Anda di halaman 1dari 36

Kuliah 4

Faktor Pembentukan Tanah

Faktor Pembentukan Tanah

Iklim (suhu & hujan) Bahan induk Organisma Topografi Masa


Faktor-faktor di atas mempengaruhi berbagai jenis tanah walaupun terbentuk melalui luluhawa dan proses-proses yang sama

Iklim

Suhu dan hujan Suhu mempengaruhi kadar cepat tindakbalas luluhawa kimia dan biologi Suhu dan hujan menentukan jenis tumbuhan, haiwan dan aktiviti makrob Contoh :
Iklim arid :- tumbuhan bertompok jenis rumput dan shrub Iklim humid :- hutan tropika

Hujan menghakis tanah di kawasan cerun dan bahan dimendapkan di tanah rata Air hujan menyerap ke dalam tanah serta memindahkan bahan lempung, humas dan bahan terlarut dari lapisan atas ke bawah melalui proses larutlesap, menyebabkan pembentukan horizon Iklim arid membentuk tanah yang cetek dengan kandungan bahan organik rendah dan terdapat pengumpulan garam di horizon atas Iklim humid membentuk tanah yang dalam dengan bahan organik yang tinggi yang sangat terurai (welldecomposed) dan tanahnya berasid (pH <5.5)

Bahan Induk

Terdiri dari batuan atau bahan diangkut seperti lanar laut dan lanar sungai Mempengaruhi pembentukan tanah melalui :
Kadar luluhawa ; bergantung kepada jenis mineral dan bahan induk Kandungan nutriennya mempengaruhi banyak jenis tumbuhan yang akan hidup Saiz zarah bahan induk (Contoh : batu pasir :berpasir, konglomerat :- berbatu, dan syel :berlempung)

Pengaruh bahan induk bergantung kepada masa/umur tanah. Dominan bagi tanah muda (Contoh : order Entisol dan Inseptisol) Bagi tanah lebih tua, faktor iklim dan organisma lebih penting. Contoh : tanah order Ultisol dan Oksisol Antara bahan induk utama di Malaysia : granit, batu kapur, basalt, lanar (sungai dan laut) dan batupasir.

IGNEUS
Granit Granit gneis (tekstur kasar) kuarza > 25% Feldspar 40% Mineral Feromagnesium < 25% Berpasir Berperoi Bes rendah Warna kuning Saliran Baik

(SIRI RENGGAM)

Basalt, diorit Tekstur halus Kaya dengan mineral Feromagnesium (50-85%) Plagioklas feldspar

IGNEUS Berlempung Warna coklat Kuarza rendah Bes tinggi Kaya dengan Fe Saliran baik

(SIRI KUANTAN)

ENDAPAN Batu pasir Lom berpasir Kaya dengan kuarza Warna kekuningan (mineral feromagnesium Bes rendah kurang) pH rendah Saliran baik
(SIRI SERDANG)

Organisma

Tumbuhan dan haiwan hidup memainkan peranan penting di dalam pembentukan tanah Jenis tumbuhan mempengaruhi pembentukan horizon tanah (Rajah 1 dan 2) Bagaimana dua profail tanah berkembang di dawah kawasan iklim yang menggalakkan sama ada tumbuhtumbuhan (Rajah 1) hutan dan (Rajah 2) laman rumput. Pengumpulan bahan organik di horizon atas berlaku dalam sesuatu jangkawaktu, dan kandungan dan taburannya bergantung kepada jenis tumbuhtumbuhan Rumput horizon A yang tebal, berstruktur baik dan bewarna gelap

Hutan horizon A nipis dan horizon B tebal, bewarna cerah Tanah dari rumput kurang berasid berbanding tanah hutan sebab rumput lebih kaya dengan kation bes (spt. K+, Ca2+, Mg2+ dll). Menjadi sebab sebahagian besar tanah di Malaysia berasid Kawasan yang ditumbuhi oleh pokok nipah dan gelam pula membantuk tanah asid sulfat

Pengaruh Tumbuhan pada Pembentukan Tanah

Mikroorganisma

Membantu pereputan bahan organik dan menghasilkan humus Pereputan bahan organik menghasilkan asid organik lemah yang boleh melarutkan mineral lebih cepat dari air

Haiwan Tanah

Cacing tanah, tikus, arnab dll Membantu pembentukan tanah dengan mencampurkan tanah atas dan bawah secara fizikal Cacing memakan tanah dan mengeluarkan najis (worm cast) yang subur

Topografi

Mempengaruhi kadar hakisan, saliran (drainage) dan jenis tumbuhan Di kawasan tinggi :
Saliran dan pengudaraan baik, menggalakkan pengoksidaan dan larutlesap, profil tanah dalam dan bewarna merah kuning Suhu lebih sejuk membawa perbezaan kepada tumbuhan yang hidup

Di kawasan curam :

Hakisan menipiskan horizon A dan merendahkan kandungan bahan organik Tumbuhan juga kurang dan penambahan bahan organik kepada tanah rendah Hakisan merendahkan kualiti tanah (penghasilan) selain dari kualiti persekitaran di tanah rendah Aras mata air hampir ke permukaan, proses penurunan berlaku. Pengumpulan bahan organik (tanah organik), atau sulfida (tanah asid sulfat). dll Bahan hakisan dari kawasan tinggi berkumpul di sini sebagai lanar sungai yang subur

Di kawasan lembah :

Topografi mempengaruhi sifat-sifat tanah. Dalam kes ini, kedalaman tanah Dihadkan oleh kecerunan yang curam dilereng bukit

Masa

Pembentukan tanah mengikut masa. Lebih lama ianya mengalami luluhawa lebih terbentuk profilnya Dengan masa, tanah boleh dikelaskan kepada tanah muda, tanah matang dan tanah tua Kesuburan tanah juga berkaitan dengan masa. Biasanya tanah muda lebih subur dari tanah tua Pengaruh masa bergantung kepada : jenis mineral bahan induk, air dan suhu Di Malaysia tanah terbentuk sejak zaman Pleiston (2 juta tahun). Masa dan luluhawa yang intensif menyebabkan kebanyakan tanah ialah tanah matang atau tua (order Ultisol dan Oksisol)

Tanah adalah bahan asli (semulajadi) yang terurai terbentuk di atas permukaan bumi akibat dari tindakan IKLIM dan ORGANISMA ke atas BAHAN INDUK yang di pengaruhi oleh TOPOGRAFI dalam jangka MASA tertentu dan panjang

Anda mungkin juga menyukai