Anda di halaman 1dari 6

Intan permata cantik rupanya

Jadi hiasan tersangat indah


Melentur buluh dari rebungnya
Tema pantun bulan antidadah

Berlari- lari si anak rusa


Tersepak tunggul kayu berduri
Bagaimana hendak mendidik bangsa?
Jauhi dadah perosak diri.

Burung helang sayapnya lebar,


Menyambar ikan di sungai kuala,
Bahaya dadah harus disebar,
Dibangku sekolah disitu bermula.

Kemas sulaman hiasan busana,


Coraknya motif daun keladi,
kesedaran diberi kempen dilaksana,
Ramai terjebak Mengapa terjadi?

Bersarang rendah siburung tempua,


mencari makan di sawah padi,
Kurang cakna orang tua,
pengaruh rakan punca terjadi.

Dari Sibu ke Pekan Mukah,


Rehatkan minda masa terluang,
Andai belia tersilap langkah,
Musnah impian adakah peluang?
Pohon semalu penuh berduri,
Tumbuhnya banyak tepian batu,
Carilah tempat pulihkan diri,
AADK pasti akan membantu.

Tuai padi bersusun jerami,


letak disitu terbiar lama,
Sekian sahaja pantun kami,
Moga memberi manfaat bersama.

PANTUN ADDK BULAN ANTI DADAH TERENGGANU


Berbalas pantun warisan melayu,
Adat temurun jadi amalan,
Banteras dadah kita Bersatu,
Bulan anti dadah kita raikan.

Isinya kuning sibuah Nangka,


Sedap rasanya tidak terperi,
Hindari dadah jangan terleka,
Bagaimana didikan harus diberi?

Berkicau riang siburung Nuri,


Terbang jauh ke Tanah Jawa,
Kesedaran diingat didikan diberi,
Iman dihati pasakkan dijiwa.

Bunga mawar cantiknya nian,


Jadi jambangan harum baunya,
Runtuh akhlak musnah impian,
Angkara dadah apa puncanya?

Dulang suasa permukaan kasar,


Tempat letak hiasan kendi,
Pengaruh Rakan sangat lah besar,
Goyahnya iman punca terjadi.

Berkilau terang intan permata,


Jadi hiasan terlihat indah,
Dimana tempat rujukan diminta?
Andai tersungkur dilembah dadah.

Cahaya bersinar bulan purnama,


Terangi pohon bunga melati,
AADK tempat rujukan utama,
Andai insaf taubat dihati.

Tulisan jawi tulisan rumi,


Ada jawi Hurufnya tunggal
Sampai disini pantun kami.
Yang baik diambil yang buruk ditinggal.

PANTUN PENGENALAN
Dadah durjana perosak diri,
Mari Bersama kita hindarkan,
Siti Mariani nama diberi,
Salam pantun hamba hulurkan.

Sungguh cantik sulaman sari,


Dipakai gadis kaum india,
Noraini Abdullah nama diberi,
Mari berpantun hamba sedia.

Pendidikan dicari ilmu ditimba,


Perosak bangsa jangan biarkan,
Maimunah mamat Namanya hamba,
Pantun warisan ayuh mulakan.

PANTUN PENGENALAN
Morfin, ganja jenisnya dadah,
Sangat bahaya rosakan diri,
____________________namaku indah,
Berbalas pantun ayuh ke mari.

Bunga merah bunga raya,


Bunga dihinggap rama-rama,
____________________Namanya saya,
Mari berpantun Bersama-sama.

Mawar cantik bunga berduri,


Jadi hiasan gadis bersantun,
____________________ empunya diri,
Jom kita berbalas pantun.

Anda mungkin juga menyukai