Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH


PERINGKAT SK PENGKALAN BERANGAN 2022
2 JUN 2022 ( KHAMIS)

Bil Peristiwa Skrip


.
1 Ketibaan Mengumumkan ketibaan
Yang Berusaha Sarjan Rasfazlan Mukhtar bin Ngah
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
Ibu Pejabat Polis Marang
Ke dewan Al Farabi.

2 Kata aluan Melati kuntum tumbuh melata,


Pengacara Sayang merbah di pohon cemara;
Majlis Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta selamat datang


diucapkan.

Yang Berusaha,
SARJAN RASFAZLAN MUKHTAR BIN NGAH
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
Ibu Pejabat Polis Marang

Yang berusaha,
EN. MOHD AMIRUDIN BIN ABDUL WAHAB
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan
PPD Marang

Yang Berusaha,
EN. ALIAS BIN MOHAMAD
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan
Yang Berusaha,
EN.MAZLAN BIN MAT
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
EN. MOHD SYARIPI BIN HARUN
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

PN. NOOR FARIHAH BINTI ISMAIL


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

PN. RAZMI BINTI MAMAT


Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

guru-guru, para pengawas, pengawas pusat sumber, Pengawas


SPBT dan Pembimbing Rakan Sebaya yang dirahmati Allah s.w.t
sekalian.
Dengan penuh keikhlasan, bersama-samalah kita lafazkan
kesyukuran  ke hadrat Ilahi  kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat
kita bersama dalam Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan
Pengawas, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas SPBT dan
Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat Sekolah Kebangsaan
Pengkalan Berangan tahun 2022 ini.

3 Nyanyian Lagu Hadirin sekalian,


Kita teruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri
Terengganu, lagu Sekolah dan lagu sekolahku sejahtera

Diminta semua hadirin berdiri.

Terima kasih atas nyanyian itu tadi.


Hadirin dipersilakan dudukn.

4 Bacaan Doa Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Majlis dimulakan dengan menjemput Al-Fadhil Ustaz Abdul Rahim


bin Mamat untuk mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
BACAAN DOA

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Abdul Rahim bin


Mamat atas bacaan doa sebentar tadi.

5 Ucapan Guru Hadirin sekalian,


Besar
Meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Yang Berusaha
EN. ALIAS BIN MOHAMAD
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan
untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Tuan


Guru Besar atas ucapan itu tadi.

5 Ucapan Buah langsat di tepi busut,


Perasmi Mari dimuat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Meneruskan acara, majlis dengan hormat takzimnya menjemput dan


mempersilakan
Yang Berusaha
SARJAN RASFAZLAN MUKHTAR BIN NGAH
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
Ibu Pejabat Polis Marang
untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada


Yang Berusaha
SARJAN RASFAZLAN MUKHTAR BIN NGAH
Bahagian Siasatan Jenanyah Narkotik
Ibu Pejabat Polis Marang
atas ucapan beliau sebentar tadi.
6 Penyampaian Hadirin sekalian,
Watikah Kini, tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu majlis
penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas, Pengawas Pusat
Sumber Sekolah, Pengawas SPBT dan Pembimbing Rakan Sebaya.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan itu menjemput Pn.


Mazniwati binti Ayob untuk menjemput dan mengiringi 
Yang Berusaha
SARJAN RASFAZLAN MUKHTAR BIN NGAH
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
Ibu Pejabat Polis Marang
untuk menyampaikan watikah pelantikan.

Bagi pengawas sekolah,


dipersilakan___________________________________,

Bagi pengawas pusat sumber sekolah, dipersilakan


___________________________,
Bagi pengawas SPBT sekolah, dipersilakan
___________________________,
Bagi Pembimbing Rakan Sebaya, dipersilakan
___________________________,

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH


Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

7 Bacaan Ikrar Hadirin sekalian.


kepimpinan
sekolah Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka dengan ini
rasmilah sudah pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber
Sekolah, Pengawas SPBT dan Pembimbing Rakan Sebaya., Sekolah
Kebangsaan Pengkalan Berangan bagi tahun 2022 ini. Untuk itu,
majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Adik
ARDINI DARWISYA BINTI MOHD ASMAWI untuk mengetuai bacaan
ikrar kepimpinan sekolah. Majlis mempersilakan,,

Semua pengawas dipersilakan berdiri untuk bacaan ikrar.

BACAAN IKRAR KEPIMPINAN PELAJAR

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


8 Sesi bergambar Hadirin sekalian,
Sekarang acara sesi bergambar

9 Majlis Penutup Hadirin sekalia,


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada Yang Berusaha
SARJAN RASFAZLAN MUKHTAR BIN NGAH
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
Ibu Pejabat Polis Marang
Tuan Guru Besar, barisan guru-guru dan murid-murid sekalian kerana
telah memberikan idea, sumbangan dan kerjasama dalam
menjayakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikah pada kali ini
dengan jayanya. Saya sebagai Pengacara majlis pada hari ini
memohon maaf andai ada tersalah kata tersilap bicara.

Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakaatuh.

Majlis dengan ini menjemput tetamu jemputan kita pada hari ini untuk
menikmati jamuan ringan yang disediakan.
Majlis mempersilakan.

Anda mungkin juga menyukai