Anda di halaman 1dari 2

PROFIL

MJ Fatonah Sdn Bhd diterajui oleh Siti Fatonah Arbain sebagai Pengarah Urusan dan dibantu oleh Mohamad Jamil bin Mahidin (MJ) sebagai Pengarah Operasi. Sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan projek penternakan lembu dan kambing fidlot secara komersial. Terbaru, MJF memulakan projek ternakan ayam kampung, itik pedaging dan itik telur. Pengusaha MJF mendapat didikan, nasihat dan tunjuk ajar Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani melalui program-program latihannya.

Dimulakan dengan MJ Fatonah Enterprise pada 09hb Feb 2005 dan diikuti dengan MJ Fatonah Sdn Bhd yang didaftarkan pada 20hb Ogos 2008. Dengan aktiviti dan matlamat perniagaan yang sama, MJ Fatonah Sdn Bhd telah menembusi peluang yang lebih besar lagi.

Ladang seluas 2.5 ekar yang terletak di Kampung Teluk Penyamun, 60km dari Kuala Lumpur mempunyai sebuah kandang lembu yang mampu memuatkan 300 ekor lembu dan dua buah kandang kambing dengan kapasiti 700 ekor kambing dalam satu masa, kabin pekerja, rumah baja, rumah sembelihan, stor makanan, bilik kuliah, dewan makan, surau dan bilik penginapan yang berhawadingin. Kapasiti peserta 44orang (6 bilik).

Dengan menubuhkan MJ Fatonah Poultry, MJ Fatonah menapak setapak ke dunia unggas. Reban ayam kampung yang memuatkan 2,000ekor ayam, itik penelur (Khaki Campbell) 1,000ekor, itik pedaging (Muscovy) 1000ekor dalam sesuatu masa. Juga terdapat berbagai spesis unggas eksotik seperti ayam belanda, ayam mutiara, angsa, puyuh, merak dan arnab.

MJ Fatonah (MJF) mendapat khidmat nasihat juga bantuan teknikal tentang penternakan dan rawatan perubatan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

MJF telah dinobatkan sebagai: * Usahawan Cemerlang MARA 2008 Peringkat Negeri Selangor * Usahawan Cemerlang MARA 2009 Peringkat Kebangsaan (Sektor Pertanian) * Usahawan Ternak Cemerlang 2009 oleh JPV Negeri Selangor * Penternak Jaya (Ruminan) Negeri Selangor 2009.

Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah telah ditauliahkan sebagai Pusat Latihan Ternakan swasta berdaftar dengan Bahagian Latihan JPV Putrajaya. Sijil yang dikeluarkan oleh akademi ini diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

MJF mengambil langkah proaktif menubuhkan koperasi yang dinamakanKoperasi Pelatih MJ Fatonah Selangor Berhad (Koperasi MJ Fatonah) bagi tujuan menyatukan semua pelatih kursus kendalian MJ Fatonah. Koperasi ini akan bertindak sebagai pusat sehenti pemasaran dan pembekalan produk anggotanya.

Syarikat ini telah didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai pembekal ternakan, perubatan, makanan ternakan, baja, rundingcara ternakan dan tenaga pengajar.

MJ Fatonah adalah sebuah syarikat mentor untuk Program Mentor Mentee Peruncitan Bumiputera anjuran MARA. Syarikat juga adalah perunding yang dilantik oleh MARA untuk penternakan lembu kambing dan Rancangan Perniagaan.

Anda mungkin juga menyukai