Anda di halaman 1dari 4

Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Pada hari ini, saya mahu

menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Ayam Serama Yang Bongkak”.

Di dalam sebuah kampung, tinggal seekor ayam serama yang kecil molek.

Ekornya panjang berjurai -jurai dan berwarna warni pula.

Ramai orang kampung yang tertarik melihat kecantikannya itu. Ayam serama

itu tentulah seronok apabila dirinya menjadi perhatian.

Pada suatu hari, ketika ayam serama ini sedang bertenggek di atas sebatang

pokok, tiba - tiba datang seekor musang. Melihat ayam serama itu, maka

melelehlah air liur musang kerana sudah dua hari Sang Musang tidak

terjumpa suatu benda pun untuk dimakan.

Sang Musang tahu, ayam serama bukan senang untuk ditangkap. Mereka

boleh terbang dan sangat tangkas. Lalu, terpaksalah Sang Musang

menggunakan akal untuk menangkap mangsanya. Lama juga ia berfikir di

dalam semak. “Hah aku dah dapat!”senyum Sang Musang.

Sang Musang pun keluar dari tempat persembunyiannya, lalu menegur ayam

serama yang masih bertenggek di atas pokok.

Sang Musang pun mengajak ayam serama berbaik- baik dan mengatakan

bahawa hidup ini tidak boleh saling membunuh. “Siapa kata?” tanya ayam
serama itu penuh curiga. “Nabi Sulaiman!” jelas Sang Musang. Kemudian

Sang Musang pun mengajak ayam serama bersembang di bawah pokok.

Ayam serama bersetuju tetapi ia memberitahu bahawa Sang Harimau juga

akan datang untuk berkawan sambil ia terjengah - jengah melihat ke suatu

arah. “Betulkah?” tanya Sang Musang terkejut. “Ya,” takkan aku nak bohong

ujar ayam serama lagi.

Mendengar kata-kata ayam serama, musang pun segera hendak pulang

lantas berlari ke dalam semak.

Ayan serama ketawa terbahak-bahak melihat tingkah laku Sang Musang.

Sebenarnya, tidak ada harimau yang datang. Sengaja ia berbohong untuk

menakutkan Sang Musang.

Ayam serama bukan sahaja merasakan dirinya cantik, malah cerdik juga.

Petang itu, sepulangnya ke reban, hebohlah ayam serama itu menceritakan

kepandaiannya menipu Sang Musang. Ayam-ayam lain melopong mendengar

kisahnya.

Kawan-kawan ayam serama memuji kebijaksanaan ayam serama berjaya

menipu Sang Musang dengan tipu helah.

Ayam serama itu tentulah semakin seronok. Sepanjang malam ia tidak dapat

tidur memikirkan kehebatan dirinya


Pada suatu hari, datang seorang lelaki hendak membeli ayam serama itu.

Suara tawar - menawar antara pembeli dan pemilik ayam itu didengari oleh

ayam - ayam di situ. Seekor itik memberitahu bahawa ayam serama akan

mendapat tuan baru dan tidak dapat berjumpa lagi selepas ini.

Ayam serama itu tersenyum.

Ayam serama dengan sombongnya menyatakan ia ada cara untuk

menggagalkan hasrat mereka. “Musang yang licik dapat ditipu, inikan pula

orang kampung yang dungu” kata ayam serama dengan bongkak.

Apabila melihat si pembeli dan tuannya datang untuk menangkapnya, ayam

serama itu tiba - tiba berkokok lemah dan berjalan terhuyung-hayang.

Si pembeli terkejut lalu bertanya tentang ayam serama kepada tuannya.

Pemilik ayam kehairanan sambil memberitahu bahawa ayam serama tersebut

nampak sihat semalam. Pembeli agak kecewa lalu tidak jadi membeli ayam

serama tersebut. Pembeli memberitahu bahawa ayam serama itu macam

terkena penyakit hawar.

Pemilik ayam itu menangkap ayam seramanya, lantas membelek-belek ayam

itu. Ayam itu pun berpura-pura lembik dan sengaja membiarkan air liurnya

meleleh dari paruhnya. Rakan - rakan yang melihat telatah ayam serama itu

tersengih - sengih.
Pemilik ayam berkata bahawa penyakit ayam serama belum teruk lalu

mengambil keputusan untuk menyembelihnya sebelum ia mati. Dia

mengeluh kerana terpaksa mengorbankan ayam serama yang cantik itu.

Pembeli menggesa pemilik ayam supaya menyembelih ayam tersebut untuk

dibuat gulai daripada ia mati. Pemilik ayam segera masuk ke dalam rumah

untuk mengambil pisau sementara pembeli memegang ayam serama

tersebut.

Sekalian ayam dan itik yang mendengar perbualan terkejut besar. Yang

paling terkejut tentulah ayam serama yang terasa dirinya sangat cerdik tadi.

Apabila ternampak tuannya datang sambil menghunus pisau, maka meronta-

rontalah ia hendak melepaskan diri. Tetapi segala usahanya sudah terlambat

dan sia-sia.

Rakan-rakannya hanya memerhati dengan sayu. Mereka tidak dapat

menolong.

Pengajarannya, kalau hendak tunjuk pandai pun, biarlah bertempat. Jangan

suka berlagak dan menunjuk-nunjuk, dikhuatiri perbuatan kita itu

mengundang masalah yang lebih teruk.

Anda mungkin juga menyukai