Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SAMA GAGAH 34400 SIMPANG EMPAT, SEMANGGOL, PERAK DARUL RIDZUAN.

MINIT CURAI KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN DSKP SEJARAH TAHUN 4 2013 DAERAH KERIAN

TARIKH TEMPAT MATA PELAJARAN DARI KEPADA 1.0 KSSR SEJARAH

: 4 7 SEPTEMBER 2013 : DEWAN MALINJA, SK WAWASAN, PARIT BUNTAR : SEJARAH : CIK SITI HAJAR BT MOHD KASER : GURU BESAR/ PK 1 / GURU PANITIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah mendukung cita-cita murni bagi menyediakan kurikulum yang relevan dan terkini untuk melahirkan generasi cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dihasilkan untuk membantu guru menjadi lebih proaktif, dinamik dan progresif serta memantapkan pemahaman terhadap matlamat, objektif dan kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Selain itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dapat membantu guru menyediakan serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Penghayatan semangat patriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dapat direalisasikan berpandukan tajuk dalam standard kandungan serta standard pembelajaran.

Fokus utama Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah ialah menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping penerapan semangat patriotik melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Melalui pembelajaran tersebut, murid dapat membina kerangka kronologi tentang pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat. Murid dapat membuat perbandingan tentang pengalaman manusia dan seterusnya berupaya memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat. Pemahaman asas tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan cintakan negara dan melahirkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.

2.0

MATA PELAJARAN SEJARAH

Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di Tahap II. Ini bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah. Masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sejarah adalah selama dua masa iaitu satu jam seminggu. Mata pelajaran ini digalakkan diasingkan kepada 30 minit pada hari yang berlainan kerana dikhuatiri guru tidak langsung bertemu dengan murid pada minggu tersebut jika satu jam diajar pada hari yang sama terutama jika guru terlibat dengan mesyuarat atau taklimat. Sejarah boleh diertikan sebagai masa lalu itu sendiri umumnya dan sejarah adalah catatan masa lalu serta catatan tentang tindak tanduk manusia khususnya. Maka guru diminta mengajar murid secara kronologi dan konversi masa. Guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk menarik minat murid. Pengajaran dan pentaksiran guru berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) serta bahan sokongan seperti buku teks, Buku Panduan Pengajaran, Buku Panduan Kreativiti dan Buku Panduan EMK.

Perbezaan mata pelajaran Tahap I dan Tahap II boleh dirumuskan seperti dalam jadual di bawah:-

TAHAP I TAHAP II Pengajaran berdasarkan Dokumen Standard Pengajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum(DSK) dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Prestasi (DSP) Pentaksiran murid berdasarkan Band 1 Pentaksiran murid berdasarkan Tahap

hingga Band 6. Penguasaan 1 hingga Tahap Penguasaan 6. Guru perlu memasukkan pencapaian band Guru tidak perlu memasukkan pencapaian murid dalam sistem online SPPBS. band murid dalam sistem online SPPBS. Guru hanya memasukkan tahap penguasaan murid dalam sistem secara offline menggunakan tapak Excel. Sistem fail terdiri daripada Fail Guru, Fail Tiada sistem fail diwujudkan. Fail murid Murid dan Fail Showcase diwujudkan. Tahap I tidak dibawa ke Tahap II. Namun jika pihak sekolah masih memerlukan sistem fail peringkat sekolah diwujudkan untuk memudahkan pengurusan secara sistematik ia tidak menjadi satu kesalahan. Evidens murid dijalankan dan disimpan Tiada evidens dijalankan dan diganti sebagai bahan bukti untuk penilaian. dengan lembaran kerja untuk penilaian secara berterusan sepanjang masa. Guru juga boleh menjadikan lembaran kerja sebagai ujian formatif dan sumatif.

3.0

KAJIAN KES

Kajian kes ialah kaedah penyelesaian masalah dalam bentuk deskriptif atau penerangan. Kajian kes boleh dijalankan dalam kalangan murid bagi melaksanakan kurikulum mata pelajaran Sejarah. Salah satu pedagogi penting yang dapat dilaksanakan dalam menjalankan kajian kes ialah kemahiran inkuiri. Kajian kes dapat meningkatkan kebolehan murid untuk mengenal pasti permasalahan, merancang, mengolah isi dan memberi rumusan terhadap satu permasalahan. Pengalaman menjalankan kajian kes dapat menggalakkan penglibatan murid, di samping memupuk kemahiran penyelesaian masalah dan sikap ingin tahu. Kajian kes boleh dijalankan berdasarkan pelbagai aspek atau isu mengikut langkah berikut: i. Kajian kes adalah berdasarkan cerita atau peristiwa bagi menjawab beberapa persoalan yang menggunakan kemahiran menaakul,di samping memberikan pendapat dan membuat rumusan serta menggalakkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini dapat mengenal pasti inti pati cerita atau peristiwa yang hendak dikaji. ii. Memahami persoalan berdasarkan petikan cerita atau peristiwa yang terkandung dalam kurikulum Sejarah. iii. Mengumpul maklumat melalui pelbagai kaedah berkaitan cerita atau peristiwa tentang perkara yang hendak diselesaikan. iv. Mengkaji maklumat yang telah dikumpulkan dengan cara menganalisis, menaakul dan empati untuk menjelaskan masalah tersebut. v. Membuat rumusan dan menyatakan pengajaran yang diperoleh daripada maklumat yang telah dianalisis. Kajian kes perlu dibuat secara individu atau kumpulan tidak lebih daripada tiga orang. Guru boleh memilih mana-mana standard kandungan dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 4 untuk dijadikan kajian kes. Kajian kes mestilah meliputi pernyataan masalah, kajian literature, objektif kajian, rujukan sumber, analisis kajian dan laporan kajian. Laporan kajian perlu mengandungi tajuk, pendahuluan, perbincangan, kesimpulan dan rujukan. Penghasilan laporan adalah sebnyak 1-5 halaman. Jika murid memberi lebih

muka surat ia tidak menjadi satu kesalahan. Persembahan laporan boleh dibuat menggunakan kaedah bertulis, lisan atau perbentangan. Penggunaan TMK digalakkan. Satu tahun sekurang-kurangnya satu kajian kes dihasilkan oleh murid.

4.0

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Penilaian dibuat secara langsung atau tidak langsung serta berterusan sepanjang tahun. Bentuk pentaksiran adalah seperti pemerhatian, kerja kursus, kajian kes, membina buku skrap dan folio, demostrasi, simulasi, kuiz serta ujian bertulis. Pentafsiran dibuat menggunakan tapak Excel yang telah disediakan. Penerangan lanjut tentang tafsiran tahap penguasaan murid dijelaskan dalam DSKP mata pelajaran Sejarah. Lembaran kerja murid perlu disediakan oleh guru mata pelajaran tersebut.

5.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Guru perlu menulis rancangan pengajaran berdasarkan format yang berikut:Tajuk Fokus Objektif Langkah i. ii. iii. iv. Emk : Mari Belajar Sejarah : SK : 1.2 SP 1.2.1, 1.2.2, K1.2.7 : Murid dapat i. menyatakan biodata diri ii. Mengenal pasti salasilah keluarga :

Guru menayangkan video dan bersoal jawab dengan murid Guru menunjukkan biodata dan carta keluarga Murid membuat biodata diri dan salasilah keluarga masing-masing. Murid melengkapkan lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2. : Nilai : Menyayangi diri dan keluarga, bersyukur. : KPS : Elemen asas sejarah : EMK : TMK : Video, Carta, Lembaran kerja : 23 /26 orang murid mencapai objektif pengajaran. Selebihnya guru memberi bimbingan dan latihan pemulihan.

BBM Refleksi

6.0

PENUTUP

Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan suatu kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik. Ini bertujuan sebagai satu usaha untuk melengkapkan murid dengan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengamalan nilai murni serta penerapan semangat jati diri sebagai warga negara Malaysia. Semoga guru mata pelajaran Sejarah pada tahun hadapan maklum dan bersedia memikul tanggung jawab dan amanah ini.

Disediakan oleh; (CIK SITI HAJAR BT MOHD KASER) PESERTA KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN DSKP SEJARAH 2013 Disahkan oleh: (NORDIN BIN SHAAFIE) GURU BESAR SK SAMA GAGAH

Anda mungkin juga menyukai