Anda di halaman 1dari 39

KULIAH 9a

Penulisan Rujukan

Prof. Dr. Zamri Mahamod

PENGENALAN

 Dalam apa juga penulisan yang dibuat, rujukan amat penting untuk
menentukan sama ada sesuatu artikel atau manuskrip yang dihasilkan
berkualiti ataupun sebaliknya.
 Setiap pelajar pascasiswazah perlu mengetahui bagaimana hendak
menulisan rujukan dengan tepat mengikut Gaya UKM yang telah
ditetapkan.

TUJUAN KULIAH

1. Memberi pengetahuan dan panduan kepada pelajar-pelajar siswazah


bagaimana hendak menulis rujukan dengan tepat dalam tesis dan
kertas projek kajian, ataupun dalam penulisan artikel jurnal yang
dihasilkan.
2. Membantu pelajar bagaimana hendak menulis rujukan dengan tepat
mengikut jenis sumber yang digunakan.
3. Membantu pelajar menulis rujukan dengan tepat dan betul mengikut
gaya penulisan rujukan jurnal berwasit dalam dan luar negara.
2

DEFINISI RUJUKAN

 Menurut Kamus Dewan (2004), istilah ‘rujukan’ bermaksud


keterangan lanjutan mengenai sesuatu perkara seperti dalam buku
dan lain-lain. Rujukan juga bermaksud sumber untuk dirujuk.
 Mok Song Sang (2009), rujukan merangkumi sumber asas (primary
sources) dan sumber sekunder (secondary sources). Sumber asas
adalah bahan- bahan asli yang mempunyai kesahan,
kebolehpercayaan dan kontekstual.
 Antara sumber-sumber asas ialah dokumen rasmi kerajaan, dokumen
arkib, diari, memoir, biografi, laporan inkuiri-penemuan penyelidikan
yang merupakan bahan rujukan utama kerana dapat memastikan hasil
kajian adalah tepat dan boleh dipercayai.
 Sumber sekunder adalah bahan-bahan rujukan yang didapati daripada
rujukan sumber asas, misalnya buku-buku ulasan, analisis dan
kritikan, makalah, esei dan buku-buku ilmiah yang digunakan
sebagai sumber sokongan dan juga digunakan untuk meninjau
literatur penyelidikan yang berkaitan dengan tujuan membantu
penentuan topik, tema, isu atau masalah kajian.

KEPENTINGAN MENULIS RUJUKAN

1. Penulisan yang dihasilkan lebih berintergriti dan dipercayai.


2. Penulisan yang dihasilkan akan menampakkan kepakaran atau
kebolehan penulis.
3. Menunjukkan penulis berkenaan banyak membaca dan membuat
rujukan terkini dalam bidang atau perkara yang dikaji atau
dibincangkan.
4. Mengelakkan daripada dituduh cuba membuat plagiat, pemalsuan
atau fabrikasi penulisan yang dihasilkan.
5. Rujukan yang ditulis menjadi sumber rujukan kepada pembaca atau
pengkaji lain dalam membuat penyelidikan dalam bidang yang sama.
3

CARA MENULIS SUMBER RUJUKAN

 Pembacaan yang luas banyak membantu pelajar dalam memantapkan


kajian yang dijalankan. Apabila luas pembacaan, maka sudah tentu
banyak sumber rujukan yang diperoleh.
 Pembacaan yang luas membantu pelajar pascasiswazah dari segi:

1. Merujuk sumber yang sahih dalam bidang yang dikaji.


2. Rujukan lebih terkini dan relevan dengan masa kajian yang
dijalankan.
3. Tidak merujuk sumber sekunder (sumber kedua) sebagai sebahagian
rujukan dalam tesis.
4. Tidak membuat ‘cut and paste’ rujukan yang diambil.
5. Pelajar tidak dituduh membuat plagiat, pemalsuan ataupun cuba
fabrikasi rujukan.

 Menurut Ismail (2010), penulisan sesuatu rujukan itu adalah berbeza


mengikut gaya dari mana sumber tersebut diambil. Menurut beliau
lagi, penulisan rujukan dalam teks (artikel) yang ditulis semestinya
mengikut gaya jurnal yang dihantar.
 Sebagai contoh, Jurnal Pendidikan Malaysia mempunyai gaya
panduan menulis yang perlu dirujuk sebelum menghantar artikel atau
manuskrip kepada jurnal tersbut.

RUJUKAN MENGIKUT NAMA PENGARANG

Rujukan mengikut kronologi huruf awal nama pengarang: Maksudnya,


pengarang yang bermula dengan huruf ‘A’ perlu ditulis awal, manakala
pengarang yang bermula dengan huruf ‘Z’ ditulis di bahagian akhir senarai
rujukan.

Abdul Rahim Mohd. Saad. 1996. Mereka teks pengajaran secara efisien
dan efektif. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
4

Abdul Halim Ibrahim & Mariam Mohamed Nor. 2005. Reading skills
among Malaysian students. Final Research Report 01-03-62-05.
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi NikYusoff (Pnyt.). 2010. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Buckley, W. & Smith, A. 2008. Aplication of multimedia technologies to


enhance distance learning. Educational Journal, 8 (2): 55-66.

Mohd. Hasani & Zamri Mahamod. 2007. Pengurusan tingkah laku guru
novis,. Dlm. Zamri Mahamod, Norasmah Othman & Mohammed
Sani Ibrahim. (Pynt.). Profesionalisme guru novis: Model latihan,
125-138. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

NAMA PENGARANG LEBIH DARIPADA TIGA – ET AL.

Rujukan nama pengarang lebih daripada tiga orang perlu ditulis et al.:
Dalam konteks penulisan akademik, rujukan yang melebih tiga orang
hendaklah ditulis et al. Penggunaan et al. ini hanya dilakukan selepas kali
kedua. Hal ini bermaksud, nama pengarang walaupun berempat, berlima
dan sebagainya hendaklah ditulis semua nama pengarang dahulu di dalam
teks untuk kali pertama. Penggunaan et al. dibuat apabila rujukan yang
sama digunakan untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Penggunaan et al.
tidak boleh ditulis di bahagian Rujukan. Sebagai contoh, ditunjukkan
kaedah sebenar cara menulis nama pengarang dalam petikan:
5

Menurut Owing, Peterson, Bransford, Morris dan Stein (1980), telah


menyenaraikan beberapa kelemahan tentang murid-murid yang menghadapi masalah
membaca seperti tidak pasti dengan tujuan pembacaan serta tidak peka dengan
keperluan memahami makna sesuatu yang dibaca. Kelompok ini hanya menumpukan
fokus untuk memahami setiap perkataan dan frasa dan kurang mampu mengesan
makna teks secara konsistent. Menurut Owing et al. lagi, kurang berkemampuan untuk
menentukan kadar bacaan berdasarkan tujuan pembacaan, membaca dengan kadar
perlahan apabila bahan atau teks itu sukar difahami, membaca secara pintasan apabila
isinya tidak penting atau sekadar teks umum, tidak berkebolehan untuk mengasingkan
antara idea-idea utama dalam teks dengan bahan-bahan subodinat antara kelemahan
yang dikenal pasti pada murid-murid yang tidak boleh membaca. Manakala Tamam,
Zamri, Nik Mohd Rahimi dan Jamaludin (2010) berpendapat murid-murid yang lemah
kemahiran membaca adalah disebabkan oleh ketidakmampuan murid-murid untuk
memahami struktur logik sesuatu teks dan kurang pemahaman tentang hubungan
perkaitan sesuatu idea. Tamam et al. menegaskan bahawa kelemahan membaca bukan
hanya berpunca daripada sikap, tetapi juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang
menjadi punca berlakunya masalah tidak boleh membaca.

 Penggunaan et al. hanya digunakan selepas tiga nama penulis atau


lebih ditulis dahulu dalam petikan tersebut.
 et al. akan hanya digunakan jika nama penulis yang sama diulang
semula kegunaannya dalam petikan.
 Dalam bahagian Rujukan, nama semua penulis hendak ditulis
lengkap seperti yang ditunjukkan dalam dua contoh rujukan berikut:

Owings, R.A., Peterson, G.A., Bransford, J.D., Morris, C.D. & Stein, B.S.
1980. Spontaneous monitoring and regulations of learning: A
comparison of successful and less successful fifth graders.
Journal of Educational Psychology, 72: 250-256.

Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi & Jamaludin


Badusah. 2010. Masalah membaca dalam kalangan murid darjah di
sekolah rendah kebangsaan di Brunei Darussalam: Satu kajian kes.
Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2): 77-85.
6

RUJUKAN MENGIKUT TAHUN DITERBITKAN

Dalam tajuk ini, sesuatu rujukan yang ditulis itu disusun mengikut tahun
bila diterbitkan. Dalam hal ini, penggunaan ‘Sort text’ dapat membantu
pelajar menyusun rujukan yang mana dulu perlu ditulis mengikut tahun
diterbitkan. Sebagai contoh seperti berikut:

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2001. Penyelidikan gaya dan
strategi pembelajaran bahasa Melayu: Metodologi, datapatan dan
agenda masa depan. Language Reporter: Issue, 189-206.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2003. Penggunaan strategi


pembelajaran bahasa untuk menguasai kemahiran membaca dan
menulis. VirTEC Journal, 3 (2): 55-76.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2005. Penggunaan strategi


pembelajaran bahasa untuk menguasai kemahiran membaca. Jurnal
Teknologi, 42 (E): 1-118.

RUJUKAN DITULIS PENGARANG DAN TAHUN YANG SAMA

 Sering kali pelajar melakukan kesilapan dalam menulis rujukan


apabila pengarang dan tahun rujukan adalah tahun yang sama.
 Kesilapan ini dilakukan dalam penulisan teks dan juga di bahagian
rujukan.
 Kaedah sebenar menulis rujukan dapat ditunjukkan dalam contoh
berikut dan ditulis dengan betul dalam bahagian Rujukan.
7

Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang murid-murid itu


tidak boleh membaca ataupun lemah dalam membaca. Antaranya adalah faktor luaran
3 seperti faktor persekitaran dan kaedah pengajaran. Kepincangan dalam status sosio-
ekonomi (Smith & Dixon 1995; Lee Lay Wah 2005b) serta pengajaran yang kurang
berkesan (Safiah 1990) merupakan dua faktor persekitaran yang boleh menyebabkan
masalah membaca. Selain faktor persekitaran, faktor kecerdasan intelek juga
merupakan sebab seseorang menghadapi masalah membaca (Tiu et al. 2003). Faktor-
faktor lain seperti gangguan emosi serta faktor ketidakupayaan fizikal (Sanders 2001)
juga telah dikenalpasti sebagai faktor yang boleh menyebabkan masalah membaca.
Dalam konteks pendidikan khas, keupayaan membaca ini selalunya dialami oleh
murid-murid disleksia (Lee Lay Wah 2005a, 2005c)

Lee, Lay Wah. 2005a. Simtom disleksia: kesedaran ibubapa. Diges


Pendidik 5(1): 66-70.
Lee, Lay Wah. 2005b. A case study: dyslexia intervention using the Davis
model. Proceedings of the CARE International Conference 2005,
hlm.11-16.
Lee, Lay Wah. 2005c. The Audiblox perspective of dyslexia. Berita
Dyslexia 3 2005: 5.

RUJUKAN YANG PERLU DISENDENG/ITALIC

Dalam penulis tesis, kertas projek, jurnal, ataupun apa sahaja manuskrip
yang ditulis, sering kali terdapat kesilapan yang dilakukan dalam membuat
sendeng atau italic. Dalam konteks penulisan akademik, hanya enam
rujukan yang perlu disendeng/italic, iaitu seperti berikut:
8

1. Tajuk buku. Contoh:

Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah penyelidik pendidikan. Edisi


Ke-5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Jonassen, D.H. 2000. Computer as a mind tools for school:


Engaging critical thinking. New Jersey: Merrill Prentice-Hall.

Zamri Mahamod. 2012. Inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam


pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2. Tajuk bab dalam buku. Contoh:

Abdul Halim Abdullah & Effandi Zakaria. 2011. Pengajaran dan


pembelajaran Geometri. Dlm. Zamri Mahamod, Jamalul Lail
Abdul Wahab & Mohammed Sani Ibrahim (Pnyt.).
Transformasi dan inovasi dalam pendidikan, 9: 123-138.
Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Collins, E., & Green, J. 1992. Learning in classroom settings. In. H.


Marshall, (Eds.). Redefining student learning: Roots of
educational change. Norwood, NJ: Ablex.

3. Tajuk jurnal. Contoh:

Lizzio, A. & Wilson, K. 2004. First year students’ perception of


capability. Research in Higher Education, 29: 109-126.

Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi & Jamaludin


Badusah. 2010. Masalah memabaca dalam kalangan murid
darjah di sekolah rendah kebangsaan di Brunei Darussalam:
Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2): 77-85.
9

Tengku Nor Rizan Tengku Mohamad Maasum, Nooreiny Maarof,


Hamidah Yamat & Effandi Zakaria. 2011. An investigation of
teachers’ pedagogical skills and content knowledge in a
content based instruction context. Indonesian Journal of
Applied Linguistics, 1 (2): 75-89.

4. Tajuk prosiding. Contoh:

Magdeline anak Nor & Zamri Mahamod. 2010. Pengetahuan


pedagogi kandungan pengajaran guru Bahasa Iban sekolah
menengah di Sarawak. Prosiding Seminar Penyelidikan
Siswazah UKM, 1 (5): 257-267. Bangi: Penerbitan Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Ruhizan Mohd Yassin, Nik


Mohd Rahimi Nik Yusoff & Jamaludin Badusah. 2011.
Penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah
dalam pembelajaran karangan Bahasa Melayu. Proceedings of
International Seminar Comparative in Curicullum for Active
Learning between Indonesia and Malaysia, 179-189. Bandung:
Penerbit Universiti Pendidikan Indonesia.

5. Tajuk laporan akhir penyelidikan. Contoh:

Juriah Long, Khalid Abdullah, Raja Mohd Fauzi Raja Musa, Siti
Fatimah Mohd Yassin, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Zamri
Mahamod & Zarin Ismail. (2001). Pendidikan dan latihan guru
bahasa (Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab) abad ke-21.
Laporan Akhir Kajian Jangka Pendek G2/99. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
10

Seth Sulaiman, Fatin Aliah Phang & Marlina Ali. 2007. Kemahiran
metakognitif dalam kalangan pelajar sekolah menengah di
Negeri Johor dalam menyelesaikan masalah. Laporan Teknikal
Vot 75161 Metakognisi dan Penyelesaian Masalah Fizik.
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknlogi Malaysia, Skudai.

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik


Yusoff, Parilah Mohd Shah & Aliza Alis. 2009. Pembinaan
inventori strategi pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris pelajar cemerlang. Laporan Akhir Penyelidikan UKM-
GG-05-FRGS0012-2006. Fakulti Pendidikan,Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

6. Tajuk terbitan kerajaan. Contoh:

Pekeliling Sistem Saraan Baru. 2012. Putrajaya: Jabatan Perdana


Menteri.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Garis panduan pentaksiran


berasaskan sekolah untuk guru. Putrajaya: Bahagian
Pendidikan Guru.

Kerajaan Malaysia. 2001. Rangka Rancangan Jangka Panjang


Ketiga 2001-2010. Putrajaya: Unit Perancangan Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri.

7. Tajuk akhbar atau makalah. Contoh:

Dewan Masyarakat. 2010. Masyarakat gelandangan, Mei, 12-6.

Ku Seman Ku Hussain. 2012. Ibrahim pelopor lagu puisi. Mingguan


Malaysia, 16 Mac: 10.

Utusan Malaysia. 2011. Memperkasakan bahasa Inggeris. 17


Februari: 1.
11

8. Rujukan dalam Internet/dalam talian. Contoh:

Dokumen Rancangan Malaysia Ke-10. 2010.


www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RMK10_Mds.pdf
(11 Mei 2012)

Nor Hashimah Jalaluddin & Rozaimah Rashidin. 2008. Rasuah


dalam karya sastera Melayu klasik: Satu analisis semantik
kognitif. Jurnal e-Bangi, 3 (3): 23-34.
http://pkukmweb.ukm.my/~ebangi (10 Mei 2012)

RUJUKAN YANG TIDAK PERLU DISENDENG/ITALIC

Selain itu, pelajar juga perlu mengetahui bahawa terdapat sekurang-


kurangnya dua sumber rujukan yang tidak perlu disendeng/diitalic ketika
ditulis, iaitu:

1. Tesis/Kertas Projek pelajar. Contoh:

Nor Razah Lim. 2007. Penggunaan teknik penyoalan lisan dalam


kalangan guru Bahasa Melayu. Kertas Projek Sarjana
Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.

Roslind Mawing. 2003. Hubungan antara gaya pengajaran guru


dengan sikap pelajar terhadap Bahasa Melayu. Tesis Sarjana
Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.

Ruslin Amir. 2007. Stail berfikir, stail pengajaran dan stail


pembelajaran pensyarah dan pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
12

2. Kertas kerja seminar. Contoh:

Ramzan Muhammad. 2002. Satu kajian eksperimen tentang


keberkesanan pembelajaran secara koperatif dalam mata
pelajaran Bahasa Arab
Komunikasi.http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/arab.h
tm?PHPSESSID=0ec4408815653de84b9db5cfb676592 [3
November 2006].

Zamri Mahamod. 2010. Perkembangan profesionalisme berterusan


guru permulaan: Cadangan model latihan guru permulaan
daripada perspektif universiti. Kertas kerja dibentangkan di
Seminar Serantau Guru Permulaan. Anjuran Institut
Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu
Melayu dan Bahagian Pendidikan Guru, KPM pada 5-7 Mei
2010 di Dewan Tun Fatimah IPGM Melaka.

Zamri Mahamod. 2012. Trend terkini pengajaran bahasa di institusi


perguruan tinggi: Satu analisis. Kertas ucaptama ini
dibentangkan di Seminar Current Trend on Language in
University. Anjuran Fakultas Tarbiyah, Institut Islam Negeri
Imam Bonjol, Padang, Sumatera Barat pada 18 Februari 2012.

JENIS-JENIS RUJUKAN

JURNAL

 Sumber jurnal merupakan tingkat tertinggi dalam penghasilkan


sesuatu karya yang bermutu.
 Di peringkat pengajian tinggi seperti Sarjana dan Doktor Falsafah,
pelajar digalakkan membaca sumber jurnal sebagai sebahagian
daripada rujukan yang digunakan.
13

 Semakin banyak rujukan jurnal yang dirujuk, maka semakin


mendalam pembacaan pelajar tentang tajuk atau bidang kajian yang
hendak dijalankan.
 Pelajar-pelajar pascasiswazah digalakkan mencari rujukan dalam
jurnal-jurnal yang berkualiti dan berwasit (dinilai) sama ada yang
ditulis dalam Bahasa Melayu, mahupun Bahasa Inggeris. Malahan,
jurnal yang dirujuk tidak hanya terhad di dalam negara Malaysia,
tetapi juga yang diterbitkan di luar negara.
 Sumber jurnal mempunyai banyak kelebihan dan kekuatan dalam
penulisan yang dibuat.

1. Sumber jurnal lebih dipercayai kerana dapatan atau penemuan yang


terkini ditulis atau diterbitkan dalam jurnal berwasit.
2. Lebih berkualiti di mana pelajar membuat rujukan dalam jurnal-
jurnal yang menjurus kepada bidang pengajian pelajar berkenaan.
3. Tahun rujukan lebih terkini di mana banyak jurnal dalam bidang
yang dikaji sentiasa menghasilkan artikel-artikel terkini.
4. Sumber jurnal mengandungi banyak teori, kajian berkaitan, isu dan
permasalahan yang hendak dikaji. Kesemua aspek ini banyak
membantu pelajar membina kerangka teori, kerangka konseptual,
pernyataan masalah, kajian berkaitan dan sebagainya.
5. Maklumat dalam jurnal lebih dipercayai di mana maklumat, data,
rujukan dan sebagainya telah diwasit oleh mereka yang pakar dalam
bidang. Justeru, maklumat dalam jurnal lebih dipercayai akan
ketulenan dan keasliannya.

Dalam penulisan rujukan jurnal, terdapat beberapa perkara perlu ada


dalam penulisan rujukan, iaitu:

1. Nama penulis
2. Tahun rujukan
3. Nama tajuk artikel
4. Nama jurnal diterbitkan
5. Ada volume atau jilid/bilangan atau muka surat atau kesemuanya
14

Contoh:

Aniza Ahmad & Zamri Mahamod. 2015. Tahap kemahiran guru Bahasa
Melayu sekolah menengah dalam melaksanakan pentaksiran
berasaskan sekolah berdasarkan jantina, opsyen dan tempat
mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (1): 18-29.

Idris, Nik Mohd Rahimi & Zamri Mahamod. 2012. Strategi belajar
pendidikan Islam mahasiswa jurusan Pendidikan Agama Islam di
Institut Pengajian Tinggi Riau. Jurnal Potensia, 11 (1) Jun: 1-20.

Syofia Ulfah, Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. 2013. Kemahiran


komunikasi interpersonal ekspresif: Mencipta guru Bahasa Indonesia
yang penyayang. GEMA Online Journal of Language Studies, 13 (1):
139-154.

Zamri Mahamod. 2012. Trend terkini pengajaran bahasa di perguruan


tinggi: Satu analisis. Jurnal Al-Ta’lim, 19 (1) Feb: 24-37.

Zamri Mahamod & Nor Razah Lim. 2011. Kepelbagaian kaedah penyoalan
lisan dalam pengajaran guru Bahasa Melayu melalui pemerhatian.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 51-65.

Contoh Rujukan Jurnal yang Tidak Ditulis dengan Tepat

Terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti sering dan selalu


dilakukan oleh pelajar dalam menulis sumber rujukan jurnal dalam tesis
atau kertas projek mereka. Kelemahan ini dapat disenaraikan seperti
berikut:

1. Nama penulis tidak lengkap. Contoh:

Abdul Razak. 2001. Online delivery systems: Setting baseline for


professional development of educators. Malaysian Journal of
Educational Technology, 1 (2): 47-52. (Abdul Razak Ahmad.
15

2001. Online delivery systems: Setting baseline for


professional development of educators. Malaysian Journal of
Educational Technology, 1 (2): 47-52).

Okolo, Bahr, & Reith, H.J. 1993. A Retrospective View of


Computer- Based Instruction. Journal of Special Education
Technology, 12 (1): 1-27. (Okolo, C.M., Bahr, C.M. & Reith,
H.J. 1993. A Retrospective View of Computer- Based
Instruction. Journal of Special Education Technology, 12 (1):
1-27).

2. Volume, atau bilangan/jilid atau muka surat yang tidak lengkap.


Contoh:

Chen, C. P. 2003. Integrating Perpectives in Career Development


Theory and Practice. The Career Development Quarterly.
(Chen, C. P. 2003. Integrating Perpectives in Career
Development Theory and Practice. The Career Development
Quarterly, 51: 203-216)

Puolimatka, Tapio. 2008. Max Scheler and the idea of a well


rounded education. Educational Philosophy and Theory, 40
(3). (Puolimatka, Tapio. 2008. Max Scheler and the idea of a
well rounded education. Educational Philosophy and Theory,
40 (3): 362-382)

3. Salah menulis huruf besar atau huruf kecil jurnal. Contoh:

Grossman, P.L. 1989. A Study in Contrast: Sources of Pedagogical


Content Knowledge for Secondary English. Journal of teacher
education 40 (5): 24-31. (Grossman, P.L. 1989. A study in
contrast: Sources of pedagogical content knowledge for
secondary English. Journal of Teacher Education, 40 (5): 24-
31).
16

Shahril @ Charil Marzuki. 2002. Ciri-ciri guru yang unggul: satu


kajian kes di beberapa buah sekolah menengah di Malaysia.
Jurnal pendidikan jil. 22, 2002, 97-110. (Shahril @ Charil
Marzuki. 2002. Ciri-ciri guru yang unggul: satu kajian kes di
beberapa buah sekolah menengah di Malaysia. Jurnal
Pendidikan, 22: 97-110).

Walls R.T. Nardi A.H. Minden A.M. dan Hoffman N. 2002. The
characteristitcs of effective and ineffective teachers. Teacher
education quarterly, winter 2002; 29,1,pg. 39-48. (Walls R.T.,
Nardi A.H., Minden A.M. & Hoffman N. 2002. The
characteristitcs of effective and ineffective teachers. Teacher
Education Quarterly, 29 (1): 39-48).

4. Salah italic, iaitu italic tajuk artikel, bukan tajuk jurnal. Contoh:

Stuart R. P. 2000. Student Response to Activities Designed to


Develop Generic Professional Skills. Journal of Professional
Issues in Engineering Education and Pratice, Vol. 126. pp 180-
185. (Stuart R. P. 2000. Student response to activities designed
to develop generic professional skills. Journal of Professional
Issues in Engineering Education and Pratice, 126: 80-185).

Maxwell, J.A. 1992. Understanding and validity in qualitative


research. Harvard Educational Review, 62 (3): 279-298.
(Maxwell, J.A. 1992. Understanding and validity in qualitative
research. Harvard Educational Review, 62 (3): 279-298).

BUKU

1. Sumber rujukan daripada buku atau bab dalam buku lebih wibawa
dan diiktiraf ketepatan penulisannya jika buku atau bab dalam buku
tersebut diterbitkan oleh penerbit tersohor atau diiktiraf.
2. Sumber rujukan buku banyak membincangkan sesuatu bidang ilmu
secara terfokus dan mendalam.
17

3. Sumber rujukan buku membantu pelajar memahami dan menguasai


dengan baik bagaimana sesuatu penulisan buku tersebut ditulis dan
disusun sehingga menghasilkan satu karya ilmiah.

Dalam menulis rujukan buku, perkara-perkara berikut perlu ada


dalam penulisan rujukan buku, iaitu:

1. Nama penulis
2. Tahun rujukan
3. Tajuk buku
4. Tempat dan nama penerbit

Contoh:

Kamarul Shukri Mat Teh & Mohamed Amin Embi. 2010. Strategi
pembelajaran bahasa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Syofia Ulfah, Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. 2015. Komunikasi


berkesan: Teori dan amali. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Zamri Mahamod. 2012. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu.


Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zamri Mahamod. 2015. Strategi pembelajaran: Inventori cara belajar


bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Contoh Rujukan Buku yang Tidak Ditulis dengan Tepat

Terdapat beberapa kelemahan dalam penulisan rujukan buku yang sering


ditemui dalam tesis atau kertas projek pelajar. Kelemahan dalam penulisan
rujukan buku ini dapat diperincikan seperti berikut:
18

1. Nama penulis ditulis et al. contoh:

Nik Safiah Karim et al. 1994. Tatabahasa dewan. Edisi baharu.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. (Nik Safiah Karim,
Hashim Musa, Farid M. Onn & Abdul Hamid Mahmood. 1994.
Tatabahasa dewan: Edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka).

Zamri Mahamod et al. 2011. Transformasi dan inovasi dalam


pendidikan. (Pnyt.). Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia. (Zamri Mahamod, Jamalul
Lail Abdul Wahab & Mohammed Sani Ibrahim. 2011.
Transformasi dan inovasi dalam pendidikan. (Pnyt.). Bangi:
Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia).

2. Nama penerbit dan tempat diterbit tidak lengkap atau tersalah


tulis. Contoh:

Sodri Ariffin & Ahmad Shafee Sabaruddin. 2002. Keusahawanan:


Rahsia Ke Puncak Kejayaan. Prentice Hall. Kuala Lumpur.
(Sodri Ariffin & Ahmad Shafee Sabaruddin. 2002.
Keusahawanan: Rahsia ke puncak kejayaan. Kuala Lumpur:
Prentice Hall).
Yin, R.K. 1994. Case study researsch: Design and methods. 2nd
Edition. Sage Publication. Thousand Oaks, California. (Yin,
R.K. 1994. Case study researsch: Design and methods. 2nd
Edition. Thousand Oaks, CA: Sage Publication).

3. Judul buku tidak diitalic. Contoh:

Johnson, E.B. 2002. Contextual teaching and learning. USA: Corwis


Press Inc. (Johnson, E.B. 2002. Contextual teaching and
learning. Virginia: Corwis Press Inc).

Marshall, C. & Rossman, G.B. 2006. Designing qualitative research.


Edisi ke-4. Thousand Oaks: Sage Publications. (Marshall, C. &
19

Rossman, G.B. 2006. Designing qualitative research. 4th


Edition. Thousand Oaks, CA: Sage Publications).

BAB DALAM BUKU

1. Nama penulis bab


2. Tahun terbitan
3. Tajuk bab dalam buku
4. Ditulis perkataan ‘Dlm./In’
5. Nama penulis buku dan ditulis ‘Pnyt./Eds.)
6. Nama judul buku
7. Muka surat yang dirujuk
8. Nama tempat dan penerbit

Contoh:

Saemah Rahman, Norazah Mohd Nordin & Siti Rahayah Ariffin. 2010.
Pembentukan pengalaman pembelajaran melalui program mobiliti
latihan mengajar di luar negara. Dlm. Zamri Mahamod, Jamil
Ahmad & Saemah Rahman (Pnyt.). Program mobiliti latihan
mengajar di luar negara: Satu perkongsian, 117-134. Bangi:
Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod, Yahya Othman, Jamaludin Badusah & Nik Mohd Rahimi
Nik Yusoff. 2013. Sikap dan minat pelajar bukan Melayu ketika
belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Dlm. Zamri Mahamod,
Mohd Izham Mohd Hamzah, Abdul Razaq Ahmad & Mahdum.
(Pnyt.). Himpunan penyelidikan pendidikan serantau, 29: 371-384.
Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Rashidah Rahamat, Parilah Mohd Shah, Sharifah Nor Puteh, Aidah Abdul
Karim, Rossenin Din, Juhaidah Abd. Aziz & Zamri Mahamod. 2013.
Student perceptions of a mobile learning environment through
20

Mobile Technology Apallication. In. Mohamed Amin Embi &


Norazah Mohd Nordin. (Eds.). Mobile learning: Malaysian
initiatives and research findings, 6: 49-58. Bangi: Penerbitan Pusat
Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod & Norlela Abdullah. 2014. Penerapan nilai-nilai murini


dalam pendidikan. Dlm. Zainab Ismail, Salasiah Hanin Hamjah &
Rosmawati Mohamad Rasit. (Pnyt.). Isu-isu dakwah masa kini:
Keluarga, komuniti marginal dan pendidikan, 17: 223-233. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Contoh Rujukan Bab dalam Buku yang Tidak


Ditulis dengan Tepat

Fatimah Abdullah. 2008. Dampak pemodenan terhadap hubungan keluarga:


Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Dlm. Transformasi
Masyarakat: Cabaran Keluarga, Gender dan Sosiobudaya, disunting
oleh Rahimah Abdul Aziz. 25-46. Bangi: Penerbit UKM.

Analisis: Daripada contoh rujukan di atas, terdapat beberapa


perbezaan yang boleh didapati dalam rujukan mengikut Gaya Penerbit
UKM, iaitu:

1. Tajuk buku didahulukan, manakala nama penulis ditulis selepas judul


buku.
2. Tajuk buku : Semuanya ditulis huruf besar di awal perkataan, kecuali
kata hubung.
3. Perkataan ‘disunting’ ditulis dahulu diikuti nama penulis, diikuti
dengan nombor muka surat. Manakala yang lain adalah sama.

contoh penulisan rujukan bab dalam buku mengikut Gaya UKM


dan menjadi amalan pelajar dalam penulis tesis atau artikel ilmiah.

Munro, J. 1999. Plumbing the levels of reading: an information processing


model of literacy learning difficulties. Dalam Barwood, D., Greaves,
D. & Jeffery, P. (pnyt.). Teaching numeracy and literacy:
intervention and strategies for ‘at risk’ students, hlm. 57-78.
21

Melbourne, Victoria: AREA (Australia Research Education


Association).

Abdul Halim Abdullah & Effandi Zakaria. 2011. Pengajaran dan


pembelajaran Geometri. Dlm. Zamri Mahamod, Jamalul Lail Abdul
Wahab & Mohammed Sani Ibrahim (Pnyt.). Transformasi dan
inovasi dalam pendidikan, 9: 123-138. Bangi: Penerbit Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Berikut diberikan tiga contoh penulisan rujukan bab dalam buku


yang berbeza-beza ditulis oleh pelajar pascasarjana:

Ibrahim Ahmad Banjunid. 2007. Pelaksanaan dan keberkesanan Pendidikan


Islam di sekolah kebangsaan. Dlm. Suzalie Mohamad (Pnyt.).
Memahami isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur:
Institut Kefahaman Islam Malaysia. (Ibrahim Ahmad Banjunid. 2007.
Pelaksanaan dan keberkesanan pendidikan Islam di sekolah
kebangsaan. Dlm. Suzalie Mohamad (Pnyt.). Memahami isu-isu
pendidikan Islam di Malaysia, 15-26. Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman Islam Malaysia).

Weinstein, C.E. & Mayer, R.E. 1986. The teaching of learning strategies.
Dalam M.C. Wittrock (Eds.). Handbook of research on teaching.
Edisi ke-2. New York: MacMillan Publishing Company. (Weinstein,
C.E. & Mayer, R.E. 1986. The teaching of learning strategies. Dlm.
(In). M.C. Wittrock (Eds.). Handbook of research on teaching, 112-
131. Edisi Ke-2 (2nd Edition). New York: MacMillan Publishing
Company).

Zimmerman, B.J. 1994. Dimensions of acedemic self-regulation: a


conceptual framework for education. Dlm. Schunk & Zimmerman
(pnyt). Self-regulation of learning and performance: issues and
educational application, hlm. 177-193. Hillsdale, New Jersey:
Lawrence Erlbaum. (Zimmerman, B.J. 1994. Dimensions of
acedemic self-regulation: A conceptual framework for education.
Dlm. (In) Schunk & Zimmerman (pnyt) (Eds.). Self-regulation of
22

learning and performance: Issues and educational application, 177-


193. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum).

PROSIDING

Prosiding merupakan antara sumber bacaan penting yang selalu dijadikan


bahan rujukan pelajar dalam penulisan tesis atau kertas projek. Sebagai
sumber ilmiah, prosiding dihasilkan selepas sesuatu persidangan, seminar,
wacana, kolokium dan lain-lain lagi yang melibatkan ada pihak yang
menganjur, pembentang dan peserta. Pembentang akan menghantar kertas
kerja manakala penganjur melalui Jawatankuasa Prosiding akan menyusun
kertas-kertas kerja tersebut menjadi bentuk prosiding yang lengkap dengan
muka surat dan disusun mengikut gaya penulisan ilmiah. Walau
bagaimanapun, terdapat juga prosiding yang tidak disusun mengikut
nombor dan ini dinamakan koleksi kertas kerja. Dalam menulis rujukan
prosiding, perkara-perkara berikut perlu ada dalam rujukan prosiding
tersebut, iaitu:

1. Nama penulis
2. Tahun terbitan
3. Tajuk artikel prosiding
4. Nama penyunting
5. Nama prosiding
6. Muka surat prosiding
7. Tempat dan nama penerbit
8. Nama prosiding diitalic

Contoh

Mubin Md. Nor. 2010. Penggunaan bahasa berbantu computer dalam


pengajaran dan pembelajaran Muzik di sekolah rendah: Satu kajian
kes. Dlm. Zamri Mahamod, Melor Md. Yunus, Mohammed Sani
Ibrahim, Jamalul Lail Abdul Wahab, Mohd Taib Harun & Norlena
Salamuddin (Pnyt.). Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan
Negara Kali ke-4, 76-83. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
23

Kamarulzaman Abdul Ghani, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Shahrin
Awaludin. 2003. Pembelajaran bahasa Arab secara koperatif: Satu
kaedah alternatif. Dlm. Khadijah Abdul Razak, Shahri Awaludin,
Kamarulzaman Abdul Ghani, Ab.Halim Tamuri, Norshidah Mohd
Salleh & Aliza Alias (Pnyt.). Prosiding Seminar Pendidikan Islam
Siri 3, 33-46. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan

Contoh Rujukan Prosiding yang Ditulis Tidak Tepat

Sesetengah pelajar pascasiswazah gagal atau kurang tepat menulis rujukan


prosiding dengan betul. Antara kegagalan atau kelemahan yang dikenal
pasti ialah:

1. Tidak ada nama penyunting


2. Tidak ada muka surat
3. Tidak disusun mengikut urutan dalam penulisan prosiding

Berikut diberikan tiga contoh penulisan rujukan prosiding yang


dianggap kurang tepat, iaitu:

Noordin Hj. Yahaya, Sharifudin Ismail, & Azizi Hj. Yahaya. 2004. Tingkah
laku kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan tekanan kerja
dan keberkesanan organisasi, di beberapa buah sekolah terpilih di
Negeri Sembilan. Dlm. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan Ke-12, 183-195. Kuala Lumpur: Institut
Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Siti Rahayah Ariffin, Noriah Mohd Ishak, Roseni Ariffin, Abdul Ghafur
Ahmad dan Rodiah Idris. 2008. Evaluation approaches and
24

challenges using Structural Equation Model (SEM). Proceeding


International Conference on the Education of Learner Diversity
(ICELD 2008), p. 427-440

Zamri Mahamod & Jamil Ahmad. 2011. Pengetahuan calon guru tentang
profesion keguruan. Prosiding Seminar Majlis Dekan-Dekan
Pendidikan IPTA 2011, 1-15. Serdang: Penerbit Fakulti Pengajian
Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Kertas Kerja Seminar

Kertas kerja ialah kertas yang diseminarkan dalam sesuatu persidangan,


seminar, bengkel, kolokium ataupun wacana yang dianjurkan oleh sesuatu
organisasi. Kertas kerja yang disusun muka surat dinamakan Prosiding,
manakala kertas kerjayang tidak disusun secara ilmiah oleh sidang
penyunting sesuatu jawatankuasa seminar, persidangan dan lain-laian
dinamakan Kertas Kerja Seminar. Dalam menulis rujukan kertas kerja,
pelajar pascasarjana perlu mengetahui apakah yang perlu ada dalam rujukan
kertas kerja tersebut. Secara umum, dalam menulis rujukan kertas kerja,
lima perkara berikut perlu ada, iaitu:
1. Nama penulis, tahun dan tajuk artikel kertas kerja
2. Nama seminar atau persidangan
3. Anjuran atau penganjur seminar/persidangan
4. Tarikh dan ditempat diadakan di seminar/persidangan
5. Tidak italic

Contoh

Hassan Ahmad. 2005. Memertabatkan Penggunaan Bahasa Melayu: Dasar,


Pelaksanaan dan Pencapaian. Kertas Kerja dibentangkan di Kongres
Pendidikan Melayu Ke-2. Anjuran Persekutuan Badan Pendidikan
25

dan Pembangunan Melayu (PBPPM), di Berjaya Times Square Hotel


& Convention Centre, Kuala Lumpur, pada 26-27 Mac, 2005.

Zamri Mahamod. 2012. Trend terkini pengajaran bahasa di perguruan


tinggi: Satu analisis. Kertas ucaptama dibentangkan di Seminar of
Current Trends on Language Teaching in University pada 18 Mac
2012. Anjuran Fakultas Tarbiyah, Institut Agama Islam Negeri
Imam Bonjol, Padang, Sumatera Barat.

Contoh Rujukan Kertas Kerja yang Ditulis Tidak Tepat

Berikut disenaraikan tiga contoh penulisan rujukan kertas kerja yang ditulis
dalam pelbagai cara dan dimenepati cara penulisan rujukan kertas kerja
yang sebenar, iaitu:

Kamarul Shukri Mat Teh, Mohamed Amin Embi, Zamri Mahamod & Nik
Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2009). Konseptualisasi model pengajaran
strategi pembelajaran bahasa kedua/asing. Kertas kerja dibentangkan
di 2nd International Conference Issues in Language Teaching and
Learning Amongst Non-Native Speaker. Universiti Teknologi Mara
Shah Alam pada 2-3 Disember 2009.

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. 2004. Keberkesanan


Pengajaran dan Pembelajaran Sastera: Perkembangan dan Masa
Depan. Menjana Pemikiran Kritikal dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Sastera. Institut Pendidikan Nasional, Universiti
Teknologi Nanyang.

Rosli Yaacob. 2006. Sosialisasi guru permulaan. Kertas kerja dibentangkan


dalam Kolokium Guru Permulaan, pada 14-16 November 2006.
Anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia
dengan kerjasama Institut Perguruan Ipoh Perak.

Tesis/Disertasi/Kertas Projek
26

Antara sumber rujukan yang popular dan selalu dirujuk oleh pelajar
pascasiswazah dalam penulisan ialah tesis, disertasi ataupun kertas projek.
Tesis pelajar Doktor Falsafah dan Sarjana selalu dijadikan rujukan,
terutamanya tesis, disertasi atau kertas projek yang dihasilkan dalam bidang
kajian pelajar. Walau bagaimanapun, sering ditemui dalam penulisan
pelajar gagal atau kurang tepat menulis sumber rujukan daripada tesis,
disertasi ataupun kertas projek. Justeru, bagi memudahkan pelajar
bagaimana hendak menulis rujukan tesis, disertasi atau kertas projek,
beberapa perkara penting dalam penulisan tesis, disertasi atau kertas projek
perlu ada, iaitu:

1. Nama penulis dan tahun diterbitkan


2. Tajuk tesis/disertasi/kertas projek
3. Nama anugerah – Dr. Fal./Doktor Falsafah atau Tesis Sarjana
Pendidikan atau Kertas Projek Sarjana Pendidikan
4. Nama institusi dari mana tesis/disertasi/kertas projek dihasilkan
5. Tajuk tesis tidak italic

Contoh Penulisan Tesis/Kertas Projek

Alizah Lambri. 2010. Pelaksanaan kemahiran berfikir secara kreatif dan


kritis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sebuah
sekolah menengah. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Noor Fadilah Dawi. 2010. Analisis kesilapan penggunaan kata kerja dalam
kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia. Tesis Master Sastera.
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia,
Serdang.

Umi Nadiha Mohd Nor. 2011. Penerapan kemahiran generik dalam


kalangan guru Bahasa Melayu sekolah menengah. Kertas Projek
Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.

Zamri Mahamod. 2004. Strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam


kalangan pelajar cemerlang sekolah menengah. Tesis Doktor
27

Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,


Bangi.

Contoh Rujukan Tesis/Disertasi/Kertas Projek


yang Tidak Ditulis dengan Tepat

Berikut disenaraikan lima tesis, disertasi atau kertas projek yang dianggap
kurang lengkap ataupun ditulis tidak mengikut urutan yang ditetapkan oleh
Gaya UKM:

Hashamiza Hamdan. 2004. Pengintegrasian Aspek-aspek Kemahiran


Generik Dalam Proses Pengajaran dan pembelajaran Bagi Program
Kemahiran Tinggi Selaras Dengan Keperluan Industri: satu Kajian
Kes di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dari Perspektif
Pengajar. Tesis Sarjana, KUiTHHO.
Juliyana Suparman. 2007. Penilaian pelajar terhadap personaliti guru
Pendidikan Islam dan pembentukan peribadi pelajar di Sekolah
Menengah kebangsaan daerah Port Dickson. Tesis Sarjana. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Meriam Yusoff. 2007. Tahap Keyakinan Kemahiran Generik di Kalangan


Pelajar: Kajian kes di salah sebuah kolej kediaman di UTM, Kampus
Skudai, Johor Bahru, Malaysia. Tesis Sarjana.

Mohd. Nor Jaafar, Haji. 2004. Kepimpinan pengajaran guru besar,


komitmen dan kepuasan kerja guru: Satu kajian perbandingan dan
hubungan antara sekolah berkesan dengan sekolah kurang berkesan.
Tesis Ph.D. Universiti Sains Malaysia.

Penulisan Rujukan Dalam Teks Tesis/Artikel

Dalam tajuk, akan dibincangkan keadah atau cara yang betul dalam menulis
sesuatu sumber rujukan dalam teks dalam tesis, kertas projek atau artikel
yang ditulis. Sering ditemui dalam pelbagai aktiviti penulisan, pelajar
28

kerap melakukan kesalahan dalam menulis rujukan dengan betul. Pelbagai


faktor boleh dirumuskan atas kelemahan dalam menulis rujuk dan lam teks
dan di bahagian rujukan, antaranya seperti:
1. Tidak ada pendedahan atau kurang pendedahan bagaimana menulis
rujuk yang betul dalam teks dan di bahagian rujukan.
2. Sikap mengambil mudah dalam menulis rujukan tanpa merujuk
contoh-contoh menulis rujukan yang betul dalam teks dan bahagian
rujukan.
3. Tidak membuat semakan sebelum menghantar sesuatu tugasan, sama
ada rujukan tersebut lengkap, betul, disusun mengikut urutan dan
sebagainya.

Contoh 1

Contoh 1 menunjukkan cara penulisan rujukan dalam teks yang digunakan


oleh pelajar ketika menulis. Daripada petikan dapat dirumuskan bahawa:
1. Cara menulis et al dalam teks tidak sama dalam rujukan sebenar.
2. Penggunaan et al. hanya digunakan apabila penulis lebih daripada
tiga orang. Jika kurang tiga orang, et al. tidak boleh digunakan dalam
teks.
3. Nama penulis kena tulis dahulu walaupun bilangan penulis itu ramai.
Rujukan seterusnya barulah boleh menggunakan et al.
4. Rujukan yang tidak lengkap.

Konsep kerja secara pakatan, berpasukan atau berkolaboratif dipersetujui


boleh membawa impak yang cemerlang kepada peningkatan akauntabiliti dan
profesionalisma pekerja dalam sesebuah organisasi, khususnya dalam organisasi
pendidikan seperti di universiti, kolej dan sekolah. Keberkesanan bekerja sebagai
satu kumpulan atau pasukan kolaboratif amat dipengaruhi oleh sikap individu yang
berada dalam kumpulan tersebut. Ianya disebabkan strategi pengajaran jenis ini
bermotifkan kemuafakatan serta melibatkan ramai guru dan pelajar. Dipercayai
bahawa strategi pengajaran kolaboratif akan memanfaatkan bakat dan kepakaran
yang ada pada rakan sejawatan perguruan dan sekaligus meningkatkan kualiti
pengajaran guru serta menjadikan pengajaran menjadi lebih efektif dan berpusatkan
pelajar (Roseth et al. 2008). Amalan pengajaran kolaboratif juga boleh mengkayakan
kurikulum, menggalakkan perkongsian pengalaman di antara guru, mengumpul
kepakaran yang pelbagai dan meningkatkan rasa hormat sesama rakan guru
(Shevalier et al. 2007; Wadkins et al. 2006).

Rujukan

Roseth, C.J., Garfield, J.B. & Ben-Zvi, D. 2008. Collaboration in learning and
29

Contoh 2

Menurut Persatuan Pergerakan Wanita (Awam) terdapat dua jenis gangguan


seksual iaitu dari segi fizikal seperti meraba, memeluk, memegang dan mencubit,
dan dari segi pertuturan pula, merangkumi komen atau hinaan berbentuk seksual
termasuk bersiul. (Ab. Aziz Yusof. 2006). Menurutnya lagi, perbuatan tingkah laku
yang dikatakan penyebab gangguan seksual adalah tingkah laku mengganggu,
tingkah laku destruktif, tingkah laku agresif, tingkah laku membuli dan tingkah laku
jenayah. Tingkah laku yang tidak bermoral ini menyebabkan tekanan mental dan
emosi kepada mangsa di tempat kerja. Gangguan seksual di tempat kerja boleh
berlaku dalam keadaan golongan yang berjawatan tinggi menunjukkan kekuasaannya
dengan melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh terhadap pekerja
bawahannya. Di Malaysia, tiada suatu undang-undang khusus yang mendefinisikan
perkataan gangguan seksual di negara ini. Akta-akta khusus yang memperuntukkan
tentang pekerja dan pekerjaan tidak mengandungi peruntukan khas tentang gangguan
seksual. Peruntukan yang ada setakat ini hanya meletakkan kesalahan gangguan
seksual sebagai satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan (Ahmad Rahim,
2005). Namun di negara ini, Kementerian Sumber Manusia telah mengeluarkan satu
kod amalan iaitu Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di
Tempat Kerja pada tahun 1999 sebagai garis panduan penubuhan, pembentukan dan
pelaksanaan satu mekanisme dalaman bagi menangani masalah gangguan seksual di
tempat kerja. Berdasarkan Perkara 4 Kod Amalan ini, gangguan seksual bermakna
“sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan
sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau
fizikal:

Rujukan
30

Dalam Contoh 2, terdapat tujuh kesilapan atau kelemahan dalam penulisan


rujukan dalam teks ini, iaitu:

1. Tidak dinyatakan sumber rujukan. Contoh: Kementerian Sumber


Manusia
2. Tidak jelas siapa punya sumber. Contoh: ‘Menurutnya lagi…’
merujuk Persatuan Pergerakan Awam atau Ab. Azizi?
3. Cara menulis nama penulis yang tidak sama. Contoh: Ab. Azizi
Yusuf dengan Ahmad Rahim.
4. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang tidak konsisten
penggunaannya dalam bahagian Rujukan.
5. Tidak dinyatakan nama penerbit bagi rujukan Abdul Rahim.
6. Nama penulis yang tidak sama dalam teks dan di bahagian Rujukan.
7. Nama penulis yang tidak lengkap. Abdul Rahim Abdul Rashid bukan
Abdul Rahim Rashid.

Contoh 3

Terdapat enam kesilapan dalam penulisan rujukan dalam teks dan bahagian
Rujukan dalam Contoh 3, iaitu:

1. Rujukan tidak ditulis penuh. Contoh: ITC (2010) dan Bricker et al.
(2002).
2. Cara menulis nama penulis yang tidak sama. Contoh: Merendah ,
P.F (2005).
3. Kesilapan penggunaan simbol ( & ) yang sepatutnya ditulis ‘dan’
dalam teks.
31

4. Kesilapan penggunaan tanda bacaan ( ; ) yang sepatutnya hanya


ditanda ( , ) sahaja.
5. Kesilapan tidak meletakkan tanda bacaan ( . ) di bahagian et al yang
sepatutnya ditulis ‘et al.’
6. Cara penulisan rujukan yang banyak kesalahannya, iaitu:
a. Tajuk artikel yang tidak sama huruf besar dan huruf kecil
ditulis
b. Tidak italic tajuk yang betul
c. Penggunaan istilah Bahasa Melayu dalam rujukan Bahasa
Inggeris yang tidak betul: ‘Dalam’ atau ‘In’, ‘hal.’ Atau ‘pp’.

Prosedur pengumpulan data bagi kajian ini saranan seperti yang digariskan oleh
ITC (2010) dan juga cadangan oleh Merenda, P.F (2005); Van de Vijer & Poortinga
(2005) dan Bricker et al (2002) bagi mengurangkan ralat dan bias dalam proses
terjemahan. Prosedur dimulakan dengan membuat kajian literatur terhadap topik-topik
berkaitan instrumen penaksiran perkembangan kanak-kanak dan juga penaksiran
rujukan kriteria. Selepas itu, penterjemahan instrumen AEPS®:3-6 ke dalam Bahasa
Malaysia dilaksanakan. Fasa kedua dimulakan dengan melantik para pakar, membuat
perbincangan serta menyerahkan instrumen AEPS® untuk disemak oleh panel pakar.
Fasa ketiga pula memerlukan pemerhatian dilakukan oleh penaksir dalam persekitaran
yang naturalistik untuk melihat perlakuan/kemahiran sebenar kanak-kanak tanpa
dikongkong oleh aktiviti-aktiviti yang tidak menggalakkan perkembangan menyeluruh
kanak-kanak secara semula jadi. Fasa terakhir dimulakan dengan memberi latihan
kepada bakal penaksir dan diikuti oleh pemerhatian dan penaksiran oleh penaksir di
lapangan/tadika di sekitar Lembah Klang.

Rujukan

Bricker, D., Pretti-Frontczak, P., Johnson, J. dan Straka, E. (2002). Assessment,


Evaluation, and programming system for infants and children: administration
guide. 2nd Ed. Volume 1-4. Maryland: Paul H. Brookes Publishing Co. Inc.
International Test Commission. (2010). International Test Commission Guidelines for
Translating and Adapting Tests. http://www.intestcom.org [20 Februari 2010].
Merenda, P. F. (2005). Cross-cultural adaptation of educational and psychological
testing. Dalam Hambleton, R. K., Merenda, P. F. & Spielberger, C. D. (Pnyt.)
Cross-cultural Adaptation of Educational and Psychological Tests: Theoretical and
Methodological Issues, hal. 321-341. New Jersey: Lawrence Erlbaum.
Van de Vijver, F. J. R. & Poortinga, Y. H. (2005). Conceptual and methodological
issues in adapting tests. In Hambleton, R. K., Merenda, P. F. & Spielberger, C. D.
(Eds.) Cross-cultural Adaptation of Educational and Psychological Tests:
32

Contoh 4

Pemimpin merupakan agen perubahan dalam sesebuah organisasi (Mohd Izham


dan Suffean 2009). Selain menyatupadukan keseluruhan organisasi untuk mencapai
wawasan organisasi, pemimpin turut berperanan merangka serta menjalankan pelan
pembangunan. Malahan peranannya meliputi tugas menyediakan persekitaran yang
mempunyai kolaborasi antara ahli-ahlinya bagi mencapai matlamat wawasan ataupun
pembaharuan dalam organisasi (Ishak, 2001). Fungsi dan kepentingan seorang
pemimpin tidak boleh diperkecilkan kerana mereka merupakan aspek penting dalam
menentukan keberkesanan pengurusan organisasi . Justeru pemimpin yang berkesan
merupakan nadi dalam organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat dan wawasan
organisasi.
Kepemimpinan sekolah merupakan pihak yang dipertanggungjawab
merealisasikan matlamat pembangunan sekolah iaitu ke arah mewujudkan sekolah
yang cemerlang secara holistik. Dalam hal ini, pengetua dan guru besar merupakan
individu yang berperanan sebagai key player dalam usaha penambahbaikan sekolah
serta melestarikannya (Shahril 2007, 2004, Mohd Izham & Suffean 2009). Walau
bagaimanapun, kepemimpinan sekolah bukanlah hanya dipikul oleh pengetua sahaja,
tetapi juga melibatkan guru yang berkhidmat di sekolah tersebut. Mohammed Sani et
al. (2008) berpendapat pengujudan sekolah yang berkesan juga adalah hasil daripada
penyertaan yang berterusan daripada guru-guru yang kompeten. Kompeten yang
dimaksudkan adalah berkemahiran dalam kerja keberkumpulan, peranan dan
tanggungjawab, menunjukkan penglibatan dan kerjasama, serta menjadi inquiry based
untuk membuat keputusan sekolah, bilik darjah dan fokus akhirnya membawa kepada
pencapaian pelajar yang cemerlang dalam akademik, bukan akademik dan disiplin.

Rujukan
33

Terdapat enam kelemahan dan kesilapan dan kelemahan yang ditemui


dalam teks penulisan artikel dan juga bahagian Rujukan, antaranya seperti
berikut:
1. Rujukan dalam teks tidak sama dalam bahagian Rujukan. Contoh:
Shahril 2007.
2. Kesilapan dalama penggunaan tanda bacaan koma ( , ) dan simbol (
& ).
3. Tidak konsisten penggunaan huruf besar dan huruf kecil ketika
menulis tajuk buku.
4. Tidak konsisten penulisan nama penulis. Contoh: ada ditulis nama
penuh, ada ditulis’bin’ dan sebagainya.
5. Tidak tersusun dalam menulis rujukan. Kelihatan ‘tidak kemas’ pada
rujukan tersebut ditulis.
6. Rujukan tidak lengkap dalam bahagian Rujukan seperti:
a. Mohammed Sani et al. sepertutnya Mohammed Sani & Norzaini
2008.
b. Jurnal yang tidak lengkap volume/jilid/muka surat
c.

Contoh 5
34

Berdasarkan teks dan rujukan dalam Contoh 5, dapat dirumuskan bahawa


terdapat banyak kesilapan dan kelemahan yang dilakukan oleh pelajar
dalam menulis rujukan dalam teks dan juga di bahagian Rujukan. Kesilapan
dan kelemahan menulia rujukan ini dapat disenaraikan seperti berikut:
1. Dalam teks:
a. Nama penulis tidak seragam. Contoh: Kahdijah Umar vs Rohana
b. Nama penulis diulang dalam satu ayat yang dirujuk. Contoh:
Rohana
c. Penggunaan ‘et al’ tidak ditandai dengan tanda ( . ). Sepatutnya
ditulis ‘et al.’ bukan ditulis ‘et al’ atau ‘et.al’

2. Dalam rujukan:
a. Rujukan tidak lengkap ditulis. Contoh: Nooreiny Maarof et al.
b. Sumber tidak diitalic. Contoh: Laporan Akhir Penyelidikan,
Buletin Pendidikan, Berita
c. Tajuk seminar diitalic.
d. Salah menulis nama tempat dan institusi tesis/kertas projek
dihasilkan.
e. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang tidak seragam dan
konsisten penggunaannya

Kajian yang dijalankan oleh Aziz Nordin et al (2006) dibeberapa buah sekolah di
Johor mendapati majoriti pelajar masih tidak menguasai dan memahami beberapa istilah-
istilah saintifik seperti “flame”, “force” , “sccurate” , “mass” , “variables” dan banyak lagi.
Manakala kajian yang dijalankan oleh Khadijah Umar (2004) pula mendapati pelajar
menghadapi masalah dalam mempelajari Matematik menggunakan bahasa Inggeris
iaitu dari segi pertuturan dan memahami buku teks Matematik yang ditulis dalam
Bahasa Inggeris.
Selain daripada itu, kebanyakan guru Matematik dan Sains sendiri adalah
rendah penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris untuk menggunakannnya bagi
mengajar Matematik dan Sains dengan lancar. Mereka lebih cekap dan fasih mengajar
Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu kerana mereka dilatih demikian sejak di
maktab dan berpengalaman mengajarnya. Beberapa kajian menunjukkan tinggi peratus
guru-guru ini lemah dalam Bahasa Inggeris untuk mengajar Matematik dan Sains.
Mohd Rasdi (2003) mendapati sebahagian besar (78.0%) guru-guru yang dikaji
mempunyai pencapaian bahasa Inggeris yang rendah dan mereka lemah berbahasa lisan
dan penulisan. Rohana (2002) pula melaporkan dapatan kajian yang menunjukkan
bahawa 84.0% guru-guru Sains dan Matematik di sekolah rendah, 69.0% guru-guru
Sains dan Matematik di Tingkatan 1, 42.0% guru-guru Sains dan Matematik di
Tingkatan 6 dan 29.0% pensyarah Matrikulasi lemah dalam Bahasa Inggeris (Rohana
2002). Begitu juga dengan hasil tinjauan Clegg (2003) yang menunjukkan kebanyakan
guru Sains yang ditemuinya tidak yakin untuk mengajar Sains dalam Bahasa Inggeris,
dan sukar untuk mereka mengajar dengan jelas dan memberi kefahaman Sains dalam
35

Khadijah Umar. 2004. Perkaitan Antara Sikap dan Pencapaian Pelajar Terhadap
Pelaksanaan Pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Disertasi Ijazah
Sarjana Pendidikan. Kuala Kangsar : Fakulti Sains Kognitif Dan
Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Rasdi Saamah. 2003. Kesediaan guru-guru sekolah rendah melaksanakan
perubahan bahasa pengantar mata pelajaran Sains dan Matematik. Kertas
Projek Sarjana Pendidikan. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nooreiny Maarof et al. 2003. Keupayaan Menguasai BI Di Kalangan Pelajar-Pelajar
Melayu Sekolah Menengah Dalam Era Globalisasi . Universiti Kebangsaan
Malaysia, Buletin Pendidikan Bil. 10: 3-5
Rohana Man. 2002. Sains, Matematik: Kementerian sedia skrip mengajar dalam
Bahasa Inggeris. Utusan Malaysia 2 Oktober: 3

Kesimpulan

Terdapat pelbagai cara dan bentuk dalam penulisan rujukan. Setiap cara
dan bentuk penulisan rujukan biasanya mengikut organisasi di mana bahan
tersebut diterbitkan. Dalam konteks ini, Gaya UKM adalah sumber rujukan
utama pelajar dalam menulis rujukan. Pelajar-pelajar pascasiswazah perlu
36

memahami, mengetahui dan membezakan cara dan bentuk sesuatu rujukan


itu ditulis. Rumusan di sini ialah:
1. Konsisten: Penulisan rujukan perlu konsisten ketika menulis, seperti
penggunaan nama penulis pertama dan kedua, penggunaan huruf
besar dan kecil huruf kecil dan lain-lain.
2. Seragam: Penulisan rujukan perlu seragam dari segi susun atur dalam
rujukan yang diambil, seperti apa yang perlu ditulis dalam rujukan
daripada kertas kerja, prosiding, bab dalam buku, baris dalam rujukan
dan lain-lain.
3. Membezakan: Pelajar perlu dapat membezakan antara setiap satu
rujukan yang diambil, seperti penulisan rujukan buku tidak sama
dengan penulisan rujukan bab dalam buku, penulisan rujukan
prosiding tidak sama dengan penulisan rujukan kertas kerja dan
sebagainya.
4. Lengkap: Setiap rujukan yang diambil perlu ditulis lengkap
sumbernya. Sumber rujukan yang lengkap membantu pembaca
membuat rujukan terhadap sumber tersebut, sama ada rujukan itu
betul dan boleh dipercayai ataupun sebaliknya.
5. Tersusun: Cara penulisan rujukan perlu tersusun cara menulisnya,
iaitu mengikut nama dan tahun pengajian. Tidak ada gelaran,
pangkat dan lain-lain dalam nenulis rujukan.
6. Kekemasan: Cara menulis rujukan perlu namapak dalam kemas,
terutamanya dari segi penggunaan jeda kiri dan kanan rujukan.
Demikian juga antara satu rujukan dengan rujukan yang lain
dijarakkan dengan satu langkau.

Aktiviti Pengukuhan: Membaiki Rujukan Jurnal

Abd. Rafie Mahat .2001. Pendidikan moral dalam dunia globalisasi: Ke


arah masa depan di Malaysia. Ucap utama dalam Persidangan
Kebangsaan Pendidikan Moral Dalam Dunia Globalisasi, di Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya, 23 Mei 2001.

Amir Hasan Dawi 2010 Kepentingan Identiti dan Perjuangan Etnik dalam
Masyarakat Malaysia: Dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa
Minoriti dan Majoriti: Bahasa, Budaya dan Identiti, 23-24 November
2010, Kuching, Malaysia.
37

Anderson, Kelly M. 2007. Differentiating instruction to include all students


preventing school failure. Spring 2007. Vol. 51, Iss. 3; p. 49-54.
Washington.

Asmah Hj Omar. 1993. Perkaitan bahasa Melayu dengan bahasa Iban dari
segi sejarah. Dlm. Nik Safiah Karim (pnyt). Tinta Sejarah, hlm. 39-
55. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Asmawati Suhid., Rahyl Mahyuddin., & Abdul Rahman Md. Aroff .2001.
Persepsi pelajar institusi pengajian tinggi terhadap pendidikan
moral. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Persidangan
Kebangsaan Pendidikan Moral Dalam Dunia Globalisasi, di Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya, 24 Mei 2001.
Awang Sariyan. 1991. “Bahan pengajaran tatabahasa secara terancang
dalam pendidikan Bahasa Melayu” dlm. Jurnal Bahasa 35:9, hlm.
754-782.

Berita Harian (17 Jun 2004). Prestasi Sains, Matematik dalam bahasa
Inggeris merosot.

Cense,A.A & E.M.Uhlenbeck. 1958. Critical survey of studies on the


language of Borneo. Dlm Asmah Haji Omar dan Rohani Mohd
Yusof. 1988. Bahasa Iban dan pengajarannya di peringkat
pengajian tinggi. Dewan Bahasa. Ogos: 548-561.

Chang Lee Hoon .1998. Moral reasoning of Malaysian students: A study on


chices of action, values and orientations of 16 year-old students.
Tesis Ph.D yang tidak diterbitkan. Macquarie University.

Chang Lee Hoon .2002. Pendekatan antara disiplin dalam Pendidikan


Moral untuk sekolah. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar
Pendidikan Moral: Trend dan Hala Tuju, 22-23 Julai, di Universiti
Malaya.
38

Collins,J.T. 2004. Ibanic languages in Kalimantan Barat, Indonesia:


exploring nomenclature, distribution and characteristics. Borneo
Research Bulletin 35: 17-47

Grossman, P.L. 1990. The Making Of the teacher: Teacher Knowledge


and Teacher Education. Teacher College Press. New York
https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:69Mx0ipWyzwJ:www.
kpkk.gov.my/pdf/tahukah_anda/ETP_bm/bab14.pdf+nkea+pendidikan
&hl

Izam Fairus Kamaruddin. 2002. USM Usaha Hasilkan Siswazah Berkualiti.


Berita USM.

Jefridin Pilus. 2002. Penggunaan Pendekatan Komunikatif Dalam


pengajaran Bahasa Arab: satu kajian di SMAP Labu. Kertas Projek
Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.

Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan. 2002. Kenyataan Akhbar YB Tan


Sri Musa Mohamad mengenai pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. 20 Julai
(atas talian) http://www.moe.gov.my/keratan BI.asp (20 Julai 2002)

Khadijah bin Abdul Razak & Zaib bin Ngah. 2002. Isu dan cabaran
pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam (KBSM). Dlm. Ab. Halim
Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Nora‘inan Bahari, Gamal Abdul
Nasir Zakaria, & Mohd Arif Ismail (pnyt.). Prosiding Wacana
Pendidikan Islam (Siri 1): Kurikulum Bersepadu Pendidikan Islam
Menghadapi Cabaran Era Globalisasi. Bangi: Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khadijah Umar. 2004. Perkaitan Antara Sikap dan Pencapaian Pelajar


Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Disertasi Ijazah Sarjana Pendidikan. Kuala Kangsar : Fakulti Sains
Kognitif Dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
39

Maryana Adam. 2006. Gaya Pembelajaran Pelajar Tingkatan Empat


Aliran Sains di Tiga Buah Sekolah Daerah Kluang, Johor Darul
Takzim Berdasarkan Model Dunn & Dunn. Tesis Sarjana. Universiti
Teknologi Malaysia.

Mohd Salleh Hj. Din. 1993. Hubungan di antara jenis serta jangkamasa
pengalaman bekerja dengan keusahawanan satu penemuan empirik.
Proceeding of the Malysian entrepreneurship development centre
fourth annual colloquium. Hlm. 8-13.

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Kamaruzzaman Abdul Ghani & Zamri
Mahamod. 2000. Kepelbagaian gaya pembelajaran Bahasa Arab
komunikasi mengikut jantina dan lokasi sekolah. Seminar
Kepelbagaian Pelajar: cabaran dan strategi pengajaran. Hlm. 70-
78. Bangi: Fakulti Pendidikan, UKM.

Nik Safiah Karim et.al., 2008. Tatabahasa Dewan edisi ketiga. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Permata JPM. 2011. Minat belajar dipupuk pada usia awal kanak-kanak. 13
April 2011. Berita. http://permata-media.blogspot.com/2011/04/minat-
belajar-dipupuk-pada-usia-awal.html

Program Transformasi Ekonomi (NKEA). 2009. Transformasi bidang


pendidikan sebagai enjin pembangunan.

Sharifah Maimunah Syed Zin, 2003a. Kemajuan Matematik, Sains dalam


Bahasa Inggeris. Diperolehi Ogos 15, 2003 daripada
http://www.UtusanOnline.

Anda mungkin juga menyukai