Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN WAKIL MURID MAJLIS PERSARAAN CIKGU RAMLI

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis... Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam
Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT
kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan
yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad
SAW Rasul penunjuk kebenaran.

Hadirin Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat
menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik
kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan
seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami,  guru kami ini iaitu Encik Ramli bukan
sahaja guru, tetapi ibarat bapa kami di SK Kampung Belukar ini. Lembut, tenang namun tetap tegas
dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan tentang Encik
Ramli.  

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SK Kampung Belukar merakamkan setinggi-tinggi
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Ramli yang tidak pernah mengenal jemu
mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak-anak muridmu. Kami berdoa, semoga Allah
S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Cikgu Ramli sekeluarga, dipanjangkan
usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama,
bangsa dan negara. 

Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap
kekal abadi.

Alangkah dinginnya menjelang senja,


Mentari terbenam di ufuk barat,
Doa kami untuk guru tercinta
Bahagia di dunia hingga ke akhirat

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullah
hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai