Anda di halaman 1dari 3

lampiran PPGB

2018

Kehadiran Bertugas :

1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12


September 1981 menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP), kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah
sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru
bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00 pagi.

2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan


ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa dating dan balik
dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa
menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.

3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut


jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun
kawasan sekolah.

4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan


dan para pelajar.

Program Pembangunan Guru Baharu


lampiran PPGB
2018

KepatuhanTugas:
1. Semua guru dan kakitangan hendaklah mengetik kad kedatangan
“punch card” sebaik sahaja tiba di sekolah.

2. Guru dan kakitangan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan


sekolah dengan tidak mendapat keizinan Pengetua terlebih dahulu.

3. Mereka yang dating lewat hendaklah berjumpa dengan Pengetua


dengan memberi sebab kelewatan itu.

4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan


atau jatuh sakit atau kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah.
Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Pengetua apabila
kembali bertugas semula.

5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa


mengajar kecuali dengan mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih
dahulu.

6. Kehadiran semua guru adalah wajib untuk semua kegiatan dan


upacara rasmi sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah,
Mesyuarat Agung PIBG dan lain-lain untuk mengawasi para pelajar,
melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan di samping member
sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan bagi menjayakan upacara
tersebut. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru
pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.

7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan


kokurikulum mesti menghadirkan diri.

Program Pembangunan Guru Baharu


lampiran PPGB
2018

Tugas Akademik Guru:


1. Guru hendaklah menunjukkan sikap professional dan budaya kerja yang
bermutu tinggi.

2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan


yang diberikan oleh Pengetua atau Guru Kanan masing-masing. Semua kerja rumah
hendaklah diperiksa dengan teliti.

3. Ketua Jabatan atau Guru Kanan Mata Pelajaran diberi kuasa untuk
menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan
diperiksa dengan penuh teliti.

4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas


kecuali guru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.

5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu
dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu.
Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang member faedah kepada
pelajar.

6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang


ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang /
rehat di sekolah adalah dikira masa bekerja. Pengetua boleh mengarahkan guru-guru
menggunakan masa itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir.

7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku


tambahan, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar
dan memeriksa buku latihan pelajar.

8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang


bermasalah. Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti dan lain-lain tugas
yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.

Program Pembangunan Guru Baharu

Anda mungkin juga menyukai