrah dalam bulan Ramadan ke atas
setiap manusia Muslim (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang
dikeluarkan sebanyak segantang tamar atau makanan ruji. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ulasan : Berdasarkan hadis ini, dapat kita fahami bahawa zakat fitrah ini wajib dikeluarkan oleh setiap
umat Islam. Cuma para fuqaha menetapkan yang afdal menunaikan fitrah ialah orang yang wajib
atasnya memberi nafkah seperti suami, bapa atau atuk yang menjaga dan membesarkan cucunya.
Secara mudahnya orang yang bertanggungjawab menanggung perbelanjaan dan urusan memberi
nafkah keluarga.

Zakat fitrah wajib atas Semua individu dari kalangan lelaki, wanita, tua, muda hamba atau merdeka
yang mempunyai lebihan atau cukup perbelanjaan sehingga hari raya. . Anak perempuan yang masih
belum berkahwin masih dianggap di bawah tanggungan bapanya. Namun begitu, jika anak perempuan
tersebut ingin membayar sendiri zakat fitrahnya maka dia perlu meminta keizinan dari bapanya
terlebih dahulu.

Begitu juga pelajar yang sedang menuntut di universiti dan seumpamanya jika mempunyai lebihan
wang perlu membayar zakat fitrah jika tidak dibayarkan oleh orang tua mereka.

Timbul persoalan mengenai tanggungjawab zakat fitrah atas seorang pembantu rumah. Dalam hal ini,
Imam Al-Khatib Al-Syarbini dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj menjelaskan ketua atau majikan
pembantu rumah itu dibolehkan bahkan lebih afdhal membayar zakat fitrah baginya walaupun
pembantu rumah tersebut wajib membayarnya sendiri.

Antara syarat yang berkaitan juga ialah berkaitan dengan keadaan hidup atau mati ketika waktu wajib
membayar fitrah. Dalam hal ini, ulama berpendapat, jika seseorang itu hidup pada Ramadan tetapi
mati sebelum sampai waktu wajib menunaikan fitrah iaitu dari terbenam matahari hinggalah solat
sunat aidilfitri, mereka ini tidak wajib membayar fitrah.

Bagi mereka yang hidup pada Ramadan dan sempat sampai ke waktu wajib walaupun berada di
dalamnya sekejap contohnya beberapa minit pada waktu Maghrib malam 1 Syawal, golongan ini wajib
menunaikan fitrah.

Begitu juga setiap anak yang dilahirkan pada akhir Ramadan iaitu sebelum waktu Maghrib terakhir
Ramadan dan hidup sehingga selepasnya, golongan ini juga wajib dikeluarkan zakat fitrahnya. Tetapi
jika anak tersebut lahir selepas Maghrib hari terakhir Ramadan maka tidak wajib fitrah baginya.

Terdapat satu cadangan daripada Umar al-Khattab R.A yang mengatakan jika ibu mengandung ingin
menunaikan fitrah bagi anak dalam kandungan adalah dibolehkan bertujan untuk menambah pahala
sunat (tathawwu’). Namun begitu hukumnya tetap tak wajib sebagaimana senarai kes di atas tadi.

Zakat fitrah mestilah ditunaikan sebelum dari selesai solat sunat Aidilfitri. Jika ditunaikan selepasnya
maka ia tidak lagi dikira zakat fitrah namun hanya dinilaikan seperti sedekah biasa.

Daripada Ibnu Abbas, Baginda S.A.W bersabda, “Difardukan zakat fitrah untuk membersihkan jiwa
orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan bersifat dusta, ia juga sebagai makanan dan
kelazatan kepada fakir miskin. Bagi sesiapa yang menunaikannya sebelum solat Aidilfitri maka
zakatnya diterima dan barang siapa yang menunaikannya selepas daripada itu, ia hanyalah sedekah”.
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Namun, menurut Syeikh Salih Uthaimain rhm jika terluput zakat fitrah tersebut ia wajib digantikan
(qadha) tetapi tetap dikira sebagai sedekah biasa kerana dibayar sesudah terluput waktunya.

2. Berapakah kadar bayaran atau kadar penunaian zakat fitrah?

Para fuqaha memutuskan bahawa zakat fitrah itu berdasarkan makanan ruji tempatan. Kalau di
Malaysia, kadarnya adalah mengikut harga beras yang ditetapkan oleh pihak pemerintah.

Dari Abu Said al-Khudri, Rasulullah s.a.w bersabda: “Kami pada zaman Nabi mengeluarkan zakat
daripada makanan ruji, waktu itu ialah gandum, kurma, kismis dan roti. (Hadith riwayat Bukhari)

Tidak semestinya kita membayar fitrah mengikut harga beras yang kita makan. Memadai di bayar
mengikut kadar harga beras yang dimakan oleh masyarakat secara umum.

Namun begitu, bagi mereka yang biasa memakan nasi mengikut gred beras yang lebih mahal seperti
basmati dan seumpamanya, adalah lebih afdal jika mereka membayar fitrah berdasarkan beras atau
kadar harga beras tersebut.

Alhamdulillah pada hari ini kaedah membayar zakat fitrah telah dimudahkan mengikut pandangan
dari Imam Abu Hanifah dengan membayar harga atau nilaian beras tersebut sebagai ganti beras
kerana lebih sesuai dan menepati maslahah asnaf.

Bersumberkan dari pihak Majlis agama Islam negeri-negeri, kadar zakat fitrah bagi tahun 1433H
bersamaan 2012M bagi kebanyakan negeri-negeri di seluruh Malaysia adalah sebanyak RM 7. Cuma
terdapat perbezaan di beberapa negeri seperti Johor kadarnya RM 8 atau RM 5, Terengganu RM 7.60,
RM 7 atau RM 4.50, Sarawak, Negeri Sembilan dan Melaka RM 6.50 dan Perlis sebanyak RM 6.

3. Saya ingin bertanya sesuatu. Adakah fidyah boleh dibayar dengan wang sebagai ganti. Jika boleh,
berapakah kadar yang dikenakan?

Firman Allah swt:

‫وعلى الذين يطيقونه فدية طعام مسكين‬


“Dan orang-orang yang diberati keatasnya dan tidak mampu berpuasa ; dia wajib membayar fidyah
berupa makanan asasi kepada orang miskin.” (148 : al-Baqarah)

Ibnu Abbas berkata dalam mentafsirkan ayat ini:

“Keadaan ini adalah orang lelaki dan perempuan tua yang tidak mampu untuk berpuasa hendaklah
memberi makan setiap hari yang ditinggalkan puasa sebanyak satu cupak kepada orang miskin.” (Hr
Bukhari 4235)

Justeru fidyah dibayar setiap hari sekadar satu cupak makanan asasi seperti beras di Malaysia. Jumlah
secupak mengikut kiraan metrik semasa ialah 675 gram yang diberikan kepada fakir dan miskin. Fidyah
juga boleh dibayar mengikut nilaian secupak beras mengikut pandangan mazhab Hanafi. Anggaran
secupak beras adalah sebanyak RM 1.75

Anda mungkin juga menyukai