Anda di halaman 1dari 9

105 harapan guru kepada Menteri Pelajaran

22 Mei 2018

Sempena pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pelajaran yang baharu, sebahagian
besar guru-guru di Malaysia mengharapkan yang terbaik dalam sistem pendidikan masa kini.

Justeru, GPS Bestari telah membuka peluang untuk warga pendidik berkongsi apakah
harapan yang mereka ingin sampaikan.

Dan harapan-harapan tersebut adalah..


1) Guru baru khususnya wajib diberi peluang mengajar berdasarkan opsyen kepakaran demi
masa depan anak bangsa (penguatkuasaan wajib dibuat dengan pekeliling khas KPM kepada
setiap ketua jabatan)

2) Setiap ketua panitia atau ketua unit mata pelajaran disediakan pembantu guru.

3) Satu jam peruntukan wajib diberikan dalam jadual PdPC untuk guru membaca atau
tenangkan fikiran (nampak remeh tetapi penting demi menambah kefahaman guru).

4. Polis bantuan membuat pemantauan seminggu sekali di premis atau pekarangan sekolah
(disiplin).

5. KPM meninjau keadaan sebenar fasiliti terhad di sekolah yang mempunyai bilangan
pelajar ramai atau kolej tingkatan enam. (Contoh: Ketiadaan dewan khas).

6) Menukar tarikh sambutan Hari Guru yang selama ini disambut ketika pelajar menduduki
peperiksaan pertengahan tahun.

7) Guru yang menilai dan beri markah kepada pengetua dan guru besar.

8) Postingkan graduan ISMP.

9) Menyelesai dan meluluskan semua permohonan guru yang berstatus duka lara.

10) Hapuskan ujian murid tahun 1-3, ajar mereka dengan adab dan akhlak seperti di Jepun..
sebab akhlak anak-anak kita sekarang semakin teruk. Guru kurang dihormati dan disanjungi.
Kembalikan maruah dan tingkatkan martabat guru. Hapuskan pbd, sekarang pergi sekolah
rasa terbeban dengan bermacam kerja perkeranian.. PdPC jatuh tempat ke berapa ntah.

11) Peluang mengembangkan bakat. Latihan berterusan yang berkualiti. Anugerah APC yang
adil sebagai suntikan semangat dan motivasi.

12) Beri jawatan penolong kanan hakiki kepada semua guru penolong kanan di pedalaman.
Bukan lagi lantikan dalaman sekolah.. tugas sama berat.

13) Hapuskan skpmg2


14) Mengurangkan budaya terlalu banyak mesyuarat, majlis sambutan atau acara yang bukan
akademik dan kursus yang tiada kaitan profesionalisme keguruan dan akademik. Less
meeting, more productivity.

15) Mengurangkan jumlah fail yang perlu dibuat dan memusatkan arahan Jabatan Pendidikan
Negeri kerana kadang-kadang arahan KPM berbeza dengan arahan JPN negeri.

16) Meminimumkan jadual waktu peribadi guru untuk menanda buku

17) Mengubah syarat kewangan panitia untuk membeli peralatan yang menuju ke arah PAK
21.

18) Pembelaan guru yang mempunyai ijazah sarjana dan phd.

19) Kebajikan Guru;

1. Menyegerakan masalah guru duka lara dengan cepat, efisien dan tiada birokrasi.

2. Penyediaan pembantu guru bagi setiap panitia, pengurusan fail dan memasukkan data.

3. Memastikan guru fokus pada subjek opsyennya.

4. Penyediaan kelas khas dengan alat bantu mengajar yang lengkap bagi setiap subjek.

20) Keperluan murid dan pelajar;

1. Penekanan etika, adab dan moral yang terpuji bermula dari peringkat awal persekolahan
seperti di Jepun.

2. Mengenal pasti kebolehan dan kecenderungan murid/pelajar dari awal untuk digilap dan
dikhususkan kepada murid.

3. Perbanyakkan kelas kemahiran berkualiti bagi memenuhi keperluan pekerja mahir.


Contoh; pertukangan.

4. Sistem penilaian peperiksaan yang tidak menyebabkan murid/pelajar stres.

21) Infrastruktur sekolah;

1. Menyegerakan selenggaraan di setiap sekolah tanpa karenah birokrasi.

2. Memperuntukkan belanjawan khas bagi penyelenggaraan sekolah.

3. Melengkapkan keperluan sekolah tanpa mengharapkan pihak sekolah mencari sumber luar
(lain), bagi mengelakkan berlakunya rasuah atau salah guna kuasa.

4. Penyediaan pembantu teknikal di setiap sekolah bagi selenggara pendawaian, perpaipan


dan kerosakan fizikal seperti pintu , kerusi dan meja.

5. Pemantauan dan penyelenggaraan berkala bagi 8,000 lebih sekolah di bawah persekutuan.
22) Gantikan pemberian tab, handphone dan simkad kepada projektor

23) Hapuskan pskpps - mengganggu PdPC guru

24) Semua sistem data di selaraskan supaya guru tidak membuat kerja yang sama berulang
kali contohnya saps, apdm, ssdm, segak.

25) Sistem Data maklumat guru juga di selaraskan supaya hanya satu sistem sahaja diguna
pakai dan tidak lagi memerlukan dokumen (hardcopy). Contohnya e-operasi, hrmis.

26) Guru yang sama tidak boleh mendapat APC lebih daripada sekali

27) Sediakan kelengkapan untuk guru seperti kementerian yang lain seperti alat tulis,
uniform, kasut, kenderaan khas dan sebagainya.

28) Berikan semula kuasa merotan kepada guru

29) Berikan imuniti kepada guru supaya ibu bapa tidak boleh menyaman guru dan hanya
kementerian yang boleh mengambil tindakan kepada guru yang melampaui batas kepada
pelajar

30) Sistem pemarkahan (SKT) diubah menjadi dua hala ( guru juga menilai dan memberi
markah pegawai yang menilai mereka supaya ada ‘check and balance’, ini dapat memastikan
pegawai penilai memberi markah yang betul kepada guru dan mengelakkan salah guna kuasa)

31) Menghapuskan sistem pencerapan oleh pentadbir kerana semua itu adalah hipokrit dan
membazir masa. Guru hanya dicerap jika ada keperluan sahaja.

32) Wujudkan semula sistem jika tidak lulus peperiksaan, maka tidak dapat naik kelas, maka
pelajar yang tidak pandai membaca, menulis tak adalah sampai tingkatan 5 masih tidak dapat
menguasai linus.

33) Murid tahun 1 seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak subjek untuk
dipelajari.

34) Mengkaji semula silibus mata pelajaran agar relevan dengan keperluan semasa dan
pembentukan sahsiah murid.

35) Menaik taraf bangunan dan kemudahan sekolah yg lebih 50 tahun.

36) Pembatalan pekeliling yang tidak lagi relevan dan mengkaji semula pekeliling sedia ada.

37) Mengurangkan beban tugas guru terutama dalam kerja kerani. E-pelaporan/data/ict dan
sebagainya perlu mempunyai kerani/pembantu yang buat dan bukan menjadi tambahan
kepada tugas guru. Harap dapat memberi peluang kepada guru meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran bukan sekadar membuat kerja kerani semata-mata.

38) Hapuskan spsk. Membazir fail dan kertas.


39) Memberi kuasa kepada guru untuk merotan...memberi jaminan pembelaan sekiranya
berlaku hal-hal kemalangan seperti kemalangan semasa membawa keluar murid agar guru
terus terbela.

40) Menghapuskan sistem pencerapan guru

41) Markah prestasi tidak dinilai oleh pentadbir tetapi wujudkan satu sistem yang dapat
merekodkan setiap tugasan yang telah guru laksanakan. So boleh detect sape banyak buat
keje sape tak buat keje sangat. Baru adil, tak dela kaki kipas, tak dela isu pentadbir bagi
markah berdasarkan emosi semata2, tak ada isu kena ugut dgn pentadbir dan sebagainya.
(boleh baca semua isu pemberian markah prestasi di group kgm)

42) Kurangkan program sekolah yang tidak memberi faedah, membuang masa guru dan
menggunakan duit poket guru sendiri contohnya majlis konvokesyen tahun 6 @ tingkatan 5,
keceriaan tandas, program kelas PAK 21, hari kanak-kanak.

43) Harap pihak tuan dapat membuat pertukaran guru dengan lebih adil dan tepat sebab
kadang-kadang pertukaran yang dibuat terutamanya dlm daerah merugikan guru dan dan
pihak sekolah. Ini sebab pertukaran yg dibuat oleh PPD tidak mengambil kira kepakaran dan
opsyen semasa/terkini guru, hanya bergantung pada maklumat opsyen asalnya yang kadang-
kadang guru tersebut tidak mengajar opsyen asalnya berbelas/berpuluh tahun. Contohnya
opsyen asalnya P.Melayu dan guru sambung belajar buat opsyen/bidang lain, PPD langsung
tidak mengambil kira bidangnya yang terkini/kepakarannya yang terkini. Rugilah kepakaran
yang ada pada guru tersebut tidak boleh diguna untuk pelajar.

44) Disiplin pelajar sekarang, hanya guru di sekolah yang mengetahui keadaan sebenarnya
tentang masalah disiplin ini, tetapi laporan yg dihantar ke pihak atasa n...contonya ppd ke
jpn...tidak melaporkan hal yang sebenarnya untuk menjaga kedudukan masing-masing.
Semua laporan baik tetapi hakikat sebenarnya tidak.

45) Kaji semula subjek untuk sekolah rendah yang rasanya terlalu tinggi sukatannya dan
terlalu banyak subjek yang hendak disumbatkan ke dalam otak kanak-kanak yang berumur 6-
12 tahun.

46) Mohon kaji bidang sukan dan permainan untuk sekolah rendah yang terlalu hendakkan
hasil terlalu awal. Umur 10 tahun dah nak jadikan Moktar Dahari,sepatutnya sekolah rendah
diberikan asas-asas permainan/kemahiran.

47) Sistem sekarang terlalu tumpukan peperiksaan, semua guru besar/pengetua hanya nakkan
A. Harap dapat ubah keadaan ini terutamanya sekolah rendah. Menidakkan kemahiran dan
keadaan budak yang berumur 6-12 tahun.

48) Wujudkan pembantu guru di bengkel reka bentuk dan teknologi

49) tingkatkan bajet untuk per kepala murid utk kokurikulum dan akademik. guru perlu
keluarkan duit sendiri untuk fotostat latihan murid, beli bahan untuk aktiviti rumah sukan dan
lain-lain.

50) Mewujudkan sekolah khas untuk anak OKU, dan mereka tidak dicampurkan semua
dalam satu bilik darjah, diasingkan supaya memudahkan guru yang terlibat. Anak ini tahap
IQ mereka berbeza, terutama anak autisme, serebal palsi, disleksia, supaya mereka boleh
dididik mengikut kemampuan mereka.

51) Hapuskan sistem linus yang menipu keadaan murid yang tidak boleh membaca dan
mengira.

52) Tambah tempoh masa pembelajaran Sains. Nak minta rakyat minat Sains tapi peruntukan
masa paling sedikit.

53) Jika masih ada peperiksaan jangan ketepikan hak meraikan kejayaan murid hanya
disebabkan murid lemah akan terasa. Murid yang berusaha bersungguh-sungguh akan hilang
motivasi. Meraikan secara berpada tak salah rasanya. Jangan keterlaluan.

54) Waktu PdPC guru yang padat daripada 24 waktu kepada sekarang 32 waktu.

55) Murid Tahun 1 wujudkan kelas berfokus, mereka hanya diajarkan mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam/Moral, Pendidikan Kesenian dan
Pendidikan Jasmani sahaja selama setahun di Tahun 1.

56) Wujudkan kembali sistem persekolahan tidak lulus tidak naik darjah. Dengan ini kita tak
himpun murid yang tidak menguasai bersama-sama murid yang menguasai dalam satu darjah,
kesian mereka, sistem membunuh mereka ( murid tidak menguasai ) dalam keadaan kita tak
menyedarinya.

57) Menaiktarafkan Guru Kafa di Kelantan dan dalam masa yang sama murid di Kelantan
juga dapat sama belajar lima kali seminggu Kafa seperti pelajar di negeri lain. Sekarang
murid hanya dapat belajar kafa tiga kali seminggu. Penting adanya kelas Kafa dalam
pembentukan sahsiah dan jati murid anak gen Y ini yang mana kelas kafa ini lebih
berfokuskan amali dalam pengajian agama sebagai contoh yang paling nampak kami di
Kelantan akan bersama anak murid untuk solat Zohor dan Asar secara berjemaah. Harap
sistem Kafa di sesetengah negeri dan tempat dapat diselaraskan. Mohon juga gaji guru Kafa
bukan berbetuk elaun malah selaraskan kepada gaji tetap. Jasa guru Kafa harus juga tidak
dipandang enteng. Mohon sangat YB ada penambahbaikan dalam membantu sistem
pendidikan kafa di beberapa buah negeri dan tempat. Mohon ada penyelarasan juga.

58) Kaji elaun perjalanan guru ke mesyuarat atau aktiviti menggunakan kenderaan sendiri.

59) Sebagai guru Sejarah, saya mohon silibus berdasarkan teori barat dalam buku teks
diubah. Sejarah Islam perlu diberi penekanan selaian sejarah negara sendiri untuk pupuk jati
diri anak-anak didik yang terus leka dengan gajet dan hiburan.

60) Utamakan peserta yang tamat kursus LCML IAB untuk diangkat sebagai barisan
penolong kanan di sekolah.

61) Barisan pentadbir yang tidak efisien hendaklah diberi pendedahan sebenar tugas mereka.
Pentadbir yang didapati tidak efisyen, hanya beri arahan, tidak proaktif hendaklah diberi
pilihan sama ada ditukarkan atau menjadi guru biasa agar guna tenaga modal insan lebih
optimum.
62) Lantikan pentadbir utama bukan fokus kepada gred DG48 sahaja tetapi boleh libatkan
DG44 sekiranya mereka lebih berkaliber dan optimis untuk membantu pentadbiran sekolah.

63) Guru yang pernah menanggung kerja pentadbir hendaklah diutamakan kerana mereka
lebih berminat, cekap dan sudah ada pengalaman aspek pentadbiran, tambahan pula ada yang
telah membuktikan kecemerlangan yang dicapai.

64) Penjadualan aktiviti koko sepanjang tahun harus diberi perhatian.. kadang-kadang
bertindih antara akademik dan koko.. guru yang menguruskan koko dan akademik tertekan..
begitu juga pelajar. Contohnya: Pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan selang dua
hari dengan peperiksaan sebenar PT3.

65) Masih banyak sekolah yang kekurangan guru.. jadi banyak subjek diberikan pada guru
yang kurang pengetahuan bagi subjek tersebut.. graduan kan banyak.. kenapa tak dihantar ke
sekolah???? Pelik

66) Satu lagi, semua Ketua Bidang dan Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah diberikan
elaun kerana beban tugas mereka sama walaupun mereka di sekolah berbeza gred.

67) Mohon mewujudkan jawatan khas warden asrama bukan guru. Guru yang ditugaskan
menjadi warden berasa tertekan dan hilang fokus kepada kerja hakiki kerana terpaksa
bertugas 24 jam.

68) Memastikan bilangan murid dalam satu kelas tidak melebihi 25 orang

69) Mohon sukatan pelajaran Matematik dikurangkan dan rendah sikit tahap penguasaan
terutama sekolah rendah, tidak dimasukkan tajuk sekolah menengah supaya murid dapat
kukuh fakta asas dan tajuk lain. Fikirkan sekali murid yang luar bandar.

70) Kaji semula frogvle:

- Selidik semula kemudahan infrastruktur:

*Komputer

*Internet

71) Selaraskan sistem online

- Jangan asingkan. Jadikan satu agar mudah guru nak update, elak kekeliruan. Bila terlalu
banyak sistem guru pun keliru mana satu.

- Jika sistem online dihimpunkan dalam satu tempat ia akan memudahkan guru, pihak PPD,
JPN dan KPM untuk ‘trace & update.’

72) Wujudkan sistem pendidikan acuan sendiri (Malaysia)

- ‘Stop implement education’ dari negara luar.

- Kalau nak ambil pun, pastikan ia sesuai utk diamalkan di Malaysia.


73) Kaji semula infrastruktur/kemudahan asas di sekolah

- Kerusi dan meja yang lama perlu diganti.

74) Hentikan tambah pelbagai perkara dalam prasekolah. Saya faham prasekolah tempat di
mana murid amat mudah dibentuk dan diajar dengan perkara baharu tetapi, jika terlalu
banyak perkara ditambah dalam kurikulum dan aktiviti yang sedia ada. Saya khuatir guru pra
tak dapat laksanakan dengan baik.

75) Beri peluang murid berinteraksi dgn golongan OKU. Agar murid tahu bagaimana untuk
berkomunikasi dan belajar cara menghormati golongan OKU.

- Lahirkan generasi yang peka dgn masyarakat.

- Belajar memahami individu yg kelainan upaya.

- Tanamkan sikap saling sayang menyayangi antara satu sama lain.

76) Hantar guru ke Finland setahun. Belajar daripada dasar pendidikan terbaik dunia.

77) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diperkenalkan semula khusus kepada pelajar
daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

78) Setiap kelas dilengkapi peralatan TV LCD atau projektor, Speaker dan pendingin hawa.

79) Pelajar dalam kelas dihadkan hanya 25 orang.

80) Waktu rehat pelajar selama satu jam.

81) Waktu sekolah dari jam 8 pagi dan balik pada jam 1 petang.

82) Mata pelajaran Geografi wajib belajar dari tingkatan 1-5.

83) Semua bahagian seperti bahagian sekolah harian, SBP, TekVok, BPi, Sek Sukan
digabungkan menjadi satu. Lebihan pegawai di KPM hantar ke sekolah jadi cikgu.

84) Kurangkan bilangan pegawai di PPD, kembali ke sekolah menjadi guru.

85) Ringankan beban pendidik drpd kerja2 pengkeranian, filling, e- dll, agar pendidik lebih
fokus dlm PDP.

86) Kaji semula sistem pendidikan, pelajar bukan tikus makmal. Sistem dulu lebih baik dari
sekarang dan tahap pendidikan lebih berkualiti. Jangan kerana inginkan ramai anak yang
berada dalam sistem pendidikan, atau dapat ke menara gading, direndahkan martabat
pendidikan. Finland mempunyai sistem pendidikan yang terbaik.

87) Beri kelonggaran kepada guru untuk menjalankan pdpc mengikut kreativiti guru. Pdpc
tidak sepatutnya hanya di kelas sahaja. Banyak sekolah tidak membenarkan program lain
dijalankan pada waktu persekolahan contohnya hari sukan, pertandingan minggu akademik
pada hal aktiviti berikut juga merupakan elemen dalam pdpc.
88) Pengambilan guru akan datang perlu diutamakan kepada graduan yang layak sahaja
bukannya mengambil guru yang belum mempunyai ikhtisas dalam pendidikan.

89) Syarat menjadi pengetua bukan adanya NPQEL tetapi yang lebih penting prestasi semasa,
komitmen, pengalaman dan juga penilaian daripada guru.

90) Guru diberi sedikit peluang utk menilai pengetua dan pentadbir seperti mana pentadbir
menilai guru.

91) Kurangkan bilangan murid dalam setiap bilik darjah kepada 15 hingga 20 murid sahaja

92) Hentikan sistem ranking sekolah bagi elakkan murid dilatih untuk skor exam semata-
mata dan bukannya untuk peningkatan kendiri pada masa akan datang.

93) Luluskan mohon tukar yang dah sekian lama tu, dah anak 4 pun tak dapat lagi ikut suami

94) Tambah subjek wajib lulus PI dan BI.

95) Harap yuran sekolah tak bebankan ibu bapa.

96) Mohon Menteri Pendidikan baharu akan meletakkan syarat yang ketat untuk makanan
yang dijual di kantin sekolah. Cukup2 lah anak-anak dihidangkan dengan nugget, sosej dan
‘serbamoknika’ makanan yang tidak sihat. Minda yang sihat terbina daripada fizikal yang
sihat. Fizikal yang sihat, berasal daripada pemakanan yang sihat.

97) Mesin fotostat yang canggih yang boleh asing kertas soalan ikut set dan staple.

98) Mohon kaji semula sukatan KSSM yang terlampau tinggi aras dan tidak sesuai untuk
tahap pelajar kebanyakan sukatan KSSM banyak campur tangan daripada pihak lain yang
berkepentingan. Sepatutnya guru yang perlu sama duduk berbincang untuk menggubal
sukatan.

99) Mansuh vle frog. Banyak lagi medium lain boleh guna. Jangan tekan guru untuk
menjawab surat tunjuk sebab tak capai pengarah kpi penggunaan vle. Yang penting pdp
sampai. Pelajar pun dapat

100) Gantikan peralatan komputer yang telah usang dan luput (PC dan Projector)

101) Hapuskan terus perjawatan yg tidak penting di PPD dan JPN ( SIP dan SISC+, Sektor
Jaminan Kualiti) Perkasakan Jamaah Nazir sekolah sudah mencukupi.

102) Salurkan peruntukan Pengurusan Pembangunan dan Perolehan terus ke PPD bagi
mengelakkan birokrasi di JPN. Hapuskan perjawatan Pembangunan dan Perolehan di JPN.

103) Kurangkan beban kerja guru dengan menghapuskan beberapa aplikasi sistem pengkalan
data yang tidak efisyen. Cukup dengan satu atau dua sistem sahaja seperti EMIS ( gabung
semula eg guru dan eg-tukar) dan APDM.
104) Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan juga harus dihapuskan kerana
banyak mendatangkan isu dan masalah serta membebankan pengurusan sekolah. Guna
kaedah lain yang lebih efektif dan mempunyai kebolehpercayaan.

105) Memperkasa semula fungsi Institut Pendidikan Guru seluruh negara yang berperanan
melatih guru sama ada di peringkat rendah atau menengah. Kembalikan elaun bulanan bagi
guru pelatih.

Anda mungkin juga menyukai