Anda di halaman 1dari 3

WEDNESDAY, AUGUST 25, 201

Artikel Tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak

87% Kanak-kanak Disasar Terima Pendidikan Prasekolah


– Muhyiddin
JELI 15 Julai. – Kerajaan mensasarkan 87 peratus
kanak-kanak di bawah usia 7 tahun mendapat
pendidikan prasekolah sebelum memasuki alam
persekolahan sebenar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata sasaran itu


terkandung sebagai bidang tumpuan yang akan
dilaksanakan kerajaan dalam Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMK-10).

“Dalam pelaksanaan RMK-10 kita dah tetapkan bidang-


bidang yang akan jadi keutamaan kita untuk diberi
tumpuan.

“Antaranya seperti pembangunan bidang pendidikan


dengan lebih 5.6 juta pelajar di negara kita, lebih 10,000
buah sekolah di seluruh negara dan sebanyak 480,000
guru yang perlu diberi perhatian.
“Kita ada dasar dan program, antara inisiatifnya ialah
membangunkan lebih banyak prasekolah. Sebanyak 67
peratus dari anak-anak kita telah ke prasekolah sebelum
ini dan sasaran kita ialah untuk meningkatkan kepada
87 peratus supaya sebahagian besar anak-anak
sebelum masuk ke sekolah biasa akan mendapat
pendidikan prasekolah,” katanya ketika berucap
merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian
Jeli di sini Khamis.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sasaran


itu bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk
memastikan kanak-kanak berkenaan mampu
menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira
sebaik sahaja memasuki alam persekolahan sebenar.

“Ada murid yang memasuki darjah enam tapi masih


tidak tahu membaca atau menguasai 3M, sepatutnya
dalam tempoh itu (enam tahun di sekolah) tidak timbul
isu itu. Justeru, sekiranya anak-anak mendapat
pendidikan awal semasa di prasekolah, isu 3M ini tidak
akan berbangkit lagi,” katanya.

Beliau berkata kerajaan kini mengharapkan lebih ramai


pihak sama ada individu atau jabatan tertentu yang
dapat membantu kerajaan meningkatkan pembangunan
pendidikan di negara ini melalui pembinaan lebih
banyak prasekolah.

Justeru, katanya, kerajaan bersedia menyalurkan


peruntukan berupa bantuan geran berjumlah RM10,000
kepada setiap pengusaha yang berminat untuk
membuka prasekolah.

Katanya peruntukan itu akan disalurkan kepada


pengusaha yang memiliki sekurang-kurangnya seramai
25 orang murid prasekolah.

Sementara itu, menyentuh mengenai kadar kemiskinan


di negara ini, Muhyiddin berkata sehingga kini usaha
untuk membasmi kemiskinan menunjukkan
perkembangan positif apabila hanya tidak kurang tiga
peratus sahaja yang masih berada di dalam golongan
itu.

Muhyiddin berkata pada awal negara kita mencapai


kemerdekaan, lebih 60 peratus rakyat dikenal pasti
sebagai miskin.

“Peratus itu sudah dapat dikurangkan dan sehingga kini


tidak sampai tiga peratus dari rakyat pelbagai kaum di
negara ini yang termasuk dalam golongan miskin.
Hampir selesai masalah itu, kalaupun ada sedikit
berbaki tetapi ianya akan diselesaikan,” katanya. –
Bernama

(Sumber rujukan : http://umno-online.com/?p=14163,


4.25pm, 17/08/10)
Posted by bmp_pendidikan at 10:45 PM

Anda mungkin juga menyukai